Kalau anda ingat semula, pada 29 Julai 2010 saya ada memaparkan gambar 2 keping voucher KFC. Setelah itu, saya sering membeli 2 keping voucher KFC RM10 pada harga RM5 sekeping. Setiap kali ada tawaran diskaun 50% seperti itu, saya tak akan ketinggalan mendapatkannya. Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya dapat makan KFC dengan separuh harga. Kini dah tak boleh lagi beli 2 keping voucher sekaligus. Saya pun dah tak boleh makan KFC lagi jadi, saya ingin berkongsi rahsianya dengan anda.



Tawaran seperti ini biasanya muncul pada hari Khamis dan hari ini muncul lagi pada 21 Februari 2013 iaitu pada hari artikel ini ditulis. Tawaran voucher KFC 50% bermula dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang atau sehingga kehabisan stok. Jadi lepas punch card tepat pukul 9, klik dulu gambar kat atas ni. Automatik harganya bertukar menjadi separuh. Pada masa tu barulah anda beli. Kalau anda refresh artikel ini pada 21 Februari 2013 jam 9 pagi keatas, harganya juga bertukar menjadi separuh. Cepatlah beli sebelum habis. Syok la dapat beli KFC separuh harga.



Ada juga voucher wayang TGV 50% pada tarikh yang sama tapi bermula pukul 12 tengah hari. Pukul 12 nanti, jangan lupa kunjungi semula blog saya untuk mendapatkan voucher TGV pula. Jimat la sikit bila tengok wayang dengan awek..