Video demo masakan kedua yang juga dipersembahkan oleh anak kesayangan saya iaitu Resepi Sandwich Double Decker. Dia ni memang suka masak tapi cuma makanan yang dia suka je. Katanya, kalau ayah atau ibu sakit, dia boleh masak untuk keluarga. Jadi bersungguh-sungguh la dia belajar memasak. Tak susah nak ajar di memasak tapi memang rimas juga la tengok di buat kerja. Terkial-kial. Terkemut-kemut. Rasa macam nak tolong je dia kupas telur. Tapi kalau tak biarkan dia mencuba, selama-lamanya la dia akan mengharapkan orang lain.



Resepi Sandwich Double Decker juga pernah saya kongsikan dahulu. Boleh rujuk Resepi Sandwich Double Decker saya dalam link ini. Memang ada perbezaan resepi tetapi itulah uniknya. Katanya, itu cara ibu. Yang ni cara Ahza. Mana boleh sama. Ye la tu. Lepas ni ada lagi demo masakan dari dia yang lebih menguji kemampuannya. Jika anak anda ingin mencuba, pastikan keselamatannya. Sentiasa perhatikan apa yang ingin dilakukannya dan fikirkan setiap kemungkinan bahaya yang mungkin terjadi. Berikan penerangan lengkap dari segi keselamatan.

p/s: Tak de nampak apa-apa yang berwarna hijau dalam sandwich ni. Nak kena budak ni!