Artikel pertama tahun 2017 ni saya ingin berkongsi resepi yang pernah saya paparkan dulu iaitu Resepi Mi Telur. Bezanya kali ini resepi ini diterangkan dalam bentuk video demo masakan. Lebih menarik lagi, demonstrasi membuat mi telur ini di sampaikan oleh anak saya sendiri. Saksikanlah keletah budak ni yang cuba mencabar kewibawaan saya dalam dunia masakan.



Video ini diusahakan oleh anak saya bersama ayahnya. Kami sekeluarga memang mempunyai minat yang sama dalam bidang kulinari dan yang paling sama, kami semua suka makan. Syukurlah kerana kebanyakkan yang kami makan adalah air tangan kami sendiri. Saya rasa dan sampai masanya anak saya pula menunjukkan bakatnya. Dengan pemantauan rapi dari ayahnya, hati saya lebih tenang. Video ini bukanlah untuk mengejar populariti. Saya pun tak berkenan sangat kalau anak saya menjadi popular. Pendapat ayahnya, video ini dapat membantu anak saya berbahasa Melayu dengan lebih baik. Macam tu la kalau dah suka sangat makan kari. Cakap Melayu pun dah macam Tamil. Bagi saya pula, ia dapat membantu anak saya menjadi lebih berani bercakap dengan orang lain.

Resepi Sup Kari Ayam Macam Perencah Mi Segera, boleh klik disini.
Resepi Mi Telur yang macam Mi Segera pula boleh klik disini.