Raya dah habis tapi tak bermakna kita harus melupakan makanan tradisi kita. Tak sepatutnya hanya hari raya je kita masak ketupat. Sepatutnya bila-bila masa kita boleh hidangkannya. Belum pernah lagi saya dengar majlis kenduri doa selamat dihidangkan ketupat. Bukan susah sangat membuat ketupat. Daun ketupat pun ada jual sepanjang tahun. Memang tak patut kalau hidangan yang hebat ni cuma dihidangkan cuma pada hari raya sahaja.

Pada pendapat saya, ketupat jantung adalah ketupat yang paling mudah dibuat selepas ketupat sate. Saya anggap ia senang kerana saya hanya menggerakkan satu tangan sahaja sewaktu membuatnya. Walaubagaimanapun, ketupat jantung kurang popular mungkin kerana bentuknya yang runcing tidak berbentuk kiub selepas dipotong berbanding dengan ketupat bawang dan ketupat pasar yang boleh menghasilkan kuantiti hidangan yang lebih banyak dengan isi yang tebal. Namun, saya tetap menyukai setiap jenis ketupat kerana ia adalah makanan tradisi kita. Harapan saya semoga seluruh rakyat Malaysia dapat menganyam berbagai jenis ketupat dan tidak terhad kepada satu atau dua jenis sahaja.


Nampaknya saya belum berjumpa lagi orang yang tahu nama ketupat yang bertanda anak panah dalam gambar diatas. Saya memang gemar menganyam ketupat sesuka hati saya untuk menghasilkan lebih banyak variasi ketupat. Sesiapa yang tahu jenis ketupat yang jarang ditemui, sila ajar saya. Saya mohon...