Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu nak belajar atau tidak menemui guru yang sesuai.
Dibawah ini saya siapkan video kaedah anyaman ketupat pasar untuk anda cuba melakukan sendiri dirumah. Replay la berapa kali pun tak de yang marah. Saya gunakan video ini yang saya rekodkan sendiri untuk mengajar pelajar saya dalam bab hidangan perayaan. Senang la sikit kerja saya. Tak perlu la anyam banyak kali untuk menunjukkan dengan jelas kepada pelajar yang ramai. Lagipun mereka semua ingin melihat dari arah pandangan mata saya menyebabkan semuanya ingin berada dibelakang saya. Jadi video ini dapat menunjukkan dengan jelas dari arah sama yang saya lihat sewaktu menganyam ketupat.
Saya sebenarnya lebih menggemari ketupat pasar berbanding ketupat bawang kerana bentuknya yang simeteri memudahkan saya membelah ketupat. Namun begitu ketupat pasar memerlukan daun kelapa yang lebih panjang dan kurus. Tapi kalau dah mahir, tak kira bagaimana keadaan daun, tetap menjadi juga.
Dah pandai buat ketupat ni? Cuba buat ketupat bawang pulak. p/s : Masih lagi dalam pencarian nama ketupat yang bertanda anak panah merah dalam gambar diatas. Siapa tau tolong bagitau dalam ruangan komen.
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.