Dalam kesibukan kerja-kerja seharian, ramai yang tak sedar, Hari Raya Aidil Fitri hampir tiba. Mulalah gelabah bila masih banyak persiapan hari raya yang belum dilaksanakan. Paling diutamakan adalah kuih raya dan pakaian raya. Pada masa ini, tak banyak perkara yang dapat difikirkan. Capai sahaja apa yang rasa berkenan dihati, dan bayar sahaja harga yang dinyatakan. Tapi untuk bahan berbentuk makanan, saya memang cukup cerewet. Saya mesti mahukan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu saya. Oleh itu, tips dan panduan membeli kuih raya amat penting bagi saya. Memang ngeri bila difikirkan ada biskut yang menggunakan jenama Melayu tapi sebenarnya bukan dikeluarkan oleh orang Melayu.


Kuih raya mesti halal tanpa sedikitpun keraguan. Sekarang ni, banyak biskut raya yang mempunyai logo halal JAKIM tertera pada labelnya. Namun masih banyak juga yang tidak mempunyai logo halal. Bagaimanapun jika saya pasti pembuatnya, saya tak kisah untuk membeli biskut tanpa logo halal. Biasanya usahawan-usahawan kecil dan usahawan yang beroperasi dari rumah memang tak sanggup memohon logo halal. 


Rupa biskut mestilah unik dan menarik. Biskut seperti ini selalunya dibuat menggunakan tangan satu persatu. Tiada mesin yang khusus untuk pengeluaran dalam skala besar. Apabila pengeluarannya terhad, ia menjadikan biskut lebih unik.

Harga mesti setimpal dengan kuih raya yang saya beli. Untuk harga, memang banyak cabang yang perlu difikirkan. Biasanya, biskut yang mahal menggunakan bahan yang lebih tinggi harganya seperti mentega berbanding majerin, kacang tanah dan badam berbanding kacang pistachio dan kacang hazel dan sebagainya.Kalau biskut yang menggunakan majerin tapi harga macam menggunakan mentega, itu yang buat saya panas hati.


Rasa biskut mesti bertepatan dengan nama biskutnya. Kalau biskutnya dari jenis yang rangup, tak kira apa jadi, kalau saya beli, saya mesti mahukan yang rangup. Kalau biskutnya dari jenis yang cair dimulut, saya mesti mahukan yang seperti itu. Selain itu, usahawan kecil selalunya mengadun biskut raya dalam kuantiti yang sedikit. Jadi biskut yang mereka keluarkan pada hari ini belum tentu sama dengan biskut yang mereka keluarkan pada hari esok. Ini lah yang saya suka. Biskut saya belum tentu sama rasanya dengan biskut jiran saya walaupun membeli biskut yang sama ditempat yang sama. Ini juga satu keunikkan. Biskut yang dikeluarkan dikilang diadun dalam skala besar. Beratus-ratus biskut yang dikeluarkan pada hari itu mempunyai rasa yang sama.

Ada juga usahawan yang mengupah surirumah untuk bekerja dari rumah. Surirumah ini dibayar untuk membentuk biskut mengikut spesifikasi yang disediakan. Biskut seperti ini sangat meragukan terutama dari segi kebersihan dan kandungan bahan yang digunakan. Adunan diagih kesana sini dan dibentuk tanpa pengawasan. Mungkin ada surirumah yang menggentel biskut ditempat yang kurang bersih dengan tangan yang tercemar. Surirumah juga membuat menggunakan masa mereka sendiri menyebabkan ada adunan yang terbiar selama berhari-hari. Jangan harap la mereka nak masukkan dalam peti ais. Jangan pelik la kalau adunan itu masih elok macam baru diadun. Fikir-fikirkan la sendiri apa yang mereka letak.


Selain itu, apabila membeli biskut, saya juga memikirkan tujuan biskut raya itu dibeli. Kepada siapa saya nak hidangkan biskut raya tu. Kalau dapat rasa dulu sebelum beli, itu lebih baik. Selalunya, tengok je biskut tu saya dah tahu ia dikeluarkan dikilang atau usahawan kecil.
 
Gambar-gambar diatas adalah gambar pelajar-pelajar saya menyediakan biskut raya untuk dijual pada hari raya tahun ini. Bermula dari atas, gambar biskut yang dah siap dibungkus menunggu untuk diedarkan. Dua dari atas, gambar sewaktu membuat Biskut Lemon Ladybird. Gambar ketiga adalah sewaktu membungkus Tart Gulung dan yang terakhir adalah Biskut Famous Chocolate Chip yang jauh lebih rangup dari biskut Famous Amos Norasikin.