Macam malas pulak hari ni menulis resepi. Sibuk sangat menggulung rokok daun untuk dijual raya ni. Masa untuk berborak lagi. Dah ada berapa jenis kuih raya yang anda sediakan? Buat ke beli?

Kalau tengok kuih raya di pasaran, memang rambang mata dibuatnya. Harganya juga berbagai-bagai. Kalau yang menggunakan majerin, dengan rasa yang sepesen je, murah je harganya. Kuih-kuih seperti ini selalunya dibuat menggunakan cetak dikilang. Adunana yang sama, cuma dipelbagaikan dengan kekacang, coklat, perasa dan hiasan yang menarik. Sekali cetak, keluar berates-ratus. Itu sebabnya boleh murah.

Jangan lupa baca juga Panduan Membeli-belah dan Berbelanja di Musim Perayaan

Kategori kedua, jenis yang berharga sederhana. Menggunakan mentega dan dibuat dengan tangan. Selalunya mewar-warkan perkataan homemade menunjukkan ia dibuat tanpa mesin. Kuih jenis ini memang memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Usahawan akan mengupah lebih ramai tenaga pekerja. Ada juga yang mengupah surirumah untuk membentuk kuih dari rumah. Mereka akan dibekalkan dengan adunan dan perlu membentuk biskut raya mengikut arahan contohnya memasukkan badam dalam adunan untuk almond London. Kuih begini selalunya menggunakan pengawet. Menghantar adunan untuk dibentuk kepada surirumah, esok baru diambil untuk dibakar. Mungkin juga lusa baru sempat bakar. Lepas bakar, kuih jadi lebih tahan lama. Enam atau tujuh bulan sebelum dipasarkan, pengusaha dah mula membuat kuih raya.

Kategori yang terakhir adalah untuk orang yang sangat mementingkan kualiti dan jenama. Kuih raya ini dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti dan mahal. Walaupun masih kuih yang sama, mungkin kekacangnya terdiri dari kekacang yang mahal. Dibuat dengan tangan dan keluarannya adalah terhad. Selalunya dijual dalam bungkusan yang menarik dan sering dijadikan cenderahati, serta eksklusif.


Walau apapun pilihan anda, diharap jangan lupa untuk berjimat. Kalau beli kuih raya, beli cukup-cukup sahaja. Ada juga kawan-kawan kita yang kreatif untuk berjimat. Mereka berpakat bersama beberapa kawan yang lain untuk membuat kuih raya hanya 1 atau 2 jenis sahaja setiap seorang. Kemudian mereka akan bertukar  kuih raya. Kalau 5 orang membuat 2 jenis kuih raya berbeza setiap seorang, setiap seorang akan menghidangkan 10 jenis kuih raya di rumah masing-masing. Tapi saya ada idea yang lebih baik.

Daripada anda bertukar kuih raya dengan kawan-kawan, lebih baik anda jual sahaja. Tak de la gaduh, kuih raya dia murah, kuih raya saya mahal. Bila beraya kat rumah kengkawan, semua kuih yang sama je… Lebih baik buat satu jenis kuih dalam 10 balang dan jual. Dapat duit, anda pergi ke kedai dan beli 10 balang kuih raya berbagai jenis. Ini lebih baik. Nak jual 10 balang kuih raya bukan susah sangat. Bila buat kuih raya satu jenis sahaja dalam kuantiti yang banyak, anda akan banyak berjimat. Tiada lagi bahan-bahan yang tidak habis digunakan. Tak de la gaduh dengan kawan-kawan dibulan puasa. Tak de la makan kuih yang sama je di setiap rumah. Dan yang paling penting, ia amat menjimatkan. Contohnya buat kuih raya 10 balang kosnya RM100. Bila jual dapat untung RM100. Dapat la beli 10 balang kuih raya bernilai RM200 sedangkan anda hanya mengeluarkan kos RM100 je tadi. 50% penjimatan untuk kuih raya.

Gambar-gambar diatas adalah gambar kek pengantin yang ditempah dari orang jauh. Kek hantaran waktu tu adalah kek Coklat Baju Melayu Peach.