Dalam bulan puasa, sekurang-kurangnya mesti sekali makan mi bandung Muar. Tapi bila bulan puasa, seleranya memang lain macam sikit. Masak apapun, mesti nak yang betul-betul memuaskan tekak. Kalau dulu mi bandung yang saya buat terpaksa dikurangkan tahap ekstremnya tapi bulan puasa, mesti nak yang betul-betul ekstrem. Memang tak peduli dengan penyakit yang saya deritai. Seharian berlapar, mesti nak makan makanan yang betul-betul sedap. Mi bandung mesti cukup pedas, pekat dan tepat seperti resepi mi bandung Muar yang saya paparkan dulu. Tak boleh makan kacang tanah pun saya masukkan juga kacang tanah.Tak boleh makan udang kering pun, saya masukkan juga udang kering sama seperti sukatannya. Siap makan daging lagi. Memang berani mati. Tak cukup pekat, saya tambahkan tepung jagung. Kini barulah saya puas hati menikmati mi bandung Muar. Sayangnya sawi pulak tak ada.


Memang syok menikmati mi bandung Muar terutama sambil menonton webisode menarik di internet. Sekarang ni pulak ada webisode berkaitan raya dan katanya sekaranglah masa yang sesuai untuk mengeratkan silaturrahim. Jom menonton dengan saya. Klik disini untuk menonton webisode best ni. Sedar tak sedar, 1 kg tepung gandum yang saya gunakan untuk membuat homemade mi kuning, habis menjelang sahur. Bukan sikit tu. 1 kg tepung gandung boleh menghasilkan sehingga 2.5 kg mi kuning. Memang sendat perut.


Sebelum terlupa, belek dulu Resepi Mi Bandung Muar dan Cara Membuat Perencah Segera. Tak buat sendiri mi kuning tak syok juga. Jadi belek juga Cara-cara Membuat Mi Kuning Sendiri Di Rumah. Berhenti terus menggunakan produk kilang yang kurang selamat untuk tubuh kita. Kalau buat sendiri, memang tak takut nak makan banyak. Seperkara lagi, saya nak beritahu, saya tambahkan 5 bj buah keras dalam kuah mi bandung Muar. Baru terasa lemaknya dan unik. Pelanggan gerai mi bandung anda mesti tak dapat agak apa keunikannya sehingga boleh jadi sedap hingga termimpi-mimpi.