Terharu rasanya bila saya menerima banyak maklumbalas dari sahabat-sahabat sama ada melalui blog, facebook dan email berkenaan entri saya yang lalu mengenai ebook-ebook saya yang diedarkan dalam blog sewenang-wenangnya. Semangat yang dahulunya goyah dengan kes ini kini semakin teguh untuk terus menulis ebook-ebook resepi agar niat asal saya untuk mengajak seberapa ramai usahawan yang berminat untuk membangunkan perniagaan berkonsepkan masakan. Sekarang ni saya sedang mengumpulkan maklumat juga masa yang terluang untuk menulis sebuah ebook berkaitan roti yang tentunya bersifat komersial. Saya berhasrat menamatkan siri Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial setakat 5 sahaja. Walaubagaimanapun ebook itu akan terus dijual dan saya akan terus membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Niat saya ini ada saya ceritakan dalam entri yang terdahulu. Kalau nak baca, boleh klik disini. Boleh tengok juga gambar-gambar jenis roti yang akan saya jadikan ebook nanti.

Saya telah menghantar sepucuk email kepada pemilik blog yang bertanggungjawab menyebarkan meklumat rahsia saya, minggu lepas. Seperti yang saya jangkakan, email saya telah menjadi entri baru dalam blog tersebut sebaik sahaja saya menekan butang send dalam email saya. Dan sehingga kini, individu terbabit masih belum memberikan sebarang maklumbalas dan tiada tindakan yang dilakukan keatas blognya. Blog itu juga masih beroperasi seperti biasa dan terus memaparkan maklumat sulit saya.

Baru sekejap tadi saya telah menghantar laporan kepada Google agar blog terbabit diambil tindakan yang sewajarnya. Saya berharap Google akan membantu saya dengan menamatkan blog itu atau sekurang-kurangnya mengeluarkan entri yang memaparkan maklumat sulit saya. Buat masa sekarang, saya belum mengambil apa-apa tindakan undang-undang memandangkan perasaan kasihan masih menebal dalam diri saya. Saya harap dia dapat membetulkan kesilapannya. Kepada sahabat-sahabat sekelian, tiada apa yang dapat saya katakan selain daripada ucapan terima kasih atas sokongan yang berterusan kepada usaha saya.