Hari ini saya merasa sangat gembira dan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Komersial yang tak putus-putus menyokong saya. Saya amat menghargai semuanya terutama yang memberikan komen, idea, tip tambahan dan menceritakan pengalaman sewaktu menyedia dan menikmati hidangan yang terdapat dalam blog saya. Saya harap, sesiapa yang belum mencuba, jangan teragak-agak lagi. Cubalah resepi yang terdapat disini. Antara yang mendapat sambutan paling hangat adalah Resepi Donut Gebu Tradisional dan Resepi Bluberry Cheese Tart yang sangat ringkas tetapi menghasilkan sesuatu yang hebat. Kalau dilihat pada bahannya yang simple sahaja, memang tak percaya. Jadi anda perlu cuba dahulu baru tahu. Jangan lupa baca semua komen, tip dan pengalaman dari pembaca lain yang telah mencubanya. Kalau anda memang jenis tak suka membaca, suka ambil bahagian penting sahaja, memang saya tak dapat nak tolong.


Kedua, khusus untuk Suri CahayaCinta yang menjadi teman setia blog saya sepanjang zaman. Terima kasih diucapkan dengan kiriman coklat dan cenderahati. Sekarang saya masih berada di KL dan hanya gambar ini yang dikirimkan kepada saya. Saya harap anak saya tak menghabiskan semuanya. Simpan la untuk ibu sikit. Dia nampak gembira menulis menggunakan pensel yang Suri hadiahkan.

Kepada pembaca blog saya, terutama subscriber yang menerima setiap update blog saya melalui email, mari berteman dengan Suri dengan melawati blog CahayaCinta yang dipenuhi berbagai maklumat berguna untuk umat manusia. Nak merasai coklat buatan Suri pun boleh juga. Walaupun coklatnya dipos beratus kilometer jauhnya, keadaannya masih elok dan utuh seperti baru. Anda hanya perlu melayari Blog CahayaCinta.