Terbaru! Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 4 Percuma!
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 22, 2010
Under: Resepi Masakan Barat

Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.
Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang dijual di pasaraya berharga lebih kurang RM7 untuk 400g. Kek ini kebanyakkannya menggunakan pengawet dengan kandungan buah-buahan yang amat terhad. Rasanya pula hanya cukup-cukup makan sahaja. Ada juga yang menjual kek buah-buahan yang berasaskan kek mentega sedangkan kek mereka hanya menggunakan majerin. Kemudian nak jual harga yang sama dengan kek kukus buah-buahan. Biasanya, saya tengok je saya dah tahu sama ada berbaloi atau tidak untuk membeli kek buah-buahan di pasaraya.

Didalam ebook ini juga saya menyertakan sekali cara-cara menghasilkan kek mengikut kos yang dipersetujui pelanggan. Dengan erti kata lain, jika pelanggan anda hanya sanggup bayar sikit, anda boleh menghasilkan kek yang menggunakan kos yang sedikit. Sebaliknya jika pelanggan sanggup bayar lebih, anda jual la kek yang berkos lebih tinggi dengan rasa yang lebih lazat dan bukannya kek yang lebih besar. Dengan ini anda dapat mengawal kos anda mengikut kemampuan pelanggan.

Walaupun ebook ini diberikan secara percuma, tetapi saya hanya memberikan kepada individu yang berjaya membuktikan kesungguhannya. Saya sedar, terlalu ramai orang diluar sana yang mahukan sesuatu yang percuma tetapi langsung tidak menggunakannya. Mereka hanya ingin tahu tapi tidak berniat langsung untuk mencubanya. Pernah kerajaan menganjurkan kursus masakan percuma untuk golongan miskin supaya keluar dari kemiskinan dengan berniaga produk makanan tetapi kebanyakkannya hanya memberikan sambutan dingin. Malah mereka dirayu supaya menghadiri kursus dengan dijanjikan berbagai bantuan peralatan tetapi banyak yang hanya gelak. Ada juga yang hadir hanya untuk mendapatkan peralatan percuma dan kemudian dijual untuk mendapat keuntungan segera. Oleh itu saya hanya akan memberikannya kepada sesiapa yang benar-benar berminat dan bersungguh-sungguh untuk menggunakannya dengan baik sahaja.
Maklumat lanjut boleh klik disini
In : Resepi Masakan Barat
Tags: ebook percuma panduan dan resepi masakan barat komersial
blog comments powered by Disqus


