Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi nasi goreng yang biasanya digunakan, anda boleh rujuk Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel.

Video ni saya buat untuk rujukan pelajar-pelajar saya. Kadang-kadang pelajar saya ni tak cukup dengan hanya sekali demonstrasi. Takkan saya nak buat berkali-kali sampai mereka faham. Macam mana pula dengan pelajar yang dah faham, tentu bosan melihat benda yang sama berkali-kali. Lagipun mereka perlu menghasilkan nasi goreng pattaya secara individu. Jadi saya siapkan video ini supaya sesiapa yang masih tak faham boleh rujuk. Bagi yang dah faham, boleh terus memasak seperti yang diajar.

Tip Masakan Komersial
  1. Pemilihan kuali sangat penting untuk mendadar telur dimana kuali yang sesuai adalah kuali yang kurang melekat. Jika kuali terlalu melekat, telur akan sukar ditanggalkan. Jika kuali tidak melekat langsung pula, telur akan bergerak sewaktu menggolekkan kuali menyebabkan telur tidak dapat didadar dengan nipis dan lebar.
  2. Saya mengajar pelajar cara membungkus nasi goreng pattaya dalam bekas plastik dimana bekas ini mudah cair jika terkena panas. Itu sebabnya nasi goreng pattaya perlu dipindahkan beberapa kali didalam pinggan.

p/s: Nuffnang saya kuat membuta la. Tiap hari tido je. Frust betul.