Apa yang akan anda buat jika ini terjadi pada kereta anda. Klik disini sama ada anda marah atau gelak


Mengenang kembali, suatu ketika dahulu saya pernah melawat beberapa tempat menarik di Thailand. Saya suka melihat cara mereka berniaga. Untuk menarik pelancong seluruh dunia mereka membina World Largest Gems Gallery, World Largest Restaurant, World Largest Night Market dan banyak lagi yang world largest. Semuanya nak world largest. Kalau yang tak world tu tak payah cerita la. Satu perkara yang terikir di kepala saya, kalau semua dah berniaga, siapa yang nak membeli? Kenapa kat Malaysia tak ada benda begini?

Bertahun-tahun selepas itu barulah saya terfikir. Orang Malaysia tak boleh berniaga bersama-sama begini. Betul ke? Peniaga pasar malam yang hanya beberapa kerat peniaga sahaja pun boleh bergaduh bila datang peniaga baru menjual produk yang sama dengan mereka. Bila tau je usahawan baru ubahsuai lot kedai disebelah restoran kita, sibuk menyiasat apa yang mereka nak jual. Gelabah tak tentu pasal takut perniagaan terjejas. Kemudian sibuk memerah otak memikirkan macam mana nak menjatuhkan pesaing dan bukan nak meningkatkan kualiti perniagaan sendiri.

Apa sahaja yang baik yang dilakukan oleh orang lain tak kira negara apa, bangsa apa atau agama apa, tiada salahnya kita ambil sebagai panduan. Kalau yang buruk tu, cepat sahaja kita nampak. Senang je kita tiru. Terkinja-kinja macam orang naik kuda boleh saja kita buat. Mereka berniaga bersama-sama secara harmoni. Walaupun world largest tapi didalam tu beratus-ratus tauke. Di Malaysia walaupun hanya premis terbesar dan pertama di Asia Tenggara tapi taukenya cuma satu syarikat. World largest night market panjangnya lebih 5km. Kelebarannya tak dapat la nak ukur. Beberapa kali saya sesat akhirnya pergi jalan kaki, balik naik teksi. Di suatu sudut, semuanya jual makanan. Suatu sudut yang lain semuanaya jual jean immitation. Walaupun produk mereka masih produk yang sama atau lebih kurang sama, rezeki tetap ada untuk mereka semua. Jalan bawa kalkulator sebab tak pandai berbahasa inggeris. Nak deal harga semuanya picit kalkulator. Tunjuk barang, picit kalkulator. Lepas tu saya pulak picit kalkulator nak minta harga r
endah sikit. Lepas tu dia pulak picit sampai la persetujuan tercapai.  Sampai macam tu sekali mereka berniaga.

World Largest Gems Gallery pun macam tu juga bezanya mereka fasih berbahasa inggeris. Bertepatan dengan namanya, mereka hanya menjual batu permata sahaja. Jadi harga semuanya untuk batu permata. Emas dan upah langsung tak pernah cerita. Kalau suka kat mana-mana loket berlian, tawar je harganya. Kalau rantai nya tak cukup panjang atau tak cukup menarik, tukar je rantai emas yang lain. Harga tetap sama sebab mereka hanya kira harga batu permata sahaja. Kalau cincin tak muat, minta je mereka besarkan. Dalam beberapa minit, dah siap. Tak de tambahan harga juga selagi batu permatanya masih sama. Setiap permata yang dibeli disertakan sijil. Boleh bayar menggunakan berbagai-bagai matawang asing. Pakai ringgit Malaysia pun boleh. Tak ada masalah. Kadar tukaran tanpa komisyen. Kalau tukar kat bank atau money changer pun tak dapat nilai macam tu.

Kenapa mereka buat begitu? Kerana mereka perlu bersaing. Bukan sahaja sesama usahawan di tempat yang sama malah sesama usahawan seluruh dunia. Segala kemudahan mereka sediakan untuk menawan hati pelanggan dan bukannya menghancurkan perniagaan pesaing. Rezeki tetap ada untuk semua orang.

p/s: Gambar saya di Thailand? tabley