Dalam keadaan sibuk dan kucar kacir dalam kepala sekarang ni, kena la saya merayap-rayap mencari ketenangan. Saya memang gemar ke tempat yang happening sikit. Tapi tak de la tempat yang terlalu ramai orang sampai nak parking kereta pun kena pusing-pusing dua tiga kali. Berkunjung ke shopping complex menjelang perayaan Merry Christmas kira ok la. Asalkan tak terpengaruh dengan promosi-promosi yang di pamerkan kira ok la jugak. Selain itu harap dapat la kiranya mencari sebab mengapa nuffnang saya terlalu merundum sekarang ni.

Ini yang menarik perhatian saya sewaktu singgah di AEON Bukit Indah. Pokok krismas paling tinggi di Malaysia yang di buat daripada botol kitar semula.

Ia tersenarai di The Malaysia Book of Records dengan ketinggian 15 meter. Pokok ini juga berdiameter 5.9 meter dibuat dengan 8000 buah botol kitar semula bersaiz 1.5 liter.

Pokok ini pernah dipamerkan di AEON Bukit Tinggi Shopping Centre dari 5 hingga 27 Disember 2009. Kini ia dipamerkan di AEON Bukit Indah sempena Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Nak tau apa yang saya beli sewaktu berada disini? Jawapannya cuma makanan sahaja. Ingatlah pesanan saya, perniagaan makanan adalah perniagaan yang mendapat permintaan paling tinggi. Punya la banyak dan beraneka barangan yang dijual ketika musim perayaan ini tapi saya hanya membeli makanan kerana semua orang perlu makan setiap hari tanpa kompromi. Tak ada duit pun, semua orang tetap akan makan. Betul tak?