
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.

Apabila menjadi usahawan, salah satu kebolehan yang perlu ada adalah keupayaan melakukan ramalan. Bukan seperti tilik nasib yang diharamkan tu. Ramalan yang dimaksudkan bertujuan supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apabila kita sudah menjangkakan sesuatu perkara yang berlaku, bolehlah kita melakukan sesuatu supaya kita tidak terlepas sebarang peluang keemasan.

Setiap 6 bulan sekali, eloklah membelek kalender untuk meneliti tarikh-tarikh peristiwa yang penting. Contohn... Continue reading ...
Resepi Udang Goreng Tepung
.JPG)
Setiap kali membuat hidangan yang ringkas dan cepat seperti udang goreng tepung ini, saya selalu berfikiran mudah. Jangan memberatkan kepala otak memikirkan dengan secara serius agar hidangan menjadi begitu sempurna. Hanya ada beberapa perkara yang perlu diambil berat tetapi jika tahu sifat-sifat bahan yang digunakan, memang tak akan ada masalah lagi. Jika anda selongkar tip masakan komersial yang ada dalam setiap entri blog ini, anda akan lebih memahami. Sambil itu saya akan menerangkan serb... Continue reading ...
Resepi Cucur Udang Asas
.JPG)
Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag... Continue reading ...
Cempedak Goreng dan Teknik Gorengan Rangup
.JPG)
Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ... Continue reading ...
Ikan Siakap Sambal Tomato
.JPG)
Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika... Continue reading ...
Resepi Tauhu Telur Dengan Sos Tiram
.JPG)
Beberapa hari tak update entri bukan kerana tiada bahan. Malah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja didapur. Memasak memang tiada putusnya selagi semua orang perlu makanan. Banyak resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan. Jadi hari ini saya memilih resepi yang ringan dan mudah iaitu Tauhu Telur dengan Sos Tiram. Hidangan ini memang tak banyak yang perlu dibicarakan kerana ia sangat simple seperti kelazimannya masakan cina.
.JPG) Bahan-bahan untuk Resepi Tauhu Telur dengan Sos Tiram
300g Ta... Continue reading ...
Resepi Mi Kari Komersial

Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se... Continue reading ...
Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu Dijauhi
.JPG)
Saya memaksudkan bisnes atas angin sebagai perbuatan yang boleh memberi keuntungan kepada si pelakunya dengan hanya bermodalkan air liur. Berbeza dengan amalan rasuah, kerana rasuah memerlukan modal yang besar sedangkan tiada kerja yang perlu dilakukan. Jadi saya bukan nak bercerita mengenai bisnes seperti ini atau selalunya saya panggil alibaba. Bisnes atas angin biasanya tidak dapat dikategorikan sebagai rasuah kerana ia banyak melibatkan putar-belit yang menyebabkan ramai menyangka ia waja... Continue reading ...
Resepi Ayam Panggang Pengantin
.JPG)
Setiap kali majlis perkahwinan, selalunya pengantin akan dijamu dengan beraneka makanan yang pasti menyebabkan air liur kita keluar. Apa lagi bila melihat ayam golek yang dihias cantik. Tapi tahukan anda, hidangan pengantin sebenarnya dimasak menggunakan kaedah yang paling senang. Dalam keadaan sibuk, banyak kerja yang perlu dilakukan, ramai tetamu yang hadir dengan lebih ramai penyibuk dari pembantu, tukang masak memang akan menggunakan cara memasak yang ringkas, mudah dan tak memerlukan per... Continue reading ...
Kepentingan Menghias Makanan
.JPG)
Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka... Continue reading ...
Perbaiki tambah nilai produk dengan cara berhemah.
.JPG)
Sering saya ingatkan kepada pembaca blog saya juga kepada pembeli-pembeli ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, bahawa anda boleh menjual produk anda dengan harga yang lebih baik sekiranya anda dapat meningkatkan tambah nilai produk. Seperti yang pernah saya katakan dulu, daripada menjual pisang lebih baik menjual kerepek pisang. Sekilogram pisang berharga lebih kurang RM2.50 sedangkan kerepek pisang berharga lebih dari RM8. Lebih tinggi harga jualan, lebih banyak keuntungan. Saya bukan sur... Continue reading ...
Tip Membeli Ayam di Pasar

Dah jadi macam suatu kemestian pula, setiap kali menjelang musim perayaan harga barangan keperluan pasti meningkat mendadak. Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali diikuti dengan Hari Raya Aidiladha, dan seperti yang dijangka harga barangan utama seperti ayam, daging, telur, cili dan lain-lain sedikit demi sedikit bertambah tanpa disedari. Tambahan pula kerajaan mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun hadapan dan bonus hujung tahun ini da... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Birthday Strawberry Shortcake
.JPG)
Dah macam blog kek pulak rasanya bila dipenuhi gambar-gambar kek. Tak mengapa la saya tumpang gambar kek kat sini kerana saya harap dengan cara ini akan memudahkan saya merujuk semula apa yang pernah saya buat. Nak mencari semula pun senang disamping dapat meninggalkan beberapa tip dan masalah-masalah yang saya hadapi supaya tidak mengulanginya sekali lagi. Gambar kek dalam entri ini adalah pasangan kepada Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d yang saya paparkan dalam entri lepas. Sahaba... Continue reading ...
Resepi Lepat Pulut Aidilfitri Dengan Video
.JPG)
2 minggu lepas saya ada berjanji untuk memaparkan resepi serta teknik membungkus lepat pulut iaitu hidangan yang sentiasa saya masak setiap kali menyambut hari raya. Lepat pulut memang popular dikampung saya. Hampir semua rumah akan menghidangkan juadah ini kerana ia benar-benar istimewa setaraf dengan ketupat nasi, lemang, ketupat palas atau dodol. Saya juga pernah berjanji untuk memaparkan video teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. Dibawah ini sudah saya siapkan videonya tapi sebelum... Continue reading ...
Resepi Cupcake Coklat Tipis | Light Chocolate Cupcake
.JPG)
Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc... Continue reading ...
Membina Empayar Perniagaan Bersama Keluarga
.JPG)
Anda bertuah jika dapat membangunkan perniagaan bersama keluarga anda. Memang banyak kebaikkannya kerana anda dapat membantu ahli keluarga anda. Kalau bukan ahli keluarga sendiri, siapa lagi yang sudi membantu ye tak? Daripada anda menggajikan pekerja yang kurang anda ketahui latar belakangnya, entahkan jujur entahkan tidak, lebih baik anda gajikan adik, abang, kakak atau andak anda. Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira dalam menggajikan ahli keluarga anda dari segi a... Continue reading ...
Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™. Ada apa dengan Autoreverse™?
.JPG)
Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni. Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke... Continue reading ...
Burger Gergasi
.JPG)
Saya ni kalau ada masa terluang, ada je benda yang saya teringin nak masak. Agak-agak rasa boring je, saya pun selongkar la dapur mencari apa-apa yang boleh dijadikan makanan. Selongkar punya selongkar, terjumpa la daging korban tahun lepas. Sebelum daging tu jadi fosil, baik saya jadikan kraftangan. Boleh jugak anak saya bawa bekal ke sekolah. Kebetulan memang dia ada minta buatkan burger untuk dia. Anak saya tu memang macam tu. Main order je apa-apa yang dia rasa teringin nak makan. Ingat r... Continue reading ...
The Food Street JB City Square 26 -31 Okt 2010
.JPG)
Jika berkesempatan, memang saya akan meluangkan masa untuk mengunjungi ekspo-ekspo dan pesta-pesta makanan seperti ini. Terlanjur sewaktu menghantar anak ke klinik untuk rawatan, saya menghadiri The Food Street JB City Square sekadar memeriahkan majlis sambil mencari idea-idea baru dalam bidang masakan.
.JPG)
Secara umumnya saya seronok melihat gerai-gerai jualan yang tersusun rapi, bersih membentuk lorong-lorong yang meriah dengan pengunjung. Produk-produk jualan bila dah dihias cantik dan disusu... Continue reading ...
Resepi Kuih Kasturi

Ada yang memanggil kuih ini dengan nama rendang kasturi. Saya tak tahu sejarah kuih ini tapi saya tahu sifat-sifat kuih ini yang menjadikannya kegemaran ramai rakyat Malaysia. Pertama, rasa lemak kacang hijau mestilah asli. Kedua, kulit sadurannya mesti garing dan rangup walaupun setelah sejuk. Ketiga, rasa manis dan masin perlu seimbang dan keempat, tekstur bahagian dalam kuih kasturi hendaklah lembut dan tidak terlalu bersedai. Bagi pengusaha kuih tempatan, sudah pasti mereka menggemari kui... Continue reading ...
Resepi Kuih Lapis Komersial

Kuih lapis adalah sejenis kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Kebaikan memasak menggunakan teknik ini antaranya makanan tidak berubah bentuk, saiz dan warnanya dan tidak banyak nutrien yang hilang. Dari segi komersial pula, kaedah ini sangat baik kerana lebih menjimatkan dimana beberapa masakan dapat disediakan dalam satu masa dan yang paling penting ia tidak memerlukan perhatian yang lebih. Letak makanan dalam pengukus d... Continue reading ...
Resepi Muffin Pisang dengan Coklat Chip
.JPG)
Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami ciri-ciri masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, tentu sakit tel... Continue reading ...
Ilmu perniagaan yang boleh diperolehi dari karipap

Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.
Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge... Continue reading ...
Voucher - salah satu kaedah untuk mempromosikan bisnes

2 hari lepas saya menerima 2 keping voucher KFC bernilai RM20. Voucher ini adalah salah satu saguhati untuk saya setelah dilantik menjadi juri dalam pertandingan Catur Bistari pada bulan Januari lepas. Dah setengah tahun baru nak bagi ke? Sempat jugak la saya snap sekeping gambar sebelum voucher ni bertukar menjadi 5 ketul ayam goreng dan 2 cawan minuman ringan. Tapi apa yang nak saya ceritakan disini bukan pasal kerakusan kaedah saya makan ayam goreng tapi idea bisnes yang diperolehi dari ... Continue reading ...
Bidang apa yang menjamin masa depan dan patut diceburi?

Kebanyakkan pelajar saya masih samar-samar untuk apa dia belajar. Apa yang dia tau, ibubapa hantar kesana untuk belajar jadi diapun belajar la tanpa banyak cerita. Mereka tak tahu apa yang akan mereka dapat dari apa yang dipelajari. Akhirnya mereka mensia-siakan sahaja segala yang dipelajari dengan bekerja di sektor yang tiada kena mengena dengan kemahiran mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar semua kemahiran baru apabila mula berada di alam pekerjaan dan kemahiran sedia ada akhirny... Continue reading ...
Tips untuk usahawan makanan

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
Keseronokan memasak sebenar

Akhirnya siap juga tempahan kek yang saya terima. Cuma tinggal topping sahaja untuk kek coklat moist. Sebelum hantar barulah letak topping. Bukan susah sangat buat topping. Campurkan bahan, masak sekejap dan tuang. Syukurlah ada tempahan. Dapat juga belanja petrol untuk balik kampung. Bukan banyak sangat tempahan yang diterima hari ini. Hanya 3 kek coklat moist dan 2 blueberry cheese cake. Tapi saya tetap rasa seronok memasak dan membuat kek. Saya gembira membuat apa yang saya suka. Walaupu... Continue reading ...
Kenapa kek saya tak seperti yang dijual di kedai?

Tauke kedai kek tu beri resepi kek pada saya tapi kek saya tetap tak sama macam kek dia. Kek dia gebu, kek saya lekuk. Saya tengok gambar kek dalam majalah resepi macam menarik je tapi bila bila buat, kek jadi mampat. Itulah antara luahan yang sering kita dengar dari suri rumah yang sangat berminat membuat kek. Kalau kek menjadi boleh la jual kat kawan-kawan. Anak-anak nak makan kek tak perlu la beli lagi. Mungkin anda menyangka tauke kedai kek itu tak mungkin akan memberikan resepi keknya wal... Continue reading ...
Perolehi keberkatan dalam masakan

Setiap kali pelajar-pelajar saya belajar memasak, saya akan memberikan bahan-bahan yang diperlukan, resepi dan kaedah memasak yang sama. Mereka akan mendapat segalanya dalam kuantiti yang sama setiap seorang tetapi hasil yang diperolehi tak pernah sama. Ada yang berwarna gelap, ada yang cerah, ada yang sangat menyelerakan dan ada juga yang termasuk dalam kategori tidak boleh dimakan. Mengapa hasil mereka terlalu berbeza sedangkan saya memberikan segala-galanya sama setiap seorang. Saya juga me... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|