
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG) Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...
Continue reading ...
Resepi Tomyam Chiang Mai
.JPG)
Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h... Continue reading ...
Ikan Masak Stim Cara Thai
.JPG)
Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan dengan ayam.
... Continue reading ...
Resepi Serikaya Labu Mahkota
.jpg)
Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan. Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid... Continue reading ...
Resepi Ketam Bercili - Chilli Crab
.JPG)
Kenapa saya suka sangat ketam bercili ni? Pertama, memang saya suka masakan pedas terutama jenis-jenis sambal ni. Kedua, sebab saya jarang sangat dapat makan ketam ni. Bukan sahaja kerana harga ketam yang mahal tapi juga kerana saya tak boleh makan makanan laut seperti ketam ni. Kena berpantang dulu baru boleh makan ketam. Silap haribulan, menggerutu seluruh badan saya. Seminggu menderita. Suatu ketika dulu saya ada paparkan entri mengenai masakan bercili tapi masa tu saya memang saya tak ada ... Continue reading ...
Manisan Sengkuang Cina dengan Nangka
.jpg)
Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga... Continue reading ...
Resepi Nasi Goreng Restoran Thai
.JPG)
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re... Continue reading ...
Resepi Ikan Talapia Bercili | Chilli Talapia

Resepi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ketam seperti di restoran-restoran masakan thai. Memandangkan saya ni tak mampu nak makan ketam, jadi saya gunakan ikan talapia tempoh hari yang masih berbaki seekor. Bila gunakan ikan talapia, hasilnya memang tak sama dengan ketam. Ketam mengandungi banyak air didalamnya jadi kuahnya akan menjadi lebih cair. Lagipun rasa ketam akan meresap dalam kuah. Bila digantikan dengan ikan talapia, inilah hasilnya. Kuahnya terlalu pekat. Rasa kuahnya tiad... Continue reading ...
Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan. Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita... Continue reading ...
Resepi Sate Lilit Serai

Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi... Continue reading ...
Teknik Membungkus Nasi Goreng Pattaya

Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ... Continue reading ...
Resepi Ayam Goreng Kunyit

"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ... Continue reading ...
Resepi Kerabu Betik Muda

Masih terasa betapa segarnya menikmati kerabu betik ini. Sewaktu berada di kampung, saya dapati pokok betik yang tumbuh meliar menghasilkan banyak buah. Saya mula terfikir satu jenis kerabu yang amat mudah disediakan. Jika dibandar, betik yang dijual terlalu muda sehinggakan rasa kerabu betik menjadi kurang menyelerakan malah warnanya juga kurang menarik. Kini saya boleh pilih sendiri betik yang terbaik untuk resepi kerabu betik ini. Seronoknya tinggal di kampung. Resepi kerabu betik ini adala... Continue reading ...
Resepi Tom Yam Putih
.JPG)
Tom yam memang biasa kita nikmati dan hidangan ini di jual di semua restoran dan gerai masakan Thai di seluruh Malaysia. Malah masakan Thai memang terkenal diseluruh dunia kerana keunikkannya. Sebenarnya masakan Thai mempunyai banyak variasi tom yam cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Salah satu variasi tomyam yang semakin popular adalah tom yam putih. Rasa-rasanya masyarakat thai mengenalinya dengan nama tom yam kung atau pok tek. Tak kisahlah apa nama yang diberikan yang penting rasa tom y... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|