
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka... Continue reading ...
Resepi Udang Goreng Tepung
.JPG)
Setiap kali membuat hidangan yang ringkas dan cepat seperti udang goreng tepung ini, saya selalu berfikiran mudah. Jangan memberatkan kepala otak memikirkan dengan secara serius agar hidangan menjadi begitu sempurna. Hanya ada beberapa perkara yang perlu diambil berat tetapi jika tahu sifat-sifat bahan yang digunakan, memang tak akan ada masalah lagi. Jika anda selongkar tip masakan komersial yang ada dalam setiap entri blog ini, anda akan lebih memahami. Sambil itu saya akan menerangkan serb... Continue reading ...
Kenapa Resepi Di Sini Berbeza Dari Resepi yang Lain
.JPG)
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or... Continue reading ...
Resepi Chapati Komersial
.JPG)
Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan. Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad... Continue reading ...
Cempedak Goreng dan Teknik Gorengan Rangup
.JPG)
Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang
.JPG)
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual... Continue reading ...
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Dengan Ikan Masin
.JPG)
Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban... Continue reading ...
Resepi Popia Nestum Bercoklat
.JPG)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih... Continue reading ...
Resepi Biskut Kisaran Koko Krunch

Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia... Continue reading ...
Biskut Bijirin Nestum Mudah dan Ringkas
.JPG)
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ... Continue reading ...
Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas
.JPG)
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M... Continue reading ...
Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Selama ni saya asyik mempromosikan Labis yang popular dengan tempat mandi-manda seperti Pusat Reakreasi Kolam Air Panas dan Hutan Lipur Taka Melur. Jadi apa salahnya saya bercerita pula mengenai Muar, iaitu kampung saya yang terkenal dengan mi bandungnya. Minggu lepas ketika dikampung, saya merancang untuk meraikan hari bertuah saya dengan menjamu ahli keluarga saya. Biasanya saya akan memasak sendiri tetapi kali ini saya berhajat untuk makan di suatu tempat yang sedikit happening. Akhirnya ka... Continue reading ...
Resepi Sandwich Double Decker

Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Coklat Komersial | Chocolate Ice Cream
.JPG)
Saya memang jarang membuat aiskrim kerana dirumah saya tiada penggemar aiskrim. Cuma sekali-sekala bila ada kawan-kawan atau saudara mara datang baru la terasa nak buat. Itupun kalau saya tahu mereka penggemar aiskrim. Kalau saya buat juga, memang tak akan ada yang makan. Membazir je. Aiskrim coklat dalam peti ais dirumah saya pun rasanya dah melebihi 2 tahun saya simpan. Rasanya dah lama expired. Saja je nak buat pekasam. Kalau dah jarang buat tu, maknanya kurang la kemahiran. Walaubagaimanap... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|