
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita... Continue reading ...
Resepi Sambal Tauhu
.JPG)
Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
.JPG)
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Belimbing Buluh
.JPG)
Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah... Continue reading ...
Resepi Sambal Belacan Kampung
.JPG)
Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A... Continue reading ...
Ikan Siakap Sambal Tomato
.JPG)
Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Kentang
.JPG)
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin... Continue reading ...
Resepi Sambal Ketuk Manja-manja
.JPG)
Harga cili segar yang semakin meningkat menyebabkan saya jarang sangat membuat hidangan ini. Ia bukan hidangan utama tetapi dengan adanya hidangan seperti ini membuatkan saya lebih berselera. Ini peluang untuk saya membuat sambal ketuk kerana baru-baru ini saya memperolehi cili segar yang sangat banyak. Tapi kali ini saya hanya menggunakan cili hijau sahaja untuk membolehkan anak saya mencubanya. Ternyata dia menyukainya. Tak pelik la. Apa yang ibu masak semua dia suka
.JPG) Bahan-bahan untuk Rese... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Petai Klasik
.JPG)
Boleh ke kalau kita katakan petai ni makanan untuk orang kampung? Setahu saya, harga petai sekarang ni bukan murah sangat. Tiga atau empat papan mencecah RM5 di tempat saya bergantung kepada saiz mata petai. Kalau besar-besar, segar dan rapat-rapat, lagi mahal la harganya. Dua pupuh tahun dulu mungkin la harganya hanya RM2 untuk 10 papan. Sekarang ni mana nak dapat lagi. Orang asli yang mencari petai dihutan pun dah pandai mengira. Kalau boleh nak jual mengikut bilangan mata petainya. Jadi se... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Cili Api Pedas Membunuh
.JPG)
Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi... Continue reading ...
Sosej Roll dan Pau Sambal Goreng
.JPG)
Ada pulak yang bertanya "gambar apabende yang kuning-kuning dalam polisterin kat entri Aktiviti Bulan April Yang Menyesakkan?" Maaflah kalau gambar dalam blog ni semuanya kecik-kecik. Kabur pulak tu. Kuih dalam polisterin tu adalah sosej roll iaitu sejenis roti yang dimasak dengan kaedah menggoreng. Sebelum digoreng, roti itu dililit pada sosej. Yang menyebabkan warna kuning tu sebenarnya hanya serbuk roti (breadcrumb). Saja je pilih yang berwarna kuning terang macam tu. Baru menarik dan lebi... Continue reading ...
Resepi Sambal Balado Nasi Padang

Agak sukar memuaskan hati saya ketika makan di luar. Saya ni boleh la dikatakan cerewet dalam bab makan ni. Saya nak makan sesuatu yang mesti sedap, murah, banyak dan selamat di tempat yang selesa, bersih dan tenang. Macam mana saya tak bising kalau seketul ayam goreng sebesar penumbuk budak dijual pada harga RM2. Memang la harga barang sekarang ni semuanya dah naik tapi saya tau harga kos kebanyakan hidangan yang saya gemari. Saya juga tau yang mana senang disediakan, yang mana leceh. Takkan... Continue reading ...
Hidangan mudah patut ada waktu sahur

Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|