
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG) Hidup dibandar ni segala-galanya kena beli. Bahan-bahan yang suatu ketika dahulu kita tak pandang, sekarang dah tinggi harganya. Dulu kita boleh nampak jantung pisang tergolek je kat pangkal pokok pisang, sekarang cuma nampak di pasar dengan tanda harga. Setiap hari saya nampak lori pisang di jalan raya tapi jantung pisang di pasar tak de pulak sebanyak tu. Waktu teringin memang susah sangat saya nak dapat apa yang saya nak. Jantung pisang untuk Masak Lemak Jantung Pisang ni pun kebas kat sua...
Continue reading ...
Resepi Ikan Dengan Sos Manis Thai
.JPG) Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...
Continue reading ...
Resepi Muffin Sosej dan Keju - Savoury Masakan Barat
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 30, 2013,
.JPG)
Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, masyarakat barat lebih gemar menggunakan kaedah ... Continue reading ...
Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1
.JPG)
Pizza mempunyai 3 bahagian utama iaitu roti, sos dan topping. Cuba anda ceritakan sedikit apa yang menariknya pada pizza. Apa bezanya pizza dengan burger? Kalau saya gunakan roti sandwich di sapukan sos dan disusun ayam, sayur dan keju diatasnya adakah hasilnya akan sama dengan pizza? Dibawah ini ada resepi pizza yang mudah iaitu resepi roti dan sosnya. Untuk toppingnya, terpulang kepada anda. Saya gunakan isi ayam dan sosej. Resepi roti pizza ini hanya menggunakan resepi roti yang asas sah... Continue reading ...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Paling Simple
.JPG)
Terdapat dua jenis ikan tenggiri yang biasanya dijual di pasar. Pertama adalah tenggiri batang yang besar dan banyak isi dan kedua adalah ikan tenggiri bunga yang saiznya lebih kecil dengan sedikit corak dibadannya. Kalau masyarakat barat, mereka mempopularkan ikan mereka yang bersaiz besar seperti cod dan salmon. Sebenarnya tekstur isi ikan ini hampir sama, jadi tak ada salahnya kalau kita memasak ikan tenggiri menggunakan resepi masakan barat. Hasilnya hampir sama malahan harganya jauh lebi... Continue reading ...
Nugget Ikan dan Burger Ikan Mini
.JPG)
Bagi yang mempunyai anak bersekolah pagi, sering menghadapi kesukaran menyediakan sarapan untuk mereka. Kena pulak anak yang belum pandai berdikari atau tiba-tiba terlewat bangun pula. Bertambah-tambah la kelam-kabutnya. Akhirnya anak-anak dibekalkan dengan makanan yang dibeli digerai-gerai atau makanan segera yang hanya perlu digoreng atau dipanaskan sahaja. Bila cerita pasal makanan segera, apa kata anda buat sendiri makanan segera untuk anak-anak. Selain dapat memudahkan kita diwaktu pagi,... Continue reading ...
Teknik dan Resepi Karipap Pusar / Pusing / Lapis
Setiap hari saya keluar bekerja pukul 7 pagi dan sampai semula di rumah pukul 7 petang. Kalau bertugas hanya sebagai pendidik, bekerja begini memang saya sanggup. Tentulah menggembirakan bila membuat sesuatu yang berasal dari jiwa. Tapi bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita, benda yang senang pun boleh menjadi susah. Itulah yang saya rasa sekarang ni. Kadang-kadang saya rasa saya ni seorang pembekal. Kadang-kadang rasa macam kerani. Kadang-kadang rasa macam usahawan... Continue reading ...
Resepi Ikan Bakar dengan Air Asam
.JPG)
Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt... Continue reading ...
Resepi Begedil Ayam
.JPG)
Saya rasa, begedil memang tak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja. Terlalu senang membuatnya. Pada asasnya, begedil hanya kentang rebus yang dilecek, dibentuk kemudian digoreng. Kemudian, untuk rasa yang lebih sedap, baru ditambah berbagai bahan terdiri dari protin dan sayur-sayuran. Begedil juga disalut dengan telur supaya bentuknya kekal dan tidak pecah sewaktu digoreng. Resepi dibawah adalah asas untuk begedil yang mudah dan sedap manakala di ruangan tip masakan, saya kana menerangk... Continue reading ...
Resepi Donut Gebu Modern
.JPG)
Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.
Continue reading ...
Resepi Peria Goreng Telur Hancur
.JPG)
Kalau tak pahit, bukan peria namanya. Kalau tak suka pahit, masaklah petola, labu air atau labu siam. Sekarang ni pun, peria dah tak sepahit dulu. Suatu ketika dulu, jika terlalu pahit, selalunya saya rendamkan dalam air kapur atau air garam. Selalunya saya terus masak je kerana pahit adalah ciri-ciri unik peria. Anak saya pun tak ada masalah nak makan peria. Untuk mendapatkan seluruh khasiat peria, lebih baik kekalkan peria dalam keadaan asalnya. Bahan-bahan untuk Peria Goreng Telur Hancur
300... Continue reading ...
Resepi Ayam Sambal Kicap
.JPG)
Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita... Continue reading ...
Resepi Maruku Rangup, Menjimatkan dan Asli
.JPG)
Sejak dari hari raya aidilfitri yang lalu, saya teringin sangat nak buat dan makan maruku. Pada hari raya tu juga, setiap rumah yang saya singgah, tak ada pula maruku yang saya suka. Kalau ada pun cuma maruku yang banyak dijual di gerai-gerai yang wujud sepanjang tahun. Sehinggalah pada deepavali yang lalu, jiran-jiran saya memberikan maruku. Kemudian saya terfikir perbezaan antara maruku melayu dan maruku india. Nampaknya maruku india lebih menjimatkan lebih menjimatkan. Mungkin kerana merek... Continue reading ...
Resepi Sagu Gula Melaka
.JPG)
Ada simpan lagi air gula semalam? Kan saya dah pesan. Simpan sikit air gula dalam peti ais. Bila-bila masa nak guna, beberapa minit je boleh sediakan dessert. Mana la tau tiba-tiba datang tetamu, mak mertua ke. Sekurang-kurangnya ringan kerja yang perlu dibuat. Mana nak masak lagi. Nak cuci toilet lagi. Nanti tak pasal-pasal, tetamu tak dilayan. Dengan air gula dalam peti ais, dapat la buat dessert yang menyamankan. Puteri mandi ke, puding ke, Bubur Cha-cha ke, karamel ke ataupun paling mudah... Continue reading ...
Streudel Muffin Buah-buahan
.JPG)
Inginkan muffin yang tak banyak cekadak? Inilah dia. Konsep muffin itu sendiri dah memang mudah, cepat dan ringkas. Tetapi ramai yang menyukarkan proses membuat muffin dengan menokok tambah berbagai-bagai syarat dan petua. Biasanya kalau muffin yang banyak cekadak, itu tak boleh ini tak boleh, saya tak akan buat. Alang-alang berpeluh, lebih baik saya buat cupcake. Seperti Streudel Muffin Buah-buahan ini, proses membuatnya tak sampai 30 saat. Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Nasihat s... Continue reading ...
Resepi Daging Masak Kicap
.JPG)
Tiap kali bulan puasa, memang saya sedikit sibuk. Saya rasa semua orang sibuk. Ada yang sibuk mencari duit, ada yang sibuk menyediakan persiapan hari lebaran. Masing-masing terpaksa mengubah jadual kegiatan seharian untuk aktiviti bulan puasa. Sahabat saya sorang ni pulak sibuk dengan bisnes baru dia. Singgah-singgah la tengok apa yang ada kat Galeri Cik Suri JP ni. Bila dah sibuk, habuan perut selalu diketepikan. Sampai masa, pergi bazaar ramadhan. Bagi saya, hidangan cepat, mudah dan ringka... Continue reading ...
Resepi Sambal Tauhu
.JPG)
Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya... Continue reading ...
Resepi Kurma Ayam 70-an
.JPG)
Saya berhasrat untuk memaparkan resepi-resepi masakan melayu berempah yang mudah dan ringkas. Resepi ini sesuai untuk perayaan atau keraian seperti hari raya Aidil Fitri atau majlis perkahwinan. Rasanya cuma kerutup sahaja yang masih menunggu giliran. Resepi lain seperti kari, rendang, kuzi, opor dan lain-lain semuanya sudah. Kali ini Resepi Kurma Ayam 70-an mengambil giliran. Seperti biasa, resepi saya tidak menggunakan rempah segera seolah-olah berada di tahun 70-an. Saya lebih selesa mengi... Continue reading ...
Resepi Sup Ayam Tradisi
.JPG)
Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah... Continue reading ...
Kuah Lodeh Cepat dan Ringkas
.JPG)
Kalau kuah lodeh je, mesti ketupat. Kalau ketupat je mesti raya. Kuah lodeh tak sepatutnya hanya dihidangkan sewaktu hari raya sahaja kerana ia adalah hidangan yang sangat berkhasiat. Penuh dengan berbagai sayur-sayuran. Pilih je sayuran mana yang kita suka kebanyakkannya sesuai sangat dengan lodeh. Jangan tunggu hari raya je baru nak masak lodeh. Jangan tunggu kenduri masak lontong je baru nak merasa makan lodeh. Mari kita buat lodeh seringkas dan semudah mungkin supaya kita boleh lebih kera... Continue reading ...
Resepi Kuih Tradisional - Kuih Getas

Sibuk dengan EURO ke sekarang ni? Saya pun sibuk jugak tapi sibuk dengan kerja-kerja saya la. Nak masak pun kadang-kadang miss. Tapi makan tetap makan. Bila melihat tilawah al-quran tv, barulah terfikir bulan Ramadhan dah semakin dekat. Tambahan pula, tilawah peringkat kebangsaan dibuat di Johor Bahru. Mula la terkenangkan kuih-kuih yang popular di bulan puasa. Tentunya kuih tradisional yang menjadi pilihan memandangkan kuih modern, sepanjang tahun pun boleh dapat. Teringin betul nak makan ... Continue reading ...
Menyediakan kek dalam waktu sibuk

Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
.JPG)
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka... Continue reading ...
Resepi Pocket Chapati dan Teknik Kreativiti Untuk Tambah Nilai Produk
.JPG)
Dalam seminggu ni, saya rasa sibuk sangat hinggakan nak update blog pun susah. Aktiviti ditempat kerja semakin bertambah berikutan majlis yang akan diadakan hujung minggu ni. Tempahan kek yang saya terima juga lebih banyak dari biasa. Mungkin kerana cuti hari buruh jadi masing-masing ingin membawa pulang kek untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang membuat kek tiramisu kecil sebanyak 75 biji. Penuh peti ais saya dengan keju 4 kg yang akan saya gunakan nanti. Harap entri Pocket Chapati kali ini... Continue reading ...
Kenapa Resepi Di Sini Berbeza Dari Resepi yang Lain
.JPG)
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Ungkep
.JPG)
Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan... Continue reading ...
Resepi Asas Bubur Lambuk
.JPG)
Terlalu banyak versi bubur lambuk di negara kita. Setiap negeri ada sahaja resepi mereka sendiri. Ada yang cair, ada yang pekat, yang keras, yang manis, masin atau pedas semuanya menggunakan konsep memasak haba lembab yang sama iaitu merebus. Tak kisah la bagaimana rasa dan rupa bubur lambuk ditempat anda atau mungkin namanya juga berbeza, yang penting saya harap anda dapat belajar sesuatu yang baru dari entri ini. Saya rasa semua orang tahu apa itu merebus. Kaedah ini tidak perlukan banyak p... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang
.JPG)
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual... Continue reading ...
Resepi Waffle Mudah dan Ringkas
.JPG)
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba... Continue reading ...
Resepi Wantan Udang dengan Sup Cara Cina
.JPG)
Masakan cina memang unik. Selain dari rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara masakan yang pernah saya pelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sanga... Continue reading ...
Gambar Kek Hantaran Perkahwinan
.JPG)
Hampir terlupa pula saya pada gambar kek hantaran perkahwinan adik yang masih saya simpan. Gambar kecilnya saya pernah paparkan pada entri Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik beberapa minggu lepas. Rasa sayang pulak kalau tak dimasukkan dalam blog ini. Mana la tau suatu hari nanti berguna untuk saya atau mungkin juga untuk pembaca blog ini nanti.
.JPG)
Gambar diatas sekali adalah kek asal sebelum di tambahkan bunga dan dimasukkan kedalam kotak. Saya menggunakan kek coklat moist dan dibaluti f... Continue reading ...
Resepi Nasi Goreng Restoran Thai
.JPG)
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re... Continue reading ...
Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda
.JPG)
Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu... Continue reading ...
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Dengan Ikan Masin
.JPG)
Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban... Continue reading ...
Resepi Popia Nestum Bercoklat
.JPG)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih... Continue reading ...
Resepi Biskut Kisaran Koko Krunch

Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia... Continue reading ...
Teknik Membuat Tempoyak
.JPG)
Selepas Hari Raya, saya dijangka mengajar masakan yang menggunakan tempoyak. Jika bukan musim durian, memang susah nak mencari tempoyak. Setiap kali nak guna, berpusing-pusing satu bandar mencari bahan. Memang ada tempoyak dijual kerana di tempat saya, durian dari thailand sentiasa ada sepanjang tahun. Tapi harganya yang buat saya tak tahan. Setengah cawan sahaja pun dijual sehingga RM3.50. Saya perlukan 2 hingga 3 kilogram tempoyak. Banyak jugak belanja yang diperlukan. Jadi apabila musim dur... Continue reading ...
Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin
.JPG)
Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu.... Continue reading ...
Muffin Asas Yang Sempurna
.JPG)
Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju... Continue reading ...
Biskut Bijirin Nestum Mudah dan Ringkas
.JPG)
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ... Continue reading ...
Resepi Pancake Asas
.JPG)
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa... Continue reading ...
Resepi Kari Kental Ikan Kembung
.JPG)
Susah sangat ke nak masak kari hinggakan lebih rela membeli di kedai mamak? Zaman sekarang segala jenis rempah dah tersedia. Lain la suatu masa dahulu, terpaksa giling rempah-rempah dulu baru dapat masak kari. Kini, tinggal pilih je kari apa yang anda mahukan. Nak kari dengan rasa kemelayuan ada, rasa keindiaan pun ada dan kari kecinaan pun dah ada. Gunakanlah mana-mana asalkan jangan guna perencah kari segera. Rempah kari tak pe. Kat bawah ni ada resepi kari kental khusus untuk wanita kental... Continue reading ...
Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas
.JPG)
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M... Continue reading ...
Resepi Sup Tanpa Rempah dan Minyak | Resepi Diet Rendah Lemak.

Zaman dah berubah. Ramai orang yang sedar kepentingan makan berkhasiat, rendah lemak, tanpa kolestrol. Kebanyakkannya mementingkan makanan berkhasiat untuk hidup lebih sihat, dan ramai juga yang bertujuan untuk menjaga badan supaya lebih kurus dan lebih cantik. Anda pula bagaimana? Adakah kerana ingin menjaga kesihatan atau takut gemuk? Apapun sebabnya, saya harap anda semua dapat mementingkan kualiti makanan yang anda makan. Jangan hanya makan makanan yang sedap sahaja. Khasiatnya mesti seim... Continue reading ...
Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas
.jpg)
Dah 5 hari saya tak update blog Resepi Masakan Barat Komersial dengan resepi-resepi yang sesuai anda gunakan untuk restoran dan gerai makanan anda. Maaflah kerana beberapa hari ni fikiran sedikit bercelaru dengan masalah kereta saya yang dah bertahun-tahun tak selesai. Saya memberikan kereta itu untuk seorang sahabat saya. Malangnya sehingga sekarang, kereta itu masih diatas nama saya. Saya cuma minta ditukarkan atas nama dia. Saya tak minta bayaran. Saya tak minta apa-apa. Tapi dia langsung ... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Mangga | Mango Sherbert
.JPG)
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an... Continue reading ...
Resepi Donut Gebu Tradisional
.JPG)
Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.
PENGUMUMAN : Kepada sesiapa yang rasa daya ingatannya cukup kuat, men... Continue reading ...
Resepi Salad Buah-buahan | Fruit Salad

Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang... Continue reading ...
Sos Bolognaise | Resepi Spagetti | Hidangan Pasta
.JPG)
Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai. Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam ent... Continue reading ...
Saya, Nuffnang dan Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel

Entah kenapa, saya rasa macam sedih sangat dengan Nuffnang. Rasa sunyi je dan kosong je blog ni tanpa gambar-gambar bergerak dari Nuffnang. Bukan tak ada terus cuma yang runcit-runcit je. Tapi tak mengapa. Itu bukan tujuan utama blog ini buat. Selagi saya mampu, saya akan terus memaparkan resepi-resepi menarik yang sesuai untuk anda hidangkan direstoran-restoran atau gerai-gerai makanan anda. Kali ini saya ingin bercerita mengenai resepi nasi goreng yang paling saya menyampah. Resepi ini terla... Continue reading ...
Daging Korban Masak Hitam

Masih banyak lagi daging korban yang perlu dihabiskan. Keluarga saya bukanlah penggemar daging sangat. Saya pula alergik bila makan banyak daging. Jadi daging korban ini saya gunakan sedikit demi sedikit. Lagipun memang banyak masakan yang boleh disediakan berasaskan daging dan salah satunya adalah daging masak hitam ni. Ini bukanlah masakan daging blackpaper kerana saya tak letakpun lada hitam tapi anda boleh menambahkan lada hitam sesuka hati kalau anda mahu kerana masakan ini fleksible dan ... Continue reading ...
Video resepi nasi beriani mudah dan ringkas
.JPG)
Video ni sebenarnya saya gunakan untuk mengajar para pelajar saya dalam penyediaan masakan India. Oleh kerana sekarang ni dah canggih, saya gunakan la ia untuk memudahkan pengajaran saya. Kalau dulu saya demonstrasi dan ada pelajar yang leka dan kuat berangan akan terlepas apa yang saya terangkan. Daripada saya buat demonstrasi berulangkali, lebih baik saya videokan je. Jadi sesiapa yang terlepas boleh la tonton video ni berkali-kali. Dan sekarang, saya post dalam blog saya supaya lebih ramai... Continue reading ...
Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben - Mi Gulung

Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.

Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga. Bahan-Bahan 1 ... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|