Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Kadang-kadang bila ada masa terluang, saya selalu menyelongkar rumah mencari apa yang boleh dijadikan makanan untuk minum petang. Banyak sangat bahan-bahan yang berlebihan tapi tak cukup syarat. Susah payah kumpul barang, akhirnya tak cukup satu bahan yang penting. Selalunya akan jadi makanan yang menggunakan bahan yang biasa. Bahan-bahan luar biasa kekal sebagai tukun hinggalah tamat tempoh. Lagipun masa terluang bukannya banyak sangat dan tak cukup untuk buat makanan yang rumit dan istimewa... Continue reading ...
Suatu masa dahulu, sangat susah nak mendapatkan herba barat. Pada masa itu, cuma ada herba barat dalam botol keluaran Mc Cormick je. Sebotol melebihi RM10. Kemudian keluar beberapa jenama lain menyaingi Mc Cormick seperti Master Food tapi harganya masih lagi mahal. Kemudian saya dapati harga herba barat lebih kurang RM8 sahaja sebotol. Mungkin kerana ia lebih mudah didapati dan kehadiran pelbagai jenama. Pada masa itu, saya terpaksa mendapatkan bekalan herba barat terus dari pengimportnya tet... Continue reading ...
Sejak dari hari raya aidilfitri yang lalu, saya teringin sangat nak buat dan makan maruku. Pada hari raya tu juga, setiap rumah yang saya singgah, tak ada pula maruku yang saya suka. Kalau ada pun cuma maruku yang banyak dijual di gerai-gerai yang wujud sepanjang tahun. Sehinggalah pada deepavali yang lalu, jiran-jiran saya memberikan maruku. Kemudian saya terfikir perbezaan antara maruku melayu dan maruku india. Nampaknya maruku india lebih menjimatkan lebih menjimatkan. Mungkin kerana merek... Continue reading ...
Hari terakhir kerja sebelum raya ni, saya kena pastikan segala yang perlu dilakukan siap sepenuhnya. Tempahan popia mini udang kering, kek kukus buah-buahan, kek tiramisu, kek coklat moist dan lain-lain semua dah dihantar. Seronoknya dapat duit. Kelas menganyam ketupat pun dah selesai kedua-dua sesi walaupun frust sikit sebab daun ketupat saya lesap. Dah la bagi kelas percuma, keluar modal untuk beli daun ketupat. Tetiba kena kebas pulak. Sekarang tengah tunggu ketupat masak.
Tak sangka. Dah sampai ke penghujung Ramadhan. Sekarang masanya untuk menganyam ketupat sebagai juadah Aidilfitri. Saya pun hampir lupa nak keluarkan semula video cara menganyam ketupat. Masih belum terlambat untuk belajar. Kalau malu, boleh belajar senyap-senyap dalam bilik. Tak ada siapa yang tahu. Video cara menganyam ketupat bawang, jantung dan pasar yang saya sediakan ini boleh membantu. Kalau bukan kita yang mempertahankan budaya dan trasisi kita, siapa lagi...
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.
Macam malas pulak hari ni menulis resepi. Sibuk sangat menggulung rokok daun untuk dijual raya ni. Masa untuk berborak lagi. Dah ada berapa jenis kuih raya yang anda sediakan? Buat ke beli?
Kalau tengok kuih raya di pasaran, memang rambang mata dibuatnya. Harganya juga berbagai-bagai. Kalau yang menggunakan majerin, dengan rasa yang sepesen je, murah je harganya. Kuih-kuih seperti ini selalunya dibuat menggunakan cetak dikilang. Adunana yang sama, cuma dipelbagaikan dengan kekacang, coklat, p... Continue reading ...
Sekali-sekala kena juga buat masakan yang leceh sikit. Nak kata leceh sangat tu tak de la sebab boleh beli je rempah beriani merah kat kedai mamak. Tak pernah dengar pasal beriani merah? Rempah beriani merah pun tak pernah jumpa? Mari saya tunjukkan Resepi Ayam Beriani Merah dengan membuat sendiri rempah beriani. Khas untuk sesiapa yang tak pernah jumpa resepi beriani merah di pasaran. Mana la tau suatu hari nanti anda boleh jadi pengeluar rempah beriani merah.
Nampak tak hitam-hitam kat serunding kelapa saya tu? Haa.. ni la yang nak mengadu ni. Kamera saya dah mula meragam. Mode semua dah tak boleh ubah. Barang elektronik sekarang ni, cukup dua tahun je mesti jahanam. Dua tahun sekali mesti nak duit. Serunding kelapa saya yang jadi mangsa. Sebenarnya serunding kelapa saya ni hangit. Bukan la sebab kamera pun tapi saya tetap nak salahkan kamera jugak. Terkial-kial nak setting kamera, hinggakan hangit serunding saya. Ingatkan nak keringkan sikit lag... Continue reading ...
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...
Saya berhasrat untuk memaparkan resepi-resepi masakan melayu berempah yang mudah dan ringkas. Resepi ini sesuai untuk perayaan atau keraian seperti hari raya Aidil Fitri atau majlis perkahwinan. Rasanya cuma kerutup sahaja yang masih menunggu giliran. Resepi lain seperti kari, rendang, kuzi, opor dan lain-lain semuanya sudah. Kali ini Resepi Kurma Ayam 70-an mengambil giliran. Seperti biasa, resepi saya tidak menggunakan rempah segera seolah-olah berada di tahun 70-an. Saya lebih selesa mengi... Continue reading ...
Kalau kuah lodeh je, mesti ketupat. Kalau ketupat je mesti raya. Kuah lodeh tak sepatutnya hanya dihidangkan sewaktu hari raya sahaja kerana ia adalah hidangan yang sangat berkhasiat. Penuh dengan berbagai sayur-sayuran. Pilih je sayuran mana yang kita suka kebanyakkannya sesuai sangat dengan lodeh. Jangan tunggu hari raya je baru nak masak lodeh. Jangan tunggu kenduri masak lontong je baru nak merasa makan lodeh. Mari kita buat lodeh seringkas dan semudah mungkin supaya kita boleh lebih kera... Continue reading ...
Sekarang ni saya sedang berkursus di Johor Bahru. Minggu depan pulak berkursus ke Kuala Lumpur. Surat panggilan dan dapat. Kursus di Kuala Lumpur yang ditangguhkan sebelum cuti sekolah yang lalu pulak belum panggil-panggil lagi sampai sekarang. Silap-silap bersambung dengan kursus minggu depan. Boleh pengsan dibuatnya. Kalau dapat nak pilih salah satu je. Kesian kat pelajar-pelajar saya. Banyak lagi masakan yang perlu mereka belajar. Takut tak sempat pulak nak habiskan kursus masakan mereka.
Semalam seperti hujung minggu biasa, saya akan berkunjung ke pusat membeli-belah untuk membeli beberapa barangan keperluan terutama barangan dapur. Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi, jadi saya menjangkakan minggu depan, tempat-tempat begini akan penuh sesak dengan pengunjung. Minggu cuti seterusnya sudah tentu banyak kedai yang tutup. Jadi saya merancang untuk mendapatkan keperluan lebih banyak dari biasa sebagai stok hari cuti dan diantaranya adalah ayam segar. Malangnya gerai yang ser... Continue reading ...
Hidangan tempatan seperti lontong dan kuah lodeh ni tak sepatutnya disajikan hanya pada hari raya. Lodeh ni pada dasarnya adalah beraneka sayur-sayuran yang dimasak lemak. Jadi tiada sebab untuk tidak dimasak selalu. Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi. Mungkin penggunaan berbagai jenis sayur-sayuran agak menyukarkan. Bagaimanapun, kita mempunyai pilihan sendiri. Apabila kita sendiri yang menyediakan hidangan, kita boleh melakukan mengikut citarasa sendiri bergantung kepada kemampuan sendir... Continue reading ...
2 minggu lepas saya ada berjanji untuk memaparkan resepi serta teknik membungkus lepat pulut iaitu hidangan yang sentiasa saya masak setiap kali menyambut hari raya. Lepat pulut memang popular dikampung saya. Hampir semua rumah akan menghidangkan juadah ini kerana ia benar-benar istimewa setaraf dengan ketupat nasi, lemang, ketupat palas atau dodol. Saya juga pernah berjanji untuk memaparkan video teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. Dibawah ini sudah saya siapkan videonya tapi sebelum... Continue reading ...
Apakah alasan-alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak menjalankan ibadah korban? Ada yang kata, tak tahu mana nak beli lembu atau kambing. Ada yang kata, tak tahu macam mana nak uruskan haiwan yang akan dikorbankan. Ada juga yang kata, tak tahu dan tak ada siapa yang boleh membantu menguruskan penyembelihan. Dan paling ramai yang berkata, tak cukup modal atau belum berkemampuan lagi. Apa pula alasan anda? Mari kita bincangkan bersama-sama.
Saya sebenarnya sekarang ni terlalu sibuk. Nanti saya ceritakan apa yang sibuk sangat tu. Apa-apa hal sayapun, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Hari Malaysia. Saya rasa sangat beruntung dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Seperti yang anda semua tahu, negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, jadi saya harap jangan pula cuba menamatkan kemerdekaan ini dengan pertumpahan darah pula.
Ok, sekarang ni baru boleh cerita, kenapa saya terlalu sibuk minggu ini. Adik saya, aka... Continue reading ...
Raya tahun ni ada rasa terkilan sikit. Pertama, kerana tak sempat nak buat ketupat palas dan kedua, kerana langsung tak dapat merasa periuk kera. Kedua-dua makanan berasaskan pulut ni memang saya suka. Walaupun dapat makan ketupat palas, lemang dan lepat pulut dengan puas tapi tetap rasa terkilan jugak sebab tak dapat memahirkan diri dengan ketupat palas. Kat sini memang susah sikit nak dapat daun palas. Hampir nak raya je baru ada dijual. Periuk kera pulak langsung tak jumpa. Kalau dulu bany... Continue reading ...
Tak ada salahnya kalau saya nak mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog resepi masakan barat komersial terutama kepada pembaca yang berdaftar melalui email. Salah silap harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang memang sering melakukan kesilapan. Segala teguran akan saya jadikan panduan dimasa akan datang.
Saya rasa anda semua dah selamat pulang dari beraya. Mungkin suasana hari raya masih segar dalam kenangan. Mungkin juga ada yang kekok ... Continue reading ...
Banyak pulak saya dengar ungkapan “memasak dengan penuh kasih sayang.” Suatu ketika dulu bila saya sebutkan ungkapan seperti itu, semua orang senyum-senyum. Ramai jugak yang tergelak. Kini ramai pulak yang memanjangkan ungkapan ini agar lebih ramai yang memahaminya.
Popia mini memang menguji kejujuran anda memasak. Jika anak anda teringin untuk makan makanan yang leceh seperti ini adakah anda akan beli yang siap dimakan atau beli yang segera, cuma perlu digoreng? Mungkinkah anda sanggup... Continue reading ...
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih... Continue reading ...
Kuih gunting adalah kudap-kudapan saya sewaktu kecil. Kadang-kadang bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan dalam bungkusan kecil. Dapat la duit belanja sikit. Kuih gunting pada asalnya adalah kulit karipap yang kemudiannya di perasakan dengan pelbagai cara. Sekarang ni wujud berbagai jenis kuih gunting sama-ada manis, pedas, berempah atau berperisa seafood. Namanya juga turut berubah tapi saya tetap memanggilnya dengan nama kuih gunting kerana saya nampak mak menggunakan gunting untu... Continue reading ...
Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia... Continue reading ...
Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda... Continue reading ...
Bila hari raya je mesti ada dodol. Bila dodol je mesti hari raya. Sama seperti ketupat dan lemang, hidangan ini memang tradisi setiap kali hari raya. Kerana kepopularannya, tak hairanlah jika ramai usahwan dodol muncul setiap kali menjelang raya. Harga terkini di bandaraya saya mencecah RM23 sekilogram. Dodol ni berat dan padat. Sekilogram tu cuma sebesar botol setengah liter je. Ada juga dodol komersial yang dijual dalam tiub plastik. Sebesar cerut je dah RM7.50. Fuhh! lagi mahal. Kalau difi... Continue reading ...
Dah masanya membuat kuih raya. Bagaimanapun pilihlah kuih raya yang berkhasiat dan bukan hanya sedap je. Setiap kali hari raya, tak ramai yang mempedulikan kesihatan sendiri. Apa ada depan mata semuanya di makan. Tak ambil kisah lagi dengan piramid makanan. Lepas raya ramai yang merosot tahap kesihatannya. Klinik dan hospital dipenuhi pengunjung yang memerlukan rawatan dan ubat. Kebanyakkannya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung. Kalau makan rendang tu, ingat-ingat sikit. Kalau makan k... Continue reading ...
Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat semua. Semoga mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dibulan Ramadan yang mulia ini. Apabila bermula sahaja bulan Ramadhan, perang merebut pelanggan menerusi promosi-promosi yang mendebarkan perasaan, turut berlangsung. Daripada barang-barang keperluan hari raya sehinggalah kepada barang-barang yang tiada kena mengena dengan hari raya semuanya tertera perkataan Murah! Jimat! Diskaun! Rebat! Percuma! Dan sebagainya. ... Continue reading ...
Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini.
Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan wa... Continue reading ...
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ... Continue reading ...
Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ... Continue reading ...
Minggu lepas, dalam hujan lebat, saya pulang juga ke kampung untuk menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia. Walaupun hanya pilihanraya kecil Labis, namun saya mesti turut serta memilih pemimpin agar nanti tiada keraguan kerana rakyat sendiri yang memilihnya.
Memang meriah pilihanraya Labis. Poster kempen dimana-mana. Begitu juga dengan jentera parti yang diimport dari seluruh negara semuanya berkampung di Labis. Setiap hari diadakan ceramah. Bila dah ada ceramah, mesti ada pemimpi... Continue reading ...
Macam tak percaya, pada cuti sekolah yang panjang ini, saya tak ke mana-mana selain dari pulang ke kampung. Biasanya saya akan berkunjung ke tempat-tempat menarik atau sekurang-kurangnya mandi-manda di laut berdekatan. Tapi tak mengapa, sekarang saya perlu berjimat-cermat kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.
Bila tak dapat berjalan jauh, biasanya saya akan pergi ke tempat yang saya rasakan happening dan mempunyai tarikan. Menjelang Merry Christmas ni sudah tentu pusat ... Continue reading ...
Hari raya Aidiladha yang lalu, saya sekeluarga berpakat dengan semua adik-beradik di kampung untuk mengorbankan seekor lembu. Ditambah seekor lagi lembu tumpang, menjadikan 2 ekor lembu dikorbankan di belakang rumah saya pada hari raya pertama. Dikawasan rumah saya di bandar pula, mengorbankan 13 ekor lembu termasuk 2 ekor lembu yang ditumpangkan dari taman perumahan berhampiran dan seekor kambing. Tapi tak dapat la saya menyertai majlis korban di bandar kerana saya berada dikampung pada ma...
Raya dah habis tapi tak bermakna kita harus melupakan makanan tradisi kita. Tak sepatutnya hanya hari raya je kita masak ketupat. Sepatutnya bila-bila masa kita boleh hidangkannya. Belum pernah lagi saya dengar majlis kenduri doa selamat dihidangkan ketupat. Bukan susah sangat membuat ketupat. Daun ketupat pun ada jual sepanjang tahun. Memang tak patut kalau hidangan yang hebat ni cuma dihidangkan cuma pada hari raya sahaja.
Pada pendapat saya, ketupat jantung adalah ketupat yang paling mudah ... Continue reading ...
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n... Continue reading ...
Gema hari raya masih terasa lagi. Sewaktu tekun membuat ketupat menjelang hari raya yang lalu saya terfikir apa akan jadi jika semakin sedikit masyarakat di Malaysia yang mahir menganyam ketupat. Adakah industri ketupat segera akan semakin berkembang maju atau jualan kelongsong ketupat siap dianyam akan bertambah? Mungkin ramai yang berminat untuk belajar menganyam ketupat tetapi tiada guru yang sudi mengajar. Mungkin juga malu nak belajar. Kepada sesiapa yang tinggal di Utara dan Pantai Timu... Continue reading ...
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal... Continue reading ...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.
Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka ... Continue reading ...
Macam dah tak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Lebih tak sabar menunggu Syawal. Bukan kerana saya macam budak-budak nak kutip duit raya tapi kerana pada bulan itu saya dapat buat kuih raya dan kek sepuas-puasnya. Biasanya pada bulan lain, saya tak berpeluang sangat mengkaji resepi-resepi baru. Sebenarnya saya risau kerana tiada sesiapa yang akan menghabiskan kuih dan kek yang saya buat. Jadi saya hanya dapat membuat kek yang ditempah sahaja. Balik-balik buat kek tu je.
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 28, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Menjelang Ramadhan nanti meriah la kawan-kawan kita mempromosikan kuih raya. Masing-masing memberikan sample kuih raya untuk dirasa. Peniagaan kuih raya ini memang berbaloi jika kena dengan caranya. Mesti anda terfikir, bagaimana mereka menyediakan kuih raya sebagai sample. Takkan nak buat 20 biji biskut je setiap jenis. Mesti leceh dan menggunakan kos yang tinggi. Sebenarnya jika kita teliti, kebanyakan biskut yang dijual dipasaran menggunakan satu asas yang sama. Cara ini paling menjimatkan... Continue reading ...
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.