
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Hari ni saya rasa macam nak membebel pulak. Tetiba je rasa seperti ini apabila memikirkan apa yang saya lihat dan lalui melalui persekitaran. Bukan sahaja untuk perniagaan, Sense of Belonging juga berguna untuk sesiapa sahaja sama ada dalam diri perseorangan juga komuniti. Saya pun tak pandai sangat nak menerangkan maksud Sense of Belonging. Pada saya ia bermaksud menyayangi apa sahaja seperti mana kita menyayangi hak milik kita sendiri. Jika sesuatu itu dah sememangnya milik kita, tentu kita... Continue reading ...
Tawan Hati Pelanggan vs Jatuhkan Pesaing
 Apa yang akan anda buat jika ini terjadi pada kereta anda. Klik disini sama ada anda marah atau gelak
Mengenang kembali, suatu ketika dahulu saya pernah melawat beberapa tempat menarik di Thailand. Saya suka melihat cara mereka berniaga. Untuk menarik pelancong seluruh dunia mereka membina World Largest Gems Gallery, World Largest Restaurant, World Largest Night Market dan banyak lagi yang world largest. Semuanya nak world largest. Kalau yang tak world tu tak payah cerita la. Satu perkara ya... Continue reading ...
Teknik Ramalan Memaksimumkan Jualan

Apabila menjadi usahawan, salah satu kebolehan yang perlu ada adalah keupayaan melakukan ramalan. Bukan seperti tilik nasib yang diharamkan tu. Ramalan yang dimaksudkan bertujuan supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apabila kita sudah menjangkakan sesuatu perkara yang berlaku, bolehlah kita melakukan sesuatu supaya kita tidak terlepas sebarang peluang keemasan.

Setiap 6 bulan sekali, eloklah membelek kalender untuk meneliti tarikh-tarikh peristiwa yang penting. Contohn... Continue reading ...
Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu Dijauhi
.JPG)
Saya memaksudkan bisnes atas angin sebagai perbuatan yang boleh memberi keuntungan kepada si pelakunya dengan hanya bermodalkan air liur. Berbeza dengan amalan rasuah, kerana rasuah memerlukan modal yang besar sedangkan tiada kerja yang perlu dilakukan. Jadi saya bukan nak bercerita mengenai bisnes seperti ini atau selalunya saya panggil alibaba. Bisnes atas angin biasanya tidak dapat dikategorikan sebagai rasuah kerana ia banyak melibatkan putar-belit yang menyebabkan ramai menyangka ia waja... Continue reading ...
Kepentingan Menghias Makanan
.JPG)
Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka... Continue reading ...
Nak duit, kaya dan berjaya secara bijak?
.JPG)
Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.
Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih... Continue reading ...
Resepi Waffle Mudah dan Ringkas
.JPG)
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba... Continue reading ...
Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim Perayaan
.JPG)
Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat semua. Semoga mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dibulan Ramadan yang mulia ini. Apabila bermula sahaja bulan Ramadhan, perang merebut pelanggan menerusi promosi-promosi yang mendebarkan perasaan, turut berlangsung. Daripada barang-barang keperluan hari raya sehinggalah kepada barang-barang yang tiada kena mengena dengan hari raya semuanya tertera perkataan Murah! Jimat! Diskaun! Rebat! Percuma! Dan sebagainya. ... Continue reading ...
Membina Empayar Perniagaan Bersama Keluarga
.JPG)
Anda bertuah jika dapat membangunkan perniagaan bersama keluarga anda. Memang banyak kebaikkannya kerana anda dapat membantu ahli keluarga anda. Kalau bukan ahli keluarga sendiri, siapa lagi yang sudi membantu ye tak? Daripada anda menggajikan pekerja yang kurang anda ketahui latar belakangnya, entahkan jujur entahkan tidak, lebih baik anda gajikan adik, abang, kakak atau andak anda. Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira dalam menggajikan ahli keluarga anda dari segi a... Continue reading ...
Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™. Ada apa dengan Autoreverse™?
.JPG)
Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni. Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke... Continue reading ...
Resepi Cekodok Kentang Autoreverse™ | Autoreverse™ Potato Ball
.JPG)
Jika disebut cekodok atau jemput-jemput tentu semua orang dah tau. Cekodok kentang pula ramai yang dah boleh agak. Tapi bila dengar mengenai cekodok kentang Autoreverse™ pula mungkin ramai yang belum mengatahuinya. Saya pun dah lama tak mendengar perkatan Autoreverse™ ni semenjak pita kaset hilang popularitinya dengan kemunculan cakera padat. Tapi ini bukan mengenai hiburan. Entri ini juga seluruh blog ini adalah mengenai makanan dan masakan yang diselitkan dengan ilmu perniagaan untuk ... Continue reading ...
Resepi Kuih Lapis Komersial

Kuih lapis adalah sejenis kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Kebaikan memasak menggunakan teknik ini antaranya makanan tidak berubah bentuk, saiz dan warnanya dan tidak banyak nutrien yang hilang. Dari segi komersial pula, kaedah ini sangat baik kerana lebih menjimatkan dimana beberapa masakan dapat disediakan dalam satu masa dan yang paling penting ia tidak memerlukan perhatian yang lebih. Letak makanan dalam pengukus d... Continue reading ...
Ilmu perniagaan yang boleh diperolehi dari karipap

Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.
Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge... Continue reading ...
Voucher - salah satu kaedah untuk mempromosikan bisnes

2 hari lepas saya menerima 2 keping voucher KFC bernilai RM20. Voucher ini adalah salah satu saguhati untuk saya setelah dilantik menjadi juri dalam pertandingan Catur Bistari pada bulan Januari lepas. Dah setengah tahun baru nak bagi ke? Sempat jugak la saya snap sekeping gambar sebelum voucher ni bertukar menjadi 5 ketul ayam goreng dan 2 cawan minuman ringan. Tapi apa yang nak saya ceritakan disini bukan pasal kerakusan kaedah saya makan ayam goreng tapi idea bisnes yang diperolehi dari ... Continue reading ...
Tips untuk usahawan makanan

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial Percuma
Hari ini saya sangat gembira. Apa yang saya impikan telahpun menjadi kenyataan. Ingin saya umumkan satu berita baik pada peminat masakan barat. Saya telahpun menyiapkan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat 2. Apa yang menariknya saya akan memberikan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini secara PERCUMA. Sesiapapun boleh mendapatkannya tanpa kos tersembunyi. Tidak perlu membeli apa-apa. Tak perlu keluar duit. 100% PERCUMA. Tidak perlu risau tentang kualiti ebook Panduan & Resepi Masakan Barat... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|