Assalamualaikum sahabat,

Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.

Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.

Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.

Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.

Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.

1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.

Showing Tag: "panduan" (Show all posts)

Makanan Berkhasiat, Makanan menyihatkan dan Cara Menurunkan Berat Badan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 5, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Setiap hari, kita mendengar iklan makanan melalui media massa. Semua syarikat mewar-warkan produk mereka yang berkhasiat dan penting untuk anda. Tapi adakah makanan mereka itu menyihatkan? Saya tak mahu cerita mengenai pengawet, pewarna dan perasa sama ada asli, tiruan atau sebagainya hari ini. Saya hanya mahu bercerita mengenai apa yang saya faham mengenai makanan berkhasiat dan menyihatkan. Rasanya anda semua tahu apa yang dimaksudkan makanan yang memudaratkan. Tapi ramai yang tak tahu, mak...
Continue reading ...
 

Sos Worchestershire Lea & Perrins dah Halal?

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 25, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Kalau anda masih ingat lagi, beberapa tahun dahulu, saya pernah pergi ke Karnival Halal 1Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru. Waktu melawat booth Jabatan Agama Islam Johor, saya dapati sos worchertershire keluaran Lea and Perrins diletakkan bersama produk-produk tidak halal termasuk kasut dan beg yang dibuat dari kulit babi dan banyak lagi. Waktu tu, label sos worchestershire tu hanya tertera logo halal dari luar negara. Kemudian, label baru sos worchertershire tidak pernah memaparkan apa-a...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Bakar dengan Air Asam

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 21, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt...


Continue reading ...
 

Konsep Sense Of Belonging untuk Kebaikan Perniagaan

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 18, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Hari ni saya rasa macam nak membebel pulak. Tetiba je rasa seperti ini apabila memikirkan apa yang saya lihat dan lalui melalui persekitaran. Bukan sahaja untuk perniagaan, Sense of Belonging juga berguna untuk sesiapa sahaja sama ada dalam diri perseorangan juga komuniti. Saya pun tak pandai sangat nak menerangkan maksud Sense of Belonging. Pada saya ia bermaksud menyayangi apa sahaja seperti mana kita menyayangi hak milik kita sendiri. Jika sesuatu itu dah sememangnya milik kita, tentu kita...


Continue reading ...
 

Cara Membuat Pasta Bayam | Spinach Pasta

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 22, 2012, In : Resepi Masakan Barat 


Pasta juga merupakan salah satu sumber karbohidrat yang utama dalam hidangan masakan barat. Sejak diperkenalkan oleh kaum cina, masyarakat barat terus menggemari pasta dan kemudiannya mengubahsuai bahan-bahan dan bentuk pasta mengukit citarasa mereka. Kalau nak cerita mengenai jenis-jenis pasta, memang panjang. Lain rupa, lain namanya. Nak sebut pun susah. Bagi orang Malaysia, semuanya dipanggil mi. Spinach pasta seperti ini boleh dibeli dengan mudah di Malaysia. Ada yang dijual dalam bentuk ...


Continue reading ...
 

Semoga Berjaya dalam SPM

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 1, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Sedihnya tengok blog saya berdebu. Tak de mood nak menulis. Tapi bila dah menulis, saya rasa macam tak nak berhenti. Rasanya semua dah tahu, peperiksaan SPM akan bermula beberapa hari lagi. Tu yang buat saya tak de mood nak menulis. Pertama, kerana sibuk dengan urusan berkaitan SPM. Kedua, apa khabar la pelajar-pelajar saya yang nak SPM tahun ni. Lama dah tak jumpa. Dah sedia ke?

Saya mendoakan semoga maju jaya kepada semua calon SPM tahun ini khasnya pelajar-pelajar saya serta pengunjung-peng...


Continue reading ...
 

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Kemasukkan 2013

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 1, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Memang saya lebih suka pendidikan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik berbanding sekolah akademik yang lain. Tetapi bergantung juga kepada bidang yang dipilih. Sudah tentu saya lebih suka bidang yang menjurus kepada keusahawanan. Bukan bermaksud bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, perbankan, perakaunan, pemasaran dan lain-lain. Maksud saya, bidang yang boleh menjadikan anda seorang usahawan. Ambil bidang perbankan dan kemudian makan gaji di bank pun tak guna juga. Lai...
Continue reading ...
 

Bagaimana Menempah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 1, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Minggu lepas saya telah menempah 1 bahagian lembu untuk aqiqah anak saya. Lain kali, jika diizinkan Allah, saya akan menempah 1 bahagian lembu lagi untuk dia juga. Senang je nak menempah Qurban dan Aqiqah secara online ni. Secara umumnya hanya bayar dan isi borang tempahan dengan betul. Itu sahaja. Syarikat EQurban Resources Sdn Bhd akan menguruskan yang lain sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Dibawah ini saya senaraikan prosedur dalan urutan bagaimana menempah Qur...


Continue reading ...
 

Resepi Bahulu Gulung

Posted by Norasikin Basri on Friday, September 28, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dalam banyak-banyak kek, bahulu adalah antara kek yang paling saya tak pandai. Mungkin dahulu saya hanya  menggunakan hand mixer sahaja. Kini saya dah ada Heavy Duty Stand Mixer tetapi hasilnya masih belum memuaskan hati saya. Saya pun tak berapa faham dimana kekurangannya lagi. Walaupun bahulu gulung ini lembut seperti swiss roll tetapi masih belum seperti yang saya harapkan. Sesiapa yang mempunyai resepi bahulu tak kira sama ada bahulu gulung atau bahulu tradisional, harap dapat kongsikan d...


Continue reading ...
 

Panduan Membeli Di Groupon

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 27, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Ekoran dari entri Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula, saya dihujani banyak mesej melalui email, comment box, dan facebook page. Macam-macam yang ditanya hinggakan saya naik pening memikirkannya. Banyak yang tak tahu cara membuat pembelian sedangkan Groupon menyediakan arahan lengkap untuk anda. Apa yang anda perlu buat hanya baca. Sebagai penjual, mereka seboleh-bolehnya cuba memudahkan pelanggannya. Berbagai cara pembayaran yang mereka sediakan. Memang begitulah caranya kalau nak d...


Continue reading ...
 

Tawan Hati Pelanggan vs Jatuhkan Pesaing

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 24, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Apa yang akan anda buat jika ini terjadi pada kereta anda. Klik disini sama ada anda marah atau gelak


Mengenang kembali, suatu ketika dahulu saya pernah melawat beberapa tempat menarik di Thailand. Saya suka melihat cara mereka berniaga. Untuk menarik pelancong seluruh dunia mereka membina World Largest Gems Gallery, World Largest Restaurant, World Largest Night Market dan banyak lagi yang world largest. Semuanya nak world largest. Kalau yang tak world tu tak payah cerita la. Satu perkara ya...


Continue reading ...
 

Resepi Mi Rebus Gerai

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 24, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak...


Continue reading ...
 

Resepi Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel

Posted by Norasikin Basri on Saturday, September 22, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir  tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...


Continue reading ...
 

Icing Decorating Pen dan Silicone Cupcake Mould

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, August 29, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Cemburu betul dengan peralatan yang ada sekarang. Dulu saya terpaksa bersusah-payah belajar dan berlatih menggunakan peralatan menghias kek. Menggigil-gigil tangan memicit piping bag. Sekejap kuat sekejap perlahan, hasilnya icing saya sekejap besar sekejap kecil. Sekarang ni nampaknya sesiapa sahaja boleh menghias kek. Tak payah belajar bertahun-tahun. Hasilnya tetap cantik dan menarik. Kalau tahu ada alat macam Icing Decorating Pen ni, tak payah la saya belajar bertahun-tahun.

Dengan alat c...


Continue reading ...
 

The Real Mi Bandung Muar

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 14, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dalam bulan puasa, sekurang-kurangnya mesti sekali makan mi bandung Muar. Tapi bila bulan puasa, seleranya memang lain macam sikit. Masak apapun, mesti nak yang betul-betul memuaskan tekak. Kalau dulu mi bandung yang saya buat terpaksa dikurangkan tahap ekstremnya tapi bulan puasa, mesti nak yang betul-betul ekstrem. Memang tak peduli dengan penyakit yang saya deritai. Seharian berlapar, mesti nak makan makanan yang betul-betul sedap. Mi bandung mesti cukup pedas, pekat dan tepat seperti rese...


Continue reading ...
 

Belajar Menganyam Ketupat Melalui Video

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 13, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 
Tak sangka. Dah sampai ke penghujung Ramadhan. Sekarang masanya untuk menganyam ketupat sebagai juadah Aidilfitri. Saya pun hampir lupa nak keluarkan semula video cara menganyam ketupat. Masih belum terlambat untuk belajar. Kalau malu, boleh belajar senyap-senyap dalam bilik. Tak ada siapa yang tahu. Video cara menganyam ketupat bawang, jantung dan pasar yang saya sediakan ini boleh membantu. Kalau bukan kita yang mempertahankan budaya dan trasisi kita, siapa lagi...


Kepada pelajar saya yang...
Continue reading ...
 

Resepi Sate Komersial

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 6, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Saya tahu. Hari ni ramai rakyat Malaysia yang kecewa. Harap bersabar semua. Kalau tak dapat menanggung kekecewaan, saya cadangkan buka puasa nanti anda beli aiskrim. Kemudian order atau masak nasi goreng cina. Bayangkan muka Lin Dan yang anda kunyah tu. Hehehhe Sambil-sambil tu, mari kita cuba resepi sate saya ni. Khusus untuk sesiapa yang cuba berjinak-jinak dengan perniagaan sate. Tak perlu meniru-niru sate Hj Samuri atau mana-mana sate Kajang yang dah popular tu. Kalau boleh, tampilkan k...


Continue reading ...
 

Tip Berjimat Untuk Kuih Raya

Posted by Norasikin Basri on Friday, August 3, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Macam malas pulak hari ni menulis resepi. Sibuk sangat menggulung rokok daun untuk dijual raya ni. Masa untuk berborak lagi. Dah ada berapa jenis kuih raya yang anda sediakan? Buat ke beli?

Kalau tengok kuih raya di pasaran, memang rambang mata dibuatnya. Harganya juga berbagai-bagai. Kalau yang menggunakan majerin, dengan rasa yang sepesen je, murah je harganya. Kuih-kuih seperti ini selalunya dibuat menggunakan cetak dikilang. Adunana yang sama, cuma dipelbagaikan dengan kekacang, coklat, p...


Continue reading ...
 

Kek Coklat Moist Angry Bird Freehand

Posted by Norasikin Basri on Thursday, July 19, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Saya masih lagi di KL. Mungkin hari ini atau esok akan balik JB semula. Jadi, tak de la resepi lagi hari ini. Cukup sekadar entri yang ringan-ringan je. Gambar kek coklat moist angry bird ini pula adalah kek yang baru siap dan baru sebentar tadi dihantar kepada pelanggan. Eh! Tadi kata masih di KL. Bila pula buat kek. Tu la. Dulu saya dah bagitau, saya ada Admin yang menguruskan blog saya, menguruskan penjualan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, menyelesaikan masalah berkaitan ...


Continue reading ...
 

Menghias Kek Dengan Coklat

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 9, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Saya buat kek coklat ini sebab saya rasa ada sesuatu yang saya kurang faham dengan coklat.  Apabila mencairkan coklat, saya dapati coklatnya tidak betul-betul cair. Maksudnya, kalau saya tarik macam mebuat teh tarik, coklatnya tidak mengalir laju sebaliknya jatuh seketul-seketul. Saya menggunakan coklat biasa sahaja untuk hiasan ini, jadi setakat untuk hiasan, saya rasa tak perlulah nak susah payah tempering. Rupanya saya silap.


Akhirnya jadilah hiasan coklat yang tak tentu arah macam ni. Ki...


Continue reading ...
 

Teknik Ramalan Memaksimumkan Jualan

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 17, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Apabila menjadi usahawan, salah satu kebolehan yang perlu ada adalah keupayaan melakukan ramalan. Bukan seperti tilik nasib yang diharamkan tu. Ramalan yang dimaksudkan bertujuan supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apabila kita sudah menjangkakan sesuatu perkara yang berlaku, bolehlah kita melakukan sesuatu supaya kita tidak terlepas sebarang peluang keemasan.


Setiap 6 bulan sekali, eloklah membelek kalender untuk meneliti tarikh-tarikh peristiwa yang penting. Contohn...


Continue reading ...
 

Resepi Taufu Fa

Posted by Norasikin Basri on Monday, May 14, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dulu pernah saya bercerita mengenai kenapa kek yang dibuat sendiri tak seperti kek yang dijual di kedai. Ramai juga yang mengakui untuk membuat sesuatu masakan perlu resepi dan panduan yang lengkap supaya kita tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Contohnya seperti taufu fa yang saya buat ini. Saya memang tiada pengalaman membuat taufu fa. Hanya melihat sahaja pengusaha taufu fa cina membuatnya di premis mereka. Macam senang je, jadi saya pun cuba la juga tanpa panduan yang leng...


Continue reading ...
 

Resepi Siew Bok Choy dengan Cendawan dan Sos Tiram

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 9, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Menyediakan hidangan dalam kuantiti sedikit memang jauh berbeza berbanding menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak. Ramai surirumah yang sangat hebat didapur. Hidangan yang disediakan untuk anak-anak dan suami memang lazat dan menyelerakan. Tapi bila masak untuk kenduri-kendara, sering pula meminta orang lain menyediakannya sedangkan juadah yang perlu disediakan hanya hidangan harian biasa. Kalau difikir-fikirkan, apa sangat la bezanya. Hanya perlu digandakan sahaja setiap bahan yang ...


Continue reading ...
 

Bagaimana Membuat Mi Kuning Sendiri Dirumah Bhgn 2

Posted by Norasikin Basri on Friday, April 6, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dari dulu hingga sekarang, isu mi kuning ni memang tak habis-habis. Ada mi kuning yang tidak halal, ada yang tidak bersih, ada yang mengandungi pengawet yang banyak, ada yang menggunakan logo halal palsu dan macam macam lagi termasuklah isu baru yang akan timbul nanti. Saya lebih sukakan mi kuning buatan saya sendiri. Tanpa pengawet, jadi mi kuning buatan sendiri tak ada la mempunyai rasa yang pelik-pelik. Buat mi kari atau masakan yang menggunakan kunyit pun tak akan menyebabkan warna mi b...


Continue reading ...
 

Kaedah dan Prosedur Permohonan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Malaysia

Posted by Norasikin Basri on Thursday, April 5, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Sijil Halal bagi seluruh negeri di Malaysia telah diselaraskan dan menggunakan logo yang sama iaitu Logo Halal Malaysia. Bagaimanapun permohonan sijil pengesahan halal ini boleh dipohon di setiap Jabatan Agama setiap negeri dan juga JAKIM dan akan di anugerahkan logo yang sama iaitu Logo Halal Malaysia. Logo ini diterima di kebanyakkan negara kerana ia melambangkan kesucian, kebersihan dan kualiti seperti yang dituntut oleh syarak. Negara-negara ini sedia mengimport produk dari Malaysia keran...


Continue reading ...
 

Hiasan Kek Coklat Moist Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, March 8, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan  kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang ber...


Continue reading ...
 

Dokumen perlu disertakan Bersama Permohonan Sijil Halal Malaysia

Posted by Norasikin Basri on Monday, March 5, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Selepas anda memenuhi segala syarat-syarat untuk memohon sijil halal Malaysia, anda perlu menyertakan beberapa dokumen bersama borang permohonan sijil halal yang lengkap. Semua perlu disertakan dan jangan ada tertinggal satupun supaya permohonan anda lebih mudah disemak.
  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
  2. Salinan Lesen Perniagaan / Operasi dari pihak berkuasa tempatan.
  3. Salinan Penyata Kewangan Syarikat untuk tahun sebelumnya
  4. Salinan kad pengenalan dan gambar pemilik syarikat
  5. Salina...


Continue reading ...
 

Resepi Tauhu Telur Dengan Sos Tiram

Posted by Norasikin Basri on Friday, February 17, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Beberapa hari tak update entri bukan kerana tiada bahan. Malah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja didapur. Memasak memang tiada putusnya selagi semua orang perlu makanan. Banyak resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan. Jadi hari ini saya memilih resepi yang ringan dan mudah iaitu Tauhu Telur dengan Sos Tiram. Hidangan ini memang tak banyak yang perlu dibicarakan kerana ia sangat simple seperti kelazimannya masakan cina.


Bahan-bahan untuk Resepi Tauhu Telur dengan Sos Tiram
300g Ta...


Continue reading ...
 

Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu Dijauhi

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 16, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Saya memaksudkan bisnes atas angin sebagai perbuatan yang boleh memberi keuntungan kepada si pelakunya dengan hanya bermodalkan air liur. Berbeza dengan amalan rasuah, kerana rasuah memerlukan modal yang besar sedangkan tiada kerja yang perlu dilakukan. Jadi saya bukan nak bercerita mengenai bisnes seperti ini atau selalunya saya panggil alibaba. Bisnes atas angin biasanya tidak dapat dikategorikan sebagai rasuah kerana ia banyak melibatkan putar-belit yang menyebabkan ramai menyangka ia waja...


Continue reading ...
 

Tip Membeli Ayam di Pasar

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 16, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dah jadi macam suatu kemestian pula, setiap kali menjelang musim perayaan harga barangan keperluan pasti meningkat mendadak. Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali diikuti dengan Hari Raya Aidiladha, dan seperti yang dijangka harga barangan utama seperti ayam, daging, telur, cili dan lain-lain sedikit demi sedikit bertambah tanpa disedari. Tambahan pula kerajaan mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun hadapan dan bonus hujung tahun ini da...


Continue reading ...
 

Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik 1

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 20, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan adik lelaki saya. Memang penat dan seluruh badan sakit-sakit. Majlis yang dilakukan secara gotong-royong memang begini. Semuanya perlu dilakukan sendiri. Daripada menyembelih 2 ekor lembu, menyediakan hidangan termasuk hidangan pengantin, gubahan hantaran, goodies, pelamin dan lain-lain semuanya dilakukan bersama seisi kampung.


Sayapun baru je tiba ke bandar semula dan kepenatan masih sangat terasa, jadi saya tak mahu menulis banyak. Mungkin la...


Continue reading ...
 

Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim Perayaan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 2, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat semua. Semoga mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dibulan Ramadan yang mulia ini. Apabila bermula sahaja bulan Ramadhan, perang merebut pelanggan menerusi promosi-promosi yang mendebarkan perasaan, turut berlangsung. Daripada barang-barang keperluan hari raya sehinggalah kepada barang-barang yang tiada kena mengena dengan hari raya semuanya tertera perkataan Murah! Jimat! Diskaun! Rebat! Percuma! Dan sebagainya. ...


Continue reading ...
 

Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™. Ada apa dengan Autoreverse™?

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 12, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni.  Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke...


Continue reading ...
 

Permohonan Kemasukkan ke IPTA Untuk Lepasan STPM / STAM / Diploma / Matrikulasi / Asasi untuk sesi 2011 / 2012 | Panduan Permohonan UPU Online

Posted by Norasikin Basri on Sunday, January 16, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Tahniah saya ucapkan kerana anda khususnya bekas-bekas pelajar saya yang masih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Selagi anda mampu untuk meneruskan pembelajaran, belajarlah walau bagaimana cara sekalipun. Peluang bukan datang selalu. Dibawah ini saya sediakan panduan ringkas cara-cara memohon ke IPTA untuk lepasan STPM/STAM, lepasan Matrikulasi/Asasi, dan lepasan Diploma dan setaraf untuk sesi kemasukkan 2011/2012. Semoga panduan ini berguna untuk anda dan sesia...


Continue reading ...
 

Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk Lepasan SKM sesi Julai 2011/2012

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 14, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Maklumat ini khusus untuk bekas pelajar-pelajar saya yang terdiri dari Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Saban hari saya diajukan soalan, dimana saya boleh sambung belajar selepas tamat SKM. Ataupun bagaimana cara memohon  ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam. Disini saya sediakan maklumat lengkap supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Semoga Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk lepasan...


Continue reading ...
 

Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan SPM / Setaraf sesi 2011 / 2012 Online

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 13, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Kadangkala risau pula bila banyak sangat bekas pelajar yang menghubungi saya semata-mata mengharapkan saya dapat membantu mereka dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti dengan kata lain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kalau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tu banyak la iklan di surat khabar. Dalam kepala mereka cuma ingat nak masuk U, nak masuk U, nak masuk U sahaja. Bila suruh search google, takkan nak taip nak masuk U je kat seachb...


Continue reading ...
 

Bantulah saya | Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 28, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Kecewa rasanya bila ada insan yang tak bertanggung jawab menyiarkan link download berserta passwordnya didalam blog menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook-ebook saya dengan mudah dan percuma. Terasa bagaikan keringat saya diperah sampai kering. Saya tak tahulah apa tujuan dia sebenarnya. Sama ada sengaja atau tak sengaja dia tetap telah mencabuli hak saya dan merampas hakcipta saya.

Ramai yang tak tahu sebenarnya saya telah menghabiskan banyak masa dan belanja untuk menghasilkan eb...


Continue reading ...
 

Panduan Pendaftaran, Semak dan Cetak Slip Gaji Melalui Sistem ePenyata Gaji & Laporan Online

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 13, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Memang satu kemudahan apabila diwujudkan semakan penyata gaji melalui Sistem ePenyata dan Laporan yang diwujudkan untuk penjawat awam. Bukan semua orang yang simpan slip gaji masing-masing. Paling banyak cuma untuk menyemak sahaja. Lepas baca terus dibuang kedalam tong sampah. Kalau seorang dua, mungkin kita anggap tak banyak kertas yang digunakan. Tapi bila dah berpuluh ribu slip gaji yang perlu dicetak setiap bulan, barulah kita sedar sistem ini amat berguna dan menjimatkan. Kalau dah berta...


Continue reading ...
 

Resepi Kuih Kasturi

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 22, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Ada yang memanggil kuih ini dengan nama rendang kasturi. Saya tak tahu sejarah kuih ini tapi saya tahu sifat-sifat kuih ini yang menjadikannya kegemaran ramai rakyat Malaysia. Pertama, rasa lemak kacang hijau mestilah asli. Kedua, kulit sadurannya mesti garing dan rangup walaupun setelah sejuk. Ketiga, rasa manis dan masin perlu seimbang dan keempat, tekstur bahagian dalam kuih kasturi hendaklah lembut dan tidak terlalu bersedai.

Bagi pengusaha kuih tempatan, sudah pasti mereka menggemari kui...


Continue reading ...
 

Ilmu perniagaan yang boleh diperolehi dari karipap

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 13, 2010, In : Ciri-ciri ebook masakan barat 


Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.

Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge...


Continue reading ...
 

Terbaru! Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 4 Percuma!

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 22, 2010, In : Resepi Masakan Barat 


Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.

Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang di...


Continue reading ...
 

Bagaimana memilih resepi yang baik untuk dicuba.

Posted by Norasikin Basri on Saturday, May 22, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Seperti orang lain, saya juga sering membeli majalah-majalah yang memuatkan berbagai-bagai resepi. Resepi-resepi ini bukan sahaja untuk saya cuba, tetapi lebih kepada untuk dikaji seterusnya meningkatkan lagi ilmu didada. Walaubagaimanapun bukan semua resepi saya cuba. Kalau nak cuba semua resepi, melingkup la saya. Saya ada cara saya sendiri untuk menilai keupayaan resepi-resepi yang saya baca. Kaedah ini saya pun tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan anda semua kerana ia banyak mengguna...


Continue reading ...
 
 
/

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.

 

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

Anugerah Blokbuster 2 Astro

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL

Follow Coodeang on Twitter

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Blogged.my
My Ping in TotalPing.com
Food & Drink blogs
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts with Thumbnails
 
Make a Free Website with Yola.