
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Peniaga mana yang tak nak untung. Pelanggan mana pulak yang nak rugi. Kalau anda hanya pernah menjadi pelanggan sahaja, anda mungkin sukar memahami hal ini. Memang ada orang yang dalam kepalanya sentiasa berfikir negetif sahaja tentang peniaga. Pada mereka, semua peniaga berniat nak sembelih dia. Semua wang yang dikeluarkan untuk membeli sesuatu sentiasa dirasakan tidak sepadan dengan apa yang dia dapat. Tanpa rasa bersalah, peniaga ini dihukum kerana ingin berjimat.
Continue reading ...
Memasak Dengan Kuasa Ajaib | Kek Coklat Moist Angry Birds
.JPG)
Sejak saya membangunkan blog ini, saya telah mengutarakan satu kaedah memasak yang mungkin belum pernah diketengahkan oleh chef-chef yang lain. Satu kaedah yang melangkaui akal fikiran waras yang tak dapat dijelaskan secara saintifik sehinggakan sewaktu menumis bawang dan halia, satu rumah sudah tahu saya akan menyediakan sambal sardin melalui baunya sedangkan tin sardin pun belum dibuka. Allah berkuasa melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang tidak kita sangka. Klik untuk design cupcake 1Mal... Continue reading ...
Kek Pengantin Red Velvet 2 Tingkat
.JPG)
Assalamualaikum dan selamat kembali kepada pembaca semua yang baru pulang dari berhari raya di kampung. Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Moga anda terus mengikuti perkembangan Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini. Sekarang ni nak berehat sikit. Beri peluang saya tarik nafas sebelum entri-entri resepi best yang lain menyusul. 3 Syawal saya dah kembali ke bandar untuk menyiapkan tempahan kek pengantin. Memang tak boleh nak tolak. Maaflah kepada saudara-mara... Continue reading ...
Hari Terakhir Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial
.JPG)
Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini... Continue reading ...
Diskaun Ebook Masakan Barat dilanjutkan sehingga 13 Ogos
.JPG)
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat. Dapatkan diskaun 20% untuk ebook Masakan Barat Komersial. Klik disini sek... Continue reading ...
Salam Ramadhan dan Diskaun Ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
- Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
- Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...
Continue reading ...
Kek Coklat Moist Angry Bird Freehand

Saya masih lagi di KL. Mungkin hari ini atau esok akan balik JB semula. Jadi, tak de la resepi lagi hari ini. Cukup sekadar entri yang ringan-ringan je. Gambar kek coklat moist angry bird ini pula adalah kek yang baru siap dan baru sebentar tadi dihantar kepada pelanggan. Eh! Tadi kata masih di KL. Bila pula buat kek. Tu la. Dulu saya dah bagitau, saya ada Admin yang menguruskan blog saya, menguruskan penjualan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, menyelesaikan masalah berkaitan ... Continue reading ...
Boring Sepanjang Minggu
.JPG)
Kena ke KL lagi.... Tak syok betul la bila berjauhan dengan keluarga. Baru beberapa minggu balik dari KL dah kena ke KL lagi. Dah lama tak dihantar ke negeri lain sejak kerajaan bertindak mengurangkan perbelanjaan dan berjimat-cermat dua tahun lalu. Kalau dulu, selalu ke Langkawi dan kadang-kadang Kelantan. Dapat la juga slimkan dompet. Sewaktu anda baca entri ini, saya telahpun sampai ke hotel. Aktiviti dahpun bermula. Dan saya akan berada disini selama seminggu bergelumang dengan kertas-ker... Continue reading ...
Menghias Kek Dengan Coklat
.JPG)
Saya buat kek coklat ini sebab saya rasa ada sesuatu yang saya kurang faham dengan coklat. Apabila mencairkan coklat, saya dapati coklatnya tidak betul-betul cair. Maksudnya, kalau saya tarik macam mebuat teh tarik, coklatnya tidak mengalir laju sebaliknya jatuh seketul-seketul. Saya menggunakan coklat biasa sahaja untuk hiasan ini, jadi setakat untuk hiasan, saya rasa tak perlulah nak susah payah tempering. Rupanya saya silap.
.JPG)
Akhirnya jadilah hiasan coklat yang tak tentu arah macam ni. Ki... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Dengan Lukisan Freehand Teddy Bear
.JPG)
Cuti-cuti hujung minggu macam ni memang sesuai sangat belek-belek gambar kek coklat moist yang saya buat. Tak perlu la saya tulis banyak sangat. Boleh la saya rehat lama sikit. Jom tengok kek coklat dengan gambar teddy bear ni.
.JPG)
Kek coklat moist kali ini saya hias menggunakan freehand. Tapi masih memerlukan guide supaya lukisan tak tersasar. Saya menggunakan piping jelly yang diwarnakan hitam sebagai guide. Sebelum tu saya perlu menyediakan gambar yang ingin saya lukis mengikut saiz sebenar u... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Angry Birds dengan Coklat
.JPG)
Tak sangka. Dah masuk 6 tahun pun umur model blog Resepi Masakan Barat Komersial ni. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah. Dari awal tahun lagi dia dah pesan, birthday dia nanti nak kek angry birds. Lepas tu nak angry bird macam-macam kaler. Setiap kali, saya buat kek birthday yang ditempah, mesti dia ingatkan semula. Siap pesan lagi tak payah hadiah. Tapi saya belikan juga hadiah untuk dia. Kalau nak tahu apa hadiahnya, teruskan membaca.
.JPG)
Untuk anak sendiri, boleh la saya nak berlebih-le... Continue reading ...
Menyediakan kek dalam waktu sibuk

Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem... Continue reading ...
Gubahan Hantaran Perkahwinan Kek Coklat Bentuk Baju Melayu Peach
.JPG)
Kek coklat moist ini tempahan dari orang kampung saya untuk hantaran perkahwinan anak perempuannya. Kek dengan tema baju melayu memang sesuai untuk gubahan hantaran perkahwinan. Konsep gubahan hantaran sekarang memang begitu. Kalau dulu barang-barang hantaran disusun dalam dulang seperti rupa asalnya cuma dihias dengan bunga-bungaan agar kelihatan cantik. Kini semuanya sudah berubah. Kek dibuat menyerupai baju melayu manakala baju melayu digubah menyerupai kek. Alahai... Gambar Kek Gubahan Han... Continue reading ...
Kek Coklat Moist dengan Hiasan Model Smurf
.JPG)
Ini adalah percubaan saya untuk membuat model hiasan kek yang lebih sukar sedikit dari apa yang biasa saya buat. Apabila saya menerima tempahan kek online untuk tema Smurf, saya terus menganggap ia sebagai satu cabaran baru bagi saya. Saya hanya menggunakan jari-jemari saya yang besar ni sahaja untuk menggentel model ini. Mujur ada sedikit rupa memandangkan peralatan fondant saya tak dijumpai. Jadi saya buat juga berdasarkan gambar Smurf dari internet.
.JPG)
Sekarang baru saya jumpa peralatan fond... Continue reading ...
Tempahan Kek Coklat Moist Angrybird Online
.JPG)
Memang betul, sebelum ini saya tak pernah buka tempahan kek secara online. Tapi ini tak bermakna saya tak mengambil tempahan kek. Kalau tidak, dari mana datangnya gambar-gambar kek yang ada dalam blog ini. Takkan saya nak makan semua kek yang saya buat. Mana larat. Kalau saya tak terus membuat kek, ilmu saya tak akan bertambah.
.JPG)
Gambar-gambar kek dalam entri kali ini ditempah oleh Pn Mastura untuk anak-anaknya. Ada 2 biji kek sebenarnya tapi biarlah saya tunjukkan kek coklat angrybird ni dulu... Continue reading ...
Hiasan Kek Coklat Moist Ringkas
.JPG)
Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang ber... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Angry Bird
.JPG)
Tak tahu lah apa yang sibuk sangat sehingga tak sempat nak update blog. Dah berkeping-keping resepi dan gambar saya sediakan namun selalu kesuntukan masa. Saya akan paparkan sedikit demi sedikit dalam blog ini. Kalau anda tak mahu ketinggalan resepi menarik yang akan saya paparkan, sila tinggalkan email dalam borang feedburner di sebelah kanan atas blog ini. Setiap resepi baru yang saya update dalam blog ini akan terus ke email anda. Jadi hari ini kita cuma dapat tengok gambar kek angry birds... Continue reading ...
Russian Black and White Cake
.JPG)
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ... Continue reading ...
Saya mencari Zarina Hashim
Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi. Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim,... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Birthday Strawberry Shortcake
.JPG)
Dah macam blog kek pulak rasanya bila dipenuhi gambar-gambar kek. Tak mengapa la saya tumpang gambar kek kat sini kerana saya harap dengan cara ini akan memudahkan saya merujuk semula apa yang pernah saya buat. Nak mencari semula pun senang disamping dapat meninggalkan beberapa tip dan masalah-masalah yang saya hadapi supaya tidak mengulanginya sekali lagi. Gambar kek dalam entri ini adalah pasangan kepada Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d yang saya paparkan dalam entri lepas. Sahaba... Continue reading ...
Perutusan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri

Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda... Continue reading ...
Kek Coklat Moist dengan Hiasan Tema Perkhemahan
.JPG)
Hari ini saya tak mahu tulis banyak-banyak. Cukup la dengan gambar-gambar kek coklat moist yang say hasilkan baru-baru ini sebagai rujukan saya akan datang. Harap ada kebaikkan untuk anda juga. Resepi sila rujuk ebook-ebook saya.
.JPG)
.JPG)
.JPG) Continue reading ...
Kek Coklat Moist Tema Kereta
.JPG)
Rasa syok pulak keluarkan gambar kek yang saya buat dalam blog ini. Lepas ni kalau ada lagi kek-kek berhias yang saya buat, saya akan paparkan disini. Tujuan utamanya sebagai rujukan saya untuk menghias kek-kek yang akan datang.
.JPG)
Saya juga berharap agar gambar-gambar hiasan kek disini dapat memberikan sedikit idea untuk anda menghias kek. Ok tak hiasan tepi yang saya buat dengan tangan yang tergigil-gigil? Bila la tangan ni nak mahir agaknya.
.JPG)
Kek ini menggunakan buttercream dengan sedikit f... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Dinasour
.JPG)
Menggunakan model permainan untuk menghias kek adalah cara yang paling senang malah akan menjadikan kek anda lebih cantik jika kena pada susunannya.
.JPG)
Model-model yang saya gunakan untuk kek ini diperbuat dari plastik. Walaupun hiasan begini tidak boleh dimakan, ia ada beberapa kelebihan lain. Model plastik tahan lebih lama. Jadi kanak-kanak boleh bermain dengannya dan menyimpannya untuk tempoh yang lama. Lagipun, jika model hiasan dibuat daripada fondant atau sugarpaste, belum tentu ada orang... Continue reading ...
Kek Harijadi Bentuk Love | Kek Bentuk Apa Nak Pilih?
.JPG)
Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam. Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan seba... Continue reading ...
Hiasan Kek Harijadi Ben 10 lagi

Masih lagi kek Ben 10 yang berasaskan kek coklat moist. Bila pelanggan tetap saya dah nampak kek Ben 10 yang saya buat untuk sambutan hari lahir anak saya dalam entri yang lepas, dia pun berminat untuk harijadi anaknya yang kebetulan jatuh beberapa hari kemudian. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya buat juga kek untuk beliau dan inilah hasilnya. Kali ini tiada air terjun, cuma ada tasik kecil. Bolehlah dikatakan cuma lopak air je. heheheh. Juga cuma 1 tingkat sahaja tanpa homemade chocolate gana... Continue reading ...
Hiasan Kek Harijadi Ben 10 | Kek Coklat Moist

Saya baru pulang dari kampung 2 hari yang lepas. Di kampung, faham-faham sendiri la. Talian internet memang slow sampaikan nak update blog pun rasa malas. Elok-elok dah ada idea, bila tunggu website nak loading je terus hilang semua. Selepas selesai semua urusan di kampung baru saya, terus balik semula ke bandar. Rindu pulak rasanya nak berblog. Kepada yang menunggu update blog ini melalui email, minta maaf banyak-banyak. Kepada yang belum mendaftar untuk menerima update blog ini melalui emai... Continue reading ...
Bagaimana memilih Resepi Kek Coklat Moist Yang Baik Sebelum Mencuba
.JPG)
Kadang-kadang bila saya rasa boring dan ingin mencari idea resepi apa yang ingin dikaji, saya akan surf internet. Mana la tau dapat idea resepi baru. tetapi setiap kali jugak saya akan terserempak resepi kek coklat moist. Hampir semua blog dan web resepi mesti mengandungi resepi kek coklat moist. Bermacam-macam jenis. Berbagai-bagai cara bergantung kepada kreativiti orang yang menciptanya. Setiap orang mungkin berbeza cara-cara dan kaedah yang dirasakan lebih mudah. Dan dalam entri ini saya g... Continue reading ...
Gambar Cupcake Dari Ebook Resepi Saya

Ramai rakan-rakan maya saya mengetahui saya menulis ebook resepi-resepi komersial yang kebanyakkannya diberikan percuma. Tapi tak ramai yang tahu, saya sebenarnya dalam diam ada juga menjual berbagai jenis kek dan juga cupcake. Setakat ini saya belum pernah offer untuk menjual kek dan cupcake kepada orang luar dan secara online. Jadi hanya rakan-rakan terdekat dan warga di tempat kerja sahaja yang sering membelinya. Asalnya berat hati juga untuk menjual kerana saya memang sibuk dengan kerja s... Continue reading ...
Edible Image Cup Cakes
.JPG)
Dah lama sangat anak saya teringin nak makan kek Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya. Lebih 2 bulan yang lalu, sewaktu masih cuti sekolah dia menyuarakan hasrat. Sejak itu dia akan terus minta dan minta dan saya terus berjanji dan berjanji. Lama-lama kesian juga. Bukan saya tak nak bagi tapi masa tu masih cuti sekolah. Macam mana nak bagi kawan-kawan dia makan kek kalau sekolah belum buka. Nak tak nak terpaksa la tangguh juga.
.JPG)
Minggu lepas, akhirnya saya berpeluang juga membuat kek untuk ana... Continue reading ...
Kek yang paling popular seharusnya mesti buat sendiri

Hujung minggu lepas, ayah mertua saya datang berkunjung kerumah saya untuk menghantar cucunya bersekolah disini. Maka ternampak la oven yang baru saya beli minggu lepas. Jadi untuk tidak menghampakan dia, saya bakarkan segulung swiss roll untuk dia rasai kehebatan oven baru saya ni. Swiss Roll adalah sejenis kek yang sangat dibanggakan oleh masyarakat barat. Walaupun pada kek ini bukan berasal dari Swiss, tapi keenakkannya telah terkenal diseluruh dunia. Kek ini sangat senang dibuat dan men... Continue reading ...
Keseronokan memasak sebenar

Akhirnya siap juga tempahan kek yang saya terima. Cuma tinggal topping sahaja untuk kek coklat moist. Sebelum hantar barulah letak topping. Bukan susah sangat buat topping. Campurkan bahan, masak sekejap dan tuang. Syukurlah ada tempahan. Dapat juga belanja petrol untuk balik kampung. Bukan banyak sangat tempahan yang diterima hari ini. Hanya 3 kek coklat moist dan 2 blueberry cheese cake. Tapi saya tetap rasa seronok memasak dan membuat kek. Saya gembira membuat apa yang saya suka. Walaupu... Continue reading ...
Resepi PERCUMA lagi. Kek Coklat Moist

Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|