
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Hidangan nasi berperisa selalunya disajikan dalam majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, hari raya atau sambutan-sambutan tertentu. Ini menyebabkan ramai yang beranggapan nasi berperisa sukar dilakukan dan jarang menghidangkannya untuk keluarga dihari-hari biasa. Sebenarnya ia tidaklah terlalu sukar. Contohnya nasi hujan panas seperti ini boleh disediakan dalam beberapa minit sahaja. Bahan yang digunakan memang tidak banyak. Tiada masalah jika menyediakannya dalam kuantiti kecil dan l... Continue reading ...
Nugget Ikan dan Burger Ikan Mini
.JPG)
Bagi yang mempunyai anak bersekolah pagi, sering menghadapi kesukaran menyediakan sarapan untuk mereka. Kena pulak anak yang belum pandai berdikari atau tiba-tiba terlewat bangun pula. Bertambah-tambah la kelam-kabutnya. Akhirnya anak-anak dibekalkan dengan makanan yang dibeli digerai-gerai atau makanan segera yang hanya perlu digoreng atau dipanaskan sahaja. Bila cerita pasal makanan segera, apa kata anda buat sendiri makanan segera untuk anak-anak. Selain dapat memudahkan kita diwaktu pagi,... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Merah
.JPG)
Balik kampung dua minggu, sejuk la blog Resepi Masakan Barat Komersial. Hujung minggu ni pula, anak saya menyertai persembahan tarian di Plaza Angsana. Kena la balik awal untuk latihan tarian. Kalau nak tengok anak saya menari, boleh la datang ke Plaza Angsana 22 Disember 2012 ni.
Musim cuti sekolah ni, menu utama anda, tentu nasi pengantin. Orang yang sibuk macam saya ni, dapat la makan dua tiga kali sepanjang cuti ... Continue reading ...
Resepi Pasta Bayam dalam Minyak Zaitun, Tomato dan Bawang Putih
.JPG)
Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat se... Continue reading ...
Cara Membuat Pasta Bayam | Spinach Pasta
.JPG)
Pasta juga merupakan salah satu sumber karbohidrat yang utama dalam hidangan masakan barat. Sejak diperkenalkan oleh kaum cina, masyarakat barat terus menggemari pasta dan kemudiannya mengubahsuai bahan-bahan dan bentuk pasta mengukit citarasa mereka. Kalau nak cerita mengenai jenis-jenis pasta, memang panjang. Lain rupa, lain namanya. Nak sebut pun susah. Bagi orang Malaysia, semuanya dipanggil mi. Spinach pasta seperti ini boleh dibeli dengan mudah di Malaysia. Ada yang dijual dalam bentuk ... Continue reading ...
Memahami Buah-buahan Sesuai Dijadikan Jus

Apa kata hari ni kita tak payah masak. Kita minum je. Melalui minuman juga kita boleh mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan badan. Minuman seperti jus buah-buahan kaya dengan khasiat. Saya rasa tak perlulah resipi tertentu. Lebih baik saya bercerita mengenai jus dan buah-buahan agar kita lebih memahami mengenainya seterusnya boleh menghasilkan jus mengikut citarasa kita sendiri. Kalau nak tahu tubuh badan anda mendapat khasiat yang cukup atau tidak, boleh cuba aplikasi ini. (Klik)
Buah-... Continue reading ...
Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula
.JPG)
Ingat lagi dalam entri Impian Menjadi Nyata dimana Stand Mixer yang saya idam-idamkan akhirnya selamat sampai ke rumah saya. Lepas tu ramai sangat yang tanya mana nak beli mixer harga macam tu. Memang susah sangat nak jumpa mixer besar dan berkuasa berharga RM450.00 macam ni. Semuanya melebihi RM1000. Kalau sekitar RM2000 memang banyak. Itu pun tak sebesar mixer yang saya beli ni. Kawan-kawan pun sibuk tanya. Siap warning lagi, kalau ada offer mixer lagi, jangan lupa bagitau. Setakat ini, kua... Continue reading ...
Resepi Mi Rebus Gerai
.JPG)
Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak... Continue reading ...
The Real Mi Bandung Muar
.JPG)
Dalam bulan puasa, sekurang-kurangnya mesti sekali makan mi bandung Muar. Tapi bila bulan puasa, seleranya memang lain macam sikit. Masak apapun, mesti nak yang betul-betul memuaskan tekak. Kalau dulu mi bandung yang saya buat terpaksa dikurangkan tahap ekstremnya tapi bulan puasa, mesti nak yang betul-betul ekstrem. Memang tak peduli dengan penyakit yang saya deritai. Seharian berlapar, mesti nak makan makanan yang betul-betul sedap. Mi bandung mesti cukup pedas, pekat dan tepat seperti rese... Continue reading ...
Resepi Tomyam Chiang Mai
.JPG)
Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h... Continue reading ...
Resepi Serunding Kelapa
.JPG)
Nampak tak hitam-hitam kat serunding kelapa saya tu? Haa.. ni la yang nak mengadu ni. Kamera saya dah mula meragam. Mode semua dah tak boleh ubah. Barang elektronik sekarang ni, cukup dua tahun je mesti jahanam. Dua tahun sekali mesti nak duit. Serunding kelapa saya yang jadi mangsa. Sebenarnya serunding kelapa saya ni hangit. Bukan la sebab kamera pun tapi saya tetap nak salahkan kamera jugak. Terkial-kial nak setting kamera, hinggakan hangit serunding saya. Ingatkan nak keringkan sikit lag... Continue reading ...
Boring Sepanjang Minggu
.JPG)
Kena ke KL lagi.... Tak syok betul la bila berjauhan dengan keluarga. Baru beberapa minggu balik dari KL dah kena ke KL lagi. Dah lama tak dihantar ke negeri lain sejak kerajaan bertindak mengurangkan perbelanjaan dan berjimat-cermat dua tahun lalu. Kalau dulu, selalu ke Langkawi dan kadang-kadang Kelantan. Dapat la juga slimkan dompet. Sewaktu anda baca entri ini, saya telahpun sampai ke hotel. Aktiviti dahpun bermula. Dan saya akan berada disini selama seminggu bergelumang dengan kertas-ker... Continue reading ...
Nak Request Resepi?

Banyak sangat saya terima email meminta berbagai-bagai resepi. Maaflah, saya tak dapat melayan permintaan yang banyak begitu. Lagipun saya tak mahu tertakluk kepada mana-mana permintaan. Masalahnya, setiap kali saya saya mendapat email begitu, hati saya merasa tak sedap. Teringin sangat nak membantu. Kesian pun ada tapi tidak semudah itu. Bukan senang sebenarnya nak menulis sesuatu entri berkaitan resepi dalam blog ini. Saya tak nak la sekadar menulis bahan-bahan dan kaedah membuatnya sahaja.... Continue reading ...
Jomheboh, terpengaruh juga akhirnya
.JPG)
Tak de la anti sosial sangat saya ni. Bila cuma perlu bergerak dua tiga kilometer je dari rumah saya, macam Jomheboh semalam, saya tak de hal punya. Tapi kalau kena bergerak beberapa ratus kilometer untuk benda macam ni, saya rasa tak mungkin. Kalau untuk aktiviti bersama blogger, mungkin saya akan fikirkan sekali lagi. Lain la kalau untuk food review atau testing, asalkan berbaloi, saya sanggup pergi.
.JPG)
Tak de apa yang betul-betul menarik hati saya di Jomheboh. Nak jumpa artis, saya ni pemalu... Continue reading ...
Resepi Sup Ayam Tradisi
.JPG)
Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah... Continue reading ...
Cold Noodle (Mi Sejuk) semudah ABC
.JPG)
Apa guna susah payah memasak kalau tukang makannya cuma kita seorang dua sahaja. Jadi bila kemalasan melanda, cold noodle adalah pilihan yang paling tepat. Sesuai dengan namanya, cold noodle bermaksud mi sejuk. Senang cerita mi tanpa dimasak yang orang bujang selalu panggil mi unplugged. Cold noodle tak sama dengan mi segera yang segalanya telah siap cuma tinggal dipanaskan sahaja. Mi ini terkenal dikalangan masyarakat cina dan kini jepun yang sentiasa mengejar masa. Orang Malaysia mungkin ku... Continue reading ...
Impian Menjadi Nyata
.JPG)
Hari ini, saya dah pun berada di Kuala Lumpur untuk kursus selama seminggu macam yang pernah saya ceritakan dulu. Kursus seperti ini memang saya tak gemar sangat sebab tak dapat duduk di dapur. Sepanjang masa dikelilingi kertas. Tangan sentiasa pegang pen sedangkan rekabentuk tangan saya ni dicipta khas untuk memegang sudip! Tapi tak mengapalah. Demi pelajar-pelajar saya, saya ikutkan juga. Kesian saya ni. Terhegeh-hegeh sorang-sorang datang ke KL sedangkan sepatutnya ada beberapa orang lagi ... Continue reading ...
Kesibukkan Yang Berpanjangan
.JPG)
Sebelum cuti sekolah, memang saya tak cukup tangan menyiapkan tempahan kek. Tarikh hari ibu, hari guru yang hampir menyebabkan tempahan kek meningkat sedangkan masa untuk saya membuat kek terlalu sedikit. Tambahan pula tempahan kek harijadi juga banyak pada minggu tersebut. Nak tak nak saya buat juga tetapi saya utamakan kek tanpa hiasan dahulu atau pun kek dengan hiasan yang ringkas. Kemudian apabila menghampiri minggu cuti sekolah, ramai la pula yang ingin menempah kek untuk dibawa pulang k... Continue reading ...
Menyediakan kek dalam waktu sibuk

Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis
.JPG)
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka... Continue reading ...
Resepi Mi Bandung Muar dan Cara Membuat Perencah Segera
.JPG)
Saya pun tak pasti, mi ini berasal dari Bandung atau Muar tapi mi bandung Muar memang dah popular seluruh Malaysia. Beberapa syarikat juga telah mengeluarkan perencahnya secara komersial. Kerajaan juga memberi bantuan kepada pengusaha yang berminat mengeluarkan perencah mi bandung Muar. Kini kita dapati beberapa perencah keluaran IKS terutama dari daerah Muar dan Batu Pahat. Resepi dibawah ini hanyalah resepi mi bandung Muar yang ringkas dan menggunakan bahan-bahan terpenting sahaja. Dengan i... Continue reading ...
Bagaimana Membuat Mi Kuning Sendiri Dirumah Bhgn 2
.JPG)
Dari dulu hingga sekarang, isu mi kuning ni memang tak habis-habis. Ada mi kuning yang tidak halal, ada yang tidak bersih, ada yang mengandungi pengawet yang banyak, ada yang menggunakan logo halal palsu dan macam macam lagi termasuklah isu baru yang akan timbul nanti. Saya lebih sukakan mi kuning buatan saya sendiri. Tanpa pengawet, jadi mi kuning buatan sendiri tak ada la mempunyai rasa yang pelik-pelik. Buat mi kari atau masakan yang menggunakan kunyit pun tak akan menyebabkan warna mi b... Continue reading ...
Bagaimana Membuat Mi Kuning Sendiri Dirumah Bhgn 1
.JPG)
Kali ini sebenarnya saya nak menunjukkan cara membuat mi kuning. Tapi sebelum tu saya perlu menunjukkan bahan yang diperlukan dulu kerana saya pasti tak ramai yang pernah melihatnya. Setakat bahan-bahan biasa tak perlu la nak tunjuk. Anak saya memang penggemar mi yang tegar. Jadi bila anak suka, sebaiknya kita belajar juga cara membuatnya dan kegemaran saya adalah membuat sesuatu makanan itu dari asasnya. Kalau nak buat mi kari tu, saya akan buat sendiri mi kuningnya. Jadi, saya tahu keseluru... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Belimbing Buluh
.JPG)
Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah... Continue reading ...
Sijil Halal Malaysia - Fakta sebenar
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, March 7, 2012,

Seperti yang dinyatakan dalam Metro 5 Mac 2012 diatas, kita semua sedar betapa pentingnya menggunakan produk yang disahkan oleh JAKIM. Bagaimanapun mari kita perhatikan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor dibawah. Mungkin usahawan-usahawan seperti anda dapat merumuskan sesuatu. Saya tak mahu membicarakan hal ini panjang lebar. Cukuplah dengan hanya sebaris dua ayat. Selebihnya elok kita rumuskan bersama.
 Jumlah Syarikat Yang Masih Memiliki Sijil Ha... Continue reading ...
Resepi Skon Buttermilk Asas | Basic Buttermilk Scone
.JPG)
Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c... Continue reading ...
Kek Red Velvet
.JPG)
Saya baru saja mengenali kek Red Velvet ini. Pengalaman membuatnya pun tak sampai 10 kali, jadi tak banyak yang dapat saya kongsikan disini. Saya pun tak mau la memandai-mandai bercerita sedangkan ilmu yang adapun masih tak seberapa. Apa yang saya pasti, saya akan kongsikan. Benda-benda yang saya kurang mahir, saya harap anda boleh selongkar sendiri di internet. Kalau boleh saya cuma nak bercerita berdasarkan pengalaman saya sahaja.
.JPG)
Kek Red Velvet yang saya buat ini, mempunyai kaedah yang be... Continue reading ...
Muffin Coklat Berganda | Double Chocolate Muffin
.JPG)
Petang-petang, bila boring, tak ada benda nak dikunyah, membuat muffin adalah pilihan yang tepat. Muffin lebih mudah, cepat dan mengenyangkan berbanding cupcake. Muffin coklat berganda paling sesuai untuk penggemar coklat tegar kerana rasa coklat pada muffin ini sangat kuat tambahan pula dengan tekstur muffinnya yang lembab. Bagi yang tak suka makanan yang terlalu bercoklat, boleh cuba Resepi Cupcake Coklat Tipis. Kalau nak yang rangup pula, boleh cuba Biskut Coklat Barat.
.JPG) Bahan-bahan untuk... Continue reading ...
Menarik Pelanggan Melalui Teh Tarik

Jika anda ingin membuka gerai atau restoran, anda perlu ada produk yang unik yang mampu membuat pelanggan datang dan datang lagi. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu, pelanggan amat mementingkan produk yang sedap, murah dan selamat. Semua gerai dan restoran pasti seboleh-bolehnya menyediakan hidangan yang sebegitu. Oleh itu, untuk membezakan produk anda dengan produk usahawan lain, anda perlu menghidangkan sesuatu yang lain dari yang lain. Seterusnya anda perlu menghidangkan makanan yang ... Continue reading ...
Resepi Mi Kari Komersial

Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Kentang
.JPG)
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin... Continue reading ...
Resepi Seafood Tempura

Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan... Continue reading ...
Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda
.JPG)
Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu... Continue reading ...
Resepi Karipap Serunding Mini
.JPG)
Nenong! Nenong! Tengah kritikal sekarang ni. Stok kuih raya semuanya dah abis. Boring la tak ada benda nak dikunyah sewaktu menonton sinetron. Kebetulan serunding ayam raya masih ada lagi. Perkara pertama dan terbaik yang dapat saya fikirkan adalah karipap serunding mini. Sekejap je membuatnya kalau setakat untuk sebalang sua. Kalau ada tetamu datang hujung minggu nanti, ada la jugak benda yang nak dikunyah sambil berborak. Tak de la nak makan chicken chop je semata-mata. Pasti anda terfikir, ... Continue reading ...
Mi Bandung Kedah - Juadah Rumah Terbuka
.JPG)
Raya tahun ni ada rasa terkilan sikit. Pertama, kerana tak sempat nak buat ketupat palas dan kedua, kerana langsung tak dapat merasa periuk kera. Kedua-dua makanan berasaskan pulut ni memang saya suka. Walaupun dapat makan ketupat palas, lemang dan lepat pulut dengan puas tapi tetap rasa terkilan jugak sebab tak dapat memahirkan diri dengan ketupat palas. Kat sini memang susah sikit nak dapat daun palas. Hampir nak raya je baru ada dijual. Periuk kera pulak langsung tak jumpa. Kalau dulu bany... Continue reading ...
Resepi Popia Mini Udang Kering
.JPG)
Banyak pulak saya dengar ungkapan “memasak dengan penuh kasih sayang.” Suatu ketika dulu bila saya sebutkan ungkapan seperti itu, semua orang senyum-senyum. Ramai jugak yang tergelak. Kini ramai pulak yang memanjangkan ungkapan ini agar lebih ramai yang memahaminya.
.JPG)
Popia mini memang menguji kejujuran anda memasak. Jika anak anda teringin untuk makan makanan yang leceh seperti ini adakah anda akan beli yang siap dimakan atau beli yang segera, cuma perlu digoreng? Mungkinkah anda sanggup... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Petai Klasik
.JPG)
Boleh ke kalau kita katakan petai ni makanan untuk orang kampung? Setahu saya, harga petai sekarang ni bukan murah sangat. Tiga atau empat papan mencecah RM5 di tempat saya bergantung kepada saiz mata petai. Kalau besar-besar, segar dan rapat-rapat, lagi mahal la harganya. Dua pupuh tahun dulu mungkin la harganya hanya RM2 untuk 10 papan. Sekarang ni mana nak dapat lagi. Orang asli yang mencari petai dihutan pun dah pandai mengira. Kalau boleh nak jual mengikut bilangan mata petainya. Jadi se... Continue reading ...
Keistimewaan Pisau Seramik Dari Pengalaman Saya

“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.
.JPG)
Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil... Continue reading ...
Resepi Sambal Tumis Cili Api Pedas Membunuh
.JPG)
Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi... Continue reading ...
Resepi Mi Hong Kong
.JPG)
Saya tak tahu adakah benar resepi mi ini berasal dari Hong Kong. Yang saya tahu mi ini dihidangkan di kebanyakkan restoran masakan thai di seluruh Malaysia. Saya suka mi ini kerana, mi ini mengandungi banyak sayur-sayuran selain dari rasa kuahnya yang tidak terlalu bercampur aduk dengan perasa lain. Selain itu, mi ini mempunyai rasa rangup apabila dihidangkan panas-panas dan telurnya mampu menyerap kuah dengan sangat baik. Kenapa saya katakan begini? Beleklah resepi dibawah ini baru tahu. Bagi... Continue reading ...
Hari Ini Hari Betuah Saya.

Memang betul, tuah ayam nampak dikaki. Saya pun tak sangka akan rasa segembira ini. Tiada siapa yang tak gembira jika berada ditempat saya. Saya harap dapat berkongsi kegembiraan dengan anda semua. Anda pernah baca entri saya mengenai bagaimana memilih pusat membeli belah untuk berbelanja yang saya paparkan suatu ketika dahulu? Saya gariskan 3 kriteria yang perlu saya fikirkan sebelum berbelanja. Didalam entri itu juga, saya pernah bercerita mengenai suami saya yang memenangi sebuah motorsika... Continue reading ...
Resepi Sup Tanpa Rempah dan Minyak | Resepi Diet Rendah Lemak.

Zaman dah berubah. Ramai orang yang sedar kepentingan makan berkhasiat, rendah lemak, tanpa kolestrol. Kebanyakkannya mementingkan makanan berkhasiat untuk hidup lebih sihat, dan ramai juga yang bertujuan untuk menjaga badan supaya lebih kurus dan lebih cantik. Anda pula bagaimana? Adakah kerana ingin menjaga kesihatan atau takut gemuk? Apapun sebabnya, saya harap anda semua dapat mementingkan kualiti makanan yang anda makan. Jangan hanya makan makanan yang sedap sahaja. Khasiatnya mesti seim... Continue reading ...
Resepi Mi Bayam Ladna | Ladna Spinach Noodle
.JPG)
Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan ... Continue reading ...
Perjumpaan Hari Keluarga Hj Omar Mardhan hari ke-3

Aktiviti hari keluarga diteruskan untuk hari ketiga. Pagi-pagi lagi sudah dimulai dengan qiamulail seawal jam 4 pagi. Aktiviti awal pagi begini sudah tentu kurang mendapat sambutan. Masing-masing lena dibuai mimpi.

Menu sarapan hari ini, mi hoon goreng dan ubi rebus dengan sambal tumis. Tak terkira nikmatnya makan ubi rebus. Terasa macam duduk di kampung. Memang dah lama saya tak makan ubi rebus ni. Balik kampung pun belum tentu dapat makan ubi kerana biasanya terlalu banyak makanan men... Continue reading ...
Perjumpaan Hari Keluarga Hj Omar Mardhan hari ke-2

Hari ini sudah tamat hari kedua Perjumpaan Hari Keluarga untuk seluruh anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya daripada susur galur moyang saya Hj Omar Mardhan. Hari pertama banyak dihabiskan untuk beramah-mesra, kenal-mengenali sanak-saudara yang jauh dan yang dekat. Hari kedua pula dipenuhi aktiviti bermanfaat untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga yang hadir.

Aktiviti dimulakan dengan kuliah subuh sebelum disajikan dengan nasi lemak spesial. Memang lemak dan gebu nasinya. Sam... Continue reading ...
Perjumpaan Hari Keluarga Hj Omar Mardhan hari pertama

Sekarang ni saya masih lagi berada di Kayu Ara Pasong, Pontian. Acara masih lagi berjalan jadi tak dapat la nak tulis banyak-banyak. Saya akan berada disini sehingga hari Ahad 7 Nov 2010. Kepada yang menghantar email kepada saya untuk segala urusan, saya harap dapat bersabar sehingga hari Isnin untuk saya uruskan. Saya akan cuba post beberapa keping gambar sekitar aktiviti disini setiap hari.

Sampai je kat sini, kami dah dihidangkan dengan nasi dan beberapa lauk kampung. Tak lupa kuih muih ... Continue reading ...
Resepi Hotplate Yee Mee

Biasanya kalau membeli-belah di hyper market, kami sekeluarga akan ke medan selera dan biasanya hidangan mi akan menjadi pilihan. Tetapi sekarang, kami sangat jarang menikmati mi disana lagi memandangkan kualiti hidangan mereka semakin lama semakin berkurang. Begitu juga dengan kuantitinya. Hanya harga yang semakin bertambah. Itu yang membuatkan saya frust sangat. Kalau dulu banyak jenis sayur yang diguna, kemudian cuma tinggal sawi dan kini sawi dah diganti dengan kobis. Untuk memenuhi seler... Continue reading ...
Jemputan Khas Hari Keluarga Hj Omar bin Mardan 5, 6, 7 November 2010
 (2).JPG)
Jemputan khas ini ditujukan kepada seluruh kaum keluarga saya dari susur galur arwah Hj Omar bin Mardan untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga ke-2 pada 5, 6, 7 Novembar 2010 bertempat di Kayu Ara Pasong, Pontian. Kepada sesiapa sahaja daripada keturunan Atuk Omar, harap sudi hadir beramah-mesra dan berkenalan dengan sanak-saudara terdekat. Segala keterangan lanjut boleh menghubungi saya dan saya akan berikan nombor telefon urusetia yang perlu dihubungi.

Bapa saya adalah cucu Atuk Omar yang ... Continue reading ...
Kuih Mumia - ngerinya nama kuih ni

Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.

Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka ... Continue reading ...
Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben - Mi Gulung

Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.

Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga. Bahan-Bahan 1 ... Continue reading ...
Tugas sebagai pengajar masakan

Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas-tugas seharian. Sungguh tidak saya sangka, saya perlu membuat sesuatu yang diluar kemahiran saya. Entah macam mana. Entah bagaimana mereka pilih akhirnya saya yang kena menyiapkan suatu kertas cadangan untuk membina sebuah bengkel pembelajaran untuk subjek bakeri. Bukan sebarang bengkel. Ianya merupakan bengkel terlengkap dengan segala peralatan bakeri yang menyamai kilang yang besar dan tentunya bernilai jutaan ringgit.

Saya perlu memilih mesin-mesin d... Continue reading ...
Mi Telur Sup Cara Komersial

Dulu selalu kita dengar istilah "makan mi segera pada hujung bulan" yang bermaksud apabila kesempitan wang terutama sebelum gaji keluar, maka mi segera lah yang menjadi santapan seharian kerana harganya yang murah. Sekarang memang jarang sekali saya dengar istilah sebegini. Sebab utamanya ialah kerana mi segera bukan lagi boleh dikategorikan sebagai makanan murah. Dengan harganya yang semakin tinggi, kuantitinya yang semakin kecil, kandungan bahan perasa, pewarna dan pengawet yang tidak terka... Continue reading ...
Mi Bandung Muar

Rasanya mi bandung muar memang dah terkenal di seluruh Malaysia dan tak perlu diperkenalkan lagi. Merata-rata gerai dan restoran yang menjual hidangan ini. Walaubagaimanapun kebanyakkan gerai dan restoran ini hanya meniru-niru sahaja. Jarang jumpa yang betul-betul mempunyai rasa mi bandung muar. Kalau kita benar-benar merasai mi bandung muar, kita akan dapati rasanya lebih kepada rasa udang kering. Inilah yang cuba ditiru oleh gerai-gerai dan restoran. Tumiskan bawang, bawang putih, lada boh ... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|