Assalamualaikum sahabat,

Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.

Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.

Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.

Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.

Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.

1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.

Showing Tag: "melayu" (Show all posts)

Gubahan Hantaran Perkahwinan Kek Coklat Bentuk Baju Melayu Peach

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 9, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Kek coklat moist ini tempahan dari orang kampung saya untuk hantaran perkahwinan anak perempuannya. Kek dengan tema baju melayu memang sesuai untuk gubahan hantaran perkahwinan. Konsep gubahan hantaran sekarang memang begitu. Kalau dulu barang-barang hantaran disusun dalam dulang seperti rupa asalnya cuma dihias dengan bunga-bungaan agar kelihatan cantik. Kini semuanya sudah berubah. Kek dibuat menyerupai baju melayu manakala baju melayu digubah menyerupai kek. Alahai...

Gambar Kek Gubahan Han...


Continue reading ...
 

Ikan Siakap Sambal Tomato

Posted by Norasikin Basri on Monday, February 20, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Kentang

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 2, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin...


Continue reading ...
 

Sup Ekor Diperkaya Lemak Tepu Diperkuat Kolesterol

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 19, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Sewaktu majlis perkahwinan adik baru-baru ini, 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Saya, dengan kerjasama ayah saya telah menyelamatkan 1 ekor lembu daripada dikendurikan. Bukan seekor lembu tapi hanya ekor lembu sahaja. Suami saya memang gemarkan sup ekor. Setelah sebulan tersimpan dalam peti ais, baru kini berpeluang memasaknya. Hidangan yang paling sesuai tentunya sup ekor kerana hidangan berkuah begini membolehkan semua khasiat dari ekor lembu dikeluarkan. Pada kali ini saya akan memasak sel...


Continue reading ...
 

Resepi Lempuk Durian

Posted by Norasikin Basri on Thursday, July 21, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Seperti yang saya katakan dalam entri yang lepas, saya membeli 6 bakul durian. Separuh dah dibuat tempoyak untuk kegunaan dalam pengajaran selepas hari raya nanti. Separuh lagi saya jadikan lempuk kerana nak makan semua memang tak larat. Kebetulan ada durian yang diimport dari kampung juga baru tiba. Cara yang terbaik untuk simpan durian adalah dengan manjadikannya lempuk. Teknik ini dah lama digunakan oleh nenek moyang kita sebagai cara tradisional untuk mengawet durian.

Bahan-bahan untuk L...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Cili Api Pedas Membunuh

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 5, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi...


Continue reading ...
 

Panduan Menganyam Ketupat Bawang, Pasar, Sate, Jantung

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 24, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini.

Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan wa...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Pari Asam Pedas

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 4, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Ikan pari ni saya beli isinya je. Nak beli seekor banyak sangat. Nak beli yang kecik tak kenan sangat sbb tak banyak isi. Lagipun isi pari kecil ni lembut sangat. Kalau yang besar lebih kenyal. Anak saya pun kata saya masak ayam sebab isinya macam ayam. Dibandar, harga isi pari lebih kurang RM15. Memang saya tak akan beli. Sewaktu dikampung bulan lepas, terjumpa pula isi pari RM10 je. Segar lak tu. Memang kalau saya nak makan ikan yang sedap-sedap, saya akan beli di kampung. Seawal selepas su...


Continue reading ...
 

Kuih Deram | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 22, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi,kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Masak Kicap Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 7, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.

Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka...


Continue reading ...
 

Resepi Serunding Daging Korban

Posted by Norasikin Basri on Saturday, December 4, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Hari raya Aidiladha yang lalu, saya sekeluarga berpakat dengan semua adik-beradik di kampung untuk mengorbankan seekor lembu. Ditambah seekor lagi lembu tumpang, menjadikan 2 ekor lembu dikorbankan di belakang rumah saya pada hari raya pertama. Dikawasan rumah saya di bandar pula, mengorbankan 13 ekor lembu termasuk 2 ekor lembu yang ditumpangkan dari taman perumahan berhampiran dan seekor kambing. Tapi tak dapat la saya menyertai majlis korban di bandar kerana saya berada dikampung pada ma...


Continue reading ...
 

Malaysia e-Kamus 5.02.07 Professional Edition dengan semakan ejaan Melayu

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 3, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Saya respek kat kawan-kawan saya yang sanggup membuat apa sahaja asalkan anaknya mendapat pendidikan terbaik. Anak yang cenderung kepada bidang tertentu, dihantar ke sekolah teknik dan vokasional. Anak yang bercita-cita tinggi dihadiahkan kamus dalam bentuk elektronik yang semakin popular sekarang ini berbanding buku kamus tebal dan berat tu. Jadi hari ini saya ingin bercerita mengenai perisian ekamus yang dikeluarkan oleh anak Malaysia untuk warga Malaysia iaitu eKamus 5.02, peneraju dalam b...


Continue reading ...
 

Video cara anyaman ketupat pasar

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 4, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n...


Continue reading ...
 

Nasi Impit Resepi Komersial (Rice Cake)

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 9, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!

Suatu ketika ...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

Tiket wayang separuh harga
Saya dah serik

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

Dapatkan tajaan Samsung utk ke Olimpik London

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL

Follow Coodeang on Twitter

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Blogged.my
Food & Drink blogs
Related Posts with Thumbnails
 
Make a Free Website with Yola.