Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Hidup dibandar ni segala-galanya kena beli. Bahan-bahan yang suatu ketika dahulu kita tak pandang, sekarang dah tinggi harganya. Dulu kita boleh nampak jantung pisang tergolek je kat pangkal pokok pisang, sekarang cuma nampak di pasar dengan tanda harga. Setiap hari saya nampak lori pisang di jalan raya tapi jantung pisang di pasar tak de pulak sebanyak tu. Waktu teringin memang susah sangat saya nak dapat apa yang saya nak. Jantung pisang untuk Masak Lemak Jantung Pisang ni pun kebas kat sua...
Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 30, 2013,
Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, masyarakat barat lebih gemar menggunakan kaedah ... Continue reading ...
Dalam Artikel Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2 ini saya akan menumpukan kepada teknik dan tip membuat pizza serta maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan khususnya untuk peniaga pasar malam. Untuk resepi, sila rujuk Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1. Pizza adalah masakan barat yang popular seluruh dunia. Bagi saya, tak ada yang susahnya dalam membuat pizza. Hanya roti yang diletakkan inti diatasnya.
Terdapat dua jenis ikan tenggiri yang biasanya dijual di pasar. Pertama adalah tenggiri batang yang besar dan banyak isi dan kedua adalah ikan tenggiri bunga yang saiznya lebih kecil dengan sedikit corak dibadannya. Kalau masyarakat barat, mereka mempopularkan ikan mereka yang bersaiz besar seperti cod dan salmon. Sebenarnya tekstur isi ikan ini hampir sama, jadi tak ada salahnya kalau kita memasak ikan tenggiri menggunakan resepi masakan barat. Hasilnya hampir sama malahan harganya jauh lebi... Continue reading ...
Ayam, sangat sesuai untuk masakan melayu berempah. Sebenarnya masak macam manapun tetap sedap juga tapi untuk kehidupan di Malaysia, kalau tak guna rempah memang tak sah. Tapi seringkali kita bereksperimen dengan rempah akan mendapat hasil masakan yang lebih kurang sama. Dah tambah macam-macam, rasanya tetap seperti kari atau rendang. Bagi manis sikit dah jadi macam beriani. Apa kata jika bereksperimen, jangan keterlaluan sangat bahannya. Cuba gunakan satu atau dua jenis rempah sahaja. Semo...
Sewaktu entri ini di publish, dah dua hari saya berada di Kuala Lumpur. Dijangka saya akan terus disini untuk beberapa hari lagi. Saya gagahkan juga untuk update blog ini agar tiada yang menyangka Blog Resepi Masakan Barat Komersial telah berkubur. Tak sangka, hanya 2 entri sahaja dalam masa sebulan yang dapat saya paparkan. Kesibukan dan berbagai masalah yang saya hadapi serta tanggungjawab saya dalam mendidik anak bangsa menyebabkan saya terpaksa mengenepikan sebentar hal-hal berkaitan blog... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 20, 2013,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya dah tak boleh makan daging lagi. Ayam pun dah tak boleh makan banyak-banyak. Nak makan spagetti kalau tak ada protein tak syok pulak. Jadi saya gunakan ikan untuk resepi spaghetti kali ini. Itupun bukan semua ikan saya boleh makan. Saya pilih ikan kerisi sebab inilah ikan yang paling murah yang saya boleh makan. Kesian… Kedua, sebab saya ni orang Malaysia, mesti nak makan makanan pedas sikit. Walaupun masih mengekalkan ciri-ciri masakan barat, paling tidak, mesti ada sikit pedas. Banya... Continue reading ...
Ringkas sahaja hari ini. Resepi jiga sangat mudah iaitu inti kelapa manis yang sangat popular untuk kuih-muih Malaysia. Sesuai untuk pau, kuih koci, pulut inti, pau hakka dan sebagainya. Usahawan kuih-muih akan membuat inti ini dalam kuantiti banyak untuk digunakan dalam berbagai kuih. Dengan cara ini, mereka boleh menjual berbagai kuih tetapi dapat menjimatkan masa dalam menyediakannya.
Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb... Continue reading ...
Saya sangat suka masak kicap. Sama ada masak kicap jenis cair atau masak kicap jenis pekat, kedua-duanya saya suka. Dengan rempah atau tanpa rempah juga kedua-duanya saya suka. Dah memang hidup dengan kicap. Orang kata, kicap ni makanan orang miskin. Nampaknya sekarang ni kicap pun dah mahal harganya. Ada yang mencecah RM5 sebotol kecil. Walaupun banyak jenis kicap dipasaran, kicap jenis mahal tetap mengekalkan harganya. Mungkin kerana rasa dan baunya yang kuat menjadikan ia istimewa.
Tunggang-langgang nama resepi ayam panggang tu. Masakan barat memang macam tu. Lebih mudah menyebut Ayam Panggang dengan Mentega, Madu dan Herba. Saya memang suka masakan barat kerana bahan yang diperlukan tak banyak. Kalau ada banyak, pakai banyak. Kalau tak banyak, tak menjejaskan masakan. Masakan barat memang mementingkan rasa asli bahan utamanya jadi perencahnya tak banyak. Bagaimanapun, ada juga ciri masakan barat yang saya tak suka iaitu proses menyediakannya banyak dan leceh. Banyak pe... Continue reading ...
Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt... Continue reading ...
Bila cerita ikan air tawar, saya pasti pilih jenis masakan yang masam. Lagi masam lagi bagus. Masak asam rebus seperti ini memang sesuai dengan ikan patin. Bagi yang sedang berdiet, inilah jenis masakan yang baik untuk anda. Tanpa minyak, santan dan lemak. Berkhasiat dan rendah kalori. Cara memasaknya juga lebih mudah dan tak banyak karenah. Inilah antara masakan kampung yang popular dikalangan warga tua. Kini, anak-anak kita lebih menggemari masak lemak dan masakan berempah yang tinggi kand... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, January 14, 2013,
In :
Resepi Masakan Barat
Mengikat ayam dipanggil trussing dalam masakan barat. Ayam diikat sebelum dipanggang atau dibakar supaya ayam masak lebih sekata. Setelah diikat, bentuk ayam menjadi padat dan bulat. Oleh itu ayam mendapat pemanasan yang menyeluruh dan seimbang. Kedua, supaya bentuk ayam lebih menarik. Ini termasuklah tidak mencapah dan tidak senget kedudukan peha dan kepaknya. Ayam Panggang Pengantin akan lebih menarik.
Saya telah membuat video cara-cara mengikat ayam atau trussing ni. Tali yang digunakan m... Continue reading ...
Saya rasa, begedil memang tak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja. Terlalu senang membuatnya. Pada asasnya, begedil hanya kentang rebus yang dilecek, dibentuk kemudian digoreng. Kemudian, untuk rasa yang lebih sedap, baru ditambah berbagai bahan terdiri dari protin dan sayur-sayuran. Begedil juga disalut dengan telur supaya bentuknya kekal dan tidak pecah sewaktu digoreng. Resepi dibawah adalah asas untuk begedil yang mudah dan sedap manakala di ruangan tip masakan, saya kana menerangk... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 9, 2013,
In :
Resepi Masakan Barat
Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 8, 2013,
In :
Resepi Masakan Barat
Mungkin orang yang mempopularkan hidangan ini bernama Pakcik Hash Brown. Masyarakat barat mengenalinya dengan nama potato pancake. Kalau diterjemahkan jadilah lempeng kentang. Nampaknya nama hash brown lebih popular. Secara asasnya, hash brown adalah kentang semata-mata. Cuma kaedahnya sedikit unik kerana ia menggunakan sifat-sifat kentang yang berkanji untuk menjadikan bentuk dan rasanya lebih menarik. Kaedah ini hampir serupa dengan kaedah cakar ayam cuma cakar. Keropok yang dibuat dari pul... Continue reading ...
Kalau tak pahit, bukan peria namanya. Kalau tak suka pahit, masaklah petola, labu air atau labu siam. Sekarang ni pun, peria dah tak sepahit dulu. Suatu ketika dulu, jika terlalu pahit, selalunya saya rendamkan dalam air kapur atau air garam. Selalunya saya terus masak je kerana pahit adalah ciri-ciri unik peria. Anak saya pun tak ada masalah nak makan peria. Untuk mendapatkan seluruh khasiat peria, lebih baik kekalkan peria dalam keadaan asalnya.
Balik kampung dua minggu, sejuk la blog Resepi Masakan Barat Komersial. Hujung minggu ni pula, anak saya menyertai persembahan tarian di Plaza Angsana. Kena la balik awal untuk latihan tarian. Kalau nak tengok anak saya menari, boleh la datang ke Plaza Angsana 22 Disember 2012 ni.
Kalau boleh memang nak makan sayur kampung selalu tapi bila berada dibandar ni, sayur kampung sedikit sukar dicari. Hargapun lebih tinggi dari sayur biasa seperti sawi, kangkung dan bayam.
Jika di kampung, saya cuma ambil pucuk ubi bahagian hujungnya yang kuncup sahaja. Barulah lembut dan sedap. Dibandar, daun yang keras dan kasar ni pun dijual juga. Jadi cara memasaknya juga perlu diubah. Kalau untuk dimakan bersam...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 4, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat se... Continue reading ...
Urap pegaga atau sebetulnya disebut urep. Dari bunyinya dah pasti datang dari masakan Jawa. Sekarang ni urap dah menjadi masakan tradisi Malaysia. Selepas diubah-suai mengikut selera rakyat Malaysia, ciri-ciri masakan Jawa dan semakin berkurangan. Bagi orang keturunan Jawa macam saya, resepi asli urap pegaga masih dikekalkan seperti asalnya. Sejak kecil, inilah urap pegaga yang saya makan. Bila hidup di bandar, sekali-sekala masuk juga ke restoran masakan Indonesia, seperti nasi padang, ayam ... Continue reading ...
Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 7, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Salad dalam Masakan Barat di klasifikasikan kepada dua kategori. Pertama, simple salad dan kedua, mixed salad. Simple salad tu tak payah cerita la. Hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja sebelum dihidangkan bersama dressing yang sesuai. Caesar salad termasuk dalam mixed salad. Contoh-contoh lain adalah seperti waldorf salad, yunani salad. Kaedahnya masih lagi sama. Yang membezakannya hanya bahan yang digunakan untuk digaulkan bersama dressing. Mari belajar caesar salad dulu kerana ia ada ... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Friday, October 19, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Entah kenapa ada orang yang tergila-gilakan coleslaw dari salah sebuah restoran makanan segera popular dunia. Tak tahu apa yang menariknya. Makan sayur memang baik tapi tak de la sampai tahap terlalu taksub. Bagi yang memang tak makan sayur, hidangan macam ni awal-awal lagi dah ditolak tepi. Rasa-rasanya kalu coleslaw ni tak dimasukkan dalam pakej hidangan, mungkin beberapa mangkuk sahaja yang terjual sehari. Saya pun besar kemungkinan tak akan beli kerana hidangan mudah seperti ini sepatutny... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 16, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Pebende la vinaigrette atau french dressing tu. Secara mudahnya vinaigrette adalah asas sos salad dalam masakan barat khasnya masakan Perancis. Masyarakat barat memang gemarkan salad sebagai pembuka selera. Campak je apa-apa sayur-sayuran segar dan gaulkan dengan vinaigrette , jadilah salad yang mudah. Tambahkan hirisan ayam atau makanan laut, jadi salad yang lebih istimewa. Tujuan entri ini adalah untuk memudahkan saya memaparkan resepi-resepi masakan barat yang lain yang menggunakan vinaigr... Continue reading ...
Tak seperti masakan timur, masakan barat menggunakan apa sahaja makanan yang mereka gemari sebagai pembuka selera. Pembuka selera bermaksud makanan yang diambil dalam kuantiti kecil sebelum menikmati makanan utama dan ia bertujuan untuk membangkitkan selera. Dalam bahasa inggeris, ia disebut apetizer. Biasanya pembuka selera masyarakat kita terdiri dari sayur-sayuran seperti rojak, pecel, tetapi dalam masakan barat, mereka juga menjadikan protin dan karbohidrat sebagai pembuka selera. Ciri-ci... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 3, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Tak sangka pula tahun ni, tempahan ibadah qurban secara online yang saya terima, semuanya datang dari kaum hawa. Mana la peginya kaum adam ni ye. Mungkin ekonomi wanita lebih kukuh kot. Sesuai dengan tema Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, “Wanita Pencetus Ekonomi Baru.” PM kita pun dah mengakui peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sebagai aset penting kepada negara. Namun tanggungjawab sebagai wanita dan isteri tak boleh diabaikan. W...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 2, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Dalam bahasa melayu, vegetarian dipanggil apa ye? Yang saya tahu, vegetarian diet adalah pemakanan hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Vegetarian termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Bagaimanapun ada vegetarian yang juga menjadikan susu dan produk tenusu sebagai sebahagian dari diet mereka. Ini dipanggil lacto vegetarian diet. Terdapat juga lacto-ovo vegetarian diet yang menambah susu atau telur atau kedua-duanya dalam diet mereka. Apabila mengamalkan vegetarian diet,...
Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak... Continue reading ...
Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu... Continue reading ...
Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 18, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya senyap bukan kerana sibuk shooting rancangan masakan televisyen atau sibuk ditemuramah untuk majalah. Bukan juga kerana bercuti ke Imbak Canyon menenangkan fikiran menerokai alam semulajadi.
Saya senyap kerana saya perlu senyap sebentar. Bulan Syawal pun dah habis. Dah masuk bulan baru pun, ada lagi tetamu datang beraya. Waktu begini, ilmu menghasilkan hidangan pantas, mudah dan ringkas memang sangat perlu. Kos yan...
Sejak saya membangunkan blog ini, saya telah mengutarakan satu kaedah memasak yang mungkin belum pernah diketengahkan oleh chef-chef yang lain. Satu kaedah yang melangkaui akal fikiran waras yang tak dapat dijelaskan secara saintifik sehinggakan sewaktu menumis bawang dan halia, satu rumah sudah tahu saya akan menyediakan sambal sardin melalui baunya sedangkan tin sardin pun belum dibuka. Allah berkuasa melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang tidak kita sangka.
Bagi penggemar ulam-ulaman dan sayur-sayuran macam saya, bebotok atau botok-botok sering menjadi pilihan dalam jamuan bersama keluarga. Hidangan ini termasuk dalam kategori pembuka selera dimana penggunaan ikan dalam bebotok berfungsi sebagai perencah atau pemberi rasa untuk ulam-ulaman. Oleh itu, kalau makan bebotok, jangan hanya makan ikannya sahaja atau jangan merungut jika ikannya terlalu sedikit sedangkan ulam-ulaman pula banyak. Ulam-ulaman itulah yang seharusnya dimakan. Kini terdapat ... Continue reading ...
Setengah bulan tak bekerja, bila mula bekerja semula terasa kekok pula. Harap-harap tak kena ke Kuala Lumpur lagi hujung minggu ini. Kerja di sini masih banyak lagi. Bagi peluang kat orang lain yang tak pernah pergi pulak. Tapi kalau dipanggil, saya tak akan menolak. Tak pandai betul nak menolak kerja selagi ia untuk kebaikkan pelajar-pelajar saya. Jarang sekali saya memaparkan entri kuih-kuih muih yang manis dan dimasak menggunakan kaedah kukus. Kuih jenis talam ini selalunya menjadi kegemar... Continue reading ...
Lepas saya paparkan iklan kitchen scale bulan lepas, ramai yang terlepas peluang untuk memilikinya. Ramai yang kata dah lama tak buka email, ada yang kata tak tahu macam mana nak beli. Penat saya melayannya. Ada jugak yang nak bank in duit dalam akaun saya. Sekarang ni ada lagi offer kitchen digital scale yang menarik perhatian saya tapi dari jenis yang lain. Kalau dulu penimbangnya mempunyai mangkuk stainless steel dengan design yang hebat tapi kini hanya leper sahaja dengan permukaan kaca. ... Continue reading ...
Sebelum kita membelek Resepi Roti Jala, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Sebagai makluman, saya akan pulang kekampung selama seminggu mulai hari ini. Kepada pembeli ebook-ebook saya yang masih belum selesai download, anda masih boleh teruskan download. Sekiranya terdapat masalah, belum dapat password, anda masih boleh berinteraksi dengan saya melalui email tetapi...
Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini... Continue reading ...
Dekat-dekat nak raya ni, saya sibuk sangat. Tak sempat nak menulis resepi. Faham-faham sendiri la apa yang saya buat dihujung Ramadhan ni. Saya harap dapat post entri biskut raya sehari dua lagi tapi hari ni saya terjumpa satu offer baik lagi. Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine. Sekali lalu je saya dah rasa sangat berbaloi memilikinya.
Alat ini sama seperti sandwich maker yang lain. Bezanya cuma plat tak melekatnya, boleh ditukar-tukar untuk menjadi Sandwich Maker, Wafle Maker dan Gri...
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.
Sekali-sekala kena juga buat masakan yang leceh sikit. Nak kata leceh sangat tu tak de la sebab boleh beli je rempah beriani merah kat kedai mamak. Tak pernah dengar pasal beriani merah? Rempah beriani merah pun tak pernah jumpa? Mari saya tunjukkan Resepi Ayam Beriani Merah dengan membuat sendiri rempah beriani. Khas untuk sesiapa yang tak pernah jumpa resepi beriani merah di pasaran. Mana la tau suatu hari nanti anda boleh jadi pengeluar rempah beriani merah.
Tiap kali bulan puasa, memang saya sedikit sibuk. Saya rasa semua orang sibuk. Ada yang sibuk mencari duit, ada yang sibuk menyediakan persiapan hari lebaran. Masing-masing terpaksa mengubah jadual kegiatan seharian untuk aktiviti bulan puasa. Sahabat saya sorang ni pulak sibuk dengan bisnes baru dia. Singgah-singgah la tengok apa yang ada kat Galeri Cik Suri JP ni. Bila dah sibuk, habuan perut selalu diketepikan. Sampai masa, pergi bazaar ramadhan. Bagi saya, hidangan cepat, mudah dan ringka... Continue reading ...
Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 25, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Kalau ayam goreng, saya rasa tak payah nak diajar lagi. Orang Malaysia memang suka makanan bergoreng terutama ayam. Kalau orang yang tak pernah kedapur pun dah boleh agak macam mana nak buat. Bagi saya, ayam kalau digoreng dengan garam sahaja pun dah sedap. Tak perlu rempah yang keterlaluan lagi. Nestum pula sebagai cara yang mudah untuk memberikan kerangupan. Tapi setiap sesuatu resepi mesti ada keistimewaan yang tersirat.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Nestum ½ ekor Ayam 4 ulas Bawang Putih 3... Continue reading ...
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...
Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya... Continue reading ...
Saya rasa macam tertinggal satu masakan la. Puas saya fikir tapi tak dapat sebarang klu. Mulanya saya rasa saya dah paparkan semua resepi masakan melayu yang seangkatan seperti kuzi, opor, kari, beriani, rendang, kurma, berempah dan kali ini giliran kerutup. Tapi satu malam sebelum tidur saya terfikirkan satu hidangan yang lain dan esoknya terus lupa. Banyak kali perah otak, cuma terbayangkan karlio je tapi saya rasa bukan karlio yang saya fikirkam malam tu. Kalau anda ada idea apa masakan ya... Continue reading ...
Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah... Continue reading ...
Apa guna susah payah memasak kalau tukang makannya cuma kita seorang dua sahaja. Jadi bila kemalasan melanda, cold noodle adalah pilihan yang paling tepat. Sesuai dengan namanya, cold noodle bermaksud mi sejuk. Senang cerita mi tanpa dimasak yang orang bujang selalu panggil mi unplugged. Cold noodle tak sama dengan mi segera yang segalanya telah siap cuma tinggal dipanaskan sahaja. Mi ini terkenal dikalangan masyarakat cina dan kini jepun yang sentiasa mengejar masa. Orang Malaysia mungkin ku... Continue reading ...
Masak kuzi satu lagi hidangan berempah yang kurang popular berbanding kari, kurma, beriani dan sebagainya. Sama seperti resepi opor, kuzi kurang dikenali bahkan ramai yang tak dapat membezakan rasa hidangan-hidangan ini kerana bahannya lebih kurang sama. Saya harap anda dapat membandingkan resepi ayam masak kuzi ini dengan resepi opor ayam yang pernah saya paparkan ini. Dari sezi rasa, sebenarnya banyak bezanya cuma ia kurang dikenali menyebabkan ramai yang tak mempedulikan rasanya.
Seringkali kita dihidangkan dengan masakan yang kurang berkhasiat, kaya dengan kolesterol dan lemak tepu terutamanya hidangan Melayu. Hidangan seperti rendang ayam kampung contohnya banyak menggunakan santan kemudian ada yang menambah kerisik. Tak cukup dengan itu, gunakan pula minyak sapi sekaligus menjadikan hidangan melayu antara hidangan yang kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, rasa hidangan melayu yang lazat menyukarkan kita menolak hidangan seperti ini. Ada satu kaedah yang saya ... Continue reading ...
Hari ini baru terasa tenang sikit. Tapi saya belum bersedia lagi untuk bercerita apa yang disibukkan sangat. Tengah trauma lagi ni. Baik kita cerita pasal opor ayam je. Saya tak dapat nak terangkan apa ciri-ciri opor ayam. Apa yang saya tahu rasanya memang sedap, manis dan pedas. Kalau ada sesiapa yang mahir dengan masakan berempah begini, tolonglah ceritakan apa bezanya opor, kuzi, kerutup dan lain-lain. Kalau kari atau beriani mungkin kita dah biasa sebab hidangan ini memang dah popular di ... Continue reading ...
Menyediakan hidangan dalam kuantiti sedikit memang jauh berbeza berbanding menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak. Ramai surirumah yang sangat hebat didapur. Hidangan yang disediakan untuk anak-anak dan suami memang lazat dan menyelerakan. Tapi bila masak untuk kenduri-kendara, sering pula meminta orang lain menyediakannya sedangkan juadah yang perlu disediakan hanya hidangan harian biasa. Kalau difikir-fikirkan, apa sangat la bezanya. Hanya perlu digandakan sahaja setiap bahan yang ... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Thursday, April 26, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Dalam seminggu ni, saya rasa sibuk sangat hinggakan nak update blog pun susah. Aktiviti ditempat kerja semakin bertambah berikutan majlis yang akan diadakan hujung minggu ni. Tempahan kek yang saya terima juga lebih banyak dari biasa. Mungkin kerana cuti hari buruh jadi masing-masing ingin membawa pulang kek untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang membuat kek tiramisu kecil sebanyak 75 biji. Penuh peti ais saya dengan keju 4 kg yang akan saya gunakan nanti. Harap entri Pocket Chapati kali ini... Continue reading ...
Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag... Continue reading ...
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or... Continue reading ...
Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan. Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad... Continue reading ...
Ini kali pertama saya buat kek bersaiz 8 x 16 inci. Selepas dihias buttercream, saiznya bertambah 1 inci lagi. Dari dulu memang teringin sangat nak buat kek yang besar dari biasa tapi peralatan dirumah saya memang tak mencukupi. Lain la kalau membuat kek sepenuh masa, nak tak nak terpaksa juga menyediakan peralatan yang sesuai. Kek ini saya yang tentukan temanya. Pelanggan hanya inginkan kek berwarna biru jadi saya pilihlah tema ikan dan lautan. Oleh kerana kek ini untuk beberapa orang pelaja... Continue reading ...
Kadang-kadang bila berpeluang bertemu kaum keluarga, memang teringin sangat makan bersama, semeja dan bermesra-mesraan. Jadi takkan nak makan biasa-biasa je. Tak kisah la jika terpaksa berbelanja lebih sikit. Bagaimanapun, untuk ayam panggang atau ayam golek ni saya cuba berjimat sehabis mungkin. Hiasan-hiasan semua tolak tepi. Dan akhir sekali gunakan apa sahaja yang ada didapur. Maka jadilah ayam golek perisa kari untuk kami makan bersama. Yang penting keseronokan meratah ayam tanpa dipot...
Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah... Continue reading ...
Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A... Continue reading ...
Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ... Continue reading ...
Mari bercerita sikit tentang ikan keli ni sebelum belek resepi Ikan Keli Masak Pecel. Ada orang tak suka makan ikan keli. Ada juga yang geli nak makan. Bapa mertua saya juga tak mahu makan ikan keli tapi tak tahu pula sebabnya. Nak kata dia geli, selamba je dia pegang ikan keli hidup. Nak kata dia tak suka, saya rasa semua benda halal dia makan cuma sedap makan banyak, tak sedap makan sikit. Mungkin ada nilai-nilai kesihatan yang menyebabkan dia tak mahu makan. Seperti organ dalaman haiwan ya... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 22, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c... Continue reading ...
Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika... Continue reading ...
Beberapa hari tak update entri bukan kerana tiada bahan. Malah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja didapur. Memasak memang tiada putusnya selagi semua orang perlu makanan. Banyak resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan. Jadi hari ini saya memilih resepi yang ringan dan mudah iaitu Tauhu Telur dengan Sos Tiram. Hidangan ini memang tak banyak yang perlu dibicarakan kerana ia sangat simple seperti kelazimannya masakan cina.
Bahan-bahan untuk Resepi Tauhu Telur dengan Sos Tiram 300g Ta... Continue reading ...
Sebelum bercerita mengenai Labu Manis Masak Lemak, ada baiknya saya berceloteh mengenai sesuatu yang bekhasiat dulu. Saya tertarik dengan pelbagai rempah dan herba barat yang dijual di negara kita dijual dalam botol yang menarik dan eksklusif. Secara dasarnya herba-herba barat seperti daun bay, rosmary, thyme dan lain-lain hanya sekadar daun-daun kering sahaja. Negara kita juga terdapat banyak herba-herba masakan yang unik dan boleh dikomersialkan. Daun kari, daun kunyit, daun limau purut da... Continue reading ...
Scrambled Egg (Telur Hancur) Scrambled egg adalah sarapan yang paling popular terutama di negara barat. Kini restoran makanan segera di Malay... Continue reading ...
Ini adalah entri sambungan mengenai telur yang lalu. Kali ini saya ingin kongsikan cara dan teknik memasak telur yang betul.
Boiled Egg (Telur Rebus) Terbahagi kepada 3 jenis iaitu soft boiled, medium boiled dan hard boiled. Cara merebus telur
Didihkan air yang banyak, cukup untuk menenggelamkan keseluruhan telur. Tambahkan sedikit cuka untuk mengelakkan telur pecah atau retak sewaktu direbus.
Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih perlahan baru dimasukkan telur.
Masak telur pun nak belajar ke? Ya! Telur adalah antara bahan yang terpenting dalam masakan dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan hidangan. Ia juga adalah hidangan sarapan yang paling popular dalam masakan barat kerana penyediaannya yang ringkas, cepat serta berkhasiat. Malah telur juga dianggap pelengkap kepada hidangan seharian daripada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui sifat-sifat telur untuk menghasilkan hidangan baru dan berp... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 25, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai... Continue reading ...
Saya memang penggemar cendawan terutama cendawan tekukur dan cendawan busut tetapi sekarang ni mana la nak cari cendawan macam tu. Dulu boleh juga cari cendawan tekukur kat batang getah mati dalam kebun. Bila batang getah pun dah dikomersialkan menjadi perabot dan harganya pun semakin tinggi, dah tak jumpa lagi batang getah untuk cendawan tekukur membiak. Yang ada cuma cendawan yang ditanam diladang dan di Malaysia yang paling banyak dan murah hanyalah cendawan tiram. Ayah saya kata, cendawan... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 18, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Sarapan di negara Eropah termasuk Perancis atau Itali biasanya ringkas dan masa sarapan pendek sahaja. Biasanya hanya secawan kopi atau teh dengan sedikit pastri. Segelas kecil jus buah-buahan juga memadai. Ini kerana mereka makan malam hanya selepas pukul 8 malam dan disana waktu ini sudah dianggap lewat. Berbanding dengan orang Amerika, mereka makan lebih awal jadi apabila paginya mereka akan terlalu lapar dan memerlukansarapan yang lebih banyak. Dari sinilah munculnya perkataan ‘breakfas... Continue reading ...
Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se... Continue reading ...
Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan... Continue reading ...
Terlalu banyak versi bubur lambuk di negara kita. Setiap negeri ada sahaja resepi mereka sendiri. Ada yang cair, ada yang pekat, yang keras, yang manis, masin atau pedas semuanya menggunakan konsep memasak haba lembab yang sama iaitu merebus. Tak kisah la bagaimana rasa dan rupa bubur lambuk ditempat anda atau mungkin namanya juga berbeza, yang penting saya harap anda dapat belajar sesuatu yang baru dari entri ini. Saya rasa semua orang tahu apa itu merebus. Kaedah ini tidak perlukan banyak p... Continue reading ...
Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 5, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Stew memang kurang popular dengan masyarakat Malaysia tetapi sangat popular dalam masakan barat. Padahal sebenarnya masyarakat kita sering memasak makanan dengan kaedah ini tanpa disedari. Stew adalah kaedah memasak makanan menggunakan air yang sedikit dengan api yang perlahan supaya makanan menjadi lembut dan ia dihidangkan bersama kuahnya sekali. Dalam bahasa pasarnya dia dinamakan merendidih. Setelah mengetahui maksud stew, barulah ramai yang sedar, memang banyak hidangan tempatan yang men... Continue reading ...
Saya tahu, ramai diluar sana yang tak menggemari ikan air tawar. Malah ada yang membencinya sehinggakan nak sebut pasal ikan air tawar pun tak sudi. Bila ditanya, kenapa tak suka. Tak ramai yang boleh menjawab. Ada yang mengatakan ikan air tawar hanyir dan ramai yang kata tak sedap. Kalau nak cerita pasal makanan yang tak sedap, ada banyak lagi makanan yang tak sedap. Kalau nak kata hanyir, ada banyak lagi ikan laut yang hanyir. Bagi saya, selagi halal, saya akan makan. Sedap, makan banyak. T... Continue reading ...
Bagi saya, makaroni bakar sebenarnya tak lebih daripada makaroni goreng lebihan semalam yang diberikan nafas baru supaya dapat dihidangkan panas-panas. Manakan tidak, rata-rata makaroni bakar yang saya rasa tak pernah mempunyai rasa yang tertentu yang melambangkan keunikan masakan itu sendiri. Kebanyakkannya mempunyai rasa mi yang digoreng cara Thai atau Melayu. Kalau di barat mungkin mempunyai citarasa barat. Persamaannya hanya keju yang ditaburkan diatas yang menjurus kearah masakan barat. ... Continue reading ...
Saya sangat suka memaparkan makanan dan hidangan yang telah popular dan ramai penggemarnya. Mereka sanggup membeli dan membeli lagi walaupun makanan itu bukan susah sangat nak buat. Biasanya kita tak terfikirpun bahan-bahan yang digunakannya sedangkan semuanya ada disekeliling kita. Kali ini saya paparkan resepi papadom iaitu sejenis keropok yang popular dalam masakan India. Malah papadom ini juga popular seluruh dunia memandangkan kaum India terdapat hampir diseluruh dunia yang dihuni manusi... Continue reading ...
Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan dengan ayam.
... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, December 5, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l...
Dua minggu telah berlalu, ada tiga minggu lagi untuk dilalui. Kerinduan dah mula terasa. Rindu pada keluarga, rindu pada blog dan rindu pada semua kerja-kerja yang biasa saya lakukan dimusim cuti sekolah. Saya masih disini, di Kuala Lumpur, mendalami ilmu masakan secara intensif. Dah rasa macam robot dah ni.
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual... Continue reading ...
Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi.
Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim,... Continue reading ...
Hari ini iaitu hari ahad 13 November 2011, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur. Saya akan berada disana selama 5 minggu seperti yang diarahkan. Sedih hati nak meninggalkan keluarga. Entah bagaimana keadaan mereka tanpa saya. Kalau boleh memang tak mahu berjauhan.
Begitu juga dengan blog ini. Walaupun saya masih boleh menggunakan masa terluang tetapi masih tidak sama seperti disini. Saya memerlukan banyak masa untuk bereksperimen, banyak peralatan yang perlu digunakan dan juga bahan, barulah bo... Continue reading ...
Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.
Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid... Continue reading ...
Entri ini asalnya saya ingin paparkan sewaktu perayaan Deepavali yang baru lepas. Kuih begini memang popular dalam perayaan begini kerana ia memang hidangan asli masyarakat India. Kuih wadeh urlundu ni sama dengan resepi wadeh dhal yang pernah saya ceritakan dulu. Hanya bahan utama sahaja yang berbeza. Wadeh urlundu dibuat menggunakan kacang urlundu. Saya pun tak pasti ejaannya macam mana. Kalau ikut sebutan India, boleh tergeliat saya mengejanya. Kuih wadeh ini dikenali diseluruh dunia keran... Continue reading ...
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 27, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba... Continue reading ...
Kenapa saya suka sangat ketam bercili ni? Pertama, memang saya suka masakan pedas terutama jenis-jenis sambal ni. Kedua, sebab saya jarang sangat dapat makan ketam ni. Bukan sahaja kerana harga ketam yang mahal tapi juga kerana saya tak boleh makan makanan laut seperti ketam ni. Kena berpantang dulu baru boleh makan ketam. Silap haribulan, menggerutu seluruh badan saya. Seminggu menderita. Suatu ketika dulu saya ada paparkan entri mengenai masakan bercili tapi masa tu saya memang saya tak ada ... Continue reading ...
Sewaktu majlis perkahwinan adik baru-baru ini, 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Saya, dengan kerjasama ayah saya telah menyelamatkan 1 ekor lembu daripada dikendurikan. Bukan seekor lembu tapi hanya ekor lembu sahaja. Suami saya memang gemarkan sup ekor. Setelah sebulan tersimpan dalam peti ais, baru kini berpeluang memasaknya. Hidangan yang paling sesuai tentunya sup ekor kerana hidangan berkuah begini membolehkan semua khasiat dari ekor lembu dikeluarkan. Pada kali ini saya akan memasak sel... Continue reading ...
Masakan cina memang unik. Selain dari rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara masakan yang pernah saya pelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sanga... Continue reading ...
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re... Continue reading ...
Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban... Continue reading ...
Boleh ke kalau kita katakan petai ni makanan untuk orang kampung? Setahu saya, harga petai sekarang ni bukan murah sangat. Tiga atau empat papan mencecah RM5 di tempat saya bergantung kepada saiz mata petai. Kalau besar-besar, segar dan rapat-rapat, lagi mahal la harganya. Dua pupuh tahun dulu mungkin la harganya hanya RM2 untuk 10 papan. Sekarang ni mana nak dapat lagi. Orang asli yang mencari petai dihutan pun dah pandai mengira. Kalau boleh nak jual mengikut bilangan mata petainya. Jadi se... Continue reading ...
Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda... Continue reading ...
Saya amat gemar berbuka puasa dengan nasi. Ada orang yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah nak menjamah nasi. Tapi bagi saya, lepas berpuasa seharian, nasi amat diperlukan. Disini satu lagi menu berbuka puasa yang sesuai dicuba. Khusus untuk orang yang gemar berbuka puasa dengan nasi macam saya.
Ayam goreng halia ini sebenarnya hidangan cina tetapi banyak di jual di restoran makanan thai setelah disesuaikan dengan citarasa thai.Saya lebih menggemari ayam gor... Continue reading ...
“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.
Ada masanya sayapun sesak juga sehinggakan beraspun tinggal secawan je. Kalau nak makan kami sekeluarga memang tak cukup. Setakat beras secawan, anak bujang saya makan sorang je. Cara paling baik ialah dengan menjadikannya bubur. Tapi tak mau la bubur kosong je. Sekurang-kurangnya macam bubur McD tu pun kira orait la. Daripada secawan beras akhirnya menjadi seperiuk bubur. Dapat la kami makan tengah hari dan malam sekaligus. Kira banyak la tu. Makan bubur ni memang cepat kenyang sebab kandung... Continue reading ...
Dalam masakan barat pun ada makanan yang kita panggil lempeng. Saya sebenarnya malas nak sebut lempeng sebab bila anda tau je, minat anda untuk mencuba terus luntur. Tapi saya tak kisah. Saya ada tujuan tersendiri. Walaupun hidangan barat ini cuma lempeng tetapi masyarakat barat telah berjaya meningkatkan taraf makanan ini ke tahap yang setara dengan makanan-makanan barat yang lain. Sama seperti capati dan tossei dalam masakan india, crepe juga dikenali di seluruh dunia. Sekarang ni pun saya ... Continue reading ...
Beberapa aduan yang saya terima mengatakan borang ebook percuma yang saya sediakan gagal berfungsi dengan baik. Ada yang tersangkut ditengah jalan. Walaupun pendaftaran berjaya, tetapi tiada link download yang keluar. Dah sebulan saya mencari kaedah alternatif agar anda dapat download ebook percuma saya dengan jayanya. Kini baru berjumpa. Bagi yang masih belum memperolehi ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 yang saya berikan percuma atau yang cuba mendaftar tapi masih belum mem... Continue reading ...
Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 22, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu.... Continue reading ...
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa... Continue reading ...
Ikan pari ni saya beli isinya je. Nak beli seekor banyak sangat. Nak beli yang kecik tak kenan sangat sbb tak banyak isi. Lagipun isi pari kecil ni lembut sangat. Kalau yang besar lebih kenyal. Anak saya pun kata saya masak ayam sebab isinya macam ayam. Dibandar, harga isi pari lebih kurang RM15. Memang saya tak akan beli. Sewaktu dikampung bulan lepas, terjumpa pula isi pari RM10 je. Segar lak tu. Memang kalau saya nak makan ikan yang sedap-sedap, saya akan beli di kampung. Seawal selepas su... Continue reading ...
Orang Malaysia ni kalau masakan yang kurang lemak, memang kurang penggemarnya. Kalau boleh mereka mahu semuanya mengandungi santan, minyak dan lemak. Walaupun begitu masakan yang menyihatkan semakin mendapat tempat dihati dan semakin popular. Ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga pemakanan. Jadi jika pada waktu sekarang kita membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan menyihatkan, sudah pasti boleh maju. Sedangkan restoran vegetarian boleh hidup, apa lagi restoran kesihatan.
Saya tak tahu adakah benar resepi mi ini berasal dari Hong Kong. Yang saya tahu mi ini dihidangkan di kebanyakkan restoran masakan thai di seluruh Malaysia. Saya suka mi ini kerana, mi ini mengandungi banyak sayur-sayuran selain dari rasa kuahnya yang tidak terlalu bercampur aduk dengan perasa lain. Selain itu, mi ini mempunyai rasa rangup apabila dihidangkan panas-panas dan telurnya mampu menyerap kuah dengan sangat baik. Kenapa saya katakan begini? Beleklah resepi dibawah ini baru tahu.
Resepi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ketam seperti di restoran-restoran masakan thai. Memandangkan saya ni tak mampu nak makan ketam, jadi saya gunakan ikan talapia tempoh hari yang masih berbaki seekor. Bila gunakan ikan talapia, hasilnya memang tak sama dengan ketam. Ketam mengandungi banyak air didalamnya jadi kuahnya akan menjadi lebih cair. Lagipun rasa ketam akan meresap dalam kuah. Bila digantikan dengan ikan talapia, inilah hasilnya. Kuahnya terlalu pekat. Rasa kuahnya tiad... Continue reading ...
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi jenis sos masakan barat yang popular tapi tak ramai yang mengetahui namanya. Sos hollandaise adalah sos berasaskan mentega dan sangat sesuai dihidangkan bersama-sama ikan atau sayur-sayuran. Sos ini menggunakan telur kuning sebagai bahan pemekat. Teknik membuatnya mudah saja tapi tak semudah membuat sos black paper, brown sauce dan sos cendawan yang terdapat dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial tulisan saya. Sos sebegini mengandu... Continue reading ...
Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan. Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita... Continue reading ...
Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi... Continue reading ...
Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ... Continue reading ...
Saya tak pasti dimana keistimewaan kuey teow kerang ni sehingga dijual di hampir semua pasar malam seluruh Malaysia. Saya pun pernah menjadi peminat setia hidangan cina ni sehinggalah saya tak boleh lagi menikmati kerang. Sebenarnya, dalam diam, saya membelek beberapa orang penjual kuey teow kerang yang sedang memasak hidangan ini. Malu juga nak cerita tapi kalau tak buat macam ini, macam mana la ilmu saya nak berkembang. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, tiada bahan rahsia dalam pembuatan k... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, March 9, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k... Continue reading ...
"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ... Continue reading ...
Inilah yang membuatkan saya sibuk sepanjang minggu lepas sehingga sekarang. Saya terpaksa melupakan mengenai blog masakan barat komersial untuk sementara waktu untuk mengejar sesuatu yang lebih penting iaitu masa depan pelajar-palajar saya. Saya sedang menyiapkan sebuah buku nota dan latihan berkaitan Penyediaan Masakan Barat dan Timur untuk kegunaan pelajar saya. Semoga dengan buku yang saya tulis ini, mereka akan mudah mempelajari matapelajaran ini. Gunakanlah sebaik-baiknya. Tanyalah apa s... Continue reading ...
Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi,kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di... Continue reading ...
Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.
"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 10, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an... Continue reading ...
Apa kenanya saya ni. Seminggu dua ni asyik nak makan masakan india je. Bukan apa-apa. Pada saya masakan india ni mudah disediakan. Kalau orang india, puri adalah hidangan utama mereka tapi bagi orang yang setiap hari mesti nak makan nasi, akan menganggap puri hanyalah makanan ringan sahaja.
Orang barat mengenalinya dengan nama dosa. Keluarga saya menggelarnya dengan nama lempeng batak. Bezanya lempeng batak tak mengelembung sebegini dan digoreng tanpa minyak atau sedikit minyak sahaja seperti ... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Friday, February 4, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,... Continue reading ...
Ada yang memanggilnya dengan nama wadeh, pernah juga saya dengar ia dipanggil masalodeh dan ada juga yang menamakannya magelek. Saya pun tak tahu nama yang mana satu paling glamer. Yang saya tahu, saya memang suka kuih ni. Rasanya yang garing, pedas dan berempah membuatkan air liur saya meleleh setiap kali melihat kuih ini dijual di gerai-gerai. Paling saya tak boleh lupa, nikmat ketika tergigit jintan yang harum dalam kuih ini. Namun begitu tak semua peniaga kuih wadeh ini begitu mengambil b... Continue reading ...
Saya ni kalau ada masa terluang, ada je benda yang saya teringin nak masak. Agak-agak rasa boring je, saya pun selongkar la dapur mencari apa-apa yang boleh dijadikan makanan. Selongkar punya selongkar, terjumpa la daging korban tahun lepas. Sebelum daging tu jadi fosil, baik saya jadikan kraftangan. Boleh jugak anak saya bawa bekal ke sekolah. Kebetulan memang dia ada minta buatkan burger untuk dia. Anak saya tu memang macam tu. Main order je apa-apa yang dia rasa teringin nak makan. Ingat r... Continue reading ...
Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan ... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 12, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Biskut ni sebenarnya permintaan anak saya. Kalau dengan budak-budak ni, dah tentu la biskut coklat pilihannya. Sewaktu hari raya boleh la buat biskut-biskut lain sebab ramai pengunjung dan ramai la tukang makan. Jika tak de coklat, tak de la yang sudi jadi tukang makan. Untuk menjadikannya berkhasiat untuk anak-anak, saya tambahkan oat yang baik untuk menurunkan paras kolesterol. Begitu juga dengan kandungan gula. Saya kurangkan sedikit dan gunakan gula perang malangnya coklat chip masih teta... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, January 10, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.
Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 8, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har... Continue reading ...
Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.
Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 6, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial.
Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 5, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Dah buang tebiat agaknya saya ni. Letak gambar pinggan kosong kat blog resepi. Atas pinggan tu sebenarnya terpulang kepada anda nak letak hidangan apa pun terutamanya masakan barat. Kalau nak letak keropok lekor macam tak sesuai sangat. Saya cuma nak tunjukkan cara membuat sos pedas tabasco (Tabasco Hot Sauce).
Manusia ni ada yang gemarkan masakan pedas dan ada juga yang gemarkan masakan sangat pedas. Masakan barat juga tak terkecuali cuma bilangannya tak begitu banyak memandangkan omputeh ni ... Continue reading ...
Terharu rasanya bila saya menerima banyak maklumbalas dari sahabat-sahabat sama ada melalui blog, facebook dan email berkenaan entri saya yang lalu mengenai ebook-ebook saya yang diedarkan dalam blog sewenang-wenangnya. Semangat yang dahulunya goyah dengan kes ini kini semakin teguh untuk terus menulis ebook-ebook resepi agar niat asal saya untuk mengajak seberapa ramai usahawan yang berminat untuk membangunkan perniagaan berkonsepkan masakan. Sekarang ni saya sedang mengumpulkan maklumat jug... Continue reading ...
Kecewa rasanya bila ada insan yang tak bertanggung jawab menyiarkan link download berserta passwordnya didalam blog menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook-ebook saya dengan mudah dan percuma. Terasa bagaikan keringat saya diperah sampai kering. Saya tak tahulah apa tujuan dia sebenarnya. Sama ada sengaja atau tak sengaja dia tetap telah mencabuli hak saya dan merampas hakcipta saya.
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya telah menghabiskan banyak masa dan belanja untuk menghasilkan eb... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, December 27, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.
Posted by Norasikin Basri on Friday, December 24, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Chocolate cupcake atau kek cawan coklat ini saya buat khas untuk santapan tontonan birthday blog yang pertama. Walaupun cuma sebagai tontonan, jangan ingat cupcake itu palsu. CH itu bermakna blog cahayacinta.com yang akan menyambut ulangtahun yang pertama. Harap dia dapat menatap gambar chocolate cupcake yang menyelerakan itu sehingga kenyang.
Kenapa ada C.I.N.T.A. pula dalam tajuk tu? Haaaa. ini la yang saya nak cerita sikit. Bukan cinta pertama, bukan juga cinta kedua tapi cinta ketiga.
Posted by Norasikin Basri on Thursday, December 23, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai.
Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam ent... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 22, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Terdapat 2 sos asas putih iaitu sos bechamel dan sos veloute. Untuk entri ini, saya hanya bercerita mengenai sos bechamel sahaja. Ia dikatakan sos asas kerana daripada sos ini kita dapat menghasilkan berbagai sos yang lain seperti sos parsley dan sos krim dengan menambah sedikit bahan tertentu. Bahan asas sos ini adalah susu dan menggunakan roux sebagai pemekat. Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, saya tidak menggunakan roux kerana terdapat cara yang lebih senang, cepat dan menjimat... Continue reading ...
Masih banyak lagi daging korban yang perlu dihabiskan. Keluarga saya bukanlah penggemar daging sangat. Saya pula alergik bila makan banyak daging. Jadi daging korban ini saya gunakan sedikit demi sedikit. Lagipun memang banyak masakan yang boleh disediakan berasaskan daging dan salah satunya adalah daging masak hitam ni.
Ini bukanlah masakan daging blackpaper kerana saya tak letakpun lada hitam tapi anda boleh menambahkan lada hitam sesuka hati kalau anda mahu kerana masakan ini fleksible dan ... Continue reading ...
Masih terasa betapa segarnya menikmati kerabu betik ini. Sewaktu berada di kampung, saya dapati pokok betik yang tumbuh meliar menghasilkan banyak buah. Saya mula terfikir satu jenis kerabu yang amat mudah disediakan. Jika dibandar, betik yang dijual terlalu muda sehinggakan rasa kerabu betik menjadi kurang menyelerakan malah warnanya juga kurang menarik. Kini saya boleh pilih sendiri betik yang terbaik untuk resepi kerabu betik ini. Seronoknya tinggal di kampung. Resepi kerabu betik ini adala... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 8, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.
Tom yam memang biasa kita nikmati dan hidangan ini di jual di semua restoran dan gerai masakan Thai di seluruh Malaysia. Malah masakan Thai memang terkenal diseluruh dunia kerana keunikkannya. Sebenarnya masakan Thai mempunyai banyak variasi tom yam cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Salah satu variasi tomyam yang semakin popular adalah tom yam putih. Rasa-rasanya masyarakat thai mengenalinya dengan nama tom yam kung atau pok tek. Tak kisahlah apa nama yang diberikan yang penting rasa tom y... Continue reading ...
Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.
Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.
Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan.
Ini bukan ayam madu bakar yang popular tu tetapi resepi ayam madu mamak yang hanya dijual di restoran mamak tertentu sahaja. Sekarang ni mamak lebih suka menyediakan ayam masak merah yang dah banyak diresapi ciri-ciri kemelayuan. Kenduri kahwin selalunya ada ayam masak merah tapi belum pernah saya jumpa yang menghidangkan ayam madu.
Suatu ketika dahulu, ayah saya makan di restoran mamak di Kuala Lumpur dan memilih ayam madu sebagai menu tengah harinya. Sangkaannya ayam masak merah. Sewaktu ma... Continue reading ...
Biasanya kalau membeli-belah di hyper market, kami sekeluarga akan ke medan selera dan biasanya hidangan mi akan menjadi pilihan. Tetapi sekarang, kami sangat jarang menikmati mi disana lagi memandangkan kualiti hidangan mereka semakin lama semakin berkurang. Begitu juga dengan kuantitinya. Hanya harga yang semakin bertambah. Itu yang membuatkan saya frust sangat. Kalau dulu banyak jenis sayur yang diguna, kemudian cuma tinggal sawi dan kini sawi dah diganti dengan kobis. Untuk memenuhi seler... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, October 18, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami ciri-ciri masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, tentu sakit tel... Continue reading ...
Video ni sebenarnya saya gunakan untuk mengajar para pelajar saya dalam penyediaan masakan India. Oleh kerana sekarang ni dah canggih, saya gunakan la ia untuk memudahkan pengajaran saya. Kalau dulu saya demonstrasi dan ada pelajar yang leka dan kuat berangan akan terlepas apa yang saya terangkan. Daripada saya buat demonstrasi berulangkali, lebih baik saya videokan je. Jadi sesiapa yang terlepas boleh la tonton video ni berkali-kali. Dan sekarang, saya post dalam blog saya supaya lebih ramai... Continue reading ...
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n... Continue reading ...
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Saturday, August 14, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Sebagai pengajar dalam bidang masakan, saya amat menitikberatkan faktor keselamatan ketika didapur. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pelajar yang rata-ratanya masih dibawah umur dan semestinya belum matang dalam membuat keputusan.
Adalah sesuatu yang amat menakutkan sekiranya sesuatu terjadi kepada pelajar saya kerana saya yang bertanggungjawab dalam segala hal. Ruang dapur adalah tempat yang berisiko menghadapi kemalangan oleh itu ruang dapur mesti kemas, teratur dan dilengkapi de... Continue reading ...
Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas-tugas seharian. Sungguh tidak saya sangka, saya perlu membuat sesuatu yang diluar kemahiran saya. Entah macam mana. Entah bagaimana mereka pilih akhirnya saya yang kena menyiapkan suatu kertas cadangan untuk membina sebuah bengkel pembelajaran untuk subjek bakeri. Bukan sebarang bengkel. Ianya merupakan bengkel terlengkap dengan segala peralatan bakeri yang menyamai kilang yang besar dan tentunya bernilai jutaan ringgit.
Dah berkali-kali saya katakan, resepi percuma hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh untuk memasak, untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga dan berniaga. Tapi setiap kali itu juga saya terberi kepada individu yang salah. Sebelum dapat, berbagai-bagai alasan yang diberikan sehinggakan sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan resepi komersial saya sedangkan resepi itu hanya diberikan percuma untuk individu yang akan menggunakannya dengan betul sahaja.
Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.
Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang di... Continue reading ...
Akhirnya siap juga tempahan kek yang saya terima. Cuma tinggal topping sahaja untuk kek coklat moist. Sebelum hantar barulah letak topping. Bukan susah sangat buat topping. Campurkan bahan, masak sekejap dan tuang. Syukurlah ada tempahan. Dapat juga belanja petrol untuk balik kampung. Bukan banyak sangat tempahan yang diterima hari ini. Hanya 3 kek coklat moist dan 2 blueberry cheese cake. Tapi saya tetap rasa seronok memasak dan membuat kek. Saya gembira membuat apa yang saya suka. Walaupu...
Seperti orang lain, saya juga sering membeli majalah-majalah yang memuatkan berbagai-bagai resepi. Resepi-resepi ini bukan sahaja untuk saya cuba, tetapi lebih kepada untuk dikaji seterusnya meningkatkan lagi ilmu didada. Walaubagaimanapun bukan semua resepi saya cuba. Kalau nak cuba semua resepi, melingkup la saya. Saya ada cara saya sendiri untuk menilai keupayaan resepi-resepi yang saya baca. Kaedah ini saya pun tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan anda semua kerana ia banyak mengguna...
Tauke kedai kek tu beri resepi kek pada saya tapi kek saya tetap tak sama macam kek dia. Kek dia gebu, kek saya lekuk. Saya tengok gambar kek dalam majalah resepi macam menarik je tapi bila bila buat, kek jadi mampat. Itulah antara luahan yang sering kita dengar dari suri rumah yang sangat berminat membuat kek. Kalau kek menjadi boleh la jual kat kawan-kawan. Anak-anak nak makan kek tak perlu la beli lagi.
Mungkin anda menyangka tauke kedai kek itu tak mungkin akan memberikan resepi keknya wal... Continue reading ...
Setiap kali pelajar-pelajar saya belajar memasak, saya akan memberikan bahan-bahan yang diperlukan, resepi dan kaedah memasak yang sama. Mereka akan mendapat segalanya dalam kuantiti yang sama setiap seorang tetapi hasil yang diperolehi tak pernah sama. Ada yang berwarna gelap, ada yang cerah, ada yang sangat menyelerakan dan ada juga yang termasuk dalam kategori tidak boleh dimakan.
Mengapa hasil mereka terlalu berbeza sedangkan saya memberikan segala-galanya sama setiap seorang. Saya juga me... Continue reading ...
Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene...
Beberapa orang sahabat saya bertanya, mengapa saya perlu beli e-book Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial sedangkan saya boleh dapatkan buku sebenar dipasaran dengan harga yang lebih murah? Pada mulanya saya hanya memberitahu tiada resepi masakan barat komersial dipasaran buat masa sekarang kerana saya sangka mereka pasti sudah membaca ciri-ciri resepi dan ciri-ciri ebook yang terdapat dalam website ini. Setelah difikir-fikirkan semula barulah saya tahu, mereka sebenarnya tidak tahu apa k...
Salah satu ciri masakan barat yang penting ialah rupa hidangan itu. Daripada rupa hidangan sahaja kita telah dapat membezakan sesuatu hidangan itu sama ada barat atau timur. Masakan barat dihias indah berwarna-warni dengan sistem yang teratur untuk membangkitkan selera. Jika dibandingkan dengan masakan melayu, hiasan masakan barat bolehlah dikatakan keterlaluan sehingga mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata untuk hiasan. Kadang-kadang, hiasan memerlukan kos yang lebih tin... Continue reading ...
Kalau ditanya pada kebanyakan orang bujang, tentulah makan di luar. Bukan sebab mereka banyak duit. Bukan juga sebab mereka terlalu gemar masakan yang dijual di gerai atau restoran. Sebab utama, hanyalah kerana mereka malas masak. Ada juga yang menjawab, tak berbaloi untuk memasak sekiranya hanya untuk hidangan seorang atau berdua. Buang masa je atau makan diluar lebih bervariasi dan cepat.
Kalau dikira dari kos, walaupun memasak untuk seorang, kosnya tetap lebih murah dari beli siap digerai. ...
Posted by Norasikin Basri on Sunday, December 6, 2009,
In :
Resepi Masakan Barat
Hari ini saya sangat gembira. Apa yang saya impikan telahpun menjadi kenyataan. Ingin saya umumkan satu berita baik pada peminat masakan barat. Saya telahpun menyiapkan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat 2. Apa yang menariknya saya akan memberikan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini secara PERCUMA. Sesiapapun boleh mendapatkannya tanpa kos tersembunyi. Tidak perlu membeli apa-apa. Tak perlu keluar duit. 100% PERCUMA.
Tidak perlu risau tentang kualiti ebook Panduan & Resepi Masakan Barat... Continue reading ...
Pernah suatu ketika dahulu, saya terlupa order bahan mentah untuk mengajar anak murid saya menyediakan sos untuk chicken chop dan steak. Sepantas kilat saya terfikir untuk menggunakan sos segera. Saya segera mendapatkan sos dalam bentuk serbuk. Seingat saya berjenama knorr. Memang mudah melakukannya. Hanya campurkan dengan air dan dididihkan sahaja. Rasanya boleh tahan jugak. Menepati juga citarasa barat. Cuma harganya yang membuatkan saya rasa tak berbaloi untuk tujuan komersial. Mungkin ada... Continue reading ...
Sekiranya anda tahu apakah ciri-ciri masakan barat yang sebenar, sudah pasti mudah sahaja menilai mana-mana masakan barat yang pernah anda rasa. Hari ini saya ingin berkongsi satu ciri masakan barat yang penting iaitu bau.
Bau sangat penting untuk meningkatkan selera sewaktu menikmati hidangan. Daripada bau sahaja kita sudah dapat mengagak bagaimana rasa sesuatu masakan. Bau masakan barat sangat berbeza dari masakan-masakan lain. Jika masakan thailand pasti kita tau kebanyakannya menggunakan s... Continue reading ...
Inilah hidangan yang disediakan oleh salah seorang anak murid saya. Boleh tahan juga hasilnya. Rasanya pun lazat. Walaubagaimanapun kaedah yang digunakan adalah tradisional tertakluk kepada objektif pembelajaran. Terpaksalah saya membakar tulang sehingga hitam. 4 jam lamanya menunggu untuk membakar. 4 jam lagi merebus. Dalam e-book Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, 2 jam sahaja kita dah dapat menikmati hidangan ini. Rasanya lebih sedap. Masapun tak banyak terbuang. Jangan berlengah ... Continue reading ...
Saya percaya tentu anda pernah menikmati masakan barat di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel. Pasti harganya sangat mahal kan? Mengapa harganya mahal? Sudah pasti kerana bahan-bahan yang digunakan mahal. Inilah yang nak saya ceritakan pada kali ini. Pengusaha masakan barat terpaksa menggunakan bahan yang mahal untuk mendapat ciri-ciri masakan barat yang sebenar. Ciri-ciri masakan seperti bau, rasa, rupa dan tekstur mestilah mencerminkan masakan barat yang sebenar. Tidak mungkin masakan ... Continue reading ...
Posted by Michael Coodeang on Friday, October 23, 2009,
In :
Resepi Masakan Barat
Selamat datang semua. Blog ini diwujudkan agar saya dapat berkongsi pengalaman, resepi dan sebagainya berkaitan masakan barat khususnya masakan barat komersial. Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit segala apa yang saya tahu memandangkan untuk menceritakan segala-galanya pasti memerlukan masa yang panjang. Saya juga meminta jasa baik anda semua untuk memberikan sebarang komen dan pandangan untuk saya memperbaiki laman ini. Sekian
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.