
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Biasanya bila beli nugget ayam dipasaran, terlalu banyak pilihan. Saya kategorikan hanya kepada 2 sahaja. Pertama yang mahal dan kedua yang murah. Harga nugget-nugget ini sangat berbeza bergantung kepada kualiti dan kuantiti daging ayam yang digunakan. Kalau yang mahal tu, memang ketara sangat ayamnya. Anda boleh bezakan sendiri dengan melihat dengan mata, merasa teksturnya dengan jari atau merasa kelazatannya dengan lidah. Bila membuat sendiri nugget dirumah, semuanya bergantung kapada kita.... Continue reading ...
Makanan Berkhasiat, Makanan menyihatkan dan Cara Menurunkan Berat Badan
Setiap hari, kita mendengar iklan makanan melalui media massa. Semua syarikat mewar-warkan produk mereka yang berkhasiat dan penting untuk anda. Tapi adakah makanan mereka itu menyihatkan? Saya tak mahu cerita mengenai pengawet, pewarna dan perasa sama ada asli, tiruan atau sebagainya hari ini. Saya hanya mahu bercerita mengenai apa yang saya faham mengenai makanan berkhasiat dan menyihatkan. Rasanya anda semua tahu apa yang dimaksudkan makanan yang memudaratkan. Tapi ramai yang tak tahu, mak... Continue reading ...
Resepi Pau Kacang Merah Hakka

Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb... Continue reading ...
Resepi Udang Goreng Tepung
.JPG)
Setiap kali membuat hidangan yang ringkas dan cepat seperti udang goreng tepung ini, saya selalu berfikiran mudah. Jangan memberatkan kepala otak memikirkan dengan secara serius agar hidangan menjadi begitu sempurna. Hanya ada beberapa perkara yang perlu diambil berat tetapi jika tahu sifat-sifat bahan yang digunakan, memang tak akan ada masalah lagi. Jika anda selongkar tip masakan komersial yang ada dalam setiap entri blog ini, anda akan lebih memahami. Sambil itu saya akan menerangkan serb... Continue reading ...
Resepi Cucur Udang Asas
.JPG)
Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag... Continue reading ...
Resepi Bebola Labu Manis | Sweet Pumpkin Ball
.JPG)
Sepuluh tahun lalu sewaktu ke Cameron Highland, saya pertama kali merasai bebola labu manis. Pada masa itu saya cuma nampak satu gerai sahaja yang menjualnya diawal pagi. Itupun hanya dijual oleh dua orang wanita Indonesia. Dua bulan lepas, saya berkunjung ke Cameron Highland lagi tetapi kali ini, hampir semua tempat menjual bebola labu ini. Jika di tapak pasar malam yang beroperasi setiap hari, berbelas gerai yang menjual bebola labu ini. Memang pertama kali makan, saya dah berkenan dengan r... Continue reading ...
Kepentingan Menghias Makanan
.JPG)
Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka... Continue reading ...
Sos Lemon dan Oren untuk Ayam dan Makanan Laut Goreng Rangup
.JPG)
Menggunakan buah-buah dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru. Pertama sekali saya mengenali sos dari buah-buahan sitrus ini adalah melalui masakan cina. Mereka memang menggemari sos yang masam dan manis. Kemudian barulah saya mencuba citarasa masakan thai dan barat. kebanyakkannya hampir sama cuma bahan yang menjadi trademark mereka yang berbeza. Cina dengan minyak bijannya, thai dengan sos ikannya dan barat dengan herba masakan ba... Continue reading ...
Resepi Seafood Tempura

Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan... Continue reading ...
Resepi Kuih Gunting Bersira Pedas

Kuih gunting adalah kudap-kudapan saya sewaktu kecil. Kadang-kadang bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan dalam bungkusan kecil. Dapat la duit belanja sikit. Kuih gunting pada asalnya adalah kulit karipap yang kemudiannya di perasakan dengan pelbagai cara. Sekarang ni wujud berbagai jenis kuih gunting sama-ada manis, pedas, berempah atau berperisa seafood. Namanya juga turut berubah tapi saya tetap memanggilnya dengan nama kuih gunting kerana saya nampak mak menggunakan gunting untu... Continue reading ...
Beranikah Anda Menjadi Perempuan Yang Tak Pandai Memasak

Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak. "Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m... Continue reading ...
Gulai Ayam Rendah Lemak Tanpa Kolesterol
.JPG)
Resepi ini bertujuan untuk dijadikan contoh penggunaan susu menggantikan santan dalam masakan. Ramai orang masih takut-takut untuk menggunakan susu. Mungkin kerana tak biasa atau takut masakannya mempunyai rasa berlainan. Saya pun pernah menghadapi perkara yang sama suatu ketika dahulu. Percubaan pertama saya memasak kari menggunakan susu menjadikan ayam saya berasa seperti lembu. Kemudian saya mencuba masakan mamak yang juga menggunakan susu dan saya dapati rasanya lebih teruk dari masakan s... Continue reading ...
Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood Marinara
.JPG)
Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,... Continue reading ...
The Food Street JB City Square 26 -31 Okt 2010
.JPG)
Jika berkesempatan, memang saya akan meluangkan masa untuk mengunjungi ekspo-ekspo dan pesta-pesta makanan seperti ini. Terlanjur sewaktu menghantar anak ke klinik untuk rawatan, saya menghadiri The Food Street JB City Square sekadar memeriahkan majlis sambil mencari idea-idea baru dalam bidang masakan.
.JPG)
Secara umumnya saya seronok melihat gerai-gerai jualan yang tersusun rapi, bersih membentuk lorong-lorong yang meriah dengan pengunjung. Produk-produk jualan bila dah dihias cantik dan disusu... Continue reading ...
Video cara anyaman ketupat jantung

Raya dah habis tapi tak bermakna kita harus melupakan makanan tradisi kita. Tak sepatutnya hanya hari raya je kita masak ketupat. Sepatutnya bila-bila masa kita boleh hidangkannya. Belum pernah lagi saya dengar majlis kenduri doa selamat dihidangkan ketupat. Bukan susah sangat membuat ketupat. Daun ketupat pun ada jual sepanjang tahun. Memang tak patut kalau hidangan yang hebat ni cuma dihidangkan cuma pada hari raya sahaja. Pada pendapat saya, ketupat jantung adalah ketupat yang paling mudah ... Continue reading ...
Video cara anyaman ketupat pasar

Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n... Continue reading ...
Kuih Mumia - ngerinya nama kuih ni

Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.

Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka ... Continue reading ...
Tips untuk usahawan makanan

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
Food and Culture Exhibition 2010

Ahad lepas, dalam kepenatan balik dari kampung, saya sempat singgah ke Sutera Mall. Saya pun dah lupa apabende nak cari. Kemudian terserempak pula dengan The Legacy of Food and Culture Exhibition atau terjemahannya Warisan Makanan dan Budaya. Program ini berlangsung dari 12 Jun hingga 11 Julai 2010. Oleh kerana kedatangan saya tak dirancang maka tak dapat la menyaksikan acara-acara menarik yang disediakan. Banyak sungguh aktiviti yang disediakan dan kebanyakkannya pada hujung minggu.

Sewaktu... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|