
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Entri ini asalnya saya ingin paparkan sewaktu perayaan Deepavali yang baru lepas. Kuih begini memang popular dalam perayaan begini kerana ia memang hidangan asli masyarakat India. Kuih wadeh urlundu ni sama dengan resepi wadeh dhal yang pernah saya ceritakan dulu. Hanya bahan utama sahaja yang berbeza. Wadeh urlundu dibuat menggunakan kacang urlundu. Saya pun tak pasti ejaannya macam mana. Kalau ikut sebutan India, boleh tergeliat saya mengejanya. Kuih wadeh ini dikenali diseluruh dunia keran... Continue reading ...
Resepi Popia Mini Udang Kering
.JPG)
Banyak pulak saya dengar ungkapan “memasak dengan penuh kasih sayang.” Suatu ketika dulu bila saya sebutkan ungkapan seperti itu, semua orang senyum-senyum. Ramai jugak yang tergelak. Kini ramai pulak yang memanjangkan ungkapan ini agar lebih ramai yang memahaminya.
.JPG)
Popia mini memang menguji kejujuran anda memasak. Jika anak anda teringin untuk makan makanan yang leceh seperti ini adakah anda akan beli yang siap dimakan atau beli yang segera, cuma perlu digoreng? Mungkinkah anda sanggup... Continue reading ...
Resepi Popia Nestum Bercoklat
.JPG)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih... Continue reading ...
Resepi Kuih Gunting Bersira Pedas

Kuih gunting adalah kudap-kudapan saya sewaktu kecil. Kadang-kadang bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan dalam bungkusan kecil. Dapat la duit belanja sikit. Kuih gunting pada asalnya adalah kulit karipap yang kemudiannya di perasakan dengan pelbagai cara. Sekarang ni wujud berbagai jenis kuih gunting sama-ada manis, pedas, berempah atau berperisa seafood. Namanya juga turut berubah tapi saya tetap memanggilnya dengan nama kuih gunting kerana saya nampak mak menggunakan gunting untu... Continue reading ...
Resepi Biskut Kisaran Koko Krunch

Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia... Continue reading ...
Perutusan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri

Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda... Continue reading ...
Resepi Dodol Mahkota Tradisional
.JPG)
Bila hari raya je mesti ada dodol. Bila dodol je mesti hari raya. Sama seperti ketupat dan lemang, hidangan ini memang tradisi setiap kali hari raya. Kerana kepopularannya, tak hairanlah jika ramai usahwan dodol muncul setiap kali menjelang raya. Harga terkini di bandaraya saya mencecah RM23 sekilogram. Dodol ni berat dan padat. Sekilogram tu cuma sebesar botol setengah liter je. Ada juga dodol komersial yang dijual dalam tiub plastik. Sebesar cerut je dah RM7.50. Fuhh! lagi mahal. Kalau difi... Continue reading ...
Resepi Biskut Oat Crunchy
.JPG)
Dah masanya membuat kuih raya. Bagaimanapun pilihlah kuih raya yang berkhasiat dan bukan hanya sedap je. Setiap kali hari raya, tak ramai yang mempedulikan kesihatan sendiri. Apa ada depan mata semuanya di makan. Tak ambil kisah lagi dengan piramid makanan. Lepas raya ramai yang merosot tahap kesihatannya. Klinik dan hospital dipenuhi pengunjung yang memerlukan rawatan dan ubat. Kebanyakkannya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung. Kalau makan rendang tu, ingat-ingat sikit. Kalau makan k... Continue reading ...
Resepi Kuih Tako Komersial
.JPG)
Bulan Ramadhan dah terlalu dekat sangat rasanya. Bila berpuasa mula la tekak ni teragak nak makan kuih-muih yang manis sebagai pembuka selera. Kiranya sebagai intro menstabilkan tekak yang biasanya pahit sewaktu berpuasa. Salah satu yang saya gemari adalah kuih tako. Segarnya menikmati kuih ni yang sangat lembut, harum, lemak dan manis. Aroma pandan akan memenuhi mulut. Barulah berselera menikmati makanan utama yang lain.
.JPG)
Setiap kali bulan puasa, saya suka memerhatikan seorang peniaga bazaar... Continue reading ...
Biskut Bijirin Nestum Mudah dan Ringkas
.JPG)
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ... Continue reading ...
Jadilah prihatin, pastikan anda dikelilingi benda-benda yang halal.
.JPG)
Isu makanan kita dicemari bahan haram bukan baru dinegara kita. Setiap minggu, setiap bulan pasti ada isu ini dibangkitkan dan boleh dibaca diakhbar. Sikap kita yang terlalu bergantung kepada orang asing untuk membuat makanan kita antara penyebab mengapa isu ini seolah-olah tiada kesudahan. Tidak sepatutnya kita mengharapkan mereka memahami pantang larang kita kerana mereka tak akan cuba memahaminya. Pada mereka, asalkan tiada anjing tiada babi, makanan dikira halal. Padahal, tempat mereka me... Continue reading ...
Resepi Kacang Bersalut
.JPG)
Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ... Continue reading ...
Kuih Deram | Resepi Kuih Tradisional
.JPG)
Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi, kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di... Continue reading ...
Resepi Donut Gebu Tradisional
.JPG)
Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.
.JPG)
Bagi saya pula, donut tradisional tetap menjadi pilihan. Donut jenis ... Continue reading ...
Resepi Wadeh Cara Saya
.JPG)
Ada yang memanggilnya dengan nama wadeh, pernah juga saya dengar ia dipanggil masalodeh dan ada juga yang menamakannya magelek. Saya pun tak tahu nama yang mana satu paling glamer. Yang saya tahu, saya memang suka kuih ni. Rasanya yang garing, pedas dan berempah membuatkan air liur saya meleleh setiap kali melihat kuih ini dijual di gerai-gerai. Paling saya tak boleh lupa, nikmat ketika tergigit jintan yang harum dalam kuih ini. Namun begitu tak semua peniaga kuih wadeh ini begitu mengambil b... Continue reading ...
Resepi Kuih Kasturi

Ada yang memanggil kuih ini dengan nama rendang kasturi. Saya tak tahu sejarah kuih ini tapi saya tahu sifat-sifat kuih ini yang menjadikannya kegemaran ramai rakyat Malaysia. Pertama, rasa lemak kacang hijau mestilah asli. Kedua, kulit sadurannya mesti garing dan rangup walaupun setelah sejuk. Ketiga, rasa manis dan masin perlu seimbang dan keempat, tekstur bahagian dalam kuih kasturi hendaklah lembut dan tidak terlalu bersedai. Bagi pengusaha kuih tempatan, sudah pasti mereka menggemari kui... Continue reading ...
Resepi Kuih Lapis Komersial

Kuih lapis adalah sejenis kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Kebaikan memasak menggunakan teknik ini antaranya makanan tidak berubah bentuk, saiz dan warnanya dan tidak banyak nutrien yang hilang. Dari segi komersial pula, kaedah ini sangat baik kerana lebih menjimatkan dimana beberapa masakan dapat disediakan dalam satu masa dan yang paling penting ia tidak memerlukan perhatian yang lebih. Letak makanan dalam pengukus d... Continue reading ...
Kuih Mumia - ngerinya nama kuih ni

Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.

Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka ... Continue reading ...
Butter Cookie dan Idea Bernas Untuk Berniaga Kuih Raya

Menjelang Ramadhan nanti meriah la kawan-kawan kita mempromosikan kuih raya. Masing-masing memberikan sample kuih raya untuk dirasa. Peniagaan kuih raya ini memang berbaloi jika kena dengan caranya. Mesti anda terfikir, bagaimana mereka menyediakan kuih raya sebagai sample. Takkan nak buat 20 biji biskut je setiap jenis. Mesti leceh dan menggunakan kos yang tinggi. Sebenarnya jika kita teliti, kebanyakan biskut yang dijual dipasaran menggunakan satu asas yang sama. Cara ini paling menjimatkan... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|