
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or... Continue reading ...
Resepi Chapati Komersial
.JPG)
Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan. Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad... Continue reading ...
Resepi Muffin Asas 2
.JPG)
Sengaja saya memaparkan resepi muffin asas lagi kerana kedua-duanya sangat jauh berbeza. Resepi muffin asas yang pertama lebih bersifat komersial dimana kos menghasilkannya sangat kecil dan tidak cerewet manakala resepi muffin asas kali ini lebih tinggi kosnya dan sesuai untuk surirumah yang hanya menghidangkan yang terbaik untuk keluarganya. Saya harap anda dapat membandingkan kedua-duanya dan ulaskan pendapat anda dalam kotak komen dibawah.
.JPG) Bahan-bahan untuk Resepi Muffin Asas2
350g Tepung ... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Ungkep
.JPG)
Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang
.JPG)
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual... Continue reading ...
Resepi Nasi Goreng Restoran Thai
.JPG)
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re... Continue reading ...
Majlis Perkahwinan Adik
.JPG)
Semenjak hari raya aidilfitri yang lalu, saya sebenarnya masih belum mendapat rehat yangc cukup. Lepas satu, satu lagi aktiviti yang perlu saya lakukan. Anakpun dah naik bosan duduk dirumah. Setiap hari tanya bila nak bawa ke taman, bila nak bawa berenang. Saya pulak teringin sangat nak mandi laut. Mulai hujung Ramadhan, dah sibuk dengan raya, lepas raya sibuk dengan majlis perkahwinan adik, selepas majlis kini sibuk dengan tempahan kek dan makanan. Selagi ada syawal, selagi itulah tempahan u... Continue reading ...
Perlaksanaan Ibadah Korban Secara Online

Apakah alasan-alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak menjalankan ibadah korban? Ada yang kata, tak tahu mana nak beli lembu atau kambing. Ada yang kata, tak tahu macam mana nak uruskan haiwan yang akan dikorbankan. Ada juga yang kata, tak tahu dan tak ada siapa yang boleh membantu menguruskan penyembelihan. Dan paling ramai yang berkata, tak cukup modal atau belum berkemampuan lagi. Apa pula alasan anda? Mari kita bincangkan bersama-sama. Walaupun ibadah korban ini bukanl... Continue reading ...
Resepi Bubur Ayam | Chicken Porridge
.JPG)
Ada masanya sayapun sesak juga sehinggakan beraspun tinggal secawan je. Kalau nak makan kami sekeluarga memang tak cukup. Setakat beras secawan, anak bujang saya makan sorang je. Cara paling baik ialah dengan menjadikannya bubur. Tapi tak mau la bubur kosong je. Sekurang-kurangnya macam bubur McD tu pun kira orait la. Daripada secawan beras akhirnya menjadi seperiuk bubur. Dapat la kami makan tengah hari dan malam sekaligus. Kira banyak la tu. Makan bubur ni memang cepat kenyang sebab kandung... Continue reading ...
Resepi Cupcake Coklat Tipis | Light Chocolate Cupcake
.JPG)
Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc... Continue reading ...
Resepi Kari Kental Ikan Kembung
.JPG)
Susah sangat ke nak masak kari hinggakan lebih rela membeli di kedai mamak? Zaman sekarang segala jenis rempah dah tersedia. Lain la suatu masa dahulu, terpaksa giling rempah-rempah dulu baru dapat masak kari. Kini, tinggal pilih je kari apa yang anda mahukan. Nak kari dengan rasa kemelayuan ada, rasa keindiaan pun ada dan kari kecinaan pun dah ada. Gunakanlah mana-mana asalkan jangan guna perencah kari segera. Rempah kari tak pe. Kat bawah ni ada resepi kari kental khusus untuk wanita kental... Continue reading ...
Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™. Ada apa dengan Autoreverse™?
.JPG)
Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni. Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke... Continue reading ...
Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas
.JPG)
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M... Continue reading ...
Resepi Ayam Sira Karamel

Ramai surirumah terutama yang bekerja, memilih untuk makan di luar bukan kerana kerana mereka banyak wang. Bukan juga kerana mereka pemalas atau tak reti memasak. Mereka sebenarnya tak sempat atau tak larat untuk memasak setelah pulang dari bekerja. Dengan desakan dari anak-anak yang sentiasa je lapar macam anak saya, cara yang paling mudah tentulah membawa mereka semua makan diluar. Kalau nak keluar pun tak larat, mereka akan membeli makanan segera melalui telefon. Walaupun dalam kesempitan ... Continue reading ...
Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Selama ni saya asyik mempromosikan Labis yang popular dengan tempat mandi-manda seperti Pusat Reakreasi Kolam Air Panas dan Hutan Lipur Taka Melur. Jadi apa salahnya saya bercerita pula mengenai Muar, iaitu kampung saya yang terkenal dengan mi bandungnya. Minggu lepas ketika dikampung, saya merancang untuk meraikan hari bertuah saya dengan menjamu ahli keluarga saya. Biasanya saya akan memasak sendiri tetapi kali ini saya berhajat untuk makan di suatu tempat yang sedikit happening. Akhirnya ka... Continue reading ...
Resepi Kuey Teow Kerang Kuali Leper

Saya tak pasti dimana keistimewaan kuey teow kerang ni sehingga dijual di hampir semua pasar malam seluruh Malaysia. Saya pun pernah menjadi peminat setia hidangan cina ni sehinggalah saya tak boleh lagi menikmati kerang. Sebenarnya, dalam diam, saya membelek beberapa orang penjual kuey teow kerang yang sedang memasak hidangan ini. Malu juga nak cerita tapi kalau tak buat macam ini, macam mana la ilmu saya nak berkembang. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, tiada bahan rahsia dalam pembuatan k... Continue reading ...
Resepi Kacang Bersalut
.JPG)
Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ... Continue reading ...
Bagaimana memilih Resepi Kek Coklat Moist Yang Baik Sebelum Mencuba
.JPG)
Kadang-kadang bila saya rasa boring dan ingin mencari idea resepi apa yang ingin dikaji, saya akan surf internet. Mana la tau dapat idea resepi baru. tetapi setiap kali jugak saya akan terserempak resepi kek coklat moist. Hampir semua blog dan web resepi mesti mengandungi resepi kek coklat moist. Bermacam-macam jenis. Berbagai-bagai cara bergantung kepada kreativiti orang yang menciptanya. Setiap orang mungkin berbeza cara-cara dan kaedah yang dirasakan lebih mudah. Dan dalam entri ini saya g... Continue reading ...
Resepi Sandwich Double Decker

Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k... Continue reading ...
Resepi Sup Tanpa Rempah dan Minyak | Resepi Diet Rendah Lemak.

Zaman dah berubah. Ramai orang yang sedar kepentingan makan berkhasiat, rendah lemak, tanpa kolestrol. Kebanyakkannya mementingkan makanan berkhasiat untuk hidup lebih sihat, dan ramai juga yang bertujuan untuk menjaga badan supaya lebih kurus dan lebih cantik. Anda pula bagaimana? Adakah kerana ingin menjaga kesihatan atau takut gemuk? Apapun sebabnya, saya harap anda semua dapat mementingkan kualiti makanan yang anda makan. Jangan hanya makan makanan yang sedap sahaja. Khasiatnya mesti seim... Continue reading ...
Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas
.jpg)
Dah 5 hari saya tak update blog Resepi Masakan Barat Komersial dengan resepi-resepi yang sesuai anda gunakan untuk restoran dan gerai makanan anda. Maaflah kerana beberapa hari ni fikiran sedikit bercelaru dengan masalah kereta saya yang dah bertahun-tahun tak selesai. Saya memberikan kereta itu untuk seorang sahabat saya. Malangnya sehingga sekarang, kereta itu masih diatas nama saya. Saya cuma minta ditukarkan atas nama dia. Saya tak minta bayaran. Saya tak minta apa-apa. Tapi dia langsung ... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Mangga | Mango Sherbert
.JPG)
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an... Continue reading ...
Resepi Donut Gebu Tradisional
.JPG)
Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.
.JPG)
Bagi saya pula, donut tradisional tetap menjadi pilihan. Donut jenis ... Continue reading ...
Resepi Salad Buah-buahan | Fruit Salad

Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang... Continue reading ...
Saya, Nuffnang dan Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel

Entah kenapa, saya rasa macam sedih sangat dengan Nuffnang. Rasa sunyi je dan kosong je blog ni tanpa gambar-gambar bergerak dari Nuffnang. Bukan tak ada terus cuma yang runcit-runcit je. Tapi tak mengapa. Itu bukan tujuan utama blog ini buat. Selagi saya mampu, saya akan terus memaparkan resepi-resepi menarik yang sesuai untuk anda hidangkan direstoran-restoran atau gerai-gerai makanan anda. Kali ini saya ingin bercerita mengenai resepi nasi goreng yang paling saya menyampah. Resepi ini terla... Continue reading ...
Ilmu perniagaan yang boleh diperolehi dari karipap

Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.
Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge... Continue reading ...
Tips untuk usahawan makanan

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
Mi Telur Sup Cara Komersial

Dulu selalu kita dengar istilah "makan mi segera pada hujung bulan" yang bermaksud apabila kesempitan wang terutama sebelum gaji keluar, maka mi segera lah yang menjadi santapan seharian kerana harganya yang murah. Sekarang memang jarang sekali saya dengar istilah sebegini. Sebab utamanya ialah kerana mi segera bukan lagi boleh dikategorikan sebagai makanan murah. Dengan harganya yang semakin tinggi, kuantitinya yang semakin kecil, kandungan bahan perasa, pewarna dan pengawet yang tidak terka... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|