Assalamualaikum sahabat,

Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.

Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.

Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.

Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.

Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.

1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.

Showing Tag: "ikan" (Show all posts)

Kek Coklat Moist Dengan Hiasan Bertema Ikan dan Lautan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 10, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Ini kali pertama saya buat kek bersaiz 8 x 16 inci. Selepas dihias buttercream, saiznya bertambah 1 inci lagi. Dari dulu memang teringin sangat nak buat kek yang besar dari biasa tapi peralatan dirumah saya memang tak mencukupi. Lain la kalau membuat kek sepenuh masa, nak tak nak terpaksa juga menyediakan peralatan yang sesuai. Kek ini saya yang tentukan temanya. Pelanggan hanya inginkan kek berwarna biru jadi saya pilihlah tema ikan dan lautan. Oleh kerana kek ini untuk beberapa orang pelaja...


Continue reading ...
 

Bagaimana Membuat Mi Kuning Sendiri Dirumah Bhgn 1

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, April 4, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Kali ini sebenarnya saya nak menunjukkan cara membuat mi kuning. Tapi sebelum tu saya perlu menunjukkan bahan yang diperlukan dulu kerana saya pasti tak ramai yang pernah melihatnya. Setakat bahan-bahan biasa tak perlu la nak tunjuk. Anak saya memang penggemar mi yang tegar. Jadi bila anak suka, sebaiknya kita belajar juga cara membuatnya dan kegemaran saya adalah membuat sesuatu makanan itu dari asasnya. Kalau nak buat mi kari tu, saya akan buat sendiri mi kuningnya. Jadi, saya tahu keseluru...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Keli Masak Pecel | Pecel Lele

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 28, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Mari bercerita sikit tentang ikan keli ni sebelum belek resepi Ikan Keli Masak Pecel. Ada orang tak suka makan ikan keli. Ada juga yang geli nak makan. Bapa mertua saya juga tak mahu makan ikan keli tapi tak tahu pula sebabnya. Nak kata dia geli, selamba je dia pegang ikan keli hidup. Nak kata dia tak suka, saya rasa semua benda halal dia makan cuma sedap makan banyak, tak sedap makan sikit. Mungkin ada nilai-nilai kesihatan yang menyebabkan dia tak mahu makan. Seperti organ dalaman haiwan ya...


Continue reading ...
 

Ikan Siakap Sambal Tomato

Posted by Norasikin Basri on Monday, February 20, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 3, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Saya tahu, ramai diluar sana yang tak menggemari ikan air tawar. Malah ada yang membencinya sehinggakan nak sebut pasal ikan air tawar pun tak sudi. Bila ditanya, kenapa tak suka. Tak ramai yang boleh menjawab. Ada yang mengatakan ikan air tawar hanyir dan ramai yang kata tak sedap. Kalau nak cerita pasal makanan yang tak sedap, ada banyak lagi makanan yang tak sedap. Kalau nak kata hanyir, ada banyak lagi ikan laut yang hanyir. Bagi saya, selagi halal, saya akan makan. Sedap, makan banyak. T...


Continue reading ...
 

Ikan Masak Stim Cara Thai

Posted by Norasikin Basri on Friday, December 9, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan dengan ayam.
...


Continue reading ...
 

Sos Lemon dan Oren untuk Ayam dan Makanan Laut Goreng Rangup

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, November 1, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Menggunakan buah-buah dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru. Pertama sekali saya mengenali sos dari buah-buahan sitrus ini adalah melalui masakan cina. Mereka memang menggemari sos yang masam dan manis. Kemudian barulah saya mencuba citarasa masakan thai dan barat. kebanyakkannya hampir sama cuma bahan yang menjadi trademark mereka yang berbeza. Cina dengan minyak bijannya, thai dengan sos ikannya dan barat dengan herba masakan ba...


Continue reading ...
 

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Dengan Ikan Masin

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 12, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban...


Continue reading ...
 

Permohonan Online Sekolah Teknik dan Vokasional Kemasukkan 2012

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 7, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Macam tahun-tahun dulu jugak, saya pasti diterjah dengan berbagai soalan berkenaan permohonan kemasukkan ke sekolah menengah teknik dan vokasional 2012. Ada yang nak tahu sekolah mana yang boleh dipilih. Ada jugak yang nak tau kursus apa yang ditawarkan dan yang paling banyak adalah macam mana cara nak membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional tu. Tapi yang paling saya tak boleh jawab adalah, adakah saya layak memasuki sekolah teknik dan vokasional.
Untuk memudahkan saya menjawabnya ...


Continue reading ...
 

Resepi Kari Kental Ikan Kembung

Posted by Norasikin Basri on Monday, May 23, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Susah sangat ke nak masak kari hinggakan lebih rela membeli di kedai mamak? Zaman sekarang segala jenis rempah dah tersedia. Lain la suatu masa dahulu, terpaksa giling rempah-rempah dulu baru dapat masak kari. Kini, tinggal pilih je kari apa yang anda mahukan. Nak kari dengan rasa kemelayuan ada, rasa keindiaan pun ada dan kari kecinaan pun dah ada. Gunakanlah mana-mana asalkan jangan guna perencah kari segera. Rempah kari tak pe.

Kat bawah ni ada resepi kari kental khusus untuk wanita kental...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Pari Asam Pedas

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 4, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Ikan pari ni saya beli isinya je. Nak beli seekor banyak sangat. Nak beli yang kecik tak kenan sangat sbb tak banyak isi. Lagipun isi pari kecil ni lembut sangat. Kalau yang besar lebih kenyal. Anak saya pun kata saya masak ayam sebab isinya macam ayam. Dibandar, harga isi pari lebih kurang RM15. Memang saya tak akan beli. Sewaktu dikampung bulan lepas, terjumpa pula isi pari RM10 je. Segar lak tu. Memang kalau saya nak makan ikan yang sedap-sedap, saya akan beli di kampung. Seawal selepas su...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Talapia Masak Stim

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 19, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Orang Malaysia ni kalau masakan yang kurang lemak, memang kurang penggemarnya. Kalau boleh mereka mahu semuanya mengandungi santan, minyak dan lemak. Walaupun begitu masakan yang menyihatkan semakin mendapat tempat dihati dan semakin popular. Ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga pemakanan. Jadi jika pada waktu sekarang kita membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan menyihatkan, sudah pasti boleh maju. Sedangkan restoran vegetarian boleh hidup, apa lagi restoran kesihatan.

Ikan s...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Talapia Bercili | Chilli Talapia

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 5, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Resepi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ketam seperti di restoran-restoran masakan thai. Memandangkan saya ni tak mampu nak makan ketam, jadi saya gunakan ikan talapia tempoh hari yang masih berbaki seekor. Bila gunakan ikan talapia, hasilnya memang tak sama dengan ketam. Ketam mengandungi banyak air didalamnya jadi kuahnya akan menjadi lebih cair. Lagipun rasa ketam akan meresap dalam kuah. Bila digantikan dengan ikan talapia, inilah hasilnya. Kuahnya terlalu pekat. Rasa kuahnya tiad...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, March 30, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan.
Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita...


Continue reading ...
 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 22, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Selama ni saya asyik mempromosikan Labis yang popular dengan tempat mandi-manda seperti Pusat Reakreasi Kolam Air Panas dan Hutan Lipur Taka Melur. Jadi apa salahnya saya bercerita pula mengenai Muar, iaitu kampung saya yang terkenal dengan mi bandungnya.

Minggu lepas ketika dikampung, saya merancang untuk meraikan hari bertuah saya dengan menjamu ahli keluarga saya. Biasanya saya akan memasak sendiri tetapi kali ini saya berhajat untuk makan di suatu tempat yang sedikit happening. Akhirnya ka...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Masak Kicap Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 7, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.

Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Balado Nasi Padang

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 29, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Agak sukar memuaskan hati saya ketika makan di luar. Saya ni boleh la dikatakan cerewet dalam bab makan ni. Saya nak makan sesuatu yang mesti sedap, murah, banyak dan selamat di tempat yang selesa, bersih dan tenang. Macam mana saya tak bising kalau seketul ayam goreng sebesar penumbuk budak dijual pada harga RM2. Memang la harga barang sekarang ni semuanya dah naik tapi saya tau harga kos kebanyakan hidangan yang saya gemari. Saya juga tau yang mana senang disediakan, yang mana leceh. Takkan...


Continue reading ...
 

Ikan Bakar Bazaar Ramadhan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 17, 2010, In : Resepi Masakan Barat 

Kalau pergi ke bazaar ramadhan, ramai betul peniaga yang menjual ikan bakar. Macam-macam stail yang ada. Macam-macam rupa pun ada. Yang pastinya tak ada satupun yang murah. Ikan kembung seekor pun dan mencecah RM3. Kalau buat sendiri boleh dapat setengah kilogram.

Bahan-bahan yang diperlukan
Ikan secukupnya (kembung/pari/cencaru)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cmb cili kering kisar
Halia sebesar ibu jari
2 batang serai
Lengkuas sebesar ibu jari
Air asam jawa/jus limau kasturi
2 cmb minyak un...


Continue reading ...
 

Rekreasi di Hutan Bandar

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 19, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Hujung minggu sahaja peluang yang ada untuk melegakan urat-urat otak yang tersimpul. Melihat anak bergembira sudah cukup untuk saya.

Tak sangka, di tengah-tengah bandar Johor Bahru yang membangun masih terdapat satu kawasan yang berudara segar. Hutan Bandar terletak berhampiran Taman Merdeka yang pernah saya ceritakan suatu ketika dahulu.

Walaupun Hutan Bandar mempunyai berbagai tarikan yang lain, saya hanya mengunjungi kolam renang untuk kanak-kanak sahaja sebagai memenuhi janji dengan A...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

Tiket wayang separuh harga
Saya dah serik

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

Dapatkan tajaan Samsung utk ke Olimpik London

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL

Follow Coodeang on Twitter

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Blogged.my
Food & Drink blogs
Related Posts with Thumbnails
 
Make a Free Website with Yola.