Assalamualaikum sahabat,

Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.

Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.

Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.

Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.

Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.

1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.

Showing Tag: "idea" (Show all posts)

Ayam Pedas Berempah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 16, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Ayam, sangat sesuai untuk masakan melayu berempah. Sebenarnya masak macam manapun tetap sedap juga tapi untuk kehidupan di Malaysia, kalau tak guna rempah memang tak sah. Tapi seringkali kita bereksperimen dengan rempah akan mendapat hasil masakan yang lebih kurang sama. Dah tambah macam-macam, rasanya tetap seperti kari atau rendang. Bagi manis sikit dah jadi macam beriani. Apa kata jika bereksperimen, jangan keterlaluan sangat bahannya. Cuba gunakan satu atau dua jenis rempah sahaja. Semo...


Continue reading ...
 

Resepi Pau Kacang Merah Hakka

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 30, 2013, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku  juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb...


Continue reading ...
 

Kembangkan teknik menghias homemade coklat dari idea cupcake

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 15, 2012, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Nampaknya beberapa hari mendatang ni saya akan memaparkan gambar-gambar kek je la. Kesibukkan menyebabkan banyak gambar-gambar kek saya yang tersadai. Kalau boleh memang nak paparkan semuanya disini supaya senang saya rujuk nanti. Saya harap pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial pun boleh merujuk disini atau mungkin dapat memberi idea dalam menghias kek atau cupcake.



Cupcake ni untuk bayi 1 tahun. Saya harap dia dah boleh makan kek. Walaupun dia belum mengerti apa-apa, abang-aban...


Continue reading ...
 

Russian Black and White Cake

Posted by Norasikin Basri on Friday, February 10, 2012, In : Resepi Masakan Barat 


Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ...


Continue reading ...
 

Gambar Kek Hantaran Perkahwinan

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 13, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Hampir terlupa pula saya pada gambar kek hantaran perkahwinan adik yang masih saya simpan. Gambar kecilnya saya pernah paparkan pada entri Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik beberapa minggu lepas. Rasa sayang pulak kalau tak dimasukkan dalam blog ini. Mana la tau suatu hari nanti berguna untuk saya atau mungkin juga untuk pembaca blog ini nanti.


Gambar diatas sekali adalah kek asal sebelum di tambahkan bunga dan dimasukkan kedalam kotak. Saya menggunakan kek coklat moist dan dibaluti f...


Continue reading ...
 

Kek Coklat Moist Birthday Strawberry Shortcake

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 7, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Dah macam blog kek pulak rasanya bila dipenuhi gambar-gambar kek. Tak mengapa la saya tumpang gambar kek kat sini kerana saya harap dengan cara ini akan memudahkan saya merujuk semula apa yang pernah saya buat. Nak mencari semula pun senang disamping dapat meninggalkan beberapa tip dan masalah-masalah yang saya hadapi supaya tidak mengulanginya sekali lagi. Gambar kek dalam entri ini adalah pasangan kepada Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d yang saya paparkan dalam entri lepas. Sahaba...


Continue reading ...
 

Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 6, 2011, In : Ciri-ciri Masakan Barat 


Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ...


Continue reading ...
 

Blueberry Cheese Cake and Fresh Cream Frosting

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 5, 2011, In : Ciri-ciri Masakan Barat 


Seingat saya kedua-dua kek keju bluberi dalam gambar dibawah ini saya buat bulan lepas. Satu bersaiz 8 inci dan satu lagi 6 inci. Saya hanya menggunakan resepi kek keju yang terdapat dalam ebook percuma Masakan Barat Komersial 5 Jarang sekali saya menghias kek keju kerana yang pertama sekali, saya bukan pandai menghias kek. Idea kreatif memang susah nak keluar. Kedua kerana kek keju tidak sesuai dihias dengan buttercream yang biasa saya buat. Rasa kek keju ni kurang menyerlah jika dipasangkan...


Continue reading ...
 

Majlis Perkahwinan Adik

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 29, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Semenjak hari raya aidilfitri yang lalu, saya sebenarnya masih belum mendapat rehat yangc cukup. Lepas satu, satu lagi aktiviti yang perlu saya lakukan. Anakpun dah naik bosan duduk dirumah. Setiap hari tanya bila nak bawa ke taman, bila nak bawa berenang. Saya pulak teringin sangat nak mandi laut. Mulai hujung Ramadhan, dah sibuk dengan raya, lepas raya sibuk dengan majlis perkahwinan adik, selepas majlis kini sibuk dengan tempahan kek dan makanan. Selagi ada syawal, selagi itulah tempahan u...


Continue reading ...
 

Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik 3

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 26, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Masih ada lagi sebahagian gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan adik saya yang masih belum saya kongsikan. Tapi tak mau la kongsikan macam tu aja. Sambil membelek-belek gambar gubahan hantaran ini, sambil anda mencari idea gubahan hantaran yang ingin anda lakukan, ada baiknya kita sama-sama bincangkan mengenai majlis perkahwinan. Mana yang lebih menjimatkan sama ada bergotong-royong seisi kampung atau serahkan sahaja kepada syarikat katering juga perunding perkahwinan?


Sekarang ni, idea...


Continue reading ...
 

Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik 2

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 21, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Saya tahu, ramai pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial yang tiba ke sini untuk mencari gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan dan pertunangan. Berdasarkan stastik entri Gubahan Hantaran Pertunangan Adik Tersayang, memang amat membanggakan sehinggakan bakal ibu mertua adik saya pun turut singgah malah terkejut bila gambar pertunangan anaknya terpapar dalam blog ini. Kini mereka telah selamat diijabkabulkan. Jadi saya menjangkakan akan lebih ramai pengunjung yang menemui blog ini u...


Continue reading ...
 

Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik 1

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 20, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan adik lelaki saya. Memang penat dan seluruh badan sakit-sakit. Majlis yang dilakukan secara gotong-royong memang begini. Semuanya perlu dilakukan sendiri. Daripada menyembelih 2 ekor lembu, menyediakan hidangan termasuk hidangan pengantin, gubahan hantaran, goodies, pelamin dan lain-lain semuanya dilakukan bersama seisi kampung.


Sayapun baru je tiba ke bandar semula dan kepenatan masih sangat terasa, jadi saya tak mahu menulis banyak. Mungkin la...


Continue reading ...
 

Resepi Kuih Gunting Bersira Pedas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, August 18, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Kuih gunting adalah kudap-kudapan saya sewaktu kecil. Kadang-kadang bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan dalam bungkusan kecil. Dapat la duit belanja sikit. Kuih gunting pada asalnya adalah kulit karipap yang kemudiannya di perasakan dengan pelbagai cara. Sekarang ni wujud berbagai jenis kuih gunting sama-ada manis, pedas, berempah atau berperisa seafood. Namanya juga turut berubah tapi saya tetap memanggilnya dengan nama kuih gunting kerana saya nampak mak menggunakan gunting untu...


Continue reading ...
 

Resepi Biskut Kisaran Koko Krunch

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, August 17, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia...


Continue reading ...
 

Chocolate Fudge Banana Split

Posted by Norasikin Basri on Saturday, July 30, 2011, In : Resepi Masakan Barat 

Suatu ketika dahulu saya pernah kata, daripada menjual pisang lebih baik menjual pisang goreng. Daripada jual ubi, lebih baik jual kerepek ubi. Inilah yang dimaksudkan dengan memberikan tambah nilai kepada produk sedia ada anda. Tak faham lagi? Macam ni la. Tak lama lagi kita nak berpuasa. Pasti ada anak muda yang berniat untuk menjual daun ketupat. Apa kata sambil-sambil menjual daun ketupat tu, anda jual juga kelongsong ketupat siap. Kalau tak pandai anyam, minta la sesiapa ajarkan cara men...


Continue reading ...
 

Kek Coklat Moist Tema Kereta

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 27, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Rasa syok pulak keluarkan gambar kek yang saya buat dalam blog ini. Lepas ni kalau ada lagi kek-kek berhias yang saya buat, saya akan paparkan disini. Tujuan utamanya sebagai rujukan saya untuk menghias kek-kek yang akan datang.

Saya juga berharap agar gambar-gambar hiasan kek disini dapat memberikan sedikit idea untuk anda menghias kek. Ok tak hiasan tepi yang saya buat dengan tangan yang tergigil-gigil? Bila la tangan ni nak mahir agaknya.

Kek ini menggunakan buttercream dengan sedikit f...


Continue reading ...
 

Kek Harijadi Tema Princess

Posted by Norasikin Basri on Sunday, July 24, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Setiap kali mendapat tempahan kek, perkara pertama sekali yang perlu saya fikirkan dan memeningkan kepala saya ada tema. Kalau dikedai kek, ibubapa yang nak beli kek cuma perlu tunjuk sahaja mana-mana kek yang ada dalam peti ais. Suruh mereka tulis nama sekejap, bayar dan terus bawa balik. Tapi jika tempahan kek melalui saya, yang ada cuma gambar. Jarang ada yang nak lihat gambar. Jadi setiap kali menerima tempahan, saya perlu pastikan untuk siapa kek tersebut. Lelaki ke perempuan, kanak-kana...


Continue reading ...
 

Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 22, 2011, In : Resepi Masakan Barat 

Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu....


Continue reading ...
 

Kek Harijadi Bentuk Love | Kek Bentuk Apa Nak Pilih?

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 20, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam.  Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan seba...


Continue reading ...
 

Majlis Pertunangan Adik Tersayang | Gambar Gubahan Hantaran

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 4, 2011, In : Sembang-sembang dan tip masakan 

Baru-baru ini saya membuat entri mengenai kek terakhir saya untuk tahun 2010 dalam entri Salam 2011. Kemudian ada la pulak permintaan dari beberapa rakan yang ingin menatap gambar-gambar majlis pertunangan. Jadi entri kali ini saya paparkan beberapa keping gambar yang diambil oleh jurugambar amatur jemputan kerana saya tak dapat menghadiri majlis tersebut. Kira ok la tu daripada tak ada langsung.

 Gambar gubahan hantaran dari pihak lelaki. Kek saya ada terselit ditengah-tengah tu.
 

Squ...


Continue reading ...
 

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff 2010

Posted by Norasikin Basri on Friday, November 12, 2010, In : Sembang-sembang dan tip masakan 


Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.


Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.


Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan. 


Terlalu ringkas susunan buah-b...


Continue reading ...
 
 
/

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.

 

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

Anugerah Blokbuster 2 Astro

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL

Follow Coodeang on Twitter

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Blogged.my
My Ping in TotalPing.com
Food & Drink blogs
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts with Thumbnails
 
Make a Free Website with Yola.