Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Hari pertama sesuatu peristiwa yang berlaku dalam diri kita tentu indah kalau dikenang. Apa lagi jika hari pertama itu adalah permulaan kepada kejayaan kita. Jika pada hari ini, anda telahpun menjadi seorang usahawan berjaya, hari pertama menjadi topik permulaan untuk anda ceritakan segala pengalaman kepada anak cucu.
Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita... Continue reading ...
Tak sangka. Dah sampai ke penghujung Ramadhan. Sekarang masanya untuk menganyam ketupat sebagai juadah Aidilfitri. Saya pun hampir lupa nak keluarkan semula video cara menganyam ketupat. Masih belum terlambat untuk belajar. Kalau malu, boleh belajar senyap-senyap dalam bilik. Tak ada siapa yang tahu. Video cara menganyam ketupat bawang, jantung dan pasar yang saya sediakan ini boleh membantu. Kalau bukan kita yang mempertahankan budaya dan trasisi kita, siapa lagi...
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.
Nampak tak hitam-hitam kat serunding kelapa saya tu? Haa.. ni la yang nak mengadu ni. Kamera saya dah mula meragam. Mode semua dah tak boleh ubah. Barang elektronik sekarang ni, cukup dua tahun je mesti jahanam. Dua tahun sekali mesti nak duit. Serunding kelapa saya yang jadi mangsa. Sebenarnya serunding kelapa saya ni hangit. Bukan la sebab kamera pun tapi saya tetap nak salahkan kamera jugak. Terkial-kial nak setting kamera, hinggakan hangit serunding saya. Ingatkan nak keringkan sikit lag... Continue reading ...
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...
Kalau kuah lodeh je, mesti ketupat. Kalau ketupat je mesti raya. Kuah lodeh tak sepatutnya hanya dihidangkan sewaktu hari raya sahaja kerana ia adalah hidangan yang sangat berkhasiat. Penuh dengan berbagai sayur-sayuran. Pilih je sayuran mana yang kita suka kebanyakkannya sesuai sangat dengan lodeh. Jangan tunggu hari raya je baru nak masak lodeh. Jangan tunggu kenduri masak lontong je baru nak merasa makan lodeh. Mari kita buat lodeh seringkas dan semudah mungkin supaya kita boleh lebih kera... Continue reading ...
Apabila menjadi usahawan, salah satu kebolehan yang perlu ada adalah keupayaan melakukan ramalan. Bukan seperti tilik nasib yang diharamkan tu. Ramalan yang dimaksudkan bertujuan supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Apabila kita sudah menjangkakan sesuatu perkara yang berlaku, bolehlah kita melakukan sesuatu supaya kita tidak terlepas sebarang peluang keemasan.
Setiap 6 bulan sekali, eloklah membelek kalender untuk meneliti tarikh-tarikh peristiwa yang penting. Contohn... Continue reading ...
Inilah yang anak saya lakukan setiap kali dia dimarahi kerana melakukan kesilapan. Kesianpun ada. Tapi kalau tak dibetulkan, selamanya dia akan melakukan kesilapan. Menjadi ibu, kalau tak berusaha mengajar anak menjadi insan yang berguna, lebih baik jangan jadi ibu. Nak menjadi ibu sempurna memang jauh sekali. Bagaimanapun kena la berusaha kearah itu. Menyediakan keperluan anak-anak terutama hidangan yang sedap-sedap. Anak-anak pasti menghargai apa yang kita lakukan seperti mana saya mengharg... Continue reading ...
Hidangan tempatan seperti lontong dan kuah lodeh ni tak sepatutnya disajikan hanya pada hari raya. Lodeh ni pada dasarnya adalah beraneka sayur-sayuran yang dimasak lemak. Jadi tiada sebab untuk tidak dimasak selalu. Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi. Mungkin penggunaan berbagai jenis sayur-sayuran agak menyukarkan. Bagaimanapun, kita mempunyai pilihan sendiri. Apabila kita sendiri yang menyediakan hidangan, kita boleh melakukan mengikut citarasa sendiri bergantung kepada kemampuan sendir... Continue reading ...
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin... Continue reading ...
Dah macam blog kek pulak rasanya bila dipenuhi gambar-gambar kek. Tak mengapa la saya tumpang gambar kek kat sini kerana saya harap dengan cara ini akan memudahkan saya merujuk semula apa yang pernah saya buat. Nak mencari semula pun senang disamping dapat meninggalkan beberapa tip dan masalah-masalah yang saya hadapi supaya tidak mengulanginya sekali lagi. Gambar kek dalam entri ini adalah pasangan kepada Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d yang saya paparkan dalam entri lepas. Sahaba... Continue reading ...
2 minggu lepas saya ada berjanji untuk memaparkan resepi serta teknik membungkus lepat pulut iaitu hidangan yang sentiasa saya masak setiap kali menyambut hari raya. Lepat pulut memang popular dikampung saya. Hampir semua rumah akan menghidangkan juadah ini kerana ia benar-benar istimewa setaraf dengan ketupat nasi, lemang, ketupat palas atau dodol. Saya juga pernah berjanji untuk memaparkan video teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. Dibawah ini sudah saya siapkan videonya tapi sebelum... Continue reading ...
Saya sebenarnya sekarang ni terlalu sibuk. Nanti saya ceritakan apa yang sibuk sangat tu. Apa-apa hal sayapun, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Hari Malaysia. Saya rasa sangat beruntung dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Seperti yang anda semua tahu, negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, jadi saya harap jangan pula cuba menamatkan kemerdekaan ini dengan pertumpahan darah pula.
Ok, sekarang ni baru boleh cerita, kenapa saya terlalu sibuk minggu ini. Adik saya, aka... Continue reading ...
Raya tahun ni ada rasa terkilan sikit. Pertama, kerana tak sempat nak buat ketupat palas dan kedua, kerana langsung tak dapat merasa periuk kera. Kedua-dua makanan berasaskan pulut ni memang saya suka. Walaupun dapat makan ketupat palas, lemang dan lepat pulut dengan puas tapi tetap rasa terkilan jugak sebab tak dapat memahirkan diri dengan ketupat palas. Kat sini memang susah sikit nak dapat daun palas. Hampir nak raya je baru ada dijual. Periuk kera pulak langsung tak jumpa. Kalau dulu bany... Continue reading ...
Tak ada salahnya kalau saya nak mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog resepi masakan barat komersial terutama kepada pembaca yang berdaftar melalui email. Salah silap harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang memang sering melakukan kesilapan. Segala teguran akan saya jadikan panduan dimasa akan datang.
Saya rasa anda semua dah selamat pulang dari beraya. Mungkin suasana hari raya masih segar dalam kenangan. Mungkin juga ada yang kekok ... Continue reading ...
Banyak pulak saya dengar ungkapan “memasak dengan penuh kasih sayang.” Suatu ketika dulu bila saya sebutkan ungkapan seperti itu, semua orang senyum-senyum. Ramai jugak yang tergelak. Kini ramai pulak yang memanjangkan ungkapan ini agar lebih ramai yang memahaminya.
Popia mini memang menguji kejujuran anda memasak. Jika anak anda teringin untuk makan makanan yang leceh seperti ini adakah anda akan beli yang siap dimakan atau beli yang segera, cuma perlu digoreng? Mungkinkah anda sanggup... Continue reading ...
Bila hari raya je mesti ada dodol. Bila dodol je mesti hari raya. Sama seperti ketupat dan lemang, hidangan ini memang tradisi setiap kali hari raya. Kerana kepopularannya, tak hairanlah jika ramai usahwan dodol muncul setiap kali menjelang raya. Harga terkini di bandaraya saya mencecah RM23 sekilogram. Dodol ni berat dan padat. Sekilogram tu cuma sebesar botol setengah liter je. Ada juga dodol komersial yang dijual dalam tiub plastik. Sebesar cerut je dah RM7.50. Fuhh! lagi mahal. Kalau difi... Continue reading ...
Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat semua. Semoga mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dibulan Ramadan yang mulia ini. Apabila bermula sahaja bulan Ramadhan, perang merebut pelanggan menerusi promosi-promosi yang mendebarkan perasaan, turut berlangsung. Daripada barang-barang keperluan hari raya sehinggalah kepada barang-barang yang tiada kena mengena dengan hari raya semuanya tertera perkataan Murah! Jimat! Diskaun! Rebat! Percuma! Dan sebagainya. ... Continue reading ...
Satu lagi kek coklat moist berbentuk love tetapi hiasannya sangat simple. Memang saya diminta membuat kek yang simple untuk sambutan harijadi anak dan sekaligus menyambut hari bapa. Kiranya kek untuk 2 orang dalam satu biji. Ini barulah jimat. Saya pun malas la nak letak nama mereka atas kek. Nanti jadi karangan la pulak atas kek tu bila terlalu banyak sangat nak tulis. Nama je dah ada 2 orang. Nak tulis hari jadi lagi, nak tulis hari bapa lagi. Akhirnya saya memutuskan untuk biarkan keknya k... Continue reading ...
Setiap kali mendapat tempahan kek, perkara pertama sekali yang perlu saya fikirkan dan memeningkan kepala saya ada tema. Kalau dikedai kek, ibubapa yang nak beli kek cuma perlu tunjuk sahaja mana-mana kek yang ada dalam peti ais. Suruh mereka tulis nama sekejap, bayar dan terus bawa balik. Tapi jika tempahan kek melalui saya, yang ada cuma gambar. Jarang ada yang nak lihat gambar. Jadi setiap kali menerima tempahan, saya perlu pastikan untuk siapa kek tersebut. Lelaki ke perempuan, kanak-kana... Continue reading ...
Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam. Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan seba... Continue reading ...
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ... Continue reading ...
Masih lagi kek Ben 10 yang berasaskan kek coklat moist. Bila pelanggan tetap saya dah nampak kek Ben 10 yang saya buat untuk sambutan hari lahir anak saya dalam entri yang lepas, dia pun berminat untuk harijadi anaknya yang kebetulan jatuh beberapa hari kemudian. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya buat juga kek untuk beliau dan inilah hasilnya. Kali ini tiada air terjun, cuma ada tasik kecil. Bolehlah dikatakan cuma lopak air je. heheheh. Juga cuma 1 tingkat sahaja tanpa homemade chocolate gana... Continue reading ...
Saya baru pulang dari kampung 2 hari yang lepas. Di kampung, faham-faham sendiri la. Talian internet memang slow sampaikan nak update blog pun rasa malas. Elok-elok dah ada idea, bila tunggu website nak loading je terus hilang semua. Selepas selesai semua urusan di kampung baru saya, terus balik semula ke bandar. Rindu pulak rasanya nak berblog. Kepada yang menunggu update blog ini melalui email, minta maaf banyak-banyak. Kepada yang belum mendaftar untuk menerima update blog ini melalui emai... Continue reading ...
Dah lama sebenarnya saya nak paparkan berita ini di blog tapi terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan akhirnya saya paparkan juga semoga terdapat sedikit ilmu untuk saya kongsikan bersama. Sebenarnya gambar diatas adalah gambar suami saya sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Beli Lagi dan Menang Lagi yang dianjurkan oleh pasaraya Kipmart.
Apabila berita kemenangan keluar di akhbar, pagi itu ayah saya yang mula-mula menelefon sedangkan saya masih belum menyedarinya. Setelah itu b... Continue reading ...
Hari raya Aidiladha yang lalu, saya sekeluarga berpakat dengan semua adik-beradik di kampung untuk mengorbankan seekor lembu. Ditambah seekor lagi lembu tumpang, menjadikan 2 ekor lembu dikorbankan di belakang rumah saya pada hari raya pertama. Dikawasan rumah saya di bandar pula, mengorbankan 13 ekor lembu termasuk 2 ekor lembu yang ditumpangkan dari taman perumahan berhampiran dan seekor kambing. Tapi tak dapat la saya menyertai majlis korban di bandar kerana saya berada dikampung pada ma...
Aktiviti hari keluarga diteruskan untuk hari ketiga. Pagi-pagi lagi sudah dimulai dengan qiamulail seawal jam 4 pagi. Aktiviti awal pagi begini sudah tentu kurang mendapat sambutan. Masing-masing lena dibuai mimpi.
Menu sarapan hari ini, mi hoon goreng dan ubi rebus dengan sambal tumis. Tak terkira nikmatnya makan ubi rebus. Terasa macam duduk di kampung. Memang dah lama saya tak makan ubi rebus ni. Balik kampung pun belum tentu dapat makan ubi kerana biasanya terlalu banyak makanan men...
Hari ini sudah tamat hari kedua Perjumpaan Hari Keluarga untuk seluruh anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya daripada susur galur moyang saya Hj Omar Mardhan. Hari pertama banyak dihabiskan untuk beramah-mesra, kenal-mengenali sanak-saudara yang jauh dan yang dekat. Hari kedua pula dipenuhi aktiviti bermanfaat untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga yang hadir.
Aktiviti dimulakan dengan kuliah subuh sebelum disajikan dengan nasi lemak spesial. Memang lemak dan gebu nasinya. Sam... Continue reading ...
Sekarang ni saya masih lagi berada di Kayu Ara Pasong, Pontian. Acara masih lagi berjalan jadi tak dapat la nak tulis banyak-banyak. Saya akan berada disini sehingga hari Ahad 7 Nov 2010. Kepada yang menghantar email kepada saya untuk segala urusan, saya harap dapat bersabar sehingga hari Isnin untuk saya uruskan. Saya akan cuba post beberapa keping gambar sekitar aktiviti disini setiap hari.
Sampai je kat sini, kami dah dihidangkan dengan nasi dan beberapa lauk kampung. Tak lupa kuih muih ... Continue reading ...
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n... Continue reading ...
Jemputan khas ini ditujukan kepada seluruh kaum keluarga saya dari susur galur arwah Hj Omar bin Mardan untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga ke-2 pada 5, 6, 7 Novembar 2010 bertempat di Kayu Ara Pasong, Pontian. Kepada sesiapa sahaja daripada keturunan Atuk Omar, harap sudi hadir beramah-mesra dan berkenalan dengan sanak-saudara terdekat. Segala keterangan lanjut boleh menghubungi saya dan saya akan berikan nombor telefon urusetia yang perlu dihubungi.
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal... Continue reading ...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Macam dah tak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Lebih tak sabar menunggu Syawal. Bukan kerana saya macam budak-budak nak kutip duit raya tapi kerana pada bulan itu saya dapat buat kuih raya dan kek sepuas-puasnya. Biasanya pada bulan lain, saya tak berpeluang sangat mengkaji resepi-resepi baru. Sebenarnya saya risau kerana tiada sesiapa yang akan menghabiskan kuih dan kek yang saya buat. Jadi saya hanya dapat membuat kek yang ditempah sahaja. Balik-balik buat kek tu je.
27 Mei 2010 genap 4 tahun usia anak kesayangan saya. Tidak sangka pejam celik pejam celik Kamarul Ahza dah semakin besar sehingga basikal kecil hadiah dari atuknya sewaktu dia berusia 1 tahun telah hampir reput. Malahan rimnya patah sewaktu dia bermain beberapa minggu lepas. Sejak itu hampir setiap hari dia minta basikal baru. Akhirnya pada hari jadinya pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membelikannya basikal baru. Sengaja saya membelikan basikal yang lebih besar dengan harapan bas... Continue reading ...
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.