
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Setiap kali memasak untuk keluarga, kita selalunya hanya mementingkan lauk-pauk sahaja. Masak sedap-sedap, makan ramai-ramai tapi selalunya terlupa untuk menyediakan desert. Entah kenapa desert selalu diketepikan. Dalam majlis perkahwinan, makan beradab dan sebagainya jarang sekali saya nampak desert. Setakat buah-buahan je. Jika diuruskan oleh syarikat katering, memang desert tak pernah dilupakan. Paling selekeh pun mesti ada bubur kacang atau bubur pulut merah. Mungkin kerana mereka memang ... Continue reading ...
Resepi Taufu Fa
.JPG)
Dulu pernah saya bercerita mengenai kenapa kek yang dibuat sendiri tak seperti kek yang dijual di kedai. Ramai juga yang mengakui untuk membuat sesuatu masakan perlu resepi dan panduan yang lengkap supaya kita tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Contohnya seperti taufu fa yang saya buat ini. Saya memang tiada pengalaman membuat taufu fa. Hanya melihat sahaja pengusaha taufu fa cina membuatnya di premis mereka. Macam senang je, jadi saya pun cuba la juga tanpa panduan yang leng... Continue reading ...
Manisan Sengkuang Cina dengan Nangka
.jpg)
Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga... Continue reading ...
Crepe With Orange Sauce
.jpg)
Dalam masakan barat pun ada makanan yang kita panggil lempeng. Saya sebenarnya malas nak sebut lempeng sebab bila anda tau je, minat anda untuk mencuba terus luntur. Tapi saya tak kisah. Saya ada tujuan tersendiri. Walaupun hidangan barat ini cuma lempeng tetapi masyarakat barat telah berjaya meningkatkan taraf makanan ini ke tahap yang setara dengan makanan-makanan barat yang lain. Sama seperti capati dan tossei dalam masakan india, crepe juga dikenali di seluruh dunia. Sekarang ni pun saya ... Continue reading ...
Resepi Apple Fritters dengan Sos Apricot
.jpg)
Kalau disebut dalam bahasa omputeh, memang sedap je bunyinya. Cuba terjemahkah dalam Bahasa Malaysia. Jadi la epal goreng. Sama spesis dengan pisang goreng, keledek goreng, keladi, sukun, ubi dan sebagainya. Memang tak ada kelas. Jadi kat hotel hanya menyajikan apple fritters dan bukannya epal goreng. hehehhe
.jpg) Bahan-bahan untuk Apple Fritters
2 bj epal hijau 80g tepung gandum 20g tepung beras 130ml susu segar 1 cmb minyak masak 1 bj telur (C) 1/2 cmt garam 1/4 cwn minyak untuk menggoreng Bahan untuk S... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Mangga | Mango Sherbert
.JPG)
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Coklat Komersial | Chocolate Ice Cream
.JPG)
Saya memang jarang membuat aiskrim kerana dirumah saya tiada penggemar aiskrim. Cuma sekali-sekala bila ada kawan-kawan atau saudara mara datang baru la terasa nak buat. Itupun kalau saya tahu mereka penggemar aiskrim. Kalau saya buat juga, memang tak akan ada yang makan. Membazir je. Aiskrim coklat dalam peti ais dirumah saya pun rasanya dah melebihi 2 tahun saya simpan. Rasanya dah lama expired. Saja je nak buat pekasam. Kalau dah jarang buat tu, maknanya kurang la kemahiran. Walaubagaimanap... Continue reading ...
Resepi Kastard Karamel
.jpg)
Saya pernah melihat ada usahawan yang berniaga kastard karamel sahaja di pasar malam. Diawal jualan, meja kecilnya penuh dengan kastard karamel yang disusun bertingkat dalam mangkuk plastik seperti taufu fah. Sebelum saya meninggalkan pasar malam, gerainya hanya tinggal meja sahaja. Tindakannya berniaga kastard karamel di pasar malam memang suatu tindakan yang bijak. Dengan strategi yang betul, tidak mustahil dia akan mendapat kejayaan dalam perniagaannya.
.JPG)
Kastard karamel memang tak tahan la... Continue reading ...
Resepi Tat Keju Bluberi | Blueberry Cheese Tart
.JPG)
Saya rasa hampir semua blog yang saya lawati terutama blog yang gemar berkongsi resepi, mesti ada terselit resepi tat keju bluberi. Popular sangat ke tat keju bluberi ni? Hasil pemerhatian saya, memang ramai penggemar tat keju bluberi. Kalau tidak, tak mungkin ada usahawan yang mendapat pendapatan lumayan dengan menjual secara kecil-kecilan. Satu lagi sebab yang saya rasa membantu tat keju bluberi ini popular adalah kerana penggunaan keju dan bluberi itu sendiri dalam hidangan ini. Keju dan b... Continue reading ...
Resepi Salad Buah-buahan | Fruit Salad

Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang... Continue reading ...
Ebook Percuma Resepi Kek Keju (Cheese Cake)

Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.

Aga... Continue reading ...
Resepi PERCUMA lagi. Kek Coklat Moist

Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
Untuk mengiklan, product review, food review and testing sila hubungi saya.
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|