Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Kadang-kadang bila ada masa terluang, saya selalu menyelongkar rumah mencari apa yang boleh dijadikan makanan untuk minum petang. Banyak sangat bahan-bahan yang berlebihan tapi tak cukup syarat. Susah payah kumpul barang, akhirnya tak cukup satu bahan yang penting. Selalunya akan jadi makanan yang menggunakan bahan yang biasa. Bahan-bahan luar biasa kekal sebagai tukun hinggalah tamat tempoh. Lagipun masa terluang bukannya banyak sangat dan tak cukup untuk buat makanan yang rumit dan istimewa... Continue reading ...
Dalam Artikel Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2 ini saya akan menumpukan kepada teknik dan tip membuat pizza serta maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan khususnya untuk peniaga pasar malam. Untuk resepi, sila rujuk Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1. Pizza adalah masakan barat yang popular seluruh dunia. Bagi saya, tak ada yang susahnya dalam membuat pizza. Hanya roti yang diletakkan inti diatasnya.
Setiap hari saya keluar bekerja pukul 7 pagi dan sampai semula di rumah pukul 7 petang. Kalau bertugas hanya sebagai pendidik, bekerja begini memang saya sanggup. Tentulah menggembirakan bila membuat sesuatu yang berasal dari jiwa. Tapi bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita, benda yang senang pun boleh menjadi susah. Itulah yang saya rasa sekarang ni. Kadang-kadang saya rasa saya ni seorang pembekal. Kadang-kadang rasa macam kerani. Kadang-kadang rasa macam usahawan... Continue reading ...
Setiap hari, kita mendengar iklan makanan melalui media massa. Semua syarikat mewar-warkan produk mereka yang berkhasiat dan penting untuk anda. Tapi adakah makanan mereka itu menyihatkan? Saya tak mahu cerita mengenai pengawet, pewarna dan perasa sama ada asli, tiruan atau sebagainya hari ini. Saya hanya mahu bercerita mengenai apa yang saya faham mengenai makanan berkhasiat dan menyihatkan. Rasanya anda semua tahu apa yang dimaksudkan makanan yang memudaratkan. Tapi ramai yang tak tahu, mak... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, January 14, 2013,
In :
Resepi Masakan Barat
Mengikat ayam dipanggil trussing dalam masakan barat. Ayam diikat sebelum dipanggang atau dibakar supaya ayam masak lebih sekata. Setelah diikat, bentuk ayam menjadi padat dan bulat. Oleh itu ayam mendapat pemanasan yang menyeluruh dan seimbang. Kedua, supaya bentuk ayam lebih menarik. Ini termasuklah tidak mencapah dan tidak senget kedudukan peha dan kepaknya. Ayam Panggang Pengantin akan lebih menarik.
Saya telah membuat video cara-cara mengikat ayam atau trussing ni. Tali yang digunakan m... Continue reading ...
Memang saya lebih suka pendidikan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik berbanding sekolah akademik yang lain. Tetapi bergantung juga kepada bidang yang dipilih. Sudah tentu saya lebih suka bidang yang menjurus kepada keusahawanan. Bukan bermaksud bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, perbankan, perakaunan, pemasaran dan lain-lain. Maksud saya, bidang yang boleh menjadikan anda seorang usahawan. Ambil bidang perbankan dan kemudian makan gaji di bank pun tak guna juga. Lai... Continue reading ...
Minggu lepas saya telah menempah 1 bahagian lembu untuk aqiqah anak saya. Lain kali, jika diizinkan Allah, saya akan menempah 1 bahagian lembu lagi untuk dia juga. Senang je nak menempah Qurban dan Aqiqah secara online ni. Secara umumnya hanya bayar dan isi borang tempahan dengan betul. Itu sahaja. Syarikat EQurban Resources Sdn Bhd akan menguruskan yang lain sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Dibawah ini saya senaraikan prosedur dalan urutan bagaimana menempah Qur... Continue reading ...
Ekoran dari entri Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula, saya dihujani banyak mesej melalui email, comment box, dan facebook page. Macam-macam yang ditanya hinggakan saya naik pening memikirkannya. Banyak yang tak tahu cara membuat pembelian sedangkan Groupon menyediakan arahan lengkap untuk anda. Apa yang anda perlu buat hanya baca. Sebagai penjual, mereka seboleh-bolehnya cuba memudahkan pelanggannya. Berbagai cara pembayaran yang mereka sediakan. Memang begitulah caranya kalau nak d...
Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 28, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Dulu pernah saya ceritakan, saya membeli projector sebagai alat bantuan mengajar. Mudah sikit kerja saya walaupun terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri. Contohnya, sewaktu mengadakan kelas menganyam ketupat percuma penghujung Ramadhan yang lalu, saya hanya perlu pancarkan sahaja video teknik menganyam ketupat. Bila hujung minggu pula, dimasa lapang, saya pancarkan movie pula ke dinding rumah saya. Biasanya kartun untuk anak saya. Dengan movie kualiti bluray, tonton pula skrin besar, memang... Continue reading ...
Saya baru je masuk kerja. Cuba la tarik nafas panjang sikit. Tup-tup ternampak surat rasmi atas meja. Sulit dan Persendirian. Apa la yang sulit sangat. Rupa-rupanya lambaian KL. Pagi ni juga mesti bertolak ke KL. Serta-merta balik rumah semula kemas barang. Dah siap, terus ambik anak kat sekolah. Dapat la dia bersekolah satu jam je hari ni. Terus ke tempat kerja semula settlekan mana patut sebelum bertolak ke KL jam 11 pagi. Musnah harapan nak tarik nafas panjang sikit. Nafas sekarang ni semu... Continue reading ...
Saya pun tak pasti, mi ini berasal dari Bandung atau Muar tapi mi bandung Muar memang dah popular seluruh Malaysia. Beberapa syarikat juga telah mengeluarkan perencahnya secara komersial. Kerajaan juga memberi bantuan kepada pengusaha yang berminat mengeluarkan perencah mi bandung Muar. Kini kita dapati beberapa perencah keluaran IKS terutama dari daerah Muar dan Batu Pahat. Resepi dibawah ini hanyalah resepi mi bandung Muar yang ringkas dan menggunakan bahan-bahan terpenting sahaja. Dengan i... Continue reading ...
Saya tak de la gemar sangat makan benda-benda yang masam ni. Badan saya juga tak membenarkan saya makan sesuatu yang berasid tetapi sekali-sekala kalau kena jeruk-jeruk yang lazat macam jeruk cermai ni okla jugak. Jeruk ni saya buat pun semata-mata untuk blog ini sahaja. Semuanya dah pun saya sedekahkan kepada sesiapa yang menggemarinya. Anda pun boleh membuat jeruk seperti ini dari resepi dan panduan dibawah. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang anda makan.
Selepas anda memenuhi segala syarat-syarat untuk memohon sijil halal Malaysia, anda perlu menyertakan beberapa dokumen bersama borang permohonan sijil halal yang lengkap. Semua perlu disertakan dan jangan ada tertinggal satupun supaya permohonan anda lebih mudah disemak.
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
Salinan Lesen Perniagaan / Operasi dari pihak berkuasa tempatan.
Salinan Penyata Kewangan Syarikat untuk tahun sebelumnya
Salinan kad pengenalan dan gambar pemilik syarikat
Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A... Continue reading ...
Anak saya mengikuti Pertandingan Mewarna Karnival Halal Johor
Seperti yang diberitakan, masih banyak pengusaha makanan belum memohon sijil halal Malaysia walaupun sebelum ini ada yang memaparkan sijil halal swasta dan ada juga yang menggunakan sijil halal palsu. Saya dapati prosedur pemohonan tak de la sukar sangat. Bayarannya pun bukan mahal sangat. Jadi pada pendapat saya, pengusaha itu sendiri memang menyedari produk mereka memang tak layak dikategorikan sebagai produk halal. Sikap pengguna... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Friday, February 10, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ... Continue reading ...
Scrambled Egg (Telur Hancur) Scrambled egg adalah sarapan yang paling popular terutama di negara barat. Kini restoran makanan segera di Malay... Continue reading ...
Ini adalah entri sambungan mengenai telur yang lalu. Kali ini saya ingin kongsikan cara dan teknik memasak telur yang betul.
Boiled Egg (Telur Rebus) Terbahagi kepada 3 jenis iaitu soft boiled, medium boiled dan hard boiled. Cara merebus telur
Didihkan air yang banyak, cukup untuk menenggelamkan keseluruhan telur. Tambahkan sedikit cuka untuk mengelakkan telur pecah atau retak sewaktu direbus.
Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih perlahan baru dimasukkan telur.
Saya sangat suka memaparkan makanan dan hidangan yang telah popular dan ramai penggemarnya. Mereka sanggup membeli dan membeli lagi walaupun makanan itu bukan susah sangat nak buat. Biasanya kita tak terfikirpun bahan-bahan yang digunakannya sedangkan semuanya ada disekeliling kita. Kali ini saya paparkan resepi papadom iaitu sejenis keropok yang popular dalam masakan India. Malah papadom ini juga popular seluruh dunia memandangkan kaum India terdapat hampir diseluruh dunia yang dihuni manusi... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Monday, December 5, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l...
Sering saya ingatkan kepada pembaca blog saya juga kepada pembeli-pembeli ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, bahawa anda boleh menjual produk anda dengan harga yang lebih baik sekiranya anda dapat meningkatkan tambah nilai produk. Seperti yang pernah saya katakan dulu, daripada menjual pisang lebih baik menjual kerepek pisang. Sekilogram pisang berharga lebih kurang RM2.50 sedangkan kerepek pisang berharga lebih dari RM8. Lebih tinggi harga jualan, lebih banyak keuntungan. Saya bukan sur... Continue reading ...
Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.
Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.
Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih...
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 11, 2011,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan... Continue reading ...
2 minggu lepas saya ada berjanji untuk memaparkan resepi serta teknik membungkus lepat pulut iaitu hidangan yang sentiasa saya masak setiap kali menyambut hari raya. Lepat pulut memang popular dikampung saya. Hampir semua rumah akan menghidangkan juadah ini kerana ia benar-benar istimewa setaraf dengan ketupat nasi, lemang, ketupat palas atau dodol. Saya juga pernah berjanji untuk memaparkan video teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. Dibawah ini sudah saya siapkan videonya tapi sebelum... Continue reading ...
Macam tahun-tahun dulu jugak, saya pasti diterjah dengan berbagai soalan berkenaan permohonan kemasukkan ke sekolah menengah teknik dan vokasional 2012. Ada yang nak tahu sekolah mana yang boleh dipilih. Ada jugak yang nak tau kursus apa yang ditawarkan dan yang paling banyak adalah macam mana cara nak membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional tu. Tapi yang paling saya tak boleh jawab adalah, adakah saya layak memasuki sekolah teknik dan vokasional. Untuk memudahkan saya menjawabnya ... Continue reading ...
Opak-opak ubi kayu adalah sejenis kerepek yang tentunya dibuat dari ubi kayu. Saya tak pasti ada nama lain untuk kudapan ini. Kerepek ubi kayu lebih ringkas cara pembuatannya sedangkan opak-opak lebih leceh. Bagaimanapun kaedah pembuatannya yang rumit mempunyai beberapa kelebihan dan berpotensi besar untuk dimajukan seterusnya dieksport keluar negara.
Untuk resepi kali ini, saya akan menerangkan teknik dan kaedah pembuatannya secara tradisional. Cara inilah yang digunakan oleh nenek moyang k... Continue reading ...
Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ... Continue reading ...
Saya pernah melihat ada usahawan yang berniaga kastard karamel sahaja di pasar malam. Diawal jualan, meja kecilnya penuh dengan kastard karamel yang disusun bertingkat dalam mangkuk plastik seperti taufu fah. Sebelum saya meninggalkan pasar malam, gerainya hanya tinggal meja sahaja. Tindakannya berniaga kastard karamel di pasar malam memang suatu tindakan yang bijak. Dengan strategi yang betul, tidak mustahil dia akan mendapat kejayaan dalam perniagaannya.
Memang satu kemudahan apabila diwujudkan semakan penyata gaji melalui Sistem ePenyata dan Laporan yang diwujudkan untuk penjawat awam. Bukan semua orang yang simpan slip gaji masing-masing. Paling banyak cuma untuk menyemak sahaja. Lepas baca terus dibuang kedalam tong sampah. Kalau seorang dua, mungkin kita anggap tak banyak kertas yang digunakan. Tapi bila dah berpuluh ribu slip gaji yang perlu dicetak setiap bulan, barulah kita sedar sistem ini amat berguna dan menjimatkan. Kalau dah berta... Continue reading ...
Ingatkan dah tak ada tempahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Rupa-rupanya masih ada lagi yang berminat nak tempah kek disaat-saat akhir. Saya pun tak faham kenapa nak tempah pada saat akhir. Setelah dikira-kira, saya perlu menyiapkan kek-kek ini sebelum hari raya. Masa cuma ada 1 hari sahaja. Saya kena buat 4 biji kek kukus buah-buahan saiz kecil, 1 biji kek coklat moist saiz besar dan 2 biji saiz kecil serta 1 biji kek lapis pandan saiz besar. Semua sekali ada 8 biji. Ini bukanlah... Continue reading ...
Raya dah habis tapi tak bermakna kita harus melupakan makanan tradisi kita. Tak sepatutnya hanya hari raya je kita masak ketupat. Sepatutnya bila-bila masa kita boleh hidangkannya. Belum pernah lagi saya dengar majlis kenduri doa selamat dihidangkan ketupat. Bukan susah sangat membuat ketupat. Daun ketupat pun ada jual sepanjang tahun. Memang tak patut kalau hidangan yang hebat ni cuma dihidangkan cuma pada hari raya sahaja.
Pada pendapat saya, ketupat jantung adalah ketupat yang paling mudah ... Continue reading ...
Mulai 4 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan permohonan ke sekolah menengah teknik/vokasional untuk kemasukkan 2011 telahpun dibuka. Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai anak-anak yang berminat ke sekolah teknik atau vokasional bolehlah memohon sekarang. Permohonan boleh dibuat secara online atau datang sendiri ke sekolah yang ingin dipohon. Pihak sekolah mempunyai hak untuk memilih pelajar-pelajar mereka sendiri. Oleh itu sila teliti syarat-syarat kemasukan, ... Continue reading ...
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n... Continue reading ...
Gema hari raya masih terasa lagi. Sewaktu tekun membuat ketupat menjelang hari raya yang lalu saya terfikir apa akan jadi jika semakin sedikit masyarakat di Malaysia yang mahir menganyam ketupat. Adakah industri ketupat segera akan semakin berkembang maju atau jualan kelongsong ketupat siap dianyam akan bertambah? Mungkin ramai yang berminat untuk belajar menganyam ketupat tetapi tiada guru yang sudi mengajar. Mungkin juga malu nak belajar. Kepada sesiapa yang tinggal di Utara dan Pantai Timu... Continue reading ...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.
Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga.
Sebagai pengajar dalam bidang masakan, saya amat menitikberatkan faktor keselamatan ketika didapur. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pelajar yang rata-ratanya masih dibawah umur dan semestinya belum matang dalam membuat keputusan.
Adalah sesuatu yang amat menakutkan sekiranya sesuatu terjadi kepada pelajar saya kerana saya yang bertanggungjawab dalam segala hal. Ruang dapur adalah tempat yang berisiko menghadapi kemalangan oleh itu ruang dapur mesti kemas, teratur dan dilengkapi de... Continue reading ...
Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.
Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.