Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 28, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Kalau dibandingkan antara cupcake dengan muffin, sudah tentulah muffin lebih mudah disediakan. Bagaimanapun cupcake lebih lembut dan gebu. Pernahkah anda cuba menyediakan muffin dengan kaedah penyediaan cupcake? Inilah yang telah saya lakukan. Hasilnya adalah seperti gambar-gambar dibawah. Daripada muffin bertukar kepada cupcake yang lembut dan gebu. Boleh cuba melalui resepi dibawah. Pastikan kaedah penyediaan diikuti dengan betul atau cupcake akan menjadi muffin semula.
Peniaga mana yang tak nak untung. Pelanggan mana pulak yang nak rugi. Kalau anda hanya pernah menjadi pelanggan sahaja, anda mungkin sukar memahami hal ini. Memang ada orang yang dalam kepalanya sentiasa berfikir negetif sahaja tentang peniaga. Pada mereka, semua peniaga berniat nak sembelih dia. Semua wang yang dikeluarkan untuk membeli sesuatu sentiasa dirasakan tidak sepadan dengan apa yang dia dapat. Tanpa rasa bersalah, peniaga ini dihukum kerana ingin berjimat.
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 18, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Saya senyap bukan kerana sibuk shooting rancangan masakan televisyen atau sibuk ditemuramah untuk majalah. Bukan juga kerana bercuti ke Imbak Canyon menenangkan fikiran menerokai alam semulajadi.
Saya senyap kerana saya perlu senyap sebentar. Bulan Syawal pun dah habis. Dah masuk bulan baru pun, ada lagi tetamu datang beraya. Waktu begini, ilmu menghasilkan hidangan pantas, mudah dan ringkas memang sangat perlu. Kos yan...
Cemburu betul dengan peralatan yang ada sekarang. Dulu saya terpaksa bersusah-payah belajar dan berlatih menggunakan peralatan menghias kek. Menggigil-gigil tangan memicit piping bag. Sekejap kuat sekejap perlahan, hasilnya icing saya sekejap besar sekejap kecil. Sekarang ni nampaknya sesiapa sahaja boleh menghias kek. Tak payah belajar bertahun-tahun. Hasilnya tetap cantik dan menarik. Kalau tahu ada alat macam Icing Decorating Pen ni, tak payah la saya belajar bertahun-tahun.
Saya baru je masuk kerja. Cuba la tarik nafas panjang sikit. Tup-tup ternampak surat rasmi atas meja. Sulit dan Persendirian. Apa la yang sulit sangat. Rupa-rupanya lambaian KL. Pagi ni juga mesti bertolak ke KL. Serta-merta balik rumah semula kemas barang. Dah siap, terus ambik anak kat sekolah. Dapat la dia bersekolah satu jam je hari ni. Terus ke tempat kerja semula settlekan mana patut sebelum bertolak ke KL jam 11 pagi. Musnah harapan nak tarik nafas panjang sikit. Nafas sekarang ni semu... Continue reading ...
Agak lama juga saya tak paparkan gambar-gambar kek yang saya buat. Sibuk menumpu kepada masakan ayam je. Bila selesai Resepi Kerutup Ayam Timur, barulah rasa lega sikit. Macam dah selesai satu modul rasanya. Boleh la saya paparkan gambar kek dua tiga entri mendatang.
Tak sangka. Dah masuk 6 tahun pun umur model blog Resepi Masakan Barat Komersial ni. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah. Dari awal tahun lagi dia dah pesan, birthday dia nanti nak kek angry birds. Lepas tu nak angry bird macam-macam kaler. Setiap kali, saya buat kek birthday yang ditempah, mesti dia ingatkan semula. Siap pesan lagi tak payah hadiah. Tapi saya belikan juga hadiah untuk dia. Kalau nak tahu apa hadiahnya, teruskan membaca.
Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem... Continue reading ...
Nampaknya beberapa hari mendatang ni saya akan memaparkan gambar-gambar kek je la. Kesibukkan menyebabkan banyak gambar-gambar kek saya yang tersadai. Kalau boleh memang nak paparkan semuanya disini supaya senang saya rujuk nanti. Saya harap pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial pun boleh merujuk disini atau mungkin dapat memberi idea dalam menghias kek atau cupcake.
Cupcake ni untuk bayi 1 tahun. Saya harap dia dah boleh makan kek. Walaupun dia belum mengerti apa-apa, abang-aban... Continue reading ...
Ini kali pertama saya buat kek bersaiz 8 x 16 inci. Selepas dihias buttercream, saiznya bertambah 1 inci lagi. Dari dulu memang teringin sangat nak buat kek yang besar dari biasa tapi peralatan dirumah saya memang tak mencukupi. Lain la kalau membuat kek sepenuh masa, nak tak nak terpaksa juga menyediakan peralatan yang sesuai. Kek ini saya yang tentukan temanya. Pelanggan hanya inginkan kek berwarna biru jadi saya pilihlah tema ikan dan lautan. Oleh kerana kek ini untuk beberapa orang pelaja... Continue reading ...
Ini adalah percubaan saya untuk membuat model hiasan kek yang lebih sukar sedikit dari apa yang biasa saya buat. Apabila saya menerima tempahan kek online untuk tema Smurf, saya terus menganggap ia sebagai satu cabaran baru bagi saya. Saya hanya menggunakan jari-jemari saya yang besar ni sahaja untuk menggentel model ini. Mujur ada sedikit rupa memandangkan peralatan fondant saya tak dijumpai. Jadi saya buat juga berdasarkan gambar Smurf dari internet.
Memang betul, sebelum ini saya tak pernah buka tempahan kek secara online. Tapi ini tak bermakna saya tak mengambil tempahan kek. Kalau tidak, dari mana datangnya gambar-gambar kek yang ada dalam blog ini. Takkan saya nak makan semua kek yang saya buat. Mana larat. Kalau saya tak terus membuat kek, ilmu saya tak akan bertambah.
Gambar-gambar kek dalam entri kali ini ditempah oleh Pn Mastura untuk anak-anaknya. Ada 2 biji kek sebenarnya tapi biarlah saya tunjukkan kek coklat angrybird ni dulu... Continue reading ...
Boring betul masa tangkap gambar cupcake coklat angry bird ni. Berpuluh-puluh keping yang saya ambil, hanya beberapa je yang sedikit elok. Ntah apa la sakitnya kamera saya tu. Baru 2 tahun pakai, dah meragam. Mungkin banyak sangat wap makanan masuk dalam kamera tu kot. Memang kamera tu bekerja keras untuk saya. Setiap hari beratus-ratus keping gambar yang saya tangkap dan kebanyakkanya dari jarak sangat dekat. Sekarang memang tak boleh nak beli kamera yang baru. Setakat ni, kena bersabar je d... Continue reading ...
Saya baru saja mengenali kek Red Velvet ini. Pengalaman membuatnya pun tak sampai 10 kali, jadi tak banyak yang dapat saya kongsikan disini. Saya pun tak mau la memandai-mandai bercerita sedangkan ilmu yang adapun masih tak seberapa. Apa yang saya pasti, saya akan kongsikan. Benda-benda yang saya kurang mahir, saya harap anda boleh selongkar sendiri di internet. Kalau boleh saya cuma nak bercerita berdasarkan pengalaman saya sahaja.
Kek Red Velvet yang saya buat ini, mempunyai kaedah yang be... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Friday, February 10, 2012,
In :
Resepi Masakan Barat
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ... Continue reading ...
Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi.
Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim,... Continue reading ...
Dah macam blog kek pulak rasanya bila dipenuhi gambar-gambar kek. Tak mengapa la saya tumpang gambar kek kat sini kerana saya harap dengan cara ini akan memudahkan saya merujuk semula apa yang pernah saya buat. Nak mencari semula pun senang disamping dapat meninggalkan beberapa tip dan masalah-masalah yang saya hadapi supaya tidak mengulanginya sekali lagi. Gambar kek dalam entri ini adalah pasangan kepada Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d yang saya paparkan dalam entri lepas. Sahaba... Continue reading ...
Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ... Continue reading ...
Seingat saya kedua-dua kek keju bluberi dalam gambar dibawah ini saya buat bulan lepas. Satu bersaiz 8 inci dan satu lagi 6 inci. Saya hanya menggunakan resepi kek keju yang terdapat dalam ebook percuma Masakan Barat Komersial 5 Jarang sekali saya menghias kek keju kerana yang pertama sekali, saya bukan pandai menghias kek. Idea kreatif memang susah nak keluar. Kedua kerana kek keju tidak sesuai dihias dengan buttercream yang biasa saya buat. Rasa kek keju ni kurang menyerlah jika dipasangkan... Continue reading ...
Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda... Continue reading ...
Hari ini saya tak mahu tulis banyak-banyak. Cukup la dengan gambar-gambar kek coklat moist yang say hasilkan baru-baru ini sebagai rujukan saya akan datang. Harap ada kebaikkan untuk anda juga. Resepi sila rujuk ebook-ebook saya.
Menggunakan model permainan untuk menghias kek adalah cara yang paling senang malah akan menjadikan kek anda lebih cantik jika kena pada susunannya.
Model-model yang saya gunakan untuk kek ini diperbuat dari plastik. Walaupun hiasan begini tidak boleh dimakan, ia ada beberapa kelebihan lain. Model plastik tahan lebih lama. Jadi kanak-kanak boleh bermain dengannya dan menyimpannya untuk tempoh yang lama. Lagipun, jika model hiasan dibuat daripada fondant atau sugarpaste, belum tentu ada orang... Continue reading ...
Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc...
Setiap kali mendapat tempahan kek, perkara pertama sekali yang perlu saya fikirkan dan memeningkan kepala saya ada tema. Kalau dikedai kek, ibubapa yang nak beli kek cuma perlu tunjuk sahaja mana-mana kek yang ada dalam peti ais. Suruh mereka tulis nama sekejap, bayar dan terus bawa balik. Tapi jika tempahan kek melalui saya, yang ada cuma gambar. Jarang ada yang nak lihat gambar. Jadi setiap kali menerima tempahan, saya perlu pastikan untuk siapa kek tersebut. Lelaki ke perempuan, kanak-kana... Continue reading ...
Masih lagi kek Ben 10 yang berasaskan kek coklat moist. Bila pelanggan tetap saya dah nampak kek Ben 10 yang saya buat untuk sambutan hari lahir anak saya dalam entri yang lepas, dia pun berminat untuk harijadi anaknya yang kebetulan jatuh beberapa hari kemudian. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya buat juga kek untuk beliau dan inilah hasilnya. Kali ini tiada air terjun, cuma ada tasik kecil. Bolehlah dikatakan cuma lopak air je. heheheh. Juga cuma 1 tingkat sahaja tanpa homemade chocolate gana... Continue reading ...
Saya baru pulang dari kampung 2 hari yang lepas. Di kampung, faham-faham sendiri la. Talian internet memang slow sampaikan nak update blog pun rasa malas. Elok-elok dah ada idea, bila tunggu website nak loading je terus hilang semua. Selepas selesai semua urusan di kampung baru saya, terus balik semula ke bandar. Rindu pulak rasanya nak berblog. Kepada yang menunggu update blog ini melalui email, minta maaf banyak-banyak. Kepada yang belum mendaftar untuk menerima update blog ini melalui emai... Continue reading ...
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa... Continue reading ...
Ramai rakan-rakan maya saya mengetahui saya menulis ebook resepi-resepi komersial yang kebanyakkannya diberikan percuma. Tapi tak ramai yang tahu, saya sebenarnya dalam diam ada juga menjual berbagai jenis kek dan juga cupcake. Setakat ini saya belum pernah offer untuk menjual kek dan cupcake kepada orang luar dan secara online. Jadi hanya rakan-rakan terdekat dan warga di tempat kerja sahaja yang sering membelinya. Asalnya berat hati juga untuk menjual kerana saya memang sibuk dengan kerja s... Continue reading ...
Dah lama sangat anak saya teringin nak makan kek Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya. Lebih 2 bulan yang lalu, sewaktu masih cuti sekolah dia menyuarakan hasrat. Sejak itu dia akan terus minta dan minta dan saya terus berjanji dan berjanji. Lama-lama kesian juga. Bukan saya tak nak bagi tapi masa tu masih cuti sekolah. Macam mana nak bagi kawan-kawan dia makan kek kalau sekolah belum buka. Nak tak nak terpaksa la tangguh juga.
Minggu lepas, akhirnya saya berpeluang juga membuat kek untuk ana... Continue reading ...
Posted by Norasikin Basri on Friday, December 24, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Chocolate cupcake atau kek cawan coklat ini saya buat khas untuk santapan tontonan birthday blog yang pertama. Walaupun cuma sebagai tontonan, jangan ingat cupcake itu palsu. CH itu bermakna blog cahayacinta.com yang akan menyambut ulangtahun yang pertama. Harap dia dapat menatap gambar chocolate cupcake yang menyelerakan itu sehingga kenyang.
Kenapa ada C.I.N.T.A. pula dalam tajuk tu? Haaaa. ini la yang saya nak cerita sikit. Bukan cinta pertama, bukan juga cinta kedua tapi cinta ketiga.
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 8, 2010,
In :
Resepi Masakan Barat
Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Dah berkali-kali saya katakan, resepi percuma hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh untuk memasak, untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga dan berniaga. Tapi setiap kali itu juga saya terberi kepada individu yang salah. Sebelum dapat, berbagai-bagai alasan yang diberikan sehinggakan sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan resepi komersial saya sedangkan resepi itu hanya diberikan percuma untuk individu yang akan menggunakannya dengan betul sahaja.
Hujung minggu lepas, ayah mertua saya datang berkunjung kerumah saya untuk menghantar cucunya bersekolah disini. Maka ternampak la oven yang baru saya beli minggu lepas. Jadi untuk tidak menghampakan dia, saya bakarkan segulung swiss roll untuk dia rasai kehebatan oven baru saya ni. Swiss Roll adalah sejenis kek yang sangat dibanggakan oleh masyarakat barat. Walaupun pada kek ini bukan berasal dari Swiss, tapi keenakkannya telah terkenal diseluruh dunia. Kek ini sangat senang dibuat dan men...
Akhirnya siap juga tempahan kek yang saya terima. Cuma tinggal topping sahaja untuk kek coklat moist. Sebelum hantar barulah letak topping. Bukan susah sangat buat topping. Campurkan bahan, masak sekejap dan tuang. Syukurlah ada tempahan. Dapat juga belanja petrol untuk balik kampung. Bukan banyak sangat tempahan yang diterima hari ini. Hanya 3 kek coklat moist dan 2 blueberry cheese cake. Tapi saya tetap rasa seronok memasak dan membuat kek. Saya gembira membuat apa yang saya suka. Walaupu...
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.