
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang ber... Continue reading ...
Apa anda rasa bila melihat orang lain dapat hidup senang?
.JPG)
Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.
.JPG)
Baru-baru ini saya bercerita kepada seseor... Continue reading ...
Nak duit, kaya dan berjaya secara bijak?
.JPG)
Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.
Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih... Continue reading ...
Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d
.JPG)
Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ... Continue reading ...
Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda
.JPG)
Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu... Continue reading ...
Kek Coklat Moist Tema Kereta
.JPG)
Rasa syok pulak keluarkan gambar kek yang saya buat dalam blog ini. Lepas ni kalau ada lagi kek-kek berhias yang saya buat, saya akan paparkan disini. Tujuan utamanya sebagai rujukan saya untuk menghias kek-kek yang akan datang.
.JPG)
Saya juga berharap agar gambar-gambar hiasan kek disini dapat memberikan sedikit idea untuk anda menghias kek. Ok tak hiasan tepi yang saya buat dengan tangan yang tergigil-gigil? Bila la tangan ni nak mahir agaknya.
.JPG)
Kek ini menggunakan buttercream dengan sedikit f... Continue reading ...
Panduan Menganyam Ketupat Bawang, Pasar, Sate, Jantung

Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini. Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan wa... Continue reading ...
Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin
.JPG)
Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu.... Continue reading ...
Muffin Asas Yang Sempurna
.JPG)
Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju... Continue reading ...
Beranikah Anda Menjadi Perempuan Yang Tak Pandai Memasak

Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak. "Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m... Continue reading ...
Voucher - salah satu kaedah untuk mempromosikan bisnes

2 hari lepas saya menerima 2 keping voucher KFC bernilai RM20. Voucher ini adalah salah satu saguhati untuk saya setelah dilantik menjadi juri dalam pertandingan Catur Bistari pada bulan Januari lepas. Dah setengah tahun baru nak bagi ke? Sempat jugak la saya snap sekeping gambar sebelum voucher ni bertukar menjadi 5 ketul ayam goreng dan 2 cawan minuman ringan. Tapi apa yang nak saya ceritakan disini bukan pasal kerakusan kaedah saya makan ayam goreng tapi idea bisnes yang diperolehi dari ... Continue reading ...
Kemalangan ketika didapur dan cara mengelakkannya
Sebagai pengajar dalam bidang masakan, saya amat menitikberatkan faktor keselamatan ketika didapur. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pelajar yang rata-ratanya masih dibawah umur dan semestinya belum matang dalam membuat keputusan.

Adalah sesuatu yang amat menakutkan sekiranya sesuatu terjadi kepada pelajar saya kerana saya yang bertanggungjawab dalam segala hal. Ruang dapur adalah tempat yang berisiko menghadapi kemalangan oleh itu ruang dapur mesti kemas, teratur dan dilengkapi de... Continue reading ...
Tips untuk usahawan makanan

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|