
Ebook 1 - Beef Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chip, 4 jenis sos utama termasuk black pepper sauce serta 2 salad dressing dengan kaedah paling cepat, mudah, murah dan menguntungkan.
Ebook 2 - Hidangan pengiring berasaskan kentang yang paling popular dalam masakan barat.
Ebook 3 - Kek coklat moist yang sangat menjimatkan dengan rasa yang hebat. Boleh dibakar atau dikukus. Boleh juga dijadikan cupcake atau dimasak dalam bekas plastik serta homemade ganache yang unik.
Ebook 4 - Kek Buah-buahan yang lemak dan kaya dengan buah-buahan tetapi dihasilkan dengan kos yang minima. Bertahan sehingga 1 bulan walaupun tanpa pengawet atau dimasukkan dalam peti sejuk.
Ebook 5 - Kek Keju yang mudah di pelbagaikan serta sangat eksklusif sedangkan kos yang digunakan sangat kecil. Keuntungan maksima untuk dijadikan produk jualan.
1 PERCUMA 4! Berminat? Sila klik disini.
.JPG)
Kadang-kadang bila berpeluang bertemu kaum keluarga, memang teringin sangat makan bersama, semeja dan bermesra-mesraan. Jadi takkan nak makan biasa-biasa je. Tak kisah la jika terpaksa berbelanja lebih sikit. Bagaimanapun, untuk ayam panggang atau ayam golek ni saya cuba berjimat sehabis mungkin. Hiasan-hiasan semua tolak tepi. Dan akhir sekali gunakan apa sahaja yang ada didapur. Maka jadilah ayam golek perisa kari untuk kami makan bersama. Yang penting keseronokan meratah ayam tanpa dipot... Continue reading ...
Awas! Ketahui Taktik Penjual Ayam Penipu

Semalam seperti hujung minggu biasa, saya akan berkunjung ke pusat membeli-belah untuk membeli beberapa barangan keperluan terutama barangan dapur. Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi, jadi saya menjangkakan minggu depan, tempat-tempat begini akan penuh sesak dengan pengunjung. Minggu cuti seterusnya sudah tentu banyak kedai yang tutup. Jadi saya merancang untuk mendapatkan keperluan lebih banyak dari biasa sebagai stok hari cuti dan diantaranya adalah ayam segar. Malangnya gerai yang ser... Continue reading ...
Resepi Ayam Panggang Pengantin
.JPG)
Setiap kali majlis perkahwinan, selalunya pengantin akan dijamu dengan beraneka makanan yang pasti menyebabkan air liur kita keluar. Apa lagi bila melihat ayam golek yang dihias cantik. Tapi tahukan anda, hidangan pengantin sebenarnya dimasak menggunakan kaedah yang paling senang. Dalam keadaan sibuk, banyak kerja yang perlu dilakukan, ramai tetamu yang hadir dengan lebih ramai penyibuk dari pembantu, tukang masak memang akan menggunakan cara memasak yang ringkas, mudah dan tak memerlukan per... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Ungkep
.JPG)
Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan... Continue reading ...
Resepi Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang
.JPG)
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual... Continue reading ...
Sos Lemon dan Oren untuk Ayam dan Makanan Laut Goreng Rangup
.JPG)
Menggunakan buah-buah dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru. Pertama sekali saya mengenali sos dari buah-buahan sitrus ini adalah melalui masakan cina. Mereka memang menggemari sos yang masam dan manis. Kemudian barulah saya mencuba citarasa masakan thai dan barat. kebanyakkannya hampir sama cuma bahan yang menjadi trademark mereka yang berbeza. Cina dengan minyak bijannya, thai dengan sos ikannya dan barat dengan herba masakan ba... Continue reading ...
Tip Membeli Ayam di Pasar

Dah jadi macam suatu kemestian pula, setiap kali menjelang musim perayaan harga barangan keperluan pasti meningkat mendadak. Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali diikuti dengan Hari Raya Aidiladha, dan seperti yang dijangka harga barangan utama seperti ayam, daging, telur, cili dan lain-lain sedikit demi sedikit bertambah tanpa disedari. Tambahan pula kerajaan mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun hadapan dan bonus hujung tahun ini da... Continue reading ...
Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda
.JPG)
Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu... Continue reading ...
Resepi Ayam Goreng Halia
.JPG)
Saya amat gemar berbuka puasa dengan nasi. Ada orang yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah nak menjamah nasi. Tapi bagi saya, lepas berpuasa seharian, nasi amat diperlukan. Disini satu lagi menu berbuka puasa yang sesuai dicuba. Khusus untuk orang yang gemar berbuka puasa dengan nasi macam saya. Ayam goreng halia ini sebenarnya hidangan cina tetapi banyak di jual di restoran makanan thai setelah disesuaikan dengan citarasa thai.Saya lebih menggemari ayam gor... Continue reading ...
Resepi Bubur Ayam | Chicken Porridge
.JPG)
Ada masanya sayapun sesak juga sehinggakan beraspun tinggal secawan je. Kalau nak makan kami sekeluarga memang tak cukup. Setakat beras secawan, anak bujang saya makan sorang je. Cara paling baik ialah dengan menjadikannya bubur. Tapi tak mau la bubur kosong je. Sekurang-kurangnya macam bubur McD tu pun kira orait la. Daripada secawan beras akhirnya menjadi seperiuk bubur. Dapat la kami makan tengah hari dan malam sekaligus. Kira banyak la tu. Makan bubur ni memang cepat kenyang sebab kandung... Continue reading ...
Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas
.JPG)
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M... Continue reading ...
Resepi Ayam Sira Karamel

Ramai surirumah terutama yang bekerja, memilih untuk makan di luar bukan kerana kerana mereka banyak wang. Bukan juga kerana mereka pemalas atau tak reti memasak. Mereka sebenarnya tak sempat atau tak larat untuk memasak setelah pulang dari bekerja. Dengan desakan dari anak-anak yang sentiasa je lapar macam anak saya, cara yang paling mudah tentulah membawa mereka semua makan diluar. Kalau nak keluar pun tak larat, mereka akan membeli makanan segera melalui telefon. Walaupun dalam kesempitan ... Continue reading ...
Resepi Sate Lilit Serai

Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi... Continue reading ...
Resepi Ayam Goreng Kunyit

"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ... Continue reading ...
Gulai Ayam Rendah Lemak Tanpa Kolesterol
.JPG)
Resepi ini bertujuan untuk dijadikan contoh penggunaan susu menggantikan santan dalam masakan. Ramai orang masih takut-takut untuk menggunakan susu. Mungkin kerana tak biasa atau takut masakannya mempunyai rasa berlainan. Saya pun pernah menghadapi perkara yang sama suatu ketika dahulu. Percubaan pertama saya memasak kari menggunakan susu menjadikan ayam saya berasa seperti lembu. Kemudian saya mencuba masakan mamak yang juga menggunakan susu dan saya dapati rasanya lebih teruk dari masakan s... Continue reading ...
Resepi Mi Bayam Ladna | Ladna Spinach Noodle
.JPG)
Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan ... Continue reading ...
Resepi Cream of Chicken Soup
.JPG)
Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial. Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ... Continue reading ...
Resepi Ayam Madu

Ini bukan ayam madu bakar yang popular tu tetapi resepi ayam madu mamak yang hanya dijual di restoran mamak tertentu sahaja. Sekarang ni mamak lebih suka menyediakan ayam masak merah yang dah banyak diresapi ciri-ciri kemelayuan. Kenduri kahwin selalunya ada ayam masak merah tapi belum pernah saya jumpa yang menghidangkan ayam madu. Suatu ketika dahulu, ayah saya makan di restoran mamak di Kuala Lumpur dan memilih ayam madu sebagai menu tengah harinya. Sangkaannya ayam masak merah. Sewaktu ma... Continue reading ...
Roti Bawang Putih (Garlic Bread) Hari Raya

Setiap kali menyambut hari raya, pasti kami akan berkumpul bersama-sama bercerita panjang tentang pelbagai hal. Segala cerita keluar, dari hal kehidupan, isu semasa, kenangan silam atau apa sahaja yang terlintas difikiran. Sekali-sekala berkumpul kami mesti inginkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan biasanya kami akan memasak barbeku diperkarangan rumah secara tidak formal. Ada yang berkain pelikat, ada yang tak berbaju, ada juga yang lengkap berbaju raya. Segala yang terlintas d... Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|