Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " senang" (Show all posts)

Resepi Ikan Masak Asam Rebus Belimbing Cara Kampung

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 13, 2018, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Belimbing buluh sangat serasi dengan masakan ikan berkuah sama ada asam rebus atau masak lemak. Rasanya yang masam akan meneutralkan rasa hanyir ikan jadi masak ikan dengan belimbing buluh banyak digunakan dalam masakan ikan darat. Bagaimanapun, saya tak pernah menghadkan masakan ini. Apa sahaja ikan akan saya gunakan terutamanya ikan yang banyak lemak seperti jelawat, patin, ikan merah, baung dan sebagainya.


Continue reading ...
 

Resepi Sandwich Tuna Mayonis Sedap dan Senang

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 1, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Orang Malaysia, pagi-pagi dah makan nasi. Extreme betul sarapan kita. Nasi lemak, mi goreng, roti canai. Bukan setakat tu je. Mesti ada telur pulak tu. Semua peniaga yang jual sarapan berhampiran tempat saya, setiap kali pelanggan order nasi lemak, mi goreng, secara automatik dia akan letak telur. Bila tiba giliran saya, saya katakan tak nak telur. Dah cakap macam tu pun dia tetap letak telur. Bila saya suruh keluarkan telur, dia buat muka pelik mata terkebil-kebil. Bila difikir-fikir kan sem...

Continue reading ...
 

Resepi Kuih Tradisional Onde-onde Buah Melaka

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 22, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Masa kecil-kecil dahulu memang saya kurang gemar kuih-kuih lembut dan manis seperti onde-onde ni. Maklumlah, gigi masih kuat. Badan masih muda. Tentulah suka yang pedas dan rangup. Kini bila rambut dah mula putih, badan dah sakit-sakit, barulah terasa nikmatnya kuih tradisional yang manis dan lembut ni.

Seiring dengan peredaran zaman, kita tak perlu lagi mengisar beras pulut untuk membuat onde-onde. Walaupun guna pengisar modern, teta...


Continue reading ...
 

Resepi Ubi Getuk Mesra Sejuk Beku

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 28, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ada pak cik, mak cik, atuk dan nenek yang pernah hidup dizaman penjajahan Jepun yang langsung tak sudi lagi menyentuh ubi kayu sekarang ni. Bagi mereka, ubi kayu adalah makanan sewaktu susah,, sewaktu tiada makanan untuk dimakan dan untuk orang yang tak berkemampuan. Bagi Atok Aji pula, ubi kayu sesuatu yang membangkitkan nostalgia. Ubi kayu sejenis makanan yang sangat istimewa dan boleh mendatangkan kerinduan. Direbus begitu sahaja pun dah sedap. Apa lagi kalau dijadikan Ubi Getuk atau talam...

Continue reading ...
 

Resepi Kwey Teow Goreng Mak Ngah Dulu Kini Dan Selamanya

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 31, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya respect kat surirumah yang hidup di kampung-kampung jauh di pedalaman kerana mereka berupaya memasak hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang terhad. Ini menyebabkan saya terkenang kepada zaman kanak-kanak saya dahulu. Zaman dimana produk-produk makanan segera masih kurang dan kecil pasarannya. Tiada sos ikan, tiada sos tiram, tiada kuib ayam. Hanya ada ikan bilis atau belacan.


Tak perlu saya ceritakan siapa Mak...

Continue reading ...
 

Resepi Chakodi atau Chegodillu

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 16, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mungkin tak ramai yang mengenali Chakodi atau Chegodillu tetapi saya rasa ramai yang pernah merasainya cuma tak perasan akan namanya. Daripada namanya, kompom kuih masyarakat India. Dari ejaan, nama kuih ini adalah Chakodi tetapi dari sebutannya ditambah dengan loghat India yang pekat, bunyinya menjadi Chegodillu. (Pastikan bunyi lu dihujung tu diwakafkan) Heheheh!


Continue reading ...
 

Resepi Mi Segera Sup Kari Ayam

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, November 29, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Orang kata, kalau hujung bulan je makan mi segera. Maksudnya gaji belum keluar, duit tak de jadi cuma mampu makan mi segera. Namun kini mi segera bukanlah semurah yang disangka. Ada mi segera yang melebihi RM4 sebungkus. Makan sebungkus belum tentu cukup. Bagi saya, kalau harga mi macam tu, lebih baik makan nasi kat mamak. Ada juga mi segera yang murah yang tak sampai RM1. Bagaimanapun, saya lebih selesa memasak sendiri mi untuk keluarga saya supaya saya tahu setiap benda yang masuk dalam per...

Continue reading ...
 

Resepi Cendawan Tekukur Goreng Tumis

Posted by Norasikin Basri on Saturday, November 19, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Jarang sekali cendawan tekukur dijual di pasar ditempat saya. Selama saya bermastautin disini, ini adalah kali kedua saya berpeluang membelinya. Cendawan tekukur membuatkan saya terkenang kembali zaman kanak-kanak dikampung. Setelah pokok getah disodok, batang getah akan disusun memanjang menjadi beberapa barisan dan dibiarkan mereput. Jadi bila tiba masa Felda menanam semula getah, seluruh ladang akan dipenuhi batang-batang getah yang mereput dan menjadi tempat kami memetik cendawan. Biasany...

Continue reading ...
 

Resepi Sup Labu – Resepi Nak Kurus Terpimpin

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 26, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat barat gemar masakan yang mempunyai rasa yang asli bersesuaian dengan penggunaan rempah dan herba masakan barat yang mempunyai rasa dan bau yang lembut. Begitu juga dengan sup labu, tentu mereka inginkan sup mereka betul-betul rasa labu. Jadi, biasanya mereka tak menggunakan bahan yang banyak kerana ia akan mengurangkan rasa labu itu sendiri.



Labu termasuk ...

Continue reading ...
 

Resepi High-Fiber Cheesecake

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 22, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Semuanya bermula beberapa tahun yang lalu dimana saya singgah ke sebuah kedai kek yang popular dengan kek keju di Malaysia. Hati saya tertambat dengan High Fiber Cheesecake yang kelihatannya kosong sahaja tanpa hiasan. Seperti biasa apabila nampak sesuatu yang menarik minat, saya pun pesanlah sepotong. Dari luar nampak seperti berat dan padat tapi mempunyai rasa yang sangat menepati selera saya. Tidak terlalu manis dengan rasa keju yang ketara. Sedikit masam yang menyeimbangkan rasa lemak dan...

Continue reading ...
 

Resepi Nasi Ayam Panggang Cara Pantas

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 28, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Semua orang mahukan cara pantas untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya. Kalau boleh, sebut je terus dapat. Sebut je pasal bayaran, semua nak cara yang paling lambat. Kadang-kadang, saya pun tak paham. Barang mau baik, bayar mau murah. Banyak kali saya terkena. Sewaktu nak, macam-macam cekadak. Bila bayar asyik nak mengelak je. Dah puas beri muka, sampai satu tahap, tak nak bayar langsung. Mintak free tanpa syarat. Kalau saya ada ladang gandum untuk menjual kuih, saya tetap perlu keluarkan ...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Kukus Nasi Ayam

Posted by Norasikin Basri on Saturday, February 13, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seperti yang kita tahu, nasi ayam dikenali sebagai masakan popular cina. Oleh itu nasi ayam tak banyak menggunakan rempah. Cuma sekarang ni, nasi ayam dah berevolusi di Malaysia. Penggunaan rempah-rempah dalam nasi ayam ternyata menepati selera penduduk Malaysia.
Namun hari ini, saya hanya ingin menyentuh mengenai Resepi Ayam Kukus sahaja. Resepi ini menepati menepati masakan cina. Walaupun ia ...

Continue reading ...
 

Resepi Rendang Ayam Kerisik

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 2, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sebelum ini saya pernah memaparkan Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas yang menggunakan serai sebagai perencah utama yang memberikan rasa rendang dalam masakan. Kerisik juga mempunyai fungsi yang sama namun dengan rasa rendang yang berbeza. Inilah diantara rasa rendang yang saya suka. Jika sebelum ini, anda menggunakan bahan yang berbagai jenis untuk rendang. Jika tak ada satu bahan, berat hati rasanya nak masak. Sekarang ni, saya harap anda boleh memasak berbagai jenis rendang bergantung kep...

Continue reading ...
 

Resepi Pai Epal Bluberi

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 13, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Rasanya ini artikel saya yang pertama mengenai pai. Bukan tak boleh buat tapi kurang ilmu mengenainya. Apa yang saya tahu, pai popular dalam masakan barat kerana ia termasuk dalam beberapa kategori hidangan. Untuk resepi Pai Epal Bluberi dibawah ini, ia adalah dari kategori dessert. Sekali tengok, tak nampak perbezaannya diantara pai ini dan tart. Dua-dua manis, dua-dua ada pastry rapuh. Itulah masakan barat.  Benda yang lebih kurang sama tapi namanya jauh berbeza kerana masakan barat sangat ...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 7, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mempelajari hidangan kos rendah seperti Ayam Masak Kicap Pekat ini nampaknya menjadi sangat perlu sekarang ni. Dalam masa seminggu, dah mula terasa kesan GST. Barang-barang dan perkhidmatan yang terlibat dengan GST dah tentulah menyebabkan pertambahan dalam perbelanjaan kita. Manakala yang tidak terlibat dengan GST pula, awal-awal lagi dah dinaikkan harga. Kalau dulu, kicap menjadi makanan harian dan sesuai untuk inividu yang kurang berkemampuan macam saya. Kini saya rasa kicap dah menjadi ma...

Continue reading ...
 

Resepi Aiskrim Vanilla Halus Berkrim

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 3, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Dalam cuaca panas begini, mulalah kepala otak asyik teringatkan aiskrim. Dari dulu hingga sekarang, resepi aiskrim selalu menjadi isu yang selalu ditanya kepada saya. Mereka inginkan resepi aiskrim yang halus, dan gebu macam yang dijual di restoran makanan segera. Buat aiskrim sendiri banyak kelebihannya. Bukan sahaja boleh berjimat. Kita boleh menentukan aiskrim seperti mana yang kita inginkan. Inginkan aiskrim yang kurang lemak, kurang manis atau dengan perisa yang tak dapat saya jangkakan....

Continue reading ...
 

Resepi Kek Epal Rangup

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 27, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Jarang jumpa kek yang rangup. Biasanya semua orang suka kek yang gebu. Sebenarnya, kek epal rangup ni cuma rangup pada permukaan keknya sahaja. Kemudian potongan epal juga menjadikan kek ini terasa rangup. Kek epal rangup ni mengingatkan saya kepada pai epal McDonalds. Bila makan kek ni, terubat jugak la kerinduan pada pai epal.

Kek epal rangup memang sangat sedap tapi rupanya tak cantik. Permukaan atasnya y...

Continue reading ...
 

Resepi Udang Goreng Tepung dengan Sos Cili Thai

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 20, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Udang goreng tepung adalah salah satu hidangan yang popular dari restoran thai. Ada juga yang lebih menggemari sotong goreng tepung namun perbezaannya hanyalah udang dan sotong. Oleh kerana dulu saya pernah mengeluarkan resepi berkenaan udang gorang tepung jadi kali ini saya akan mengutamakan dalam proses pembuatan sos cili thai. Walau bagaimanapun, ada beberapa perbezaan diantara udang gorang tepung dalam artikel yang terdahulu berbanding sekarang. Klik link untuk udang goreng tepung resepi ...

Continue reading ...
 

Resepi BBQ Rusuk Kambing

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 15, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Pertama sekali, saya ingin membuat pengumuman, diminta Mr Abd Halim Mustafa untuk menghubungi saya melalui email untuk urusan ebook. Saya masih belum menerima sebarang email dari anda. Terima Kasih.

Dah banyak jenis sos BBQ segera yang saya cuba. Begitu juga BBQ yang terdapat di hotel-hotel. Kebanyakkannya mempunyai rasa yang lebih kurang sama iaitu sos BBQ dengan bahan utamanya tomato. Jadi saya beranggapan, inilah rasa sos BBQ yang paling popular yang menepati ciri-ciri makanan barat. Sos BB...

Continue reading ...
 

Resepi Inti Kacang Merah | Red Bean Paste

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 12, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apabila seruis untuk mengejar kejayaan dalam perniagaan makanan, kita sepatutnya berusaha untuk menghasilkan sendiri setiap produk dari asasnya. Walaupun ini bermakna kerja akan bertambah namun ia adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan kos sekaligus memaksimumkan keuntungan yang diperolehi. Usahawan kuih kecil-kecilan biasanya gemar menggunakan produk siap seperti inti kacang merah ni. Namun, usahawan pau kebanyakkannya membuat sendiri inti kacang merah mereka terutama usahawan yang ...

Continue reading ...
 

Resepi Sambal Kacang Asas

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 8, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Jarang saya jumpa orang yang rajin membuat sambal kacang kecuali untuk perayaan. Tak tahu la apa masalahnya. Bila wujud orang begini, sudah tentu ada orang yang bijak pandai akan menjadikannya suatu sumber pendapatan. Lihatlah sekarang, berbagai jenis sambal kacang segera yang ada di pasaran dan salah satunya Sambal Kacang keluaran ADABI yang di gandingkan dengan ayam untuk menjadikan ia lebih unik. 

Kalau saya pulak, bila buat sam...

Continue reading ...
 

Fish Fillet with Creamy White Sauce

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 6, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Cara orang barat memasak dirumah sekarang ni dah jauh berubah. Tiada lagi proses yang menyusahkan diri semata-mata inginkan masakan yang sedap dan asli. Kebanyakkannya menggunakan produk-produk segera yang banyak berada di pasaran. Segala jenis herba dan rempah-ratus seluruh dunia boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dinegara mereka. Tak boleh yang segar, mereka akan keringkan. Tak boleh yang kering, mereka akan jadikan jeruk. Tak boleh jeruk, mungkin dijadikan pes, dipastur, dan segala...

Continue reading ...
 

Resepi Bebola Keladi

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 9, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya biasanya membeli keperluan makanan hanya cukup-cukup sahaja untuk sesuatu tempoh tertentu. Banyak kelebihan dan kekurangannya. Diantara kelebihannya adalah, saya dapat makanan yang segar terutama sayur-sayuran. Ayam dan ikan pula, saya beli seminggu sekali. Makanan yang perlu disejukbekukan, saya akan masuk dalam beberapa plastik dimana setiap plastik cukup untuk 1 kali masak sahaja. Saya hanya akan nyahbekukan 1 plastik sahaja setiap kali sebelum memasak. Jadi tiada makanan yang dibekuk...

Continue reading ...
 

Sos Barbeku Pelbagai Guna | Multipurpose Barbeque Sauce

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 25, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Sos barbeku yang dijual dipasaran terutamanya keluaran negara-negara barat memang mempunyai rasa yang unik. Syarikat di Malaysia ada juga mengeluarkan sos-sos barbeku segera namun rasanya masih bercirikan ketimuran. Orang Malaysia sukakan pedas. Orang melayu contohnya, kalau makan masakan cina pun nak pedas. Makan masakan barat pun nak pedas. Pernah seorang pembeli ebook Resepi Masakan Barat Komersial bertanya kepada saya bagaimana nak jadikan sos black pepper tu lebih pedas. Dia dah tambahka...

Continue reading ...
 

Resepi Kek Keju Cheddar | Cheddar Cheesecake

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 26, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kek Keju Cheddar seperti ini banyak dijual di pasaraya besar seperti Giant, Jusco, Tesco dan sebagainya. Bezanya, saya tak tahu jenis keju yang mereka gunakan sama ada cheddar, cream atau lain-lain. Saya juga tak tahu berapa banyak keju yang mereka gunakan sama ada banyak, sikit atau mungkin tak menggunakan keju langsung. Kek keju cheddar ini bolehlah dikatakan senang kerana saya memerlukan 5 kali percubaan sahaja untuk mendapatkan resepi ini. Saya juga rasa, saya dah faham segala yang perlu ...

Continue reading ...
 

Resepi Shish Kebab Ayam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 19, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Shish kebab adalah satu lagi contoh masakan yang mudah disediakan. Saya katakan ia mudah kerana ia boleh disediakan dengan apa sahaja cara yang kita suka. Segala jenis rempah boleh digunakan. Segala jenis daging boleh digunakan dan segala jenis sayuran juga boleh digunakan. Oleh sebab itu, berbagai resepi terhasil dari seluruh dunia bergantung kepada rempah-rempah yang popular di negara  tersebut. Di India menggunakan rempah seperti jintan, ketumbar dan lain-lain menjadikan rasanya menyerupai...

Continue reading ...
 

Resepi Kari Kambing

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 9, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Bila menu kambing je, ramai yang mengelak. Tak berani nak makan takut penyakit tekanan darah menyerang. Memang tak boleh nak elak lah. Kesihatan mesti diutamakan. Bagi penggemar daging kambing pula, masakan berasaskan kambing sangat istimewa. Malah ada yang tak menghiraukan penyakit yang dideritai. Memang kambing berbau kuat. Tapi inilah ciri-ciri yang terdapat pada masakan kambing dan tak ada pada masakan lain. Ramai yang berusaha menghilangkan bau kambing. Kalau nak kurangkan baunya, saya s...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Lada Hitam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau untuk makan sendiri, saya jarang menyusahkan diri dengan resepi-resepi yang menggunakan bahan yang banyak. Asalkan keseimbangan rasa garam gula dan asamnya dapat dicapai, dah mencukupi untuk keluarga saya. Lain la kalau mak mertua datang. Kena la bersusah payah sikit. Perlu dapatkan aroma yang betul, dan tekstur yang cantik selain rasa yang mesti sedap. Untuk resepi ayam lada hitam yang dibawah ini, saya ketegorikan dalam resepi senang. Tak perlu nak menggunakan rempah tumis untuk aroma...

Continue reading ...
 

Resepi Waldorf Salad Popular dari Masakan Barat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 22, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Satu lagi salad yang harus dipelajari jika ingin memahirkan diri dalam masakan barat adalah waldorf salad. Waldorf salad adalah salad campuran yang menggabungkan banyak bahan seperti epal, celery, walnut dan sebagainya yang dimakan bersama mayonis. Salad ini adalah appertizers yang popular dalam masakan barat. Beberapa perkara yang harus diingat oleh seorang ketua tukang masak apabila menyediakan appertizers adalah, rupa yang menarik serta rasa yang sedap hasil daripada gabungan bahan-bahan y...

Continue reading ...
 

Resepi Semur Ayam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 3, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Semur ayam adalah hidangan yang berasal dari Indonesia. Ia adalah masakan berempah yang sangat terkenal di sana. Namun begitu, saya bukanlah mahir sangat dengan hidangan begini. Apa yang saya tahu, bahan utama untuk semur adalah kicap manis. Di Indonesia, semur popular untuk hidangan daging tetapi oleh kerana saya tak boleh makan daging, jadi kali ini saya akan menggunakan ayam. Semur mempunyai pelbagai rasa rempah yang kuat dengan rasa manis, masin dan masam yang seimbang.


Continue reading ...
 

Resepi Potato Wages

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 23, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Resepi Potato Wages ni senang je. Kenapa susah-susah nak buat potato wages. Kat pasaraya ada banyak produk sejukbeku. Cuma perlu goreng sekejap je. Terus boleh hidang bersama produk masakan barat anda. Sengaja hari ni menulis artikel yang senang kerana tujuan utamanya adalah untuk membincangkan sikap sesetengah usahawan kita yang masih lagi bergantung harap pada produk makanan segera. Jadi, baca celoteh saya ni dulu. Jangan hanya kejar resepi je. Mungkin ada sedikit ilmu yang berguna yang bol...

Continue reading ...
 

Resepi Nugget Ayam Lolipop

Posted by Norasikin Basri on Friday, May 10, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Biasanya bila beli nugget ayam dipasaran, terlalu banyak pilihan. Saya kategorikan hanya kepada 2 sahaja. Pertama yang mahal dan kedua yang murah. Harga nugget-nugget ini sangat berbeza bergantung kepada kualiti dan kuantiti daging ayam yang digunakan. Kalau yang mahal tu, memang ketara sangat ayamnya. Anda boleh bezakan sendiri dengan melihat dengan mata, merasa teksturnya dengan jari atau merasa kelazatannya dengan lidah. Bila membuat sendiri nugget dirumah, semuanya bergantung kapada kita....


Continue reading ...
 

Resepi Muffin Sosej dan Keju - Savoury Masakan Barat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 30, 2013,


Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, masyarakat barat lebih gemar menggunakan kaedah ...


Continue reading ...
 

Twister dan Tortilla atau Classic Wrap

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 8, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Memang lama tak bersiaran. Macam-macam dah berlaku pada saya tapi biarlah perkara ini diketepikan dahulu. Ada masa boleh cerita. Tak de masa, lupakan saja. Lebih baik belajar sesuatu hari ini mengenai resepi dan masakan. Apa tu twister? Sebenarnya saya maksudkan hanyalah ketulan-ketulan ayam kecil yang rangup yang digulung dalam tortilla bersama salad dan tomato dan dimakan bersama sos. Pendek kata, semua bahan boleh dibuat dan diperolehi dengan mudah. Tortilla tu memang namanya gempak. Seb...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Patin Masak Asam Rebus

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 15, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bila cerita ikan air tawar, saya pasti pilih jenis masakan yang masam. Lagi masam lagi bagus. Masak asam rebus seperti ini memang sesuai dengan ikan patin. Bagi yang sedang berdiet, inilah jenis masakan yang baik untuk anda. Tanpa minyak,  santan dan lemak. Berkhasiat dan rendah kalori. Cara memasaknya juga lebih mudah dan tak banyak karenah. Inilah antara masakan kampung yang popular dikalangan warga tua. Kini, anak-anak kita lebih menggemari masak lemak dan masakan berempah yang tinggi kand...


Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Modern

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 9, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep  Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.


Continue reading ...
 

Resepi Durian Crepe Paling Mudah dan Jimat

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 2, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Hujung Disember 2012, saya mendapat seorang anak saudara yang baru. Bila dapat berita, terhegeh-hegeh la mengunjungi hospital dengan perasaan tak sabar. Di hospital, terbongkarlah kisah adik ipar saya yang mengidam durian crepe tapi belum kesampaian. Dalam perjalanan pulang pukul 5 petang, saya ceritakan kisah tadi kepada suami kerana saya berhasrat sangat nak beri adik ipar saya rasa durian crepe sebelum waktu melawat tamat pukul 7.30 malam nanti. Suami saya tak pernah rasa pun durian crepe ...


Continue reading ...
 

Resepi Pasta Bayam dalam Minyak Zaitun, Tomato dan Bawang Putih

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 4, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat se...


Continue reading ...
 

Resepi Cupcake Bluberi | Blueberry Cupcake

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 28, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau dibandingkan antara cupcake dengan muffin, sudah tentulah muffin lebih mudah disediakan. Bagaimanapun cupcake lebih lembut dan gebu. Pernahkah anda cuba menyediakan muffin dengan kaedah penyediaan cupcake? Inilah yang telah saya lakukan. Hasilnya adalah seperti gambar-gambar dibawah. Daripada muffin bertukar kepada cupcake yang lembut dan gebu. Boleh cuba melalui resepi dibawah. Pastikan kaedah penyediaan diikuti dengan betul atau cupcake akan menjadi muffin semula.


Continue reading ...
 

Resepi Sagu Gula Melaka

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 26, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada simpan lagi air gula semalam? Kan saya dah pesan. Simpan sikit air gula dalam peti ais. Bila-bila masa nak guna, beberapa minit je boleh sediakan dessert. Mana la tau tiba-tiba datang tetamu, mak mertua ke. Sekurang-kurangnya ringan kerja yang perlu dibuat. Mana nak masak lagi. Nak cuci toilet lagi. Nanti tak pasal-pasal, tetamu tak dilayan. Dengan air gula dalam peti ais, dapat la buat dessert yang menyamankan. Puteri mandi ke, puding ke, Bubur Cha-cha ke, karamel ke ataupun paling mudah...


Continue reading ...
 

Daging Korban Untuk Fakir Miskin?

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Syawal baru sahaja meninggalkan kita. Sana-sini terdengar bebudak kata “alaa.. raya dah abis. Tak de lagi makan free..” Cukup-cukup la tu makan di rumah terbuka. Saya pun dah tak larat lagi melayan perut yang bermacam ragam bila diisi dengan berbagai benda. Dah lama saya menjaga perut ni dengan memakan benda-benda yang saya tahu asal-usulnya. Tapi bila raya, semuanya tak terkawal. Tali perut pun macam kena kejutan budaya. Dah puas makan bulan Syawal, sekarang masanya kita memikirkan tenta...
Continue reading ...
 

Penimbang Digital Murah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 31, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya dah janji, kalau ada barang baik, mesti beritahu kepada seluruh pengunjung blog saya. Saya akan utamakan barang-barang untuk kegunaan memasak yang betul-betul murah dan berbaloi. Seperti penimbang digital ini, kompom memang murah dan berbaloi. Ini ikhlas dari orang yang sangat berhati-hati dalam berbelanja macam saya.

Klik gambar untuk maklumat lanjut

Penimbang ini bukan sahaja untuk menyukat berat tetapi juga untuk menyukat isipadu bahan. Selalu sangat saya terima komen mengatakan dia tak...


Continue reading ...
 

Resepi Sup Ayam Tradisi

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 25, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah...


Continue reading ...
 

Menyediakan kek dalam waktu sibuk

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 22, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem...


Continue reading ...
 

Resepi Nasi Lemak Kukus

Posted by Norasikin Basri on Saturday, May 12, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Akhirnya setelah hampir setengah tahun menunggu, BE muncul juga akhirnya. Ingatkan Nuffnang dan melupakan terus pada Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Syukur alhamdulillah. Sikit lagi nak merajuk kelat dan beralih arah. Dah la projek lain susah nak dapat. Orang perseorangan pun tak seberapa. Nuffnang pulak menyepikan diri. Harapkan ebook Masakan Barat Komersial je yang maintain setiap bulan. Sebagai langkah berjimat-cermat. Mari kita masak nasi lemak kukus. Kita belek dulu nasi lemak kukus...


Continue reading ...
 

Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu Dijauhi

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 16, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya memaksudkan bisnes atas angin sebagai perbuatan yang boleh memberi keuntungan kepada si pelakunya dengan hanya bermodalkan air liur. Berbeza dengan amalan rasuah, kerana rasuah memerlukan modal yang besar sedangkan tiada kerja yang perlu dilakukan. Jadi saya bukan nak bercerita mengenai bisnes seperti ini atau selalunya saya panggil alibaba. Bisnes atas angin biasanya tidak dapat dikategorikan sebagai rasuah kerana ia banyak melibatkan putar-belit yang menyebabkan ramai menyangka ia waja...


Continue reading ...
 

Apa anda rasa bila melihat orang lain dapat hidup senang?

Posted by Norasikin Basri on Monday, November 14, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.


Baru-baru ini saya bercerita kepada seseor...


Continue reading ...
 

Resepi Cupcake Coklat Tipis | Light Chocolate Cupcake

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 26, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH DI BOOTH E-GAMES

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola