Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " resepi mudah" (Show all posts)

Resepi Sambal Telur Sahur

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 23, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi ini, saya masih tak pasti berapa banyak masa yang saya ada untuk blogging. Banyak benda yang perlu saya utamakan terutama yang melibatkan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bukan lama. Kalau terlepas, belum tentu bertemu bulan Ramadhan tahun hadapan. Jadi kali ini saya kongsikan resepi sahur yang paling popular dikalangan penduduk Malaysia iaitu Sambal Telur Sahur cara pantas.


Continue reading ...
 

Video Masakan : Sandwich Double Decker

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Video demo masakan kedua yang juga dipersembahkan oleh anak kesayangan saya iaitu Resepi Sandwich Double Decker. Dia ni memang suka masak tapi cuma makanan yang dia suka je. Katanya, kalau ayah atau ibu sakit, dia boleh masak untuk keluarga. Jadi bersungguh-sungguh la dia belajar memasak. Tak susah nak ajar di memasak tapi memang rimas juga la tengok di buat kerja. Terkial-kial. Terkemut-kemut. Rasa macam nak tolong je dia kupas telur. Tapi kalau tak biarkan dia mencuba, selama-lamanya la dia...

Continue reading ...
 

Persoalan Donut Gebu Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 27, 2013,


Kali ini saya menerima soalan berkenaan Donut Gebu Tradisional yang sangat panjang. Kalau soalan pun dah panjang, jawapannya pun tentu panjang. Jadi saya rasa, kalau dah penat menaip panjang-panjang, lebih baik saya kongsikan dengan pembaca yang lain supaya semua dapat manfaatnya. Apa guna taip panjang-panjang kalau cuma seorang sahaja yang membacanya. Saya terima soalan dari sahabat melalui Laman Facebook Resepi Masakan Komersial. Saya mohon untuk kongsikan disini bersama-sama gambar yang ...


Continue reading ...
 

Resepi Cream Of Broccoli Soup

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 25, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai...


Continue reading ...
 

Teknik Membuat Tempoyak

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 19, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Selepas Hari Raya, saya dijangka mengajar masakan yang menggunakan tempoyak. Jika bukan musim durian, memang susah nak mencari tempoyak. Setiap kali nak guna, berpusing-pusing satu bandar mencari bahan. Memang ada tempoyak dijual kerana di tempat saya, durian dari thailand sentiasa ada sepanjang tahun. Tapi harganya yang buat saya tak tahan. Setengah cawan sahaja pun dijual sehingga RM3.50. Saya perlukan 2 hingga 3 kilogram tempoyak. Banyak jugak belanja yang diperlukan.
Jadi apabila musim dur...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

CIRI PEMANDU MALAYSIA

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola