Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " online" (Show all posts)

Tudung Batik Canting Sutera - Eksklusif Mariposa

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 26, 2017, In : Tudung Batik Canting 


UPDATE : WhatsApp sekarang untuk dapatkan diskaun 28%

Suatu ketika dahulu ramai yang menganggap tudung batik canting adalah barangan mewah. Mungkin kerana pada waktu itu tudung batik canting tidak dikeluarkan secara besar-besaran. Bagi yang mampu pula, perlu menempah dikilang batik canting yang mungkin terletak jauh dan hanya ada beberapa buah sahaja. Bagaimanapun, sekarang tudung batik canting mudah dibeli secara online malah boleh ditempah mengikut citarasa kita.



Walaupun tudung batik telah d...

Continue reading ...
 

Tudung Batik Canting Sutera - Eksklusif Luxe

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 19, 2017, In : Tudung Batik Canting 

Nak bagi hadiah pada seseorang sesuatu yang unik?
Cuba bagi tudung yang ada nama si dia, dicanting indah.
BANYAK LAGI PILIHAN DIBAWAH

Eksklusif dilukis dengan tangan dan bukan printed.
Boleh letakkan nama anda atas tudung. Sudah pasti anda tempah baru kami buat.
Material 100% Sutera 
Kulit kepala tak berpeluh dan gatal 
Tidak mengganggu pendengaran
Penghantaran percuma 
Packaging yang menarik dan eksklusif.
Design adalah unik kerana ia lukisan tangan. Cuma anda sahaja yang akan ada tudung macam tu.
Harg...

Continue reading ...
 

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik Kemasukkan 2013

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 1, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Memang saya lebih suka pendidikan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik berbanding sekolah akademik yang lain. Tetapi bergantung juga kepada bidang yang dipilih. Sudah tentu saya lebih suka bidang yang menjurus kepada keusahawanan. Bukan bermaksud bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, perbankan, perakaunan, pemasaran dan lain-lain. Maksud saya, bidang yang boleh menjadikan anda seorang usahawan. Ambil bidang perbankan dan kemudian makan gaji di bank pun tak guna juga. Lai...
Continue reading ...
 

Bagaimana Menempah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 1, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Minggu lepas saya telah menempah 1 bahagian lembu untuk aqiqah anak saya. Lain kali, jika diizinkan Allah, saya akan menempah 1 bahagian lembu lagi untuk dia juga. Senang je nak menempah Qurban dan Aqiqah secara online ni. Secara umumnya hanya bayar dan isi borang tempahan dengan betul. Itu sahaja. Syarikat EQurban Resources Sdn Bhd akan menguruskan yang lain sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Dibawah ini saya senaraikan prosedur dalan urutan bagaimana menempah Qur...


Continue reading ...
 

Panduan Membeli Di Groupon

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 27, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ekoran dari entri Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula, saya dihujani banyak mesej melalui email, comment box, dan facebook page. Macam-macam yang ditanya hinggakan saya naik pening memikirkannya. Banyak yang tak tahu cara membuat pembelian sedangkan Groupon menyediakan arahan lengkap untuk anda. Apa yang anda perlu buat hanya baca. Sebagai penjual, mereka seboleh-bolehnya cuba memudahkan pelanggannya. Berbagai cara pembayaran yang mereka sediakan. Memang begitulah caranya kalau nak d...


Continue reading ...
 

Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 26, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ingat lagi dalam entri Impian Menjadi Nyata dimana Stand Mixer yang saya idam-idamkan akhirnya selamat sampai ke rumah saya. Lepas tu ramai sangat yang tanya mana nak beli mixer harga macam tu. Memang susah sangat nak jumpa mixer besar dan berkuasa berharga RM450.00 macam ni. Semuanya melebihi RM1000. Kalau sekitar RM2000 memang banyak. Itu pun tak sebesar mixer yang saya beli ni. Kawan-kawan pun sibuk tanya. Siap warning lagi, kalau ada offer mixer lagi, jangan lupa bagitau. Setakat ini, kua...


Continue reading ...
 

Daging Korban Untuk Fakir Miskin?

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Syawal baru sahaja meninggalkan kita. Sana-sini terdengar bebudak kata “alaa.. raya dah abis. Tak de lagi makan free..” Cukup-cukup la tu makan di rumah terbuka. Saya pun dah tak larat lagi melayan perut yang bermacam ragam bila diisi dengan berbagai benda. Dah lama saya menjaga perut ni dengan memakan benda-benda yang saya tahu asal-usulnya. Tapi bila raya, semuanya tak terkawal. Tali perut pun macam kena kejutan budaya. Dah puas makan bulan Syawal, sekarang masanya kita memikirkan tenta...
Continue reading ...
 

Kitchen Digital Scale Terus Melalui Saya

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Beberapa entri penimbang digital atau kitchen digital scale sebelum ini mendapat banyak respon daripada surirumah yang berminat untuk memilikinya tetapi berbagai masalah yang dihadapi. Ada yang mengatakan tak pandai melakukan pembelian secara online. Ada yang tak mempunyai kad kredit. Ada yang tak mempunyai kemudahan online banking. Ada yang tak faham syarat-syarat yang diberikan dan ada juga yang tak yakin dengan web jualan online. Saya faham apa yang anda rasakan. Saya juga begitu suatu k...


Continue reading ...
 

Dual Blades Multi Food Processor

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 28, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Banyak betul barang dapur yang saya idamkan. Lebih-lebih lagi bila ada offer yang tak sanggup saya lepaskan. Terkenang bagaimana saya membuat yong taufu beberapa hari lepas. Terasa macam nak menitik air mata sewaktu mengisar isi ikan menggunakan blender. Kalau guna air banyak, memang tak menjadi la fishball saya. Silap-silap boleh jadi lempeng. Kalau tak guna air pulak, memang tak berpusing la blender tu. Kalau kisar sedikit-sedikit, isi ikan cuma melekat kat tepi dinding je. Kalaulah ada foo...


Continue reading ...
 

Pembelian Berkelompok Secara Online Deal

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya dah agak dah, mesti ramai yang teruja dengan Heavy Duty Mixer The Baker yang baru saya beli berharga RM400 yang saya tunjukkan dalam entri Impian Menjadi Nyata semalam. Ramai kawan-kawan saya yang frust sebab tak dapat beli. Saya pulak yang jadi mangsa. Sorrylah bukan saya sengaja. Saya pun dapat tahu dah last minute. Dapat la beli 3 biji je. Satu untuk saya dan dua lagi untuk kawan saya. Kawan-kawan saya pun dah warning saya. Kalau ada apa-apa offer best lagi, jangan lupa bagitau dia. S...


Continue reading ...
 

Kek Coklat Moist dengan Hiasan Model Smurf

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 2, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ini adalah percubaan saya untuk membuat model hiasan kek yang lebih sukar sedikit dari apa yang biasa saya buat. Apabila saya menerima tempahan kek online untuk tema Smurf, saya terus menganggap ia sebagai satu cabaran baru bagi saya. Saya hanya menggunakan jari-jemari saya yang besar ni sahaja untuk menggentel model ini. Mujur ada sedikit rupa memandangkan peralatan fondant saya tak dijumpai. Jadi saya buat juga berdasarkan gambar Smurf dari internet.


Sekarang baru saya jumpa peralatan fond...


Continue reading ...
 

Tempahan Kek Coklat Moist Angrybird Online

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 2, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Memang betul, sebelum ini saya tak pernah buka tempahan kek secara online. Tapi ini tak bermakna saya tak mengambil tempahan kek. Kalau tidak, dari mana datangnya gambar-gambar kek yang ada dalam blog ini. Takkan saya nak makan semua kek yang saya buat. Mana larat. Kalau saya tak terus membuat kek, ilmu saya tak akan bertambah.


Gambar-gambar kek dalam entri kali ini ditempah oleh Pn Mastura untuk anak-anaknya. Ada 2 biji kek sebenarnya tapi biarlah saya tunjukkan kek coklat angrybird ni dulu...


Continue reading ...
 

Mengapa memilih aliran kemahiran dan vokasional?

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 3, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masih ramai ibubapa yang beranggapan aliran kemahiran dan vokasional hanya untuk pelajar-pelajar yang lemah. Bila mendapati percubaan PMR anak kurang membanggakan je mula la tanya saya macam-macam mengenai aliran kemahiran dan vokasional sedangkan sebelum ni tak pernah pandangpun aliran ini. Bila anak dapat banyak A, mula la berangan-angan nak masukkan anak ke asrama penuh atau sekolah teknik. Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini kerana ada beberapa faktor lain yang sangat penting se...


Continue reading ...
 

Perlaksanaan Ibadah Korban Secara Online

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apakah alasan-alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak menjalankan ibadah korban? Ada yang kata, tak tahu mana nak beli lembu atau kambing. Ada yang kata, tak tahu macam mana nak uruskan haiwan yang akan dikorbankan. Ada juga yang kata, tak tahu dan tak ada siapa yang boleh membantu menguruskan penyembelihan. Dan paling ramai yang berkata, tak cukup modal atau belum berkemampuan lagi. Apa pula alasan anda? Mari kita bincangkan bersama-sama.

Walaupun ibadah korban ini bukanl...


Continue reading ...
 

Permohonan Online Sekolah Teknik dan Vokasional Kemasukkan 2012

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 7, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Macam tahun-tahun dulu jugak, saya pasti diterjah dengan berbagai soalan berkenaan permohonan kemasukkan ke sekolah menengah teknik dan vokasional 2012. Ada yang nak tahu sekolah mana yang boleh dipilih. Ada jugak yang nak tau kursus apa yang ditawarkan dan yang paling banyak adalah macam mana cara nak membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional tu. Tapi yang paling saya tak boleh jawab adalah, adakah saya layak memasuki sekolah teknik dan vokasional.
Untuk memudahkan saya menjawabnya ...


Continue reading ...
 

Keistimewaan Pisau Seramik Dari Pengalaman Saya

Posted by Norasikin Basri on Sunday, July 31, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.

Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil...


Continue reading ...
 

Permohonan Kemasukkan ke IPTA Untuk Lepasan STPM / STAM / Diploma / Matrikulasi / Asasi untuk sesi 2011 / 2012 | Panduan Permohonan UPU Online

Posted by Norasikin Basri on Sunday, January 16, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Tahniah saya ucapkan kerana anda khususnya bekas-bekas pelajar saya yang masih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Selagi anda mampu untuk meneruskan pembelajaran, belajarlah walau bagaimana cara sekalipun. Peluang bukan datang selalu. Dibawah ini saya sediakan panduan ringkas cara-cara memohon ke IPTA untuk lepasan STPM/STAM, lepasan Matrikulasi/Asasi, dan lepasan Diploma dan setaraf untuk sesi kemasukkan 2011/2012. Semoga panduan ini berguna untuk anda dan sesia...


Continue reading ...
 

Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan SPM / Setaraf sesi 2011 / 2012 Online

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 13, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kadangkala risau pula bila banyak sangat bekas pelajar yang menghubungi saya semata-mata mengharapkan saya dapat membantu mereka dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti dengan kata lain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kalau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tu banyak la iklan di surat khabar. Dalam kepala mereka cuma ingat nak masuk U, nak masuk U, nak masuk U sahaja. Bila suruh search google, takkan nak taip nak masuk U je kat seachb...


Continue reading ...
 

Semakan dan Rayuan Online ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2011

Posted by Norasikin Basri on Thursday, December 23, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kesian pula bila ada yang tersesat di alam siber untuk mencari maklumat mengenai semakan permohonan ke Tingkatan 1 sekolah berasrama penuh untuk sesi 2011. Disini saya sertakan link untuk ke portal yang betul supaya anda boleh menyemak permohonan anda untuk ke sekolah berasrama penuh. Boleh rujuk kepada bahagian bawah entri ini.
Bagi yang tidak berjaya, anda masih boleh membuat rayuan juga secara online. Saya ada juga sertakan linknya dibawah ini.

Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Sila ...


Continue reading ...
 

Panduan Pendaftaran, Semak dan Cetak Slip Gaji Melalui Sistem ePenyata Gaji & Laporan Online

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 13, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Memang satu kemudahan apabila diwujudkan semakan penyata gaji melalui Sistem ePenyata dan Laporan yang diwujudkan untuk penjawat awam. Bukan semua orang yang simpan slip gaji masing-masing. Paling banyak cuma untuk menyemak sahaja. Lepas baca terus dibuang kedalam tong sampah. Kalau seorang dua, mungkin kita anggap tak banyak kertas yang digunakan. Tapi bila dah berpuluh ribu slip gaji yang perlu dicetak setiap bulan, barulah kita sedar sistem ini amat berguna dan menjimatkan. Kalau dah berta...


Continue reading ...
 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukkan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2011

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 1, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bagi sesiapa yang telah memohon untuk ke Tingkatan 4 di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di Malaysia bagi sesi 2011, sekarang anda boleh menyemak keputusannya secara online di link yang saya masukkan dibahagian bawah entri ini. Tawaran kemasukkan ini berdasarkan keputusan percubaan PMR 2010 memandangkan keputusan sebenar PMR belum diumumkan lagi. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang belum berjaya, masih belum terlambat untuk membuat rayuan.

Saya menjangkakan apabila keputusan sebena...


Continue reading ...
 

Kemasukkan Sek Teknik Vokasional 2011 - Bidang apa nak pilih?

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 17, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masih ramai yang tak tahu nak mohon kursus apa di sekolah teknik atau vokasional mungkin kerana ramai yang tidak sedar minat dan kecenderungan diri sendiri. Oleh kerana saya sentiasa menggalakkan pelajar saya menceburi perniagaan dalam bidang kulinari jadi saya akan memberi sedikit pandangan mengenai kursus teknik atau vokasional yang menjurus kearah ini.

Pertama, Kursus katering.
Kursus katering termasuk dalam aliran vokasional. Untuk pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam bidang...


Continue reading ...
 

Kemasukan 2011 - Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 7, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Mulai 4 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan permohonan ke sekolah menengah teknik/vokasional untuk kemasukkan 2011 telahpun dibuka. Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai anak-anak yang berminat ke sekolah teknik atau vokasional bolehlah memohon sekarang. Permohonan boleh dibuat secara online atau datang sendiri ke sekolah yang ingin dipohon. Pihak sekolah mempunyai hak untuk memilih pelajar-pelajar mereka sendiri. Oleh itu sila teliti syarat-syarat kemasukan, ...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH LUMAYAN

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola