Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " murah" (Show all posts)

Koleksi Premium Tudung Batik Canting Lukisan Tangan Sempena Semarak Ramadhan

Posted by Norasikin Basri on Monday, May 21, 2018, In : Tudung Batik Canting 


Salam Ramadhan kepada seluruh pembaca Blog Resepi Masakan Komersial. 

CT Canting baru sahaja melancarkan Tudung Koleksi Premium khas untuk Ramadhan 2018 dan kini tempahan mula dibuka. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui saya.
WhatsApp 0127927596 Norasikin/Kamaruzaman


3 jenis design yang dikeluarkan untuk Ramadhan kali ini iaitu Rose, Orchid dan Flora.  Setiap satu mempunyai beberapa warna untuk disesuaikan dengan pakaian anda.



Paling menarik dalam promosi kali ini adalah harganya. Anda tau ba...


Continue reading ...
 

Resepi Aiskrim Colek Lembut, Halus, Gebu dan Sedap

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 3, 2018, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kita akan nampak perbezaan jelas dari segi harga untuk aiskrim dalam bekas yang berada dipasaran. Yang pertama, harganya sangat mahal melampaui RM20 malah ada yang lebih RM30 walaupun kuantitinya sedikit sahaja. Jenis yang kedua berharga disekitar belasan ringgit sahaja manakala jenis yang ketiga, paling murah diantara RM5 hingga RM10. Untuk perbandingan ini, kita perlu melakukan sedikit pengiraan untuk memastikan isipadu aiskrim yang kita bandingkan adalah sama.


Continue reading ...
 

Tudung Batik Canting Sutera - Eksklusif Mariposa

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 26, 2017, In : Tudung Batik Canting 


UPDATE : WhatsApp sekarang untuk dapatkan diskaun 28%

Suatu ketika dahulu ramai yang menganggap tudung batik canting adalah barangan mewah. Mungkin kerana pada waktu itu tudung batik canting tidak dikeluarkan secara besar-besaran. Bagi yang mampu pula, perlu menempah dikilang batik canting yang mungkin terletak jauh dan hanya ada beberapa buah sahaja. Bagaimanapun, sekarang tudung batik canting mudah dibeli secara online malah boleh ditempah mengikut citarasa kita.



Walaupun tudung batik telah d...

Continue reading ...
 

Tudung Batik Canting Sutera - Eksklusif Luxe

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 19, 2017, In : Tudung Batik Canting 

Nak bagi hadiah pada seseorang sesuatu yang unik?
Cuba bagi tudung yang ada nama si dia, dicanting indah.
BANYAK LAGI PILIHAN DIBAWAH

Eksklusif dilukis dengan tangan dan bukan printed.
Boleh letakkan nama anda atas tudung. Sudah pasti anda tempah baru kami buat.
Material 100% Sutera 
Kulit kepala tak berpeluh dan gatal 
Tidak mengganggu pendengaran
Penghantaran percuma 
Packaging yang menarik dan eksklusif.
Design adalah unik kerana ia lukisan tangan. Cuma anda sahaja yang akan ada tudung macam tu.
Harg...

Continue reading ...
 

Daging Masak Yenkenkuksokanyu

Posted by Norasikin Basri on Sunday, September 17, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Daging masak Yenkenkuksokanyu? Pelik benar bunyinya. Begini ceritanya. Semenjak kecil hingga sekarang, saya suka menonton rancangan masakan Martin Yen hinggakan saya melihat perubahan wajahnya dari dia muda hingga tua. Dari beratus-ratus episod dalam berpuluh-puluh musim dan rancangan masakan, saya dapati teknik masakannya kebanyakkannya hampir sama. Masih lagi memasak old school. Belum pernah saya nampak dia menggunakan peralatan moden. Kalau ada pun mungkin terlalu sedikit. 

[PENTING!] Ini 5...

Continue reading ...
 

Muffin Oatmeal – Resepi Nak Kurus Terpimpin

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 16, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Satu perkara penting yang saya pelajari dalam menjalani pemakanan sihat ialah, saya memang kuat makan. Bukan itu sahaja, makanan yang saya makan mengandungi sangat banyak kalori. Dalam banyak-banyak makanan yang saya makan, saya dapati gulalah yang menyumbang paling banyak kalori. Walaupun makan sikit, kalorinya dah melebihi dari yang tubuh saya perlukan dalam sehari. Lebih teruk lagi, gula ni langsung tak mengenyangkan. Tetap mahu  makan benda lain. Kesimpulannya, kalau saya minum sirap je s...

Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Lobak Merah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 5, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau tak cuba, macam mana nak tau. Ye tak? Ternyata Donut Gebu Lobak Merah ini tak sesukar mana. Saya dah biasa membuat donut terutama dengan resepi terbaik saya, Donut Gebu Tradisional yang sangat mudah menjadi dan tak banyak ragam. Kadang-kadang saya menambahkan bahan lain seperti kentang, labu atau keledek dan yang sekarbohidrat dengannya. Namun belum pernah lagi menggunakan sayur-sayuran seperti lobak merah.

Memasak adalah aktiviti indoor tanpa modal besar, yang NO 1.
Klik untuk tahu akti...

Continue reading ...
 

Resepi Nasi Ayam Panggang Cara Pantas

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 28, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Semua orang mahukan cara pantas untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya. Kalau boleh, sebut je terus dapat. Sebut je pasal bayaran, semua nak cara yang paling lambat. Kadang-kadang, saya pun tak paham. Barang mau baik, bayar mau murah. Banyak kali saya terkena. Sewaktu nak, macam-macam cekadak. Bila bayar asyik nak mengelak je. Dah puas beri muka, sampai satu tahap, tak nak bayar langsung. Mintak free tanpa syarat. Kalau saya ada ladang gandum untuk menjual kuih, saya tetap perlu keluarkan ...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Kukus Nasi Ayam

Posted by Norasikin Basri on Saturday, February 13, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seperti yang kita tahu, nasi ayam dikenali sebagai masakan popular cina. Oleh itu nasi ayam tak banyak menggunakan rempah. Cuma sekarang ni, nasi ayam dah berevolusi di Malaysia. Penggunaan rempah-rempah dalam nasi ayam ternyata menepati selera penduduk Malaysia.
Namun hari ini, saya hanya ingin menyentuh mengenai Resepi Ayam Kukus sahaja. Resepi ini menepati menepati masakan cina. Walaupun ia ...

Continue reading ...
 

Mihun Goreng Kampung

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 22, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat islam terutama pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial. Semoga anda semua berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Saya juga bersyukur dapat sekali lagi berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada bulan puasa seperti ini terutama selepas waktu zohor, kita selalu terbayangkan berbagai jenis hidangan yang semuanya sedap dihati kita. Ada diantaranya hidangan yang tak pernah kita terfikirkan kecuali di bulan Ramadhan. Kita serupa…. C...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 7, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mempelajari hidangan kos rendah seperti Ayam Masak Kicap Pekat ini nampaknya menjadi sangat perlu sekarang ni. Dalam masa seminggu, dah mula terasa kesan GST. Barang-barang dan perkhidmatan yang terlibat dengan GST dah tentulah menyebabkan pertambahan dalam perbelanjaan kita. Manakala yang tidak terlibat dengan GST pula, awal-awal lagi dah dinaikkan harga. Kalau dulu, kicap menjadi makanan harian dan sesuai untuk inividu yang kurang berkemampuan macam saya. Kini saya rasa kicap dah menjadi ma...

Continue reading ...
 

Resepi Mi Racun Versi Saya

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 22, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mi Racun tidaklah sepopular mi bandung, atau mi rebus. Namun mi ini cukup popular di Batu Pahat, Johor. Kali pertama saya makan mi racun, lebih 10 tahun lalu. Saya tak pasti versi mana yang saya makan tapi rasanya sangat mengecewakan. Mi racunnya terasa kosong. Tiada kenikmatan. Perisanya cuma cukup-cukup sahaja. Tak de kejutan, tiada boom! Tiada Uummph! Bukan itu sahaja, kuahnya jernih, dan sangat kurang aksessorinya. Rasa tak berbaloi untuk mengeluarkan RM5 untuk itu. Saya tahu, ramai yang ...

Continue reading ...
 

Resepi Udang Goreng Tepung dengan Sos Cili Thai

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 20, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Udang goreng tepung adalah salah satu hidangan yang popular dari restoran thai. Ada juga yang lebih menggemari sotong goreng tepung namun perbezaannya hanyalah udang dan sotong. Oleh kerana dulu saya pernah mengeluarkan resepi berkenaan udang gorang tepung jadi kali ini saya akan mengutamakan dalam proses pembuatan sos cili thai. Walau bagaimanapun, ada beberapa perbezaan diantara udang gorang tepung dalam artikel yang terdahulu berbanding sekarang. Klik link untuk udang goreng tepung resepi ...

Continue reading ...
 

Kalau Online Shopping 90% Off, anda kunjungi tak?

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 25, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Beberapa bulan kebelakangan ni, semakin kerap pulak saya shopping online. Pagi petang siang malam, ada je email yang membuat mata saya tak berkelip. Produk yang menarik hati saya biasanya barang yang susah sangat nak jumpa kat tempat saya atau barang yang belum pernah saya bayangkan. Banyak jugak barang yang saya rasa “Bagus jugak kalau ada benda ni. Senang sikit kerja saya.” Pernah jugak saya beli mi segera 4 x 5 bungkus sebab harganya hanya RM10 sehinggakan posmen yang hantar pun pelik....

Continue reading ...
 

Resepi Kek Marble

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 25, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Saya ingat lagi sewaktu kecil, ibu sering membuat kek marble untuk acara-acara tertentu seperti kenduri, hari raya dan sebagainya. Namun waktu itu kek marble yang saya tahu hanyalah kek butter biasa dengan bahan utama iaitu tepung, majerin dan gula yang lebih kurang sama banyak. Persamaannya pula adalah warnanya yang dicampur menyerupai batu marmar. Resepi kek marble dalam artikel ini mengandungi cecair dan mempunyai beberapa kelebihan. Mungkin ada yang kurang menggemari kek marble seperti in...

Continue reading ...
 

Voucher KFC dan TGV diskaun 50%

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 20, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau anda ingat semula, pada 29 Julai 2010 saya ada memaparkan gambar 2 keping voucher KFC. Setelah itu, saya sering membeli 2 keping voucher KFC RM10 pada harga RM5 sekeping. Setiap kali ada tawaran diskaun 50% seperti itu, saya tak akan ketinggalan mendapatkannya. Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya dapat makan KFC dengan separuh harga. Kini dah tak boleh lagi beli 2 keping voucher sekaligus. Saya pun dah tak boleh makan KFC lagi jadi, saya ingin berkongsi rahsianya dengan anda.

    ...


Continue reading ...
 

Herba Barat dan Pasarannya

Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 5, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Suatu masa dahulu, sangat susah nak mendapatkan herba barat. Pada masa itu, cuma ada herba barat dalam botol keluaran Mc Cormick je. Sebotol melebihi RM10. Kemudian keluar beberapa jenama lain menyaingi Mc Cormick seperti Master Food tapi harganya masih lagi mahal. Kemudian saya dapati harga herba barat lebih kurang RM8 sahaja sebotol. Mungkin kerana ia lebih mudah didapati dan kehadiran pelbagai jenama. Pada masa itu, saya terpaksa mendapatkan bekalan herba barat terus dari pengimportnya tet...


Continue reading ...
 

Pameran Buku Terunggul di Johor | Popular Mega Bookfair

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 14, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Rasa lengang persekitaran rumah saya. Semuanya dah pulang kekampung sempena cuti persekolahan panjang. Hanya tinggal jiran-jiran india yang menyambut Deepavali di bandar. Saya tak dapat pulang ke kampung kerana SPM masih belum tamat lagi. Risau jugak kalau banjir menghalang laluan. Tak pasal-pasal ramai calon SPM kena kuarantin. Nasib baik cuti Deepavali dan Maal Hijrah sekarang ni serentak dengan berlangsungnya Popular Mega Bookfair iaitu pameran buku terunggul di Johor. Ada la jugak aktivit...


Continue reading ...
 

Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 26, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ingat lagi dalam entri Impian Menjadi Nyata dimana Stand Mixer yang saya idam-idamkan akhirnya selamat sampai ke rumah saya. Lepas tu ramai sangat yang tanya mana nak beli mixer harga macam tu. Memang susah sangat nak jumpa mixer besar dan berkuasa berharga RM450.00 macam ni. Semuanya melebihi RM1000. Kalau sekitar RM2000 memang banyak. Itu pun tak sebesar mixer yang saya beli ni. Kawan-kawan pun sibuk tanya. Siap warning lagi, kalau ada offer mixer lagi, jangan lupa bagitau. Setakat ini, kua...


Continue reading ...
 

Daging Korban Untuk Fakir Miskin?

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Syawal baru sahaja meninggalkan kita. Sana-sini terdengar bebudak kata “alaa.. raya dah abis. Tak de lagi makan free..” Cukup-cukup la tu makan di rumah terbuka. Saya pun dah tak larat lagi melayan perut yang bermacam ragam bila diisi dengan berbagai benda. Dah lama saya menjaga perut ni dengan memakan benda-benda yang saya tahu asal-usulnya. Tapi bila raya, semuanya tak terkawal. Tali perut pun macam kena kejutan budaya. Dah puas makan bulan Syawal, sekarang masanya kita memikirkan tenta...
Continue reading ...
 

Kitchen Digital Scale Terus Melalui Saya

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Beberapa entri penimbang digital atau kitchen digital scale sebelum ini mendapat banyak respon daripada surirumah yang berminat untuk memilikinya tetapi berbagai masalah yang dihadapi. Ada yang mengatakan tak pandai melakukan pembelian secara online. Ada yang tak mempunyai kad kredit. Ada yang tak mempunyai kemudahan online banking. Ada yang tak faham syarat-syarat yang diberikan dan ada juga yang tak yakin dengan web jualan online. Saya faham apa yang anda rasakan. Saya juga begitu suatu k...


Continue reading ...
 

Icing Decorating Pen dan Silicone Cupcake Mould

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, August 29, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Cemburu betul dengan peralatan yang ada sekarang. Dulu saya terpaksa bersusah-payah belajar dan berlatih menggunakan peralatan menghias kek. Menggigil-gigil tangan memicit piping bag. Sekejap kuat sekejap perlahan, hasilnya icing saya sekejap besar sekejap kecil. Sekarang ni nampaknya sesiapa sahaja boleh menghias kek. Tak payah belajar bertahun-tahun. Hasilnya tetap cantik dan menarik. Kalau tahu ada alat macam Icing Decorating Pen ni, tak payah la saya belajar bertahun-tahun.

Dengan alat c...


Continue reading ...
 

Dual Blades Multi Food Processor

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 28, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Banyak betul barang dapur yang saya idamkan. Lebih-lebih lagi bila ada offer yang tak sanggup saya lepaskan. Terkenang bagaimana saya membuat yong taufu beberapa hari lepas. Terasa macam nak menitik air mata sewaktu mengisar isi ikan menggunakan blender. Kalau guna air banyak, memang tak menjadi la fishball saya. Silap-silap boleh jadi lempeng. Kalau tak guna air pulak, memang tak berpusing la blender tu. Kalau kisar sedikit-sedikit, isi ikan cuma melekat kat tepi dinding je. Kalaulah ada foo...


Continue reading ...
 

Digital Kitchen Scale Discount 52%

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 27, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Lepas saya paparkan iklan kitchen scale bulan lepas, ramai yang terlepas peluang untuk memilikinya. Ramai yang kata dah lama tak buka email, ada yang kata tak tahu macam mana nak beli. Penat saya melayannya. Ada jugak yang nak bank in duit dalam akaun saya. Sekarang ni ada lagi offer kitchen digital scale yang menarik perhatian saya tapi dari jenis yang lain. Kalau dulu penimbangnya mempunyai mangkuk stainless steel dengan design yang hebat tapi kini hanya leper sahaja dengan permukaan kaca. ...


Continue reading ...
 

Hari Terakhir Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 13, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini...


Continue reading ...
 

Electric Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine yang berbaloi-baloi

Posted by Norasikin Basri on Saturday, August 11, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dekat-dekat nak raya ni, saya sibuk sangat. Tak sempat nak menulis resepi. Faham-faham sendiri la apa yang saya buat dihujung Ramadhan ni. Saya harap dapat post entri biskut raya sehari dua lagi tapi hari ni saya terjumpa satu offer baik lagi. Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine. Sekali lalu je saya dah rasa sangat berbaloi memilikinya.

Alat ini sama seperti sandwich maker yang lain. Bezanya cuma plat tak melekatnya, boleh ditukar-tukar untuk menjadi Sandwich Maker, Wafle Maker dan Gri...


Continue reading ...
 

Tip Berjimat Untuk Kuih Raya

Posted by Norasikin Basri on Friday, August 3, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Macam malas pulak hari ni menulis resepi. Sibuk sangat menggulung rokok daun untuk dijual raya ni. Masa untuk berborak lagi. Dah ada berapa jenis kuih raya yang anda sediakan? Buat ke beli?

Kalau tengok kuih raya di pasaran, memang rambang mata dibuatnya. Harganya juga berbagai-bagai. Kalau yang menggunakan majerin, dengan rasa yang sepesen je, murah je harganya. Kuih-kuih seperti ini selalunya dibuat menggunakan cetak dikilang. Adunana yang sama, cuma dipelbagaikan dengan kekacang, coklat, p...


Continue reading ...
 

Penimbang Digital Murah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 31, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya dah janji, kalau ada barang baik, mesti beritahu kepada seluruh pengunjung blog saya. Saya akan utamakan barang-barang untuk kegunaan memasak yang betul-betul murah dan berbaloi. Seperti penimbang digital ini, kompom memang murah dan berbaloi. Ini ikhlas dari orang yang sangat berhati-hati dalam berbelanja macam saya.

Klik gambar untuk maklumat lanjut

Penimbang ini bukan sahaja untuk menyukat berat tetapi juga untuk menyukat isipadu bahan. Selalu sangat saya terima komen mengatakan dia tak...


Continue reading ...
 

Salam Ramadhan dan Diskaun Ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 24, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
  1. Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
  2. Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tauhu

Posted by Norasikin Basri on Thursday, July 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya...


Continue reading ...
 

Pembelian Berkelompok Secara Online Deal

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya dah agak dah, mesti ramai yang teruja dengan Heavy Duty Mixer The Baker yang baru saya beli berharga RM400 yang saya tunjukkan dalam entri Impian Menjadi Nyata semalam. Ramai kawan-kawan saya yang frust sebab tak dapat beli. Saya pulak yang jadi mangsa. Sorrylah bukan saya sengaja. Saya pun dapat tahu dah last minute. Dapat la beli 3 biji je. Satu untuk saya dan dua lagi untuk kawan saya. Kawan-kawan saya pun dah warning saya. Kalau ada apa-apa offer best lagi, jangan lupa bagitau dia. S...


Continue reading ...
 

Impian Menjadi Nyata

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 18, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ini, saya dah pun berada di Kuala Lumpur untuk kursus selama seminggu macam yang pernah saya ceritakan dulu. Kursus seperti ini memang saya tak gemar sangat sebab tak dapat duduk di dapur. Sepanjang masa dikelilingi kertas. Tangan sentiasa pegang pen sedangkan rekabentuk tangan saya ni dicipta khas untuk memegang sudip! Tapi tak mengapalah. Demi pelajar-pelajar saya, saya ikutkan juga. Kesian saya ni. Terhegeh-hegeh sorang-sorang datang ke KL sedangkan sepatutnya ada beberapa orang lagi ...


Continue reading ...
 

Menyediakan kek dalam waktu sibuk

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 22, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem...


Continue reading ...
 

Ikan Siakap Sambal Tomato

Posted by Norasikin Basri on Monday, February 20, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika...


Continue reading ...
 

Resepi Muffin Asas 2

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 1, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Sengaja saya memaparkan resepi muffin asas lagi kerana kedua-duanya sangat jauh berbeza. Resepi muffin asas yang pertama lebih bersifat komersial dimana kos menghasilkannya sangat kecil dan tidak cerewet manakala resepi muffin asas kali ini lebih tinggi kosnya dan sesuai untuk surirumah yang hanya menghidangkan yang terbaik untuk keluarganya. Saya harap anda dapat membandingkan kedua-duanya dan ulaskan pendapat anda dalam kotak komen dibawah.

Bahan-bahan untuk Resepi Muffin Asas2
350g Tepung ...


Continue reading ...
 

Nak duit, kaya dan berjaya secara bijak?

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 30, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.

Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih...


Continue reading ...
 

Perlaksanaan Ibadah Korban Secara Online

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apakah alasan-alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak menjalankan ibadah korban? Ada yang kata, tak tahu mana nak beli lembu atau kambing. Ada yang kata, tak tahu macam mana nak uruskan haiwan yang akan dikorbankan. Ada juga yang kata, tak tahu dan tak ada siapa yang boleh membantu menguruskan penyembelihan. Dan paling ramai yang berkata, tak cukup modal atau belum berkemampuan lagi. Apa pula alasan anda? Mari kita bincangkan bersama-sama.

Walaupun ibadah korban ini bukanl...


Continue reading ...
 

Resepi Popia Nestum Bercoklat

Posted by Norasikin Basri on Saturday, August 20, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih...


Continue reading ...
 

Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim Perayaan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 2, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat semua. Semoga mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dibulan Ramadan yang mulia ini. Apabila bermula sahaja bulan Ramadhan, perang merebut pelanggan menerusi promosi-promosi yang mendebarkan perasaan, turut berlangsung. Daripada barang-barang keperluan hari raya sehinggalah kepada barang-barang yang tiada kena mengena dengan hari raya semuanya tertera perkataan Murah! Jimat! Diskaun! Rebat! Percuma! Dan sebagainya. ...


Continue reading ...
 

Keistimewaan Pisau Seramik Dari Pengalaman Saya

Posted by Norasikin Basri on Sunday, July 31, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.

Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Sira Karamel

Posted by Norasikin Basri on Friday, April 15, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ramai surirumah terutama yang bekerja, memilih untuk makan di luar bukan kerana kerana mereka banyak wang. Bukan juga kerana mereka pemalas atau tak reti memasak. Mereka sebenarnya tak sempat atau tak larat untuk memasak setelah pulang dari bekerja. Dengan desakan dari anak-anak yang sentiasa je lapar macam anak saya, cara yang paling mudah tentulah membawa mereka semua makan diluar. Kalau nak keluar pun tak larat, mereka akan membeli makanan segera melalui telefon. Walaupun dalam kesempitan ...


Continue reading ...
 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Selama ni saya asyik mempromosikan Labis yang popular dengan tempat mandi-manda seperti Pusat Reakreasi Kolam Air Panas dan Hutan Lipur Taka Melur. Jadi apa salahnya saya bercerita pula mengenai Muar, iaitu kampung saya yang terkenal dengan mi bandungnya.

Minggu lepas ketika dikampung, saya merancang untuk meraikan hari bertuah saya dengan menjamu ahli keluarga saya. Biasanya saya akan memasak sendiri tetapi kali ini saya berhajat untuk makan di suatu tempat yang sedikit happening. Akhirnya ka...


Continue reading ...
 

Resepi Kacang Bersalut

Posted by Norasikin Basri on Friday, March 11, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ...


Continue reading ...
 

Bagaimana memilih Resepi Kek Coklat Moist Yang Baik Sebelum Mencuba

Posted by Norasikin Basri on Thursday, March 10, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kadang-kadang bila saya rasa boring dan ingin mencari idea resepi apa yang ingin dikaji, saya akan surf internet. Mana la tau dapat idea resepi baru. tetapi setiap kali jugak saya akan terserempak resepi kek coklat moist. Hampir semua blog dan web resepi mesti mengandungi resepi kek coklat moist. Bermacam-macam jenis. Berbagai-bagai cara bergantung kepada kreativiti orang yang menciptanya. Setiap orang mungkin berbeza cara-cara dan kaedah yang dirasakan lebih mudah. Dan dalam entri ini saya g...


Continue reading ...
 

Mi Telur Sup Cara Komersial

Posted by Norasikin Basri on Monday, March 1, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Dulu selalu kita dengar istilah "makan mi segera pada hujung bulan" yang bermaksud apabila kesempitan wang terutama sebelum gaji keluar, maka mi segera lah yang menjadi santapan seharian kerana harganya yang murah. Sekarang memang jarang sekali saya dengar istilah sebegini. Sebab utamanya ialah kerana mi segera bukan lagi boleh dikategorikan sebagai makanan murah. Dengan harganya yang semakin tinggi, kuantitinya yang semakin kecil, kandungan bahan perasa, pewarna dan pengawet yang tidak terka...


Continue reading ...
 

Mi Bandung Muar

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 25, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Rasanya mi bandung muar memang dah terkenal di seluruh Malaysia dan tak perlu diperkenalkan lagi. Merata-rata gerai dan restoran yang menjual hidangan ini. Walaubagaimanapun kebanyakkan gerai dan restoran ini hanya meniru-niru sahaja. Jarang jumpa yang betul-betul mempunyai rasa mi bandung muar. Kalau kita benar-benar merasai mi bandung muar, kita akan dapati rasanya lebih kepada rasa udang kering. Inilah yang cuba ditiru oleh gerai-gerai dan restoran. Tumiskan bawang, bawang putih, lada boh ...


Continue reading ...
 

Design Cover Termurah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 22, 2009, In : Tips dan Resepi Malaysia 
Tahun baru baru hampir tiba. Harap anda semua telah bersedia dengan azam baru lengkap dengan strategi-strategi untuk memudahkan anda mencapainya. Saya ucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya.

Sempena tahun baru ini, saya ingin memperkenalkan servis saya yang terbaru yang baru sahaja dilancarkan pada maal hijrah yang lalu. Ia tiada kena mengena dengan dunia masakan. Namun ia sangat bagus untuk anda yang berhasrat untuk mengabadikan resepi-resepi anda dalam bentuk ebook. Macam saya atau...
Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH LUMAYAN

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola