Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " masakan" (Show all posts)

Resepi Kuih Tradisional Onde-onde Buah Melaka

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 22, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Masa kecil-kecil dahulu memang saya kurang gemar kuih-kuih lembut dan manis seperti onde-onde ni. Maklumlah, gigi masih kuat. Badan masih muda. Tentulah suka yang pedas dan rangup. Kini bila rambut dah mula putih, badan dah sakit-sakit, barulah terasa nikmatnya kuih tradisional yang manis dan lembut ni.

Seiring dengan peredaran zaman, kita tak perlu lagi mengisar beras pulut untuk membuat onde-onde. Walaupun guna pengisar modern, teta...


Continue reading ...
 

Resepi Nasi Ayam Kangkang Mudah dan Cepat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 17, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sekarang ni saya dapati nasi ayam yang dijual dimana-mana tempat yang saya pernah pergi, semuanya terlalu simple. Kebanyakkannya hanya menggunakan tepung ayam goreng segera yang dibancuh cair dan diperap pada ayam sebelum digoreng secara apollo iaitu ayam seekor-seekor dicangkuk pada besi dan digantung dalam periuk yang mengandungi minyak panas yang banyak. Lepas masak barulah ayam dipotong dan dicurahkan dengan sos cili dan sos kicap untuk memberikan rasa pada ayam.


Continue reading ...
 

Resepi Lempeng Batak Gebu

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 26, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bagi orang Malaysia, menu seperti Lempeng Batak Gebu hanya sesuai untuk sarapan, minum petang atau jenis-jenis makanan ringan. Bagi saya pula ia adalah hidangan utama. Anak saya memang menggemari roti canai, roti jala, tossei, dan sebagainya. Tapi nak membuatnya memerlukan masa dan perhatian yang lebih. Saya juga mahukan ia lebih menyihatkan dan mampu menawan selera anak. Cara paling baik adalah dengan membuat lempeng batak.


Continue reading ...
 

Daging Masak Yenkenkuksokanyu

Posted by Norasikin Basri on Sunday, September 17, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Daging masak Yenkenkuksokanyu? Pelik benar bunyinya. Begini ceritanya. Semenjak kecil hingga sekarang, saya suka menonton rancangan masakan Martin Yen hinggakan saya melihat perubahan wajahnya dari dia muda hingga tua. Dari beratus-ratus episod dalam berpuluh-puluh musim dan rancangan masakan, saya dapati teknik masakannya kebanyakkannya hampir sama. Masih lagi memasak old school. Belum pernah saya nampak dia menggunakan peralatan moden. Kalau ada pun mungkin terlalu sedikit. 

[PENTING!] Ini 5...

Continue reading ...
 

Resepi Nasi Ambeng Warisan Negara

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 17, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Nasi Ambeng sering dihidangkan ketika majlis kecil-kecilan seperti tahlil dan doa selamat. Oleh kerana aksesorinya yang ada beberapa jenis menyebabkan ramai surirumah memilih untuk memasak lauk-pauk yang lebih cepat dan mudah. Padahal, sama je. Bukan banyak pun pelengkap nasi ambeng ni. Selalunya ada lauk ayam, sambal jawa, serunding, mi goreng dan ikan masin. Nak lebih pun boleh tapi kena la kerja lebih sikit.


Continue reading ...
 

Resepi Ubi Getuk Mesra Sejuk Beku

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 28, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ada pak cik, mak cik, atuk dan nenek yang pernah hidup dizaman penjajahan Jepun yang langsung tak sudi lagi menyentuh ubi kayu sekarang ni. Bagi mereka, ubi kayu adalah makanan sewaktu susah,, sewaktu tiada makanan untuk dimakan dan untuk orang yang tak berkemampuan. Bagi Atok Aji pula, ubi kayu sesuatu yang membangkitkan nostalgia. Ubi kayu sejenis makanan yang sangat istimewa dan boleh mendatangkan kerinduan. Direbus begitu sahaja pun dah sedap. Apa lagi kalau dijadikan Ubi Getuk atau talam...

Continue reading ...
 

Resepi Kwey Teow Goreng Mak Ngah Dulu Kini Dan Selamanya

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 31, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya respect kat surirumah yang hidup di kampung-kampung jauh di pedalaman kerana mereka berupaya memasak hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang terhad. Ini menyebabkan saya terkenang kepada zaman kanak-kanak saya dahulu. Zaman dimana produk-produk makanan segera masih kurang dan kecil pasarannya. Tiada sos ikan, tiada sos tiram, tiada kuib ayam. Hanya ada ikan bilis atau belacan.


Tak perlu saya ceritakan siapa Mak...

Continue reading ...
 

Video Masakan : Sandwich Double Decker

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Video demo masakan kedua yang juga dipersembahkan oleh anak kesayangan saya iaitu Resepi Sandwich Double Decker. Dia ni memang suka masak tapi cuma makanan yang dia suka je. Katanya, kalau ayah atau ibu sakit, dia boleh masak untuk keluarga. Jadi bersungguh-sungguh la dia belajar memasak. Tak susah nak ajar di memasak tapi memang rimas juga la tengok di buat kerja. Terkial-kial. Terkemut-kemut. Rasa macam nak tolong je dia kupas telur. Tapi kalau tak biarkan dia mencuba, selama-lamanya la dia...

Continue reading ...
 

Video Masakan : Resepi Mi Telur

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Artikel pertama tahun 2017 ni saya ingin berkongsi resepi yang pernah saya paparkan dulu iaitu Resepi Mi Telur. Bezanya kali ini resepi ini diterangkan dalam bentuk video demo masakan. Lebih menarik lagi, demonstrasi membuat mi telur ini di sampaikan oleh anak saya sendiri. Saksikanlah keletah budak ni yang cuba mencabar kewibawaan saya dalam dunia masakan.


Continue reading ...
 

Resepi Cendawan Tekukur Goreng Tumis

Posted by Norasikin Basri on Saturday, November 19, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Jarang sekali cendawan tekukur dijual di pasar ditempat saya. Selama saya bermastautin disini, ini adalah kali kedua saya berpeluang membelinya. Cendawan tekukur membuatkan saya terkenang kembali zaman kanak-kanak dikampung. Setelah pokok getah disodok, batang getah akan disusun memanjang menjadi beberapa barisan dan dibiarkan mereput. Jadi bila tiba masa Felda menanam semula getah, seluruh ladang akan dipenuhi batang-batang getah yang mereput dan menjadi tempat kami memetik cendawan. Biasany...

Continue reading ...
 

Resepi Sup Labu – Resepi Nak Kurus Terpimpin

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 26, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat barat gemar masakan yang mempunyai rasa yang asli bersesuaian dengan penggunaan rempah dan herba masakan barat yang mempunyai rasa dan bau yang lembut. Begitu juga dengan sup labu, tentu mereka inginkan sup mereka betul-betul rasa labu. Jadi, biasanya mereka tak menggunakan bahan yang banyak kerana ia akan mengurangkan rasa labu itu sendiri.



Labu termasuk ...

Continue reading ...
 

Flatbread Ayam Chinese Style

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 29, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Semenjak dua menjak ni saya dah menukar tabiat pemakanan saya. Saya nak menuju kearah makanan yang lebih menyihatkan. Dulu memang saya dah kurangkan makanan yang berat dan berminyak. Sekarang saya nak mengurangkan lebih banyak lagi. Kurang lemak, kurang garam, tak bergula, kurang karbohidrat dan yang penting kurang makan. Jadi hari ini terkeluarlah resepi flatbread yang biasanya popular di timur tengah dan India. Namun untuk lebih menyihatkan, saya pilih inti dari masakan cina yang memang ter...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Kukus Nasi Ayam

Posted by Norasikin Basri on Saturday, February 13, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seperti yang kita tahu, nasi ayam dikenali sebagai masakan popular cina. Oleh itu nasi ayam tak banyak menggunakan rempah. Cuma sekarang ni, nasi ayam dah berevolusi di Malaysia. Penggunaan rempah-rempah dalam nasi ayam ternyata menepati selera penduduk Malaysia.
Namun hari ini, saya hanya ingin menyentuh mengenai Resepi Ayam Kukus sahaja. Resepi ini menepati menepati masakan cina. Walaupun ia ...

Continue reading ...
 

Resepi Susu Badam

Posted by Norasikin Basri on Sunday, July 5, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masa mula-mula dulu, saya ternampak seorang mamak mengacau satu kuali besar susu yang panas berasap menggunakan senduk yang juga besar. Kadang-kadang dia tarik susu tu tinggi-tinggi hingga senduk hampir mencecah bumbung. Macam best je tengok aksi mamak tu. Itulah susu badam, minuman berprotin tinggi kegemaran masyarakat India. Tak banyak restoran mamak yang menjualnya kerana harga badam yang tinggi di negara kita dan saingan daripada susu soya yang jauh lebih murah dan setanding khasiatnya.


Continue reading ...
 

Mihun Goreng Kampung

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 22, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat islam terutama pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial. Semoga anda semua berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Saya juga bersyukur dapat sekali lagi berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada bulan puasa seperti ini terutama selepas waktu zohor, kita selalu terbayangkan berbagai jenis hidangan yang semuanya sedap dihati kita. Ada diantaranya hidangan yang tak pernah kita terfikirkan kecuali di bulan Ramadhan. Kita serupa…. C...

Continue reading ...
 

Resepi Pajeri Terung

Posted by Norasikin Basri on Sunday, April 19, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masakan melayu memang banyak menggunakan santan. Kalau difikir-fikirkan, memang menakutkan juga. Tapi inilah yang menjadikan masakan melayu unik berbanding masakan lain. Tak cukup dengan santan, kita banyak menumis menggunakan minyak. Kemudian ada juga yang menggunakan kerisik untuk mnjadikan rasanya lebih lemak.  Resepi Pajeri Terung dibawah ini adalah resepi asas yang perlu anda ketahui mengenai pajeri. Jika anda mencubanya, harap kurangkanlah lemak yang digunakan. Kadang-kadang kalau saya ...

Continue reading ...
 

Resepi Pai Epal Bluberi

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 13, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Rasanya ini artikel saya yang pertama mengenai pai. Bukan tak boleh buat tapi kurang ilmu mengenainya. Apa yang saya tahu, pai popular dalam masakan barat kerana ia termasuk dalam beberapa kategori hidangan. Untuk resepi Pai Epal Bluberi dibawah ini, ia adalah dari kategori dessert. Sekali tengok, tak nampak perbezaannya diantara pai ini dan tart. Dua-dua manis, dua-dua ada pastry rapuh. Itulah masakan barat.  Benda yang lebih kurang sama tapi namanya jauh berbeza kerana masakan barat sangat ...

Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 7, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mempelajari hidangan kos rendah seperti Ayam Masak Kicap Pekat ini nampaknya menjadi sangat perlu sekarang ni. Dalam masa seminggu, dah mula terasa kesan GST. Barang-barang dan perkhidmatan yang terlibat dengan GST dah tentulah menyebabkan pertambahan dalam perbelanjaan kita. Manakala yang tidak terlibat dengan GST pula, awal-awal lagi dah dinaikkan harga. Kalau dulu, kicap menjadi makanan harian dan sesuai untuk inividu yang kurang berkemampuan macam saya. Kini saya rasa kicap dah menjadi ma...

Continue reading ...
 

Ingin Mengikuti Kursus Diploma Seni Kulinari?

Posted by Norasikin Basri on Saturday, March 21, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sedar tak sedar, dalam masa lebih kurang setahun setengah, pelajar-pelajar saya akan menjadi graduan pertama kolej ini dalam bidang kulinari. Saya sentiasa berharap untuk memberikan lebih banyak ilmu kepada mereka. Apakan daya, bukan semua berminat untuk memperolehi ilmu yang saya ada. Kebanyakkannya hanya belajar sekadar untuk mencukupkan kredit. Dan terpaksalah saya mengajar hanya sekadar melengkapkan silibus. Dan kini mereka akan menjalani latihan praktikal di industri yang mereka pilih se...

Continue reading ...
 

Kek Bantal Majlis Perkahwinan

Posted by Norasikin Basri on Thursday, March 5, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dah lama saya teringin nak buat ke bantal tapi belum berpeluang. Setiap tempahan kek yang saya terima jarang menggunakan sepenuhnya fondant seperti ini. Mereka lebih gemar buttercream yang lebih sedap dimakan. Fondant cuma untuk menjadikan ia cantik dan menarik je. Walaupun fondant boleh diperisakan, namun tetap la sebahagian besarnya akan dibuang. Bagaimanapun, fondant lebih mudah untuk dihias. Seperti bermain tanah liat, kek boleh dipegang, dibentuk, dipicit seperti yang kita inginkan. Jadi...

Continue reading ...
 

Grilled Spare Ribs Chinese Style

Posted by Norasikin Basri on Sunday, March 1, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Rasa macam syok pulak makan bahagian rusuk grill. Kalau dulu saya buat style barbeku masakan barat. Sekarang saya nak cuba pulak menggunakan resepi cina. Dah lama saya menggunakan resepi ini untuk masakan cina seperti nasi ayam, itik, daging tapi belum pernah dengan Lamb Spare Ribs. Rupa-rupanya resepi gril cara cina ni memang sangat berguna. Setakat ni, segala yang saya panggang atau goreng termasuk sayur-sayuran, menghasilkan hidangan yang sangat enak sekali. Jadi saya rasa, semua surirumah...

Continue reading ...
 

Resepi Kek Epal Rangup

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 27, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Jarang jumpa kek yang rangup. Biasanya semua orang suka kek yang gebu. Sebenarnya, kek epal rangup ni cuma rangup pada permukaan keknya sahaja. Kemudian potongan epal juga menjadikan kek ini terasa rangup. Kek epal rangup ni mengingatkan saya kepada pai epal McDonalds. Bila makan kek ni, terubat jugak la kerinduan pada pai epal.

Kek epal rangup memang sangat sedap tapi rupanya tak cantik. Permukaan atasnya y...

Continue reading ...
 

Resepi BBQ Rusuk Kambing

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 15, 2015, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Pertama sekali, saya ingin membuat pengumuman, diminta Mr Abd Halim Mustafa untuk menghubungi saya melalui email untuk urusan ebook. Saya masih belum menerima sebarang email dari anda. Terima Kasih.

Dah banyak jenis sos BBQ segera yang saya cuba. Begitu juga BBQ yang terdapat di hotel-hotel. Kebanyakkannya mempunyai rasa yang lebih kurang sama iaitu sos BBQ dengan bahan utamanya tomato. Jadi saya beranggapan, inilah rasa sos BBQ yang paling popular yang menepati ciri-ciri makanan barat. Sos BB...

Continue reading ...
 

Resepi Chapchai Sayur Campur

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 20, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Resepi yang selalu mendapat permintaan kebanyakkannya kek dan kuih muih. Kemudian barulah lauk-pauk, hidangan karbohidrat atau mungkin juga jenis-jenis dessert, coklat dan sebagainya. Jarang sekali sayur-sayuran mendapat permintaan. Minuman pun kurang. Tapi kali ini saya tetap ingin memaparkan resepi chapchai iaitu sejenis sayur campur yang popular dalam masakan cina namun kini hampir semua restoran masakan thai ada menyajikannya.


Continue reading ...
 

Fish Fillet with Creamy White Sauce

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 6, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Cara orang barat memasak dirumah sekarang ni dah jauh berubah. Tiada lagi proses yang menyusahkan diri semata-mata inginkan masakan yang sedap dan asli. Kebanyakkannya menggunakan produk-produk segera yang banyak berada di pasaran. Segala jenis herba dan rempah-ratus seluruh dunia boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dinegara mereka. Tak boleh yang segar, mereka akan keringkan. Tak boleh yang kering, mereka akan jadikan jeruk. Tak boleh jeruk, mungkin dijadikan pes, dipastur, dan segala...

Continue reading ...
 

Resepi Chicken Kiev dan Asparagus Wraps with Lemon Mayo

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 14, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kiev adalah ibu negara Ukraine jadi ada yang beranggapan chicken kiev adalah hidangan tradisi berasal dari sana. Namun ada juga yang mengatakan chicken kiev mula-mula dihasilkan di Moscow, Rusia. Mungkin juga orang Ukraine datang ke Rusia dan mencipta hidangan ini. Kini chicken kiev adalah masakan barat yang popular diseluruh dunia. Secara umumnya, chicken kiev adalah isi ayam yang dimasukkan inti mentega, herba dan bawang putih kedalamnya sama ada di sumbat atau digulung kemudian disadur seb...

Continue reading ...
 

Sos Barbeku Pelbagai Guna | Multipurpose Barbeque Sauce

Posted by Norasikin Basri on Thursday, September 25, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Sos barbeku yang dijual dipasaran terutamanya keluaran negara-negara barat memang mempunyai rasa yang unik. Syarikat di Malaysia ada juga mengeluarkan sos-sos barbeku segera namun rasanya masih bercirikan ketimuran. Orang Malaysia sukakan pedas. Orang melayu contohnya, kalau makan masakan cina pun nak pedas. Makan masakan barat pun nak pedas. Pernah seorang pembeli ebook Resepi Masakan Barat Komersial bertanya kepada saya bagaimana nak jadikan sos black pepper tu lebih pedas. Dia dah tambahka...

Continue reading ...
 

Cheesy Pasta

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 20, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Keistimewaan masakan barat bagi saya adalah penggunaan bahannya yang mudah dan simple. Kaedah memasaknya juga tidak rumit. Kebanyakkannya dimasak berasingan kemudian barulah disatukan ketika dihidang. Jarang saya jumpa masakan barat yang rumit. Kalau nak perap pun cuma garam dan lada hitam. Sosnya juga takde la bercampur aduk rempahnya. Satu atau dua jenis dah cukup. Mungkin kerana bau dan rasa herba barat sangat lembut. Jadi kalau dicampur hanya bau dan rasa yang kuat sahaja yang kekal. Kala...

Continue reading ...
 

Jemput-jemput Udang dan Daun Cekur

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 22, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Saya membesar dengan jemput-jemput. Seringkali bila tiada makanan, jemput-jemputlah yang akan menjadi juadah kami. Pada masa tu, tepung gandum baru berharga 60 sen sekilogram. Bermacam jenis jemput-jemput yang kami buat tapi yang paling istimewa buat saya adalah jemput-jemput udang dan dan daun cekur. Istimewa kerana jarang-jarang sekali kami dapat makan udang. Kalau dapat membeli udang, sayang sekali kalau hanya dijadikan jemput-jemput. Jadi jemput-jemput udang dan daun cekur lebih jarang la...

Continue reading ...
 

Resepi Udang Mentega | Butter Prawn

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, April 16, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Rasanya semua dah maklum mengenai Resepi Udang Mentega atau lebih popular dengan nama orang putihnya Butter Prawn. Hidangan ini selalunya dijual di kebanyakkan restoran masakan thai atau cina. Restoran melayu dan yang lain pun ada juga, mungkin kerana hidangan ini dah cukup popular dan boleh diterima oleh semua bangsa di Malaysia. Lagipun tak nampak ciri-ciri masakan yang melambangkan mana-mana bangsa didunia. Jadi saya pun tak pasti Butter Prawn ni termasuk dalam kategori masakan mana. Yang ...

Continue reading ...
 

Resepi Claypot Yee Mee

Posted by Norasikin Basri on Saturday, April 12, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kali pertama saya makan Claypot Yee Mee hampir 20 tahun yang lalu di Pertama Complex Kuala Lumpur. Pada masa tu memang tak ramai yang tahu mengenai masakan ini. Claypot Yee Mee sebenarnya mudah saja namun tak ramai usahawan melayu yang berminat menjualnya. 

Peralatan Dapur Murah Berkualiti

Yee Mee popular dikalangan masyarakat cina jadi, menjual produk ini pasti menguntungkan kerana dapat menarik pelanggan dari kaum cina. Kita sepatutnya sedar, kaum cina mempunyai kuasa membeli yang besar. Dari pemerhatian saya, makanan y...

Continue reading ...
 

Nasi Ayam Claypot

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 8, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Cuma satu je yang saya tak gemar dengan Nasi Ayam Claypot yang dijual di gerai-gerai atau restoran iaitu mereka menggunakan nasi yang dah siap ditanak dan dimasukkan dalam periuk tanah liat. Di restoran cina, mereka masih mengekalkan keasliannya. Setiap Nasi Ayam Claypot dimasak secara berasingan setiap seorang daripada awal. Bersusun dapur arang sampai 20 biji. Kalau mereka boleh, kenapa kita tak boleh pulak?

Contest Confidence 

Untuk pelajar-pelajar saya yang cemerlang dalam SPM 2013, saya terlupa pulak nak t...

Continue reading ...
 

Resepi Lemang Tradisi

Posted by Norasikin Basri on Sunday, March 16, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya pun tak percaya, akhirnya berjaya jugak membakar lemang dalam bengkel. Mengajar menu perayaan memang sangat mencabar keupayaan saya. Masakan lain seperti ketupat nasi, lepat pulut, telur pindang dan lauk-pauk yang lain tak de la seteruk ini. Cabaran pertama adalah untuk mendapatkan buluh yang sesuai untuk lemang. Kalau 1000 atau 2000 batang, memang ramai yang sanggup nak masuk hutan. Bila jumlahnya hanya beberapa puluh sahaja, tu yang menjadi masalahnya. Cabaran kedua pula kaedah membaka...

Continue reading ...
 

Resepi Lamb Chop Mudah dan Pantas

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 11, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Berhubung dengan misteri kehilangan pesawat MH370, saya turut bersimpati atas apa yang berlaku. Moga kaum keluarga individu yang terlibat dapat bersabar dan jangan berhenti berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Saya mohon kepada pengunjung-pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial juga sama-sama mendoakan kesudahan yang baik untuk mereka. 

Saya memaparkan resepi Lamb Chop Mudah dan Pantas pada kali ini khusus untuk penggemar masakan barat yang tak begitu cerewet asalkan dapat menikmati...

Continue reading ...
 

Resepi Shish Kebab Ayam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 19, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Shish kebab adalah satu lagi contoh masakan yang mudah disediakan. Saya katakan ia mudah kerana ia boleh disediakan dengan apa sahaja cara yang kita suka. Segala jenis rempah boleh digunakan. Segala jenis daging boleh digunakan dan segala jenis sayuran juga boleh digunakan. Oleh sebab itu, berbagai resepi terhasil dari seluruh dunia bergantung kepada rempah-rempah yang popular di negara  tersebut. Di India menggunakan rempah seperti jintan, ketumbar dan lain-lain menjadikan rasanya menyerupai...

Continue reading ...
 

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 13, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya sering diajukan soalan seperti ini. Kalau saya gantikan bahan ni dengan bahan lain yg macam ni boleh tak? Sebenarnya, dalam masakan apa sahaja boleh digunakan asalkan mendapat kesan yang sama tanpa mengubah rupa, tekstur dan yang penting rasanya. Dalam blog saya, kebanyakkannya menggunakan bahan-bahan yang murah dan menjimatkan. Jadi suka hati anda lah jika nak guna bahan yang mahal. Tak dinafikan bahan yang mahal sepatutnya menghasilkan hidangan yang lebih sedap. Ada juga beberapa perka...

Continue reading ...
 

Gunakan Blog Resepi Masakan Barat Komersial untuk kebaikkan

Posted by Norasikin Basri on Sunday, January 12, 2014, In : Kelebihan Resepi Masakan Barat 

Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini saya bangunkan untuk memupuk semangat berniaga produk makanan kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya cuba ajarkan apa yang saya tahu agar anda dapat aplikasikan kepada perniagaan. Memang ilmu perniagaan saya sangat cetek tapi saya ada banyak idea yang boleh dilakukan dengan makanan. Jadi saya cuma dapat menerangkan dalam bahasa saya sendiri dan saya harap boleh difahami oleh orang lain. Nak ajar macam mana nak buat supaya anda jadi kaya atau macam mana su...

Continue reading ...
 

Resepi Laksa Ayam Pedas

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 6, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Memang ada keseronokannya bila memasak tidak tertakluk kepada kelaziman. Pertama, kita tak rasa terkongkong bila dapati banyak bahan yang diperlukan tak ada dalam dapur. Jadi gunakan sahaja apa yang ada. Kedua, kita dapat menghabiskan stok bahan yang ada sebelum ia rosak. Kalau nak tunggu semua bahan ada untuk membuat sesuatu masakan, mungkin lama lagi. Kalau nak beli pun tak berbaloi sebab tujuan asal adalah untuk mengosongkan dapur dan bukan menambahkan lagi barang-barang. Ketiga, mungkin t...

Continue reading ...
 

Resepi Nasi Dagang Kari Ikan Melayu

Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 4, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kenapa saya tulis Resepi Nasi Dagang Kari Ikan Melayu hari ni? Begini ceritanya. Banyak surirumah yang berhajat sangat nak mencuba berbagai-bagai resepi hebat dan percuma di internet. Tengok gambar, memang menyelerakan. Bila tengok bahan-bahannya, terus patah semangat. Itu tak de. Ini tak de. Bahan tak dikenali, susah nak dapat dan macam-macam lagi. Akhirnya, masak yang sama je setiap hari.


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Lada Hitam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau untuk makan sendiri, saya jarang menyusahkan diri dengan resepi-resepi yang menggunakan bahan yang banyak. Asalkan keseimbangan rasa garam gula dan asamnya dapat dicapai, dah mencukupi untuk keluarga saya. Lain la kalau mak mertua datang. Kena la bersusah payah sikit. Perlu dapatkan aroma yang betul, dan tekstur yang cantik selain rasa yang mesti sedap. Untuk resepi ayam lada hitam yang dibawah ini, saya ketegorikan dalam resepi senang. Tak perlu nak menggunakan rempah tumis untuk aroma...

Continue reading ...
 

Resepi Mi Hoon Sup Masakan Cina

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 28, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Bagi seorang pengusaha makanan kecil-kecilan contohnya gerai Mi Hoon Sup, perakaunan dianggap tidak penting. Kebanyakkannya hanya menggunakan sebuah buku kecil untuk menulis jumlah wang keluar dan jumlah wang masuk sahaja. Ramai juga yang langsung tak mempunyai catatan aliran keluar masuk wang mereka. Hakikatnya, sekecil manapun usaha kita, catatan yang lengkap amat penting dalam menilai sejauh mana kejayaan yang dicapai. Penilaian ini membantu kita untuk maju lebih jauh kehadapan. Takkan sel...

Continue reading ...
 

Resepi Waldorf Salad Popular dari Masakan Barat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 22, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Satu lagi salad yang harus dipelajari jika ingin memahirkan diri dalam masakan barat adalah waldorf salad. Waldorf salad adalah salad campuran yang menggabungkan banyak bahan seperti epal, celery, walnut dan sebagainya yang dimakan bersama mayonis. Salad ini adalah appertizers yang popular dalam masakan barat. Beberapa perkara yang harus diingat oleh seorang ketua tukang masak apabila menyediakan appertizers adalah, rupa yang menarik serta rasa yang sedap hasil daripada gabungan bahan-bahan y...

Continue reading ...
 

Jika Anda Tuan Punya Restoran

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Semenjak saya membangunkan blog Resepi Masakan Barat Komersial dan berkongsi berbagai resepi komersial secara percuma, saya merasakan ilmu saya berkembang dengan sangat pesat sekali. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada saya. Saya percaya, selagi ada insan yang menggunakan ilmu yang saya kongsikan, selagi itulah saya akan mendapat kebaikkan dariNya. Kalau saya menggunakan ilmu saya untuk memberi makan kepada orang lain, apabila saya dah tak mampu lagi, kebai...

Continue reading ...
 

Resepi Udang Tempura | Shrimp Tempura

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 8, 2013, In : Ciri-ciri Masakan Barat 


Dulu saya pernah mengeluarkan artikel mengenai Resepi Seafood Tempura. Waktu itu saya menggunakan resepi yang lebih jimat dan sesuai untuk pengeluaran komersial berskala besar. Kali ini, resepi udang tempura menggunakan kaedah yang dipakai di hotel-hotel ternama. Chef-chef hotel memang tak mengambil kira mengenai kos sangat. Pelanggan-pelanggan mereka bukan pernah tanya harga pun. Mintak bil, terus gesek je kad kredit. Yang penting, dia nampak makanan tu menarik, dia rasa makanan tu sedap, di...

Continue reading ...
 

Resepi Chef Salad

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 2, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Salad dalam masakan barat adalah diantara hidangan yang paling berwarna-warni, berperisa dan berkhasiat dalam sesuatu menu. Salad boleh dihidangkan begitu sahaja atau menjadi pelengkap untuk hidangan lain. Kebanyakkannya dihidangkan sebagai pembuka selera untuk set hidangan yang lengkap. Untuk chef salad, ia lebih mudah berbanding caesar salad dan ia boleh dihidang bersama mana-mana dressing yang anda gemari seperti vinaigrette, tartar sauce, thousand island dan lain-lain.


Continue reading ...
 

Kari Hijau Thai | Thai Green Curry

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 30, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kari Hijau Thai sebenarnya sangat popular di negara barat. Dalam bahasa thai, ia dipanggil Gang Kiew Waan yang bermaksud Sweet Green Curry walaupun sebenarnya ia tak de la manis mana pun. Kalau Kari Hijau Thai saya pula tentulah pedas menyengat. Namun manisnya perlu ada. Di Malaysia, Kari Hijau Thai juga popular tetapi terhad di restoran-restoran besar dan hotel-hotel sahaja. Kalau gerai masakan thai yang banyak nasi goreng thai dan tomyam Chiangmai tu mungkin tak de kerana membuat Kari Hijau...

Continue reading ...
 

Resepi Solok Lada

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 23, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau saya makan nasi kerabu, rasa tak lengkap kalau tak ada solok lada. Walaupun solok lada tak semestinya dimakan bersama nasi kerabu, saya dapati rasanya sangat sesuai bersama nasi kerabu. 3 perkara yang mesti ada bila saya makan nasi kerabu. Pertama tentulah solok lada. Kedua daging salai dan ketiga ulam-ulaman mestilah banyak. Kalau teringin nak makan nasi kerabu sepuas hati, boleh rujuk resepi nasi kerabu dalam artikel saya sebelumnya.

Continue reading ...
 

Resepi Nasi Kerabu

Posted by Norasikin Basri on Sunday, September 22, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Sekali pandang, terasa macam leceh sangat membuat nasi kerabu ni. Kalau setakat untuk makan tiga atau empat orang, terasa tak berbaloi nak membuatnya. Tapi sebenarnya nasi kerabu tak seleceh mana. Nasi kerabu asalnya terdiri dari nasi, sambal budu, sambal kelapa, dan ulam-ulaman sahaja. Kemudian barulah ditambah lauk-pauk yang disukai seperti daging salai, solok lada, ayam percik, ikan goreng tepung dan macam-macam lagi. Lain kali je la kita cerita pasal lauk-pauk ni. Kali ni utamakan yang pe...

Continue reading ...
 

Resepi Paper Wrapped Chicken

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Dalam masakan cina, mereka memang suka jenis yang bungkus-bungkus ni. Selalunya kita lihat hidangan yang dibungkus dengan kulit wantan, kulit popia, atau berbagai-bagai lagi bahan yang boleh dimakan. Mungkin anda pernah merasai makanan yang dibungkus dari kertas beras. Kertas beras juga boleh dimakan. Bagaimanapun, untuk resepi ini, ia menggunakan kertas yang tak boleh dimakan seperti parchment paper atau wax paper. Tak banyak kelebihan membungkus makanan menggunakan kertas seperti ini. Nanti...

Continue reading ...
 

Bubur Nasi Teow Chew

Posted by Norasikin Basri on Thursday, August 29, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Teow Chew ada salah satu kaum yang terdapat dalam bangsa cina. Secara umumnya, bubur nasi teow chew adalah bubur nasi yang biasa didapati di Malaysia. Semua orang biasa makan cuma tak menyedari bahawa bubur nasi yang dimakan itu asalnya bubur nasi Teow Chew. Bagaimanapun bubur nasi teow chew mempunyai ciri-ciri tertentu. Pengiringnya pula pelbagai tetapi dibawah ini saya nyatakan serba sedikit pengiring yang paling ringkas, murah, mudah dan popular. Memang bubur nasi banyak dikaitkan dengan o...

Continue reading ...
 

Resepi Burung Merpati Goreng Berempah Istimewa

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, August 21, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Cemburu betul saya lihat gerai nasi lemak ayam goreng berempah di pasar-pasar malam yang pernah saya kunjungi, mesti dipenuhi pelanggan. Mereka semua sanggup beratur menunggu ayam siap digoreng. Saya tak rasa keistimewaan gerai ini terletak pada nasi lemaknya sahaja. Ayam goreng berempah juga sangat istimewa. Pertama, kerana rasanya yang sedap dan sangat sesuai dengan nasi lemak. Kedua, kerana ayam digoreng di gerai jualan dalam keadaan masih panas dan garing. Itula faktor yang menjadikan mer...

Continue reading ...
 

Resepi Semur Ayam

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 3, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Semur ayam adalah hidangan yang berasal dari Indonesia. Ia adalah masakan berempah yang sangat terkenal di sana. Namun begitu, saya bukanlah mahir sangat dengan hidangan begini. Apa yang saya tahu, bahan utama untuk semur adalah kicap manis. Di Indonesia, semur popular untuk hidangan daging tetapi oleh kerana saya tak boleh makan daging, jadi kali ini saya akan menggunakan ayam. Semur mempunyai pelbagai rasa rempah yang kuat dengan rasa manis, masin dan masam yang seimbang.


Continue reading ...
 

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang

Posted by Norasikin Basri on Monday, May 20, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hidup dibandar ni segala-galanya kena beli. Bahan-bahan yang suatu ketika dahulu kita tak pandang, sekarang dah tinggi harganya. Dulu kita boleh nampak jantung pisang tergolek je kat pangkal pokok pisang, sekarang cuma nampak di pasar dengan tanda harga. Setiap hari saya nampak lori pisang di jalan raya tapi jantung pisang di pasar tak de pulak sebanyak tu. Waktu teringin memang susah sangat saya nak dapat apa yang saya nak. Jantung pisang untuk Masak Lemak Jantung Pisang ni pun kebas kat sua...

Continue reading ...
 

Resepi Ikan Dengan Sos Manis Thai

Posted by Norasikin Basri on Friday, May 17, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...

Continue reading ...
 

Resepi Muffin Sosej dan Keju - Savoury Masakan Barat

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 30, 2013,


Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, masyarakat barat lebih gemar menggunakan kaedah ...


Continue reading ...
 

Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 29, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Dalam Artikel Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2 ini saya akan menumpukan kepada teknik dan tip membuat pizza serta maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan khususnya untuk peniaga pasar malam. Untuk resepi, sila rujuk Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1. Pizza adalah masakan barat yang popular seluruh dunia. Bagi saya, tak ada yang susahnya dalam membuat pizza. Hanya roti yang diletakkan inti diatasnya.


Continue reading ...
 

Ayam Pedas Berempah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 16, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ayam, sangat sesuai untuk masakan melayu berempah. Sebenarnya masak macam manapun tetap sedap juga tapi untuk kehidupan di Malaysia, kalau tak guna rempah memang tak sah. Tapi seringkali kita bereksperimen dengan rempah akan mendapat hasil masakan yang lebih kurang sama. Dah tambah macam-macam, rasanya tetap seperti kari atau rendang. Bagi manis sikit dah jadi macam beriani. Apa kata jika bereksperimen, jangan keterlaluan sangat bahannya. Cuba gunakan satu atau dua jenis rempah sahaja. Semo...


Continue reading ...
 

Saya masih disini.

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, April 10, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sewaktu entri ini di publish, dah dua hari saya berada di Kuala Lumpur. Dijangka saya akan terus disini untuk beberapa hari lagi. Saya gagahkan juga untuk update blog ini agar tiada yang menyangka Blog Resepi Masakan Barat Komersial telah berkubur. Tak sangka, hanya 2 entri sahaja dalam masa sebulan yang dapat saya paparkan. Kesibukan dan berbagai masalah yang saya hadapi serta tanggungjawab saya dalam mendidik anak bangsa menyebabkan saya terpaksa mengenepikan sebentar hal-hal berkaitan blog...


Continue reading ...
 

Spicy Fish Spaghetti

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 20, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Saya dah tak boleh makan daging lagi. Ayam pun dah tak boleh makan banyak-banyak. Nak makan spagetti kalau tak ada protein tak syok pulak. Jadi saya gunakan ikan untuk resepi spaghetti kali ini. Itupun bukan semua ikan saya boleh makan. Saya pilih ikan kerisi sebab inilah ikan yang paling murah yang saya boleh makan. Kesian… Kedua, sebab saya ni orang Malaysia, mesti nak makan makanan pedas sikit. Walaupun masih mengekalkan ciri-ciri masakan barat, paling tidak, mesti ada sikit pedas. Banya...


Continue reading ...
 

Inti Kelapa Manis

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 19, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ringkas sahaja hari ini. Resepi jiga sangat mudah iaitu inti kelapa manis yang sangat popular untuk kuih-muih Malaysia. Sesuai untuk pau, kuih koci, pulut inti, pau hakka dan sebagainya. Usahawan kuih-muih akan membuat inti ini dalam kuantiti banyak untuk digunakan dalam berbagai kuih. Dengan cara ini, mereka boleh menjual berbagai kuih tetapi dapat menjimatkan masa dalam menyediakannya.


Bahan-bahan untuk Int...


Continue reading ...
 

Resepi Pau Kacang Merah Hakka

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 30, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku  juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb...


Continue reading ...
 

Buttered Roasted Chicken with Honey and Herbs

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 22, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Tunggang-langgang nama resepi ayam panggang tu. Masakan barat memang macam tu. Lebih mudah menyebut Ayam Panggang dengan Mentega, Madu dan Herba. Saya memang suka masakan barat kerana bahan yang diperlukan tak banyak. Kalau ada banyak, pakai banyak. Kalau tak banyak, tak menjejaskan masakan. Masakan barat memang mementingkan rasa asli bahan utamanya jadi perencahnya tak banyak. Bagaimanapun, ada juga ciri masakan barat yang saya tak suka iaitu proses menyediakannya banyak dan leceh. Banyak pe...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Bakar dengan Air Asam

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 21, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Patin Masak Asam Rebus

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 15, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bila cerita ikan air tawar, saya pasti pilih jenis masakan yang masam. Lagi masam lagi bagus. Masak asam rebus seperti ini memang sesuai dengan ikan patin. Bagi yang sedang berdiet, inilah jenis masakan yang baik untuk anda. Tanpa minyak,  santan dan lemak. Berkhasiat dan rendah kalori. Cara memasaknya juga lebih mudah dan tak banyak karenah. Inilah antara masakan kampung yang popular dikalangan warga tua. Kini, anak-anak kita lebih menggemari masak lemak dan masakan berempah yang tinggi kand...


Continue reading ...
 

Teknik Mengikat Ayam | Trussing

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 14, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Mengikat ayam dipanggil trussing dalam masakan barat. Ayam diikat sebelum dipanggang atau dibakar supaya ayam masak lebih sekata. Setelah diikat, bentuk ayam menjadi padat dan bulat. Oleh itu ayam mendapat pemanasan yang menyeluruh dan seimbang. Kedua, supaya bentuk ayam lebih menarik. Ini termasuklah tidak mencapah dan tidak senget kedudukan peha dan kepaknya. Ayam Panggang Pengantin akan lebih menarik.

Saya telah membuat video cara-cara mengikat ayam atau trussing ni. Tali yang digunakan m...


Continue reading ...
 

Resepi Begedil Ayam

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya rasa, begedil memang tak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja. Terlalu senang membuatnya. Pada asasnya, begedil hanya kentang rebus yang dilecek, dibentuk kemudian digoreng. Kemudian, untuk rasa yang lebih sedap, baru ditambah berbagai bahan terdiri dari protin dan sayur-sayuran. Begedil juga disalut dengan telur supaya bentuknya kekal dan tidak pecah sewaktu digoreng. Resepi dibawah adalah asas untuk begedil yang mudah dan sedap manakala di ruangan tip masakan, saya kana menerangk...


Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Modern

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 9, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep  Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.


Continue reading ...
 

Resepi Hash Brown Patties

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 8, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Mungkin orang yang mempopularkan hidangan ini bernama Pakcik Hash Brown. Masyarakat barat mengenalinya dengan nama potato pancake. Kalau diterjemahkan jadilah lempeng kentang. Nampaknya nama hash brown lebih popular. Secara asasnya, hash brown adalah kentang semata-mata. Cuma kaedahnya sedikit unik kerana ia menggunakan sifat-sifat kentang yang berkanji untuk menjadikan bentuk dan rasanya lebih menarik. Kaedah ini hampir serupa dengan kaedah cakar ayam cuma cakar. Keropok yang dibuat dari pul...


Continue reading ...
 

Resepi Peria Goreng Telur Hancur

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 25, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau tak pahit, bukan peria namanya. Kalau tak suka pahit, masaklah petola, labu air atau labu siam. Sekarang ni pun, peria dah tak sepahit dulu. Suatu ketika dulu, jika terlalu pahit, selalunya saya rendamkan dalam air kapur atau air garam. Selalunya saya terus masak je kerana pahit adalah ciri-ciri unik peria. Anak saya pun tak ada masalah nak makan peria. Untuk mendapatkan seluruh khasiat peria, lebih baik kekalkan peria dalam keadaan asalnya.

Bahan-bahan untuk Peria Goreng Telur Hancur
300...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Merah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 18, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Balik kampung dua minggu, sejuk la blog Resepi Masakan Barat Komersial. Hujung minggu ni pula, anak saya menyertai persembahan tarian di Plaza Angsana. Kena la balik awal untuk latihan tarian. Kalau nak tengok anak saya menari, boleh la datang ke Plaza Angsana 22 Disember 2012 ni.

10 Resepi Yang Termasuk Dalam Kategori Penderaan Makanan Tapi Ramai Yang Dah Cuba. Klik Disini

Musim cuti sekolah ni, menu utama anda, tentu nasi pengantin. Orang yang sibuk macam saya ni, dapat la makan dua tiga kal...

Continue reading ...
 

Pucuk Ubi Masak Lemak Putih bersama Keledek

Posted by Norasikin Basri on Friday, December 7, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau boleh memang nak makan sayur kampung selalu tapi bila berada dibandar ni, sayur kampung sedikit sukar dicari. Hargapun lebih tinggi dari sayur biasa seperti sawi, kangkung dan bayam.
Jika di kampung, saya cuma ambil pucuk ubi bahagian hujungnya yang kuncup sahaja. Barulah lembut dan sedap. Dibandar, daun yang keras dan kasar ni pun dijual juga. Jadi cara memasaknya juga perlu diubah. Kalau untuk dimakan bersam...


Continue reading ...
 

Resepi Pasta Bayam dalam Minyak Zaitun, Tomato dan Bawang Putih

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 4, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat se...


Continue reading ...
 

Resepi Urap Ulam Pegaga

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 3, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Urap pegaga atau sebetulnya disebut urep. Dari bunyinya dah pasti datang dari masakan Jawa. Sekarang ni urap dah menjadi masakan tradisi Malaysia. Selepas diubah-suai mengikut selera rakyat Malaysia, ciri-ciri masakan Jawa dan semakin berkurangan. Bagi orang keturunan Jawa macam saya, resepi asli urap pegaga masih dikekalkan seperti asalnya. Sejak kecil, inilah urap pegaga yang saya makan. Bila hidup di bandar, sekali-sekala masuk juga ke restoran masakan Indonesia, seperti nasi padang, ayam ...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Sambal Kicap

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 29, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita...


Continue reading ...
 

Resepi Caesar Salad

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 7, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Salad dalam Masakan Barat di klasifikasikan kepada dua kategori. Pertama, simple salad dan kedua, mixed salad. Simple salad tu tak payah cerita la. Hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja sebelum dihidangkan bersama dressing yang sesuai. Caesar salad termasuk dalam mixed salad. Contoh-contoh lain adalah seperti  waldorf salad, yunani salad. Kaedahnya masih lagi sama. Yang membezakannya hanya bahan yang digunakan untuk digaulkan bersama dressing. Mari belajar caesar salad dulu kerana ia ada ...


Continue reading ...
 

Resepi Coleslaw Mudah dan Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 19, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Entah kenapa ada orang yang tergila-gilakan coleslaw dari salah sebuah restoran makanan segera popular dunia. Tak tahu apa yang menariknya. Makan sayur memang baik tapi tak de la sampai tahap terlalu taksub. Bagi yang memang tak makan sayur, hidangan macam ni awal-awal lagi dah ditolak tepi. Rasa-rasanya kalu coleslaw ni tak dimasukkan dalam pakej hidangan, mungkin beberapa mangkuk sahaja yang terjual sehari. Saya pun besar kemungkinan tak akan beli kerana hidangan mudah seperti ini sepatutny...


Continue reading ...
 

Resepi Vinaigrette | Asas French Dressing

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 16, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Pebende la vinaigrette atau french dressing tu. Secara mudahnya vinaigrette adalah asas sos salad dalam masakan barat khasnya masakan Perancis. Masyarakat barat memang gemarkan salad sebagai pembuka selera. Campak je apa-apa sayur-sayuran segar dan gaulkan dengan vinaigrette , jadilah salad yang mudah. Tambahkan hirisan ayam atau makanan laut, jadi salad yang lebih istimewa. Tujuan entri ini adalah untuk memudahkan saya memaparkan resepi-resepi masakan barat yang lain yang menggunakan vinaigr...


Continue reading ...
 

Resepi Cocktail Udang Galah

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 8, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Tak seperti masakan timur, masakan barat menggunakan apa sahaja makanan yang mereka gemari sebagai pembuka selera. Pembuka selera bermaksud makanan yang diambil dalam kuantiti kecil sebelum menikmati makanan utama dan ia bertujuan untuk membangkitkan selera. Dalam bahasa inggeris, ia disebut apetizer. Biasanya pembuka selera masyarakat kita terdiri dari sayur-sayuran seperti rojak, pecel, tetapi dalam masakan barat, mereka juga menjadikan protin dan karbohidrat sebagai pembuka selera. Ciri-ci...


Continue reading ...
 

Resepi Grilled Chicken Wings With Cheese Dressing

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 3, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Tak sangka pula tahun ni, tempahan ibadah qurban secara online yang saya terima, semuanya datang dari kaum hawa. Mana la peginya kaum adam ni ye. Mungkin ekonomi wanita lebih kukuh kot. Sesuai dengan tema Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, “Wanita Pencetus Ekonomi Baru.” PM kita pun dah mengakui peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sebagai aset penting kepada negara. Namun tanggungjawab sebagai wanita dan isteri tak boleh diabaikan. W...


Continue reading ...
 

Resepi Grilled Tomato | Vegetarian Diet

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 2, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Dalam bahasa melayu, vegetarian dipanggil apa ye? Yang saya tahu, vegetarian diet adalah pemakanan hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Vegetarian termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Bagaimanapun ada vegetarian yang juga menjadikan susu dan produk tenusu sebagai sebahagian dari diet mereka. Ini dipanggil lacto vegetarian diet. Terdapat juga lacto-ovo vegetarian diet yang menambah susu atau telur atau kedua-duanya dalam diet mereka. Apabila mengamalkan vegetarian diet,...


Continue reading ...
 

Resepi Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel

Posted by Norasikin Basri on Saturday, September 22, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir  tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...


Continue reading ...
 

Resepi Bebola Daging Masam Manis

Posted by Norasikin Basri on Friday, September 21, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k...


Continue reading ...
 

Resepi Cupcake Jem Strawberi

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 18, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Saya senyap bukan kerana sibuk shooting rancangan masakan televisyen atau sibuk ditemuramah untuk majalah. Bukan juga kerana bercuti ke Imbak Canyon menenangkan fikiran menerokai alam semulajadi.
Saya senyap kerana saya perlu senyap sebentar. Bulan Syawal pun dah habis. Dah masuk bulan baru pun, ada lagi tetamu datang beraya. Waktu begini, ilmu menghasilkan hidangan pantas, mudah dan ringkas memang sangat perlu. Kos yan...


Continue reading ...
 

Resepi Bebotok Ikan Tenggiri

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, September 4, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bagi penggemar ulam-ulaman dan sayur-sayuran macam saya, bebotok atau botok-botok sering menjadi pilihan dalam jamuan bersama keluarga. Hidangan ini termasuk dalam kategori pembuka selera dimana penggunaan ikan dalam bebotok berfungsi sebagai perencah atau pemberi rasa untuk ulam-ulaman. Oleh itu, kalau makan bebotok, jangan hanya makan ikannya sahaja atau jangan merungut jika ikannya terlalu sedikit sedangkan ulam-ulaman pula banyak. Ulam-ulaman itulah yang seharusnya dimakan. Kini terdapat ...


Continue reading ...
 

Kuih Kaswi | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 3, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Setengah bulan tak bekerja, bila mula bekerja semula terasa kekok pula. Harap-harap tak kena ke Kuala Lumpur lagi hujung minggu ini. Kerja di sini masih banyak lagi. Bagi peluang kat orang lain yang tak pernah pergi pulak. Tapi kalau dipanggil, saya tak akan menolak. Tak pandai betul nak menolak kerja selagi ia untuk kebaikkan pelajar-pelajar saya. Jarang sekali saya memaparkan entri kuih-kuih muih yang manis dan dimasak menggunakan kaedah kukus. Kuih jenis talam ini selalunya menjadi kegemar...


Continue reading ...
 

Hari Terakhir Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 13, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini...


Continue reading ...
 

Electric Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine yang berbaloi-baloi

Posted by Norasikin Basri on Saturday, August 11, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dekat-dekat nak raya ni, saya sibuk sangat. Tak sempat nak menulis resepi. Faham-faham sendiri la apa yang saya buat dihujung Ramadhan ni. Saya harap dapat post entri biskut raya sehari dua lagi tapi hari ni saya terjumpa satu offer baik lagi. Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine. Sekali lalu je saya dah rasa sangat berbaloi memilikinya.

Alat ini sama seperti sandwich maker yang lain. Bezanya cuma plat tak melekatnya, boleh ditukar-tukar untuk menjadi Sandwich Maker, Wafle Maker dan Gri...


Continue reading ...
 

Diskaun Ebook Masakan Barat dilanjutkan sehingga 13 Ogos

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 7, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Banyak permintaan yang  saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.

Dapatkan diskaun 20% untuk ebook Masakan Barat Komersial. Klik disini sek...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Beriani Merah

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, August 1, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sekali-sekala kena juga buat masakan yang leceh sikit. Nak kata leceh sangat tu tak de la sebab boleh beli je rempah beriani  merah kat kedai mamak. Tak pernah dengar pasal beriani merah? Rempah beriani merah pun tak pernah jumpa? Mari saya tunjukkan Resepi Ayam Beriani Merah dengan membuat sendiri rempah beriani. Khas untuk sesiapa yang tak pernah jumpa resepi beriani merah di pasaran. Mana la tau suatu hari nanti anda boleh jadi pengeluar rempah beriani merah.

7 hari terakhir untuk Diskaun E...


Continue reading ...
 

Resepi Daging Masak Kicap

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 31, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Tiap kali bulan puasa, memang saya sedikit sibuk. Saya rasa semua orang sibuk. Ada yang sibuk mencari duit, ada yang sibuk menyediakan persiapan hari lebaran. Masing-masing terpaksa mengubah jadual kegiatan seharian untuk aktiviti bulan puasa. Sahabat saya sorang ni pulak sibuk dengan bisnes baru dia. Singgah-singgah la tengok apa yang ada kat Galeri Cik Suri JP ni. Bila dah sibuk, habuan perut selalu diketepikan. Sampai masa, pergi bazaar ramadhan. Bagi saya, hidangan cepat, mudah dan ringka...


Continue reading ...
 

Resepi Tomyam Chiang Mai

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 30, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Goreng Nestum

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, July 25, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau ayam goreng, saya rasa tak payah nak diajar lagi. Orang Malaysia memang suka makanan bergoreng terutama ayam. Kalau orang yang tak pernah kedapur pun dah boleh agak macam mana nak buat. Bagi saya, ayam kalau digoreng dengan garam sahaja pun dah sedap. Tak perlu rempah yang keterlaluan lagi. Nestum pula sebagai cara yang mudah untuk memberikan kerangupan. Tapi setiap sesuatu resepi mesti ada keistimewaan yang tersirat.


Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Nestum
½ ekor Ayam
4 ulas Bawang Putih
3...


Continue reading ...
 

Salam Ramadhan dan Diskaun Ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 24, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
  1. Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
  2. Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tauhu

Posted by Norasikin Basri on Thursday, July 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya...


Continue reading ...
 

Resepi Kerutup Ayam Timur

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 3, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya rasa macam tertinggal satu masakan la. Puas saya fikir tapi tak dapat sebarang klu. Mulanya saya rasa saya dah paparkan semua resepi masakan melayu yang seangkatan seperti kuzi, opor, kari, beriani, rendang, kurma, berempah dan kali ini giliran kerutup. Tapi satu malam sebelum tidur saya terfikirkan satu hidangan yang lain dan esoknya terus lupa. Banyak kali perah otak, cuma terbayangkan karlio je tapi saya rasa bukan karlio yang saya fikirkam malam tu. Kalau anda ada idea apa masakan ya...


Continue reading ...
 

Resepi Sup Ayam Tradisi

Posted by Norasikin Basri on Monday, June 25, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah...


Continue reading ...
 

Cold Noodle (Mi Sejuk) semudah ABC

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 20, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apa guna susah payah memasak kalau tukang makannya cuma kita seorang dua sahaja. Jadi bila kemalasan melanda, cold noodle adalah pilihan yang paling tepat. Sesuai dengan namanya, cold noodle bermaksud mi sejuk. Senang cerita mi tanpa dimasak yang orang bujang selalu panggil mi unplugged. Cold noodle tak sama dengan mi segera yang segalanya telah siap cuma tinggal dipanaskan sahaja. Mi ini terkenal dikalangan masyarakat cina dan kini jepun yang sentiasa mengejar masa. Orang Malaysia mungkin ku...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Kuzi

Posted by Norasikin Basri on Thursday, June 14, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Masak kuzi satu lagi hidangan berempah yang kurang popular berbanding kari, kurma, beriani dan sebagainya. Sama seperti resepi opor, kuzi kurang dikenali bahkan ramai yang tak dapat membezakan rasa hidangan-hidangan ini kerana bahannya lebih kurang sama. Saya harap anda dapat membandingkan resepi ayam masak kuzi ini dengan resepi opor ayam yang pernah saya paparkan ini. Dari sezi rasa, sebenarnya banyak bezanya cuma ia kurang dikenali menyebabkan ramai yang tak mempedulikan rasanya.

Bahan-b...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Citarasa Berempah

Posted by Norasikin Basri on Thursday, June 14, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seringkali kita dihidangkan dengan masakan yang kurang berkhasiat, kaya dengan kolesterol dan lemak tepu terutamanya hidangan Melayu. Hidangan seperti rendang ayam kampung contohnya banyak menggunakan santan kemudian ada yang menambah kerisik. Tak cukup dengan itu, gunakan pula minyak sapi sekaligus menjadikan hidangan melayu antara hidangan yang kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, rasa hidangan melayu yang lazat menyukarkan kita menolak hidangan seperti ini. Ada satu kaedah yang saya ...


Continue reading ...
 

Resepi Opor Ayam

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 1, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ini baru terasa tenang sikit. Tapi saya belum bersedia lagi untuk bercerita apa yang disibukkan sangat. Tengah trauma lagi ni. Baik kita cerita pasal opor ayam je. Saya tak dapat nak terangkan apa ciri-ciri opor ayam. Apa yang saya tahu rasanya memang sedap, manis dan pedas. Kalau ada sesiapa yang mahir dengan masakan berempah begini, tolonglah ceritakan apa bezanya opor, kuzi, kerutup dan lain-lain. Kalau kari atau beriani mungkin kita dah biasa sebab hidangan ini memang dah popular di ...


Continue reading ...
 

Resepi Siew Bok Choy dengan Cendawan dan Sos Tiram

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 9, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Menyediakan hidangan dalam kuantiti sedikit memang jauh berbeza berbanding menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak. Ramai surirumah yang sangat hebat didapur. Hidangan yang disediakan untuk anak-anak dan suami memang lazat dan menyelerakan. Tapi bila masak untuk kenduri-kendara, sering pula meminta orang lain menyediakannya sedangkan juadah yang perlu disediakan hanya hidangan harian biasa. Kalau difikir-fikirkan, apa sangat la bezanya. Hanya perlu digandakan sahaja setiap bahan yang ...


Continue reading ...
 

Resepi Pocket Chapati dan Teknik Kreativiti Untuk Tambah Nilai Produk

Posted by Norasikin Basri on Thursday, April 26, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Dalam seminggu ni, saya rasa sibuk sangat hinggakan nak update blog pun susah. Aktiviti ditempat kerja semakin bertambah berikutan majlis yang akan diadakan hujung minggu ni. Tempahan kek yang saya terima juga lebih banyak dari biasa. Mungkin kerana cuti hari buruh jadi masing-masing ingin membawa pulang kek untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang membuat kek tiramisu kecil sebanyak 75 biji. Penuh peti ais saya dengan keju 4 kg yang akan saya gunakan nanti. Harap entri Pocket Chapati kali ini...


Continue reading ...
 

Resepi Cucur Udang Asas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, April 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag...


Continue reading ...
 

Kenapa Resepi Di Sini Berbeza Dari Resepi yang Lain

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 16, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Golek Perasa Kari

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 3, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kadang-kadang bila berpeluang bertemu kaum keluarga, memang teringin sangat makan bersama, semeja dan bermesra-mesraan. Jadi takkan nak makan biasa-biasa je. Tak kisah la jika terpaksa berbelanja lebih sikit. Bagaimanapun, untuk ayam panggang atau ayam golek ni saya cuba berjimat sehabis mungkin. Hiasan-hiasan semua tolak tepi. Dan akhir sekali gunakan apa sahaja yang ada didapur. Maka jadilah ayam golek perisa kari untuk kami makan bersama. Yang penting keseronokan meratah ayam tanpa dipot...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Belimbing Buluh

Posted by Norasikin Basri on Friday, March 9, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Belacan Kampung

Posted by Norasikin Basri on Monday, March 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A...


Continue reading ...
 

Cempedak Goreng dan Teknik Gorengan Rangup

Posted by Norasikin Basri on Friday, March 2, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Keli Masak Pecel | Pecel Lele

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 28, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Mari bercerita sikit tentang ikan keli ni sebelum belek resepi Ikan Keli Masak Pecel. Ada orang tak suka makan ikan keli. Ada juga yang geli nak makan. Bapa mertua saya juga tak mahu makan ikan keli tapi tak tahu pula sebabnya. Nak kata dia geli, selamba je dia pegang ikan keli hidup. Nak kata dia tak suka, saya rasa semua benda halal dia makan cuma sedap makan banyak, tak sedap makan sikit. Mungkin ada nilai-nilai kesihatan yang menyebabkan dia tak mahu makan. Seperti organ dalaman haiwan ya...


Continue reading ...
 

Resepi Skon Buttermilk Asas | Basic Buttermilk Scone

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 22, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c...


Continue reading ...
 

Ikan Siakap Sambal Tomato

Posted by Norasikin Basri on Monday, February 20, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika...


Continue reading ...
 

Resepi Tauhu Telur Dengan Sos Tiram

Posted by Norasikin Basri on Friday, February 17, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Beberapa hari tak update entri bukan kerana tiada bahan. Malah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja didapur. Memasak memang tiada putusnya selagi semua orang perlu makanan. Banyak resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan. Jadi hari ini saya memilih resepi yang ringan dan mudah iaitu Tauhu Telur dengan Sos Tiram. Hidangan ini memang tak banyak yang perlu dibicarakan kerana ia sangat simple seperti kelazimannya masakan cina.

 


Bahan-bahan untuk Resepi Tauhu Telur dengan Sos Tiram
300g T...
Continue reading ...
 

Labu Manis Masak Lemak

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 12, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sebelum bercerita  mengenai Labu Manis Masak Lemak, ada baiknya saya berceloteh mengenai sesuatu yang bekhasiat dulu. Saya tertarik dengan pelbagai rempah dan herba barat yang dijual di negara kita dijual dalam botol yang menarik dan eksklusif. Secara dasarnya herba-herba barat seperti daun bay, rosmary, thyme dan lain-lain hanya sekadar daun-daun kering sahaja. Negara kita juga terdapat banyak herba-herba masakan yang unik dan boleh dikomersialkan. Daun kari, daun kunyit, daun limau purut da...


Continue reading ...
 

Apa Ada Pada Telur

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 2, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Masak telur pun nak belajar ke? Ya! Telur adalah antara bahan yang terpenting dalam masakan dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan hidangan. Ia juga adalah hidangan sarapan yang paling popular dalam masakan barat kerana penyediaannya yang ringkas, cepat serta berkhasiat. Malah telur juga dianggap pelengkap kepada hidangan seharian daripada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui sifat-sifat telur untuk menghasilkan hidangan baru dan berp...


Continue reading ...
 

Resepi Cream Of Broccoli Soup

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 25, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai...


Continue reading ...
 

Resepi Sup Cendawan Tiram

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 24, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya memang penggemar cendawan terutama cendawan tekukur dan cendawan busut tetapi sekarang ni mana la nak cari cendawan macam tu. Dulu boleh juga cari cendawan tekukur kat batang getah mati dalam kebun. Bila batang getah pun dah dikomersialkan menjadi perabot dan harganya pun semakin tinggi, dah tak jumpa lagi batang getah untuk cendawan tekukur membiak. Yang ada cuma cendawan yang ditanam diladang dan di Malaysia yang paling banyak dan murah hanyalah cendawan tiram. Ayah saya kata, cendawan...


Continue reading ...
 

Resepi French Toast

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 18, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Sarapan di negara Eropah termasuk Perancis atau Itali biasanya ringkas dan masa sarapan pendek sahaja. Biasanya hanya secawan kopi atau teh dengan sedikit pastri. Segelas kecil jus buah-buahan juga memadai. Ini kerana mereka makan malam hanya selepas pukul 8 malam dan disana waktu ini sudah dianggap lewat. Berbanding dengan orang Amerika, mereka makan lebih awal jadi apabila paginya mereka akan terlalu lapar dan memerlukansarapan yang lebih banyak. Dari sinilah munculnya perkataan ‘breakfas...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Ungkep

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan...


Continue reading ...
 

Kepentingan Menghias Makanan

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 9, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka...


Continue reading ...
 

Stew Daging Lembu | Beef Stew

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 5, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Stew memang kurang popular dengan masyarakat Malaysia tetapi sangat popular dalam masakan barat. Padahal sebenarnya masyarakat kita sering memasak makanan dengan kaedah ini tanpa disedari. Stew adalah kaedah memasak makanan menggunakan air yang sedikit dengan api yang perlahan supaya makanan menjadi lembut dan ia dihidangkan bersama kuahnya sekali. Dalam bahasa pasarnya dia dinamakan merendidih. Setelah mengetahui maksud stew, barulah ramai yang sedar, memang banyak hidangan tempatan yang men...


Continue reading ...
 

Resepi Makaroni Bakar

Posted by Norasikin Basri on Sunday, January 1, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Bagi saya, makaroni bakar sebenarnya tak lebih daripada makaroni goreng lebihan semalam yang diberikan nafas baru supaya dapat dihidangkan panas-panas. Manakan tidak, rata-rata makaroni bakar yang saya rasa tak pernah mempunyai rasa yang tertentu yang melambangkan keunikan masakan itu sendiri. Kebanyakkannya mempunyai rasa mi yang digoreng cara Thai atau Melayu. Kalau di barat mungkin mempunyai citarasa barat. Persamaannya hanya keju yang ditaburkan diatas yang menjurus kearah masakan barat. ...


Continue reading ...
 

Resepi Papadom | Appalam

Posted by Norasikin Basri on Saturday, December 10, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya sangat suka memaparkan makanan dan hidangan yang telah popular dan ramai penggemarnya. Mereka sanggup membeli dan membeli lagi walaupun makanan itu bukan susah sangat nak buat. Biasanya kita tak terfikirpun bahan-bahan yang digunakannya sedangkan semuanya ada disekeliling kita. Kali ini saya paparkan resepi papadom iaitu sejenis keropok yang popular dalam masakan India. Malah papadom ini juga popular seluruh dunia memandangkan kaum India terdapat hampir diseluruh dunia yang dihuni manusi...


Continue reading ...
 

Ikan Masak Stim Cara Thai

Posted by Norasikin Basri on Friday, December 9, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan dengan ayam.
...


Continue reading ...
 

Cara Membuat Mayonis Sendiri | Homemade Mayonaise

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 5, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l...


Continue reading ...
 

Blog Resepi Masakan Barat Komersial Masih Wujud?

Posted by Norasikin Basri on Monday, November 28, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dua minggu telah berlalu, ada tiga minggu lagi untuk dilalui. Kerinduan dah mula terasa. Rindu pada keluarga, rindu pada blog dan rindu pada semua kerja-kerja yang biasa saya lakukan dimusim cuti sekolah. Saya masih disini, di Kuala Lumpur, mendalami ilmu masakan secara intensif. Dah rasa macam robot dah ni.


Beberapa individu yang bertanya mengenai ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Ya. Jualan ebook tetap diteruskan. Agar anda tidak bertangguh untuk berubah. Agar semangat anda...


Continue reading ...
 

Saya mencari Zarina Hashim

Posted by Norasikin Basri on Monday, November 21, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 
Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi.

Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim,...
Continue reading ...
 

Pengumuman Untuk Pembaca Blog Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Sunday, November 13, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ini iaitu hari ahad 13 November 2011, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur. Saya akan berada disana selama 5 minggu seperti yang diarahkan. Sedih hati nak meninggalkan keluarga. Entah bagaimana keadaan mereka tanpa saya. Kalau boleh memang tak mahu berjauhan.

Begitu juga dengan blog ini. Walaupun saya masih boleh menggunakan masa terluang tetapi masih tidak sama seperti disini. Saya memerlukan banyak masa untuk bereksperimen, banyak peralatan yang perlu digunakan dan juga bahan, barulah bo...


Continue reading ...
 

Resepi Serikaya Labu Mahkota

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 9, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.

Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid...


Continue reading ...
 

Resepi Wadeh Urlundu

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 3, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Entri ini asalnya saya ingin paparkan sewaktu perayaan Deepavali yang baru lepas. Kuih begini memang popular dalam perayaan begini kerana ia memang hidangan asli masyarakat India. Kuih wadeh urlundu ni sama dengan resepi wadeh dhal yang pernah saya ceritakan dulu. Hanya bahan utama sahaja yang berbeza. Wadeh urlundu dibuat menggunakan kacang urlundu. Saya pun tak pasti ejaannya macam mana. Kalau ikut sebutan India, boleh tergeliat saya mengejanya. Kuih wadeh ini dikenali diseluruh dunia keran...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Kentang

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 2, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin...


Continue reading ...
 

Resepi Waffle Mudah dan Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 27, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba...


Continue reading ...
 

Resepi Ketam Bercili - Chilli Crab

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 26, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kenapa saya suka sangat ketam bercili ni? Pertama, memang saya suka masakan pedas terutama jenis-jenis sambal ni. Kedua, sebab saya jarang sangat dapat makan ketam ni. Bukan sahaja kerana harga ketam yang mahal tapi juga kerana saya tak boleh makan makanan laut seperti ketam ni. Kena berpantang dulu baru boleh makan ketam. Silap haribulan, menggerutu seluruh badan saya. Seminggu menderita.
Suatu ketika dulu saya ada paparkan entri mengenai masakan bercili tapi masa tu saya memang saya tak ada ...


Continue reading ...
 

Resepi Wantan Udang dengan Sup Cara Cina

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 18, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masakan cina memang unik. Selain dari rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara masakan yang pernah saya pelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sanga...


Continue reading ...
 

Resepi Nasi Goreng Restoran Thai

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 10, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

 
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re...


Continue reading ...
 

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Dengan Ikan Masin

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 12, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban...


Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Petai Klasik

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Boleh ke kalau kita katakan petai ni makanan untuk orang kampung? Setahu saya, harga petai sekarang ni bukan murah sangat. Tiga atau empat papan mencecah RM5 di tempat saya bergantung kepada saiz mata petai. Kalau besar-besar, segar dan rapat-rapat, lagi mahal la harganya. Dua pupuh tahun dulu mungkin la harganya hanya RM2 untuk 10 papan. Sekarang ni mana nak dapat lagi. Orang asli yang mencari petai dihutan pun dah pandai mengira. Kalau boleh nak jual mengikut bilangan mata petainya. Jadi se...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Goreng Halia

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 8, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya amat  gemar berbuka puasa dengan nasi. Ada orang yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah nak menjamah nasi. Tapi bagi saya, lepas berpuasa seharian, nasi amat diperlukan. Disini satu lagi menu berbuka puasa yang sesuai dicuba. Khusus untuk orang yang gemar berbuka puasa dengan nasi macam saya.

Ayam goreng halia ini sebenarnya hidangan cina tetapi banyak di jual di restoran makanan thai setelah disesuaikan dengan citarasa thai.Saya lebih menggemari ayam gor...


Continue reading ...
 

Keistimewaan Pisau Seramik Dari Pengalaman Saya

Posted by Norasikin Basri on Sunday, July 31, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.

Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil...


Continue reading ...
 

Crepe With Orange Sauce

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 18, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Dalam masakan barat pun ada makanan yang kita panggil lempeng. Saya sebenarnya malas nak sebut lempeng sebab bila anda tau je, minat anda untuk mencuba terus luntur. Tapi saya tak kisah. Saya ada tujuan tersendiri. Walaupun hidangan barat ini cuma lempeng tetapi masyarakat barat telah berjaya meningkatkan taraf makanan ini ke tahap yang setara dengan makanan-makanan barat yang lain. Sama seperti capati dan tossei dalam masakan india, crepe juga dikenali di seluruh dunia. Sekarang ni pun saya ...


Continue reading ...
 

Download Percuma Ebook Resepi Masakan Barat Komersial

Posted by Norasikin Basri on Friday, July 15, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Beberapa aduan yang saya terima mengatakan borang ebook percuma yang saya sediakan gagal berfungsi dengan baik. Ada yang tersangkut ditengah jalan. Walaupun pendaftaran berjaya, tetapi tiada link download yang keluar. Dah sebulan saya mencari kaedah alternatif agar anda dapat download ebook percuma saya dengan jayanya. Kini baru berjumpa. Bagi yang masih belum memperolehi ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 yang saya berikan percuma atau yang cuba mendaftar tapi masih belum mem...

Continue reading ...
 

Resepi Sambal Tumis Cili Api Pedas Membunuh

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, July 5, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi...


Continue reading ...
 

Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 22, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu....


Continue reading ...
 

Resepi Pancake Asas

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 3, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Pari Asam Pedas

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 4, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ikan pari ni saya beli isinya je. Nak beli seekor banyak sangat. Nak beli yang kecik tak kenan sangat sbb tak banyak isi. Lagipun isi pari kecil ni lembut sangat. Kalau yang besar lebih kenyal. Anak saya pun kata saya masak ayam sebab isinya macam ayam. Dibandar, harga isi pari lebih kurang RM15. Memang saya tak akan beli. Sewaktu dikampung bulan lepas, terjumpa pula isi pari RM10 je. Segar lak tu. Memang kalau saya nak makan ikan yang sedap-sedap, saya akan beli di kampung. Seawal selepas su...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Talapia Masak Stim

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 19, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Orang Malaysia ni kalau masakan yang kurang lemak, memang kurang penggemarnya. Kalau boleh mereka mahu semuanya mengandungi santan, minyak dan lemak. Walaupun begitu masakan yang menyihatkan semakin mendapat tempat dihati dan semakin popular. Ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga pemakanan. Jadi jika pada waktu sekarang kita membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan menyihatkan, sudah pasti boleh maju. Sedangkan restoran vegetarian boleh hidup, apa lagi restoran kesihatan.

Ikan s...


Continue reading ...
 

Resepi Mi Hong Kong

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, April 13, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya tak tahu adakah benar resepi mi ini berasal dari Hong Kong. Yang saya tahu mi ini dihidangkan di kebanyakkan restoran masakan thai di seluruh Malaysia. Saya suka mi ini kerana, mi ini mengandungi banyak sayur-sayuran selain dari rasa kuahnya yang tidak terlalu bercampur aduk dengan perasa lain. Selain itu, mi ini mempunyai rasa rangup apabila dihidangkan panas-panas dan telurnya mampu menyerap kuah dengan sangat baik. Kenapa saya katakan begini? Beleklah resepi dibawah ini baru tahu.

Bagi...


Continue reading ...
 

Sos Hollandaise | Hollandaise Sauce

Posted by Norasikin Basri on Friday, April 1, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi jenis sos masakan barat yang popular tapi tak ramai yang mengetahui namanya. Sos hollandaise adalah sos berasaskan mentega dan sangat sesuai dihidangkan bersama-sama ikan atau sayur-sayuran. Sos ini menggunakan telur kuning sebagai bahan pemekat. Teknik membuatnya mudah saja tapi tak semudah membuat sos black paper, brown sauce dan sos cendawan yang terdapat  dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial tulisan saya. Sos sebegini mengandu...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, March 30, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan.
Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita...


Continue reading ...
 

Resepi Sate Lilit Serai

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 29, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi...


Continue reading ...
 

Teknik Membungkus Nasi Goreng Pattaya

Posted by Norasikin Basri on Friday, March 25, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ...


Continue reading ...
 

Resepi Kuey Teow Kerang Kuali Leper

Posted by Norasikin Basri on Saturday, March 19, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya tak pasti dimana keistimewaan kuey teow kerang ni sehingga dijual di hampir semua pasar malam seluruh Malaysia. Saya pun pernah menjadi peminat setia hidangan cina ni sehinggalah saya tak boleh lagi menikmati kerang. Sebenarnya, dalam diam, saya membelek beberapa orang penjual kuey teow kerang yang sedang memasak hidangan ini. Malu juga nak cerita tapi kalau tak buat macam ini, macam mana la ilmu saya nak berkembang. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, tiada bahan rahsia dalam pembuatan k...


Continue reading ...
 

Resepi Sandwich Double Decker

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, March 9, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 8, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ...


Continue reading ...
 

Nota Dan Latihan - Penyediaan Masakan Barat dan Timur PMBT

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, March 1, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Inilah yang membuatkan saya sibuk sepanjang minggu lepas sehingga sekarang. Saya terpaksa melupakan mengenai blog masakan barat komersial untuk sementara waktu untuk mengejar sesuatu yang lebih penting iaitu masa depan pelajar-palajar saya. Saya sedang menyiapkan sebuah buku nota dan latihan berkaitan Penyediaan Masakan Barat dan Timur untuk kegunaan pelajar saya. Semoga dengan buku yang saya tulis ini, mereka akan mudah mempelajari matapelajaran ini. Gunakanlah sebaik-baiknya. Tanyalah apa s...


Continue reading ...
 

Kuih Deram | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi,kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di...


Continue reading ...
 

Resepi Aiskrim Mangga | Mango Sherbert

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 10, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an...


Continue reading ...
 

Resepi Puri | Dosa

Posted by Norasikin Basri on Monday, February 7, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Apa kenanya saya ni. Seminggu dua ni asyik nak makan masakan india je. Bukan apa-apa. Pada saya masakan india ni mudah disediakan. Kalau orang india, puri adalah hidangan utama mereka tapi bagi orang yang setiap hari mesti nak makan nasi, akan menganggap puri hanyalah makanan ringan sahaja.

Orang barat mengenalinya dengan nama dosa. Keluarga saya menggelarnya dengan nama lempeng batak. Bezanya lempeng batak tak mengelembung sebegini dan digoreng tanpa minyak atau sedikit minyak sahaja seperti ...


Continue reading ...
 

Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood Marinara

Posted by Norasikin Basri on Friday, February 4, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,...


Continue reading ...
 

Resepi Wadeh Cara Saya

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 25, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada yang memanggilnya dengan nama wadeh, pernah juga saya dengar ia dipanggil masalodeh dan ada juga yang menamakannya magelek. Saya pun tak tahu nama yang mana satu paling glamer. Yang saya tahu, saya memang suka kuih ni. Rasanya yang garing, pedas dan berempah membuatkan air liur saya meleleh setiap kali melihat kuih ini dijual di gerai-gerai. Paling saya tak boleh lupa, nikmat ketika tergigit jintan yang harum dalam kuih ini. Namun begitu tak semua peniaga kuih wadeh ini begitu mengambil b...


Continue reading ...
 

Burger Gergasi

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 24, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Saya ni kalau ada masa terluang, ada je benda yang saya teringin nak masak. Agak-agak rasa boring je, saya pun selongkar la dapur mencari apa-apa yang boleh dijadikan makanan. Selongkar punya selongkar, terjumpa la daging korban tahun lepas. Sebelum daging tu jadi fosil, baik saya jadikan kraftangan. Boleh jugak anak saya bawa bekal ke sekolah. Kebetulan memang dia ada minta buatkan burger untuk dia. Anak saya tu memang macam tu. Main order je apa-apa yang dia rasa teringin nak makan. Ingat r...


Continue reading ...
 

Kes Pengedaran Tidak Sah Ebook Masakan Barat Kini Selesai

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 19, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ingat lagi kisah ebook masakan barat saya yang diedarkan sewenang-wenangnya? Kalau tak ingat boleh baca dulu entri mengenainya. Baca juga pendapat-pendapat dari sahabat-sahabat saya mengenai kes ini yang setia menyokong saya untuk terus menulis lagi walaupun saya rasa terlalu berat cabaran yang harus ditempuh. Alhamdulillah. Kes ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menyakitkan sesiapa atau hati sesiapa. Dibawah ini saya ceritakan kisahnya dengan lebih lanjut.

Setelah menilai pendapat dar...


Continue reading ...
 

Resepi Mi Bayam Ladna | Ladna Spinach Noodle

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 13, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan ...


Continue reading ...
 

Resepi Biskut Coklat dengan Oat | Chocolate Oat Cookies

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 12, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Biskut ni sebenarnya permintaan anak saya. Kalau dengan budak-budak ni, dah tentu la biskut coklat pilihannya. Sewaktu hari raya boleh la buat biskut-biskut lain sebab ramai pengunjung dan ramai la tukang makan. Jika tak de coklat, tak de la yang sudi jadi tukang makan. Untuk menjadikannya berkhasiat untuk anak-anak, saya tambahkan oat yang baik untuk menurunkan paras kolesterol. Begitu juga dengan kandungan gula. Saya kurangkan sedikit dan gunakan gula perang malangnya coklat chip masih teta...


Continue reading ...
 

Cream of Mushroom Soup | Resepi Sup Cendawan

Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 8, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har...


Continue reading ...
 

Resepi Ikan Masak Kicap Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 7, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.

Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka...


Continue reading ...
 

Resepi Cream of Chicken Soup

Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 6, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial.

Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ...


Continue reading ...
 

Tabasco Hot Sauce Recipe

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 5, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Dah buang tebiat agaknya saya ni. Letak gambar pinggan kosong kat blog resepi. Atas pinggan tu sebenarnya terpulang kepada anda nak letak hidangan apa pun terutamanya masakan barat. Kalau nak letak keropok lekor macam tak sesuai sangat. Saya cuma nak tunjukkan cara membuat sos pedas tabasco (Tabasco Hot Sauce).

Manusia ni ada yang gemarkan masakan pedas dan ada juga yang gemarkan masakan sangat pedas. Masakan barat juga tak terkecuali cuma bilangannya tak begitu banyak memandangkan omputeh ni ...


Continue reading ...
 

Terima kasih sahabat yang terus setia menyokong usaha saya

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 3, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Terharu rasanya bila saya menerima banyak maklumbalas dari sahabat-sahabat sama ada melalui blog, facebook dan email berkenaan entri saya yang lalu mengenai ebook-ebook saya yang diedarkan dalam blog sewenang-wenangnya. Semangat yang dahulunya goyah dengan kes ini kini semakin teguh untuk terus menulis ebook-ebook resepi agar niat asal saya untuk mengajak seberapa ramai usahawan yang berminat untuk membangunkan perniagaan berkonsepkan masakan. Sekarang ni saya sedang mengumpulkan maklumat jug...


Continue reading ...
 

Bantulah saya | Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 28, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Kecewa rasanya bila ada insan yang tak bertanggung jawab menyiarkan link download berserta passwordnya didalam blog menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook-ebook saya dengan mudah dan percuma. Terasa bagaikan keringat saya diperah sampai kering. Saya tak tahulah apa tujuan dia sebenarnya. Sama ada sengaja atau tak sengaja dia tetap telah mencabuli hak saya dan merampas hakcipta saya.

Ramai yang tak tahu sebenarnya saya telah menghabiskan banyak masa dan belanja untuk menghasilkan eb...


Continue reading ...
 

Resepi Lasagna Bolognese

Posted by Norasikin Basri on Monday, December 27, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.

Kesimpulannya, untuk membuat lasagna, ...


Continue reading ...
 

C.I.N.T.A. | Chocolate Cupcake

Posted by Norasikin Basri on Friday, December 24, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Chocolate cupcake atau kek cawan coklat ini saya buat khas untuk santapan tontonan birthday blog yang pertama. Walaupun cuma sebagai tontonan, jangan ingat cupcake itu palsu. CH itu bermakna blog cahayacinta.com yang akan menyambut ulangtahun yang pertama. Harap dia dapat menatap gambar chocolate cupcake yang menyelerakan itu sehingga kenyang.

Kenapa ada C.I.N.T.A. pula dalam tajuk tu? Haaaa. ini la yang saya nak cerita sikit. Bukan cinta pertama, bukan juga cinta kedua tapi cinta ketiga.

S...


Continue reading ...
 

Sos Bolognaise | Resepi Spagetti | Hidangan Pasta

Posted by Norasikin Basri on Thursday, December 23, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai.

Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam ent...


Continue reading ...
 

Daging Korban Masak Hitam

Posted by Norasikin Basri on Saturday, December 18, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Masih banyak lagi daging korban yang perlu dihabiskan. Keluarga saya bukanlah penggemar daging sangat. Saya pula alergik bila makan banyak daging. Jadi daging korban ini saya gunakan sedikit demi sedikit. Lagipun memang banyak masakan yang boleh disediakan berasaskan daging dan salah satunya adalah daging masak hitam ni.

Ini bukanlah masakan daging blackpaper kerana saya tak letakpun lada hitam tapi anda boleh menambahkan lada hitam sesuka hati kalau anda mahu kerana masakan ini fleksible dan ...


Continue reading ...
 

Resepi Kerabu Betik Muda

Posted by Norasikin Basri on Friday, December 10, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Masih terasa betapa segarnya menikmati kerabu betik ini. Sewaktu berada di kampung, saya dapati pokok betik yang tumbuh meliar menghasilkan banyak buah. Saya mula terfikir satu jenis kerabu yang amat mudah disediakan. Jika dibandar, betik yang dijual terlalu muda sehinggakan rasa kerabu betik menjadi kurang menyelerakan malah warnanya juga kurang menarik. Kini saya boleh pilih sendiri betik yang terbaik untuk resepi kerabu betik ini. Seronoknya tinggal di kampung.
Resepi kerabu betik ini adala...


Continue reading ...
 

Ebook Percuma Resepi Kek Keju (Cheese Cake)

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 8, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.

Aga...


Continue reading ...
 

Resepi Tom Yam Putih

Posted by Norasikin Basri on Thursday, December 2, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Tom yam memang biasa kita nikmati dan hidangan ini di jual di semua restoran dan gerai masakan Thai di seluruh Malaysia. Malah masakan Thai memang terkenal diseluruh dunia kerana keunikkannya. Sebenarnya masakan Thai mempunyai banyak variasi tom yam cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Salah satu variasi tomyam yang semakin popular adalah tom yam putih. Rasa-rasanya masyarakat thai mengenalinya dengan nama tom yam kung atau pok tek. Tak kisahlah apa nama yang diberikan yang penting rasa tom y...


Continue reading ...
 

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff 2010

Posted by Norasikin Basri on Friday, November 12, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.


Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.


Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan. 


Terlalu ringkas susunan buah-b...


Continue reading ...
 

Resepi Muffin Pisang dengan Coklat Chip

Posted by Norasikin Basri on Monday, October 18, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami ciri-ciri masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, tentu sakit tel...


Continue reading ...
 

Video resepi nasi beriani mudah dan ringkas

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 15, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Video ni sebenarnya saya gunakan untuk mengajar para pelajar saya dalam penyediaan masakan India. Oleh kerana sekarang ni dah canggih, saya gunakan la ia untuk memudahkan pengajaran saya. Kalau dulu saya demonstrasi dan ada pelajar yang leka dan kuat berangan akan terlepas apa yang saya terangkan. Daripada saya buat demonstrasi berulangkali, lebih baik saya videokan je. Jadi sesiapa yang terlepas boleh la tonton video ni berkali-kali. Dan sekarang, saya post dalam blog saya supaya lebih ramai...


Continue reading ...
 

Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 20, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal...


Continue reading ...
 

Hidangan mudah patut ada waktu sahur

Posted by Norasikin Basri on Saturday, August 14, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole...


Continue reading ...
 

Tugas sebagai pengajar masakan

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 12, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas-tugas seharian. Sungguh tidak saya sangka, saya perlu membuat sesuatu yang diluar kemahiran saya. Entah macam mana. Entah bagaimana mereka pilih akhirnya saya yang kena menyiapkan suatu kertas cadangan untuk membina sebuah bengkel pembelajaran untuk subjek bakeri. Bukan sebarang bengkel. Ianya merupakan bengkel terlengkap dengan segala peralatan bakeri yang menyamai kilang yang besar dan tentunya bernilai jutaan ringgit.

Saya perlu memilih mesin-mesin d...


Continue reading ...
 

Terbaru! Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 4 Percuma!

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 22, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.

Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang di...


Continue reading ...
 

Bagaimana memilih resepi yang baik untuk dicuba.

Posted by Norasikin Basri on Saturday, May 22, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Seperti orang lain, saya juga sering membeli majalah-majalah yang memuatkan berbagai-bagai resepi. Resepi-resepi ini bukan sahaja untuk saya cuba, tetapi lebih kepada untuk dikaji seterusnya meningkatkan lagi ilmu didada. Walaubagaimanapun bukan semua resepi saya cuba. Kalau nak cuba semua resepi, melingkup la saya. Saya ada cara saya sendiri untuk menilai keupayaan resepi-resepi yang saya baca. Kaedah ini saya pun tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan anda semua kerana ia banyak mengguna...


Continue reading ...
 

Kenapa kek saya tak seperti yang dijual di kedai?

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 20, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Tauke kedai kek tu beri resepi kek pada saya tapi kek saya tetap tak sama macam kek dia. Kek dia gebu, kek saya lekuk. Saya tengok gambar kek dalam majalah resepi macam menarik je tapi bila bila buat, kek jadi mampat. Itulah antara luahan yang sering kita dengar dari suri rumah yang sangat berminat membuat kek. Kalau kek menjadi boleh la jual kat kawan-kawan. Anak-anak nak makan kek tak perlu la beli lagi.

Mungkin anda menyangka tauke kedai kek itu tak mungkin akan memberikan resepi keknya wal...


Continue reading ...
 

Perolehi keberkatan dalam masakan

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 18, 2010, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Setiap kali pelajar-pelajar saya belajar memasak, saya akan memberikan bahan-bahan yang diperlukan, resepi dan kaedah memasak yang sama. Mereka akan mendapat segalanya dalam kuantiti yang sama setiap seorang tetapi hasil yang diperolehi tak pernah sama. Ada yang berwarna gelap, ada yang cerah, ada yang sangat menyelerakan dan ada juga yang termasuk dalam kategori tidak boleh dimakan.

Mengapa hasil mereka terlalu berbeza sedangkan saya memberikan segala-galanya sama setiap seorang. Saya juga me...


Continue reading ...
 

Resepi PERCUMA lagi. Kek Coklat Moist

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 13, 2010, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?

Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene...


Continue reading ...
 

Ciri Masakan Barat - Seni ukiran buah

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 30, 2009, In : Ciri-ciri Masakan Barat 
Salah satu ciri masakan barat yang penting ialah rupa hidangan itu. Daripada rupa hidangan sahaja kita telah dapat membezakan sesuatu hidangan itu sama ada barat atau timur. Masakan barat dihias indah berwarna-warni dengan sistem yang teratur untuk membangkitkan selera. Jika dibandingkan dengan masakan melayu, hiasan masakan barat bolehlah dikatakan keterlaluan sehingga mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata untuk hiasan. Kadang-kadang, hiasan memerlukan kos yang lebih tin...
Continue reading ...
 

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial Percuma

Posted by Norasikin Basri on Sunday, December 6, 2009, In : Resepi Masakan Barat Komersial 
Hari ini saya sangat gembira. Apa yang saya impikan telahpun menjadi kenyataan. Ingin saya umumkan satu berita baik pada peminat masakan barat. Saya telahpun menyiapkan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat 2. Apa yang menariknya saya akan memberikan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini secara PERCUMA. Sesiapapun boleh mendapatkannya tanpa kos tersembunyi. Tidak perlu membeli apa-apa. Tak perlu keluar duit. 100% PERCUMA.

Tidak perlu risau tentang kualiti ebook Panduan & Resepi Masakan Barat...
Continue reading ...
 

Sos segera vs sos homemade

Posted by Norasikin Basri on Friday, November 6, 2009, In : Kelebihan Resepi Masakan Barat 
Pernah suatu ketika dahulu, saya terlupa order bahan mentah untuk mengajar anak murid saya menyediakan sos untuk chicken chop dan steak. Sepantas kilat saya terfikir untuk menggunakan sos segera. Saya segera mendapatkan sos dalam bentuk serbuk. Seingat saya berjenama knorr. Memang mudah melakukannya. Hanya campurkan dengan air dan dididihkan sahaja. Rasanya boleh tahan jugak. Menepati juga citarasa barat. Cuma harganya yang membuatkan saya rasa tak berbaloi untuk tujuan komersial. Mungkin ada...
Continue reading ...
 

Bau masakan barat sebenar.

Posted by Norasikin Basri on Sunday, November 1, 2009, In : Ciri-ciri Masakan Barat 
Sekiranya anda tahu apakah ciri-ciri masakan barat yang sebenar, sudah pasti mudah sahaja menilai mana-mana masakan barat yang pernah anda rasa. Hari ini saya ingin berkongsi satu ciri masakan barat yang penting iaitu bau.

Bau sangat penting untuk meningkatkan selera sewaktu menikmati hidangan. Daripada bau sahaja kita sudah dapat mengagak bagaimana rasa sesuatu masakan. Bau masakan barat sangat berbeza dari masakan-masakan lain. Jika masakan thailand pasti kita tau kebanyakannya menggunakan s...
Continue reading ...
 

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Posted by Norasikin Basri on Saturday, October 31, 2009, In : Kelebihan Resepi Masakan Barat 
Inilah hidangan yang disediakan oleh salah seorang anak murid saya. Boleh tahan juga hasilnya. Rasanya pun lazat. Walaubagaimanapun kaedah yang digunakan adalah tradisional tertakluk kepada objektif pembelajaran. Terpaksalah saya membakar tulang sehingga hitam. 4 jam lamanya menunggu untuk membakar. 4 jam lagi merebus. Dalam e-book Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, 2 jam sahaja kita dah dapat menikmati hidangan ini. Rasanya lebih sedap. Masapun tak banyak terbuang. Jangan berlengah ...
Continue reading ...
 

Bagaimana yang dikatakan masakan barat?

Posted by Norasikin Basri on Friday, October 30, 2009, In : Kelebihan Resepi Masakan Barat 
Saya percaya tentu anda pernah menikmati masakan barat di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel. Pasti harganya sangat mahal kan? Mengapa harganya mahal? Sudah pasti kerana bahan-bahan yang digunakan mahal. Inilah yang nak saya ceritakan pada kali ini. Pengusaha masakan barat terpaksa menggunakan bahan yang mahal untuk mendapat ciri-ciri masakan barat yang sebenar. Ciri-ciri masakan seperti bau, rasa, rupa dan tekstur mestilah mencerminkan masakan barat yang sebenar. Tidak mungkin masakan ...
Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

CIRI PEMANDU MALAYSIA

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola