Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " manis" (Show all posts)

Resepi Kuih Tradisional Onde-onde Buah Melaka

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 22, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Masa kecil-kecil dahulu memang saya kurang gemar kuih-kuih lembut dan manis seperti onde-onde ni. Maklumlah, gigi masih kuat. Badan masih muda. Tentulah suka yang pedas dan rangup. Kini bila rambut dah mula putih, badan dah sakit-sakit, barulah terasa nikmatnya kuih tradisional yang manis dan lembut ni.

Seiring dengan peredaran zaman, kita tak perlu lagi mengisar beras pulut untuk membuat onde-onde. Walaupun guna pengisar modern, teta...


Continue reading ...
 

Resepi Cinnamon Churro

Posted by Norasikin Basri on Saturday, March 12, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Churro adalah pastry choux yang digoreng dan dikategorikan sebagai snek. Churro terkenal di Spanyol, Perancis, Portugis dan kini berkembang di merata-rata dunia terutama Negara-negara yang pernah dijajah oleh mereka. Memang kebiasaannya penjajah akan menerapkan idealogi mereka kepada bangsa yang dijajah. Mungkin sekarang ni penjajahan bukan lagi secara kekerasan tapi tak bermakna tiada lagi penjajah di zaman sekarang.


Continue reading ...
 

Resepi Keria Labu

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 19, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kuih Keria banyak dijual dinegara kita dan biasanya dibuat menggunakan ubi keledek. Kuih tradisional ini memang popular kerana rasanya yang lemak manis. Untuk penggemar kuih keria, jika anda membuat sendiri kuih keria, sila kurangkan penggunaan gula kerana gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Rasa keria labu memang jauh berbeza dengan keria keledek kerana bahan utamanya memang berbeza.


Dalam pembuatan ker...

Continue reading ...
 

Resepi Ikan Dengan Sos Manis Thai

Posted by Norasikin Basri on Friday, May 17, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...

Continue reading ...
 

Resepi Kuih Ketayap / Dadar Manis | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 21, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kuih tradisional Melayu ini bukan sahaja menjadi kegemaran warga emas malah warga muda juga sangat menggemarinya. Sebab itulah kuih ketayap atau dadar manis ni tetap bertahan sehingga ke hari ini. Kuih ini juga banyak dijual di gerai-gerai kerana cara kaedah penyediaannya yang mudah, kos yang kecil dan menguntungkan. Bahannya pula tidak banyak dan mudah didapati. Yang penting, kuih ketayap boleh menambahkan varasi produk jualan terutama apabila seseorang usahawan itu juga membuat kuih pau, ko...


Continue reading ...
 

Inti Kelapa Manis

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 19, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Ringkas sahaja hari ini. Resepi jiga sangat mudah iaitu inti kelapa manis yang sangat popular untuk kuih-muih Malaysia. Sesuai untuk pau, kuih koci, pulut inti, pau hakka dan sebagainya. Usahawan kuih-muih akan membuat inti ini dalam kuantiti banyak untuk digunakan dalam berbagai kuih. Dengan cara ini, mereka boleh menjual berbagai kuih tetapi dapat menjimatkan masa dalam menyediakannya.


Bahan-bahan untuk Int...


Continue reading ...
 

Resepi Cakar Ayam Ubi Keledek

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, December 5, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bila saya kenangkan teknik membuat cakar ayam ni, saya hanya terfikir, betapa kreatifnya orang dulu-dulu menghasilkan makanan. Sekarang ni, saya belum terfikir lagi makanan lain yang menggunakan teknik seperti cakar ayam ni. Memang unik. Jika anda ada terfikir hidangan lain menggunakan teknik yang sama seperti ini, sila beritahu saya dengan menggunakan kotak komen dibawah. Sesiapa yang menerima melalui email, klik tajuk resepi ini dah...


Continue reading ...
 

Resepi Sagu Gula Melaka

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, September 26, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada simpan lagi air gula semalam? Kan saya dah pesan. Simpan sikit air gula dalam peti ais. Bila-bila masa nak guna, beberapa minit je boleh sediakan dessert. Mana la tau tiba-tiba datang tetamu, mak mertua ke. Sekurang-kurangnya ringan kerja yang perlu dibuat. Mana nak masak lagi. Nak cuci toilet lagi. Nanti tak pasal-pasal, tetamu tak dilayan. Dengan air gula dalam peti ais, dapat la buat dessert yang menyamankan. Puteri mandi ke, puding ke, Bubur Cha-cha ke, karamel ke ataupun paling mudah...
Continue reading ...
 

Resepi Bebola Daging Masam Manis

Posted by Norasikin Basri on Friday, September 21, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k...


Continue reading ...
 

Resepi Kuih Tradisional - Kuih Getas

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 8, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sibuk dengan EURO ke sekarang ni? Saya pun sibuk jugak tapi sibuk dengan kerja-kerja saya la. Nak masak pun kadang-kadang miss. Tapi makan tetap makan. Bila melihat tilawah al-quran tv, barulah terfikir bulan Ramadhan dah semakin dekat. Tambahan pula, tilawah peringkat kebangsaan dibuat di Johor Bahru. Mula la terkenangkan kuih-kuih yang popular di bulan puasa. Tentunya kuih tradisional yang menjadi pilihan memandangkan kuih modern, sepanjang tahun pun boleh dapat. Teringin betul nak makan ...


Continue reading ...
 

Labu Manis Masak Lemak

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 12, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sebelum bercerita  mengenai Labu Manis Masak Lemak, ada baiknya saya berceloteh mengenai sesuatu yang bekhasiat dulu. Saya tertarik dengan pelbagai rempah dan herba barat yang dijual di negara kita dijual dalam botol yang menarik dan eksklusif. Secara dasarnya herba-herba barat seperti daun bay, rosmary, thyme dan lain-lain hanya sekadar daun-daun kering sahaja. Negara kita juga terdapat banyak herba-herba masakan yang unik dan boleh dikomersialkan. Daun kari, daun kunyit, daun limau purut da...


Continue reading ...
 

Resepi Bebola Labu Manis | Sweet Pumpkin Ball

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 9, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sepuluh tahun lalu sewaktu ke Cameron Highland, saya pertama kali merasai bebola labu manis. Pada masa itu saya cuma nampak satu gerai sahaja yang menjualnya diawal pagi. Itupun hanya dijual oleh dua orang wanita Indonesia. Dua bulan lepas, saya berkunjung ke Cameron Highland lagi tetapi kali ini, hampir semua tempat menjual bebola labu ini. Jika di tapak pasar malam yang beroperasi setiap hari, berbelas gerai yang menjual bebola labu ini. Memang pertama kali makan, saya dah berkenan dengan r...


Continue reading ...
 

Resepi Serikaya Labu Mahkota

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 9, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.

Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid...


Continue reading ...
 

Resepi Waffle Mudah dan Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 27, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba...


Continue reading ...
 

Manisan Sengkuang Cina dengan Nangka

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 19, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga...


Continue reading ...
 

Resepi Kuih Tako Komersial

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 11, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Bulan Ramadhan dah terlalu dekat sangat rasanya. Bila berpuasa mula la tekak ni teragak nak makan kuih-muih yang manis sebagai pembuka selera. Kiranya sebagai intro menstabilkan tekak yang biasanya pahit sewaktu berpuasa. Salah satu yang saya gemari adalah kuih tako. Segarnya menikmati kuih ni yang sangat lembut, harum, lemak dan manis. Aroma pandan akan memenuhi mulut. Barulah berselera menikmati makanan utama yang lain.

Setiap kali bulan puasa, saya suka memerhatikan seorang peniaga bazaar...


Continue reading ...
 

Kuih Deram | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, February 22, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi,kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH LUMAYAN

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola