Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " lembut" (Show all posts)

Resepi Kuih Tradisional Onde-onde Buah Melaka

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 22, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Masa kecil-kecil dahulu memang saya kurang gemar kuih-kuih lembut dan manis seperti onde-onde ni. Maklumlah, gigi masih kuat. Badan masih muda. Tentulah suka yang pedas dan rangup. Kini bila rambut dah mula putih, badan dah sakit-sakit, barulah terasa nikmatnya kuih tradisional yang manis dan lembut ni.

Seiring dengan peredaran zaman, kita tak perlu lagi mengisar beras pulut untuk membuat onde-onde. Walaupun guna pengisar modern, teta...


Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Lobak Merah

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, April 5, 2016, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau tak cuba, macam mana nak tau. Ye tak? Ternyata Donut Gebu Lobak Merah ini tak sesukar mana. Saya dah biasa membuat donut terutama dengan resepi terbaik saya, Donut Gebu Tradisional yang sangat mudah menjadi dan tak banyak ragam. Kadang-kadang saya menambahkan bahan lain seperti kentang, labu atau keledek dan yang sekarbohidrat dengannya. Namun belum pernah lagi menggunakan sayur-sayuran seperti lobak merah.

Memasak adalah aktiviti indoor tanpa modal besar, yang NO 1.
Klik untuk tahu akti...

Continue reading ...
 

Resepi Keria Labu

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, May 19, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kuih Keria banyak dijual dinegara kita dan biasanya dibuat menggunakan ubi keledek. Kuih tradisional ini memang popular kerana rasanya yang lemak manis. Untuk penggemar kuih keria, jika anda membuat sendiri kuih keria, sila kurangkan penggunaan gula kerana gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Rasa keria labu memang jauh berbeza dengan keria keledek kerana bahan utamanya memang berbeza.


Dalam pembuatan ker...

Continue reading ...
 

Resepi Kek Keju Cheddar | Cheddar Cheesecake

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, August 26, 2014, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kek Keju Cheddar seperti ini banyak dijual di pasaraya besar seperti Giant, Jusco, Tesco dan sebagainya. Bezanya, saya tak tahu jenis keju yang mereka gunakan sama ada cheddar, cream atau lain-lain. Saya juga tak tahu berapa banyak keju yang mereka gunakan sama ada banyak, sikit atau mungkin tak menggunakan keju langsung. Kek keju cheddar ini bolehlah dikatakan senang kerana saya memerlukan 5 kali percubaan sahaja untuk mendapatkan resepi ini. Saya juga rasa, saya dah faham segala yang perlu ...

Continue reading ...
 

Resepi Asas Kek Span | Basic Sponge Cake

Posted by Norasikin Basri on Saturday, November 23, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Ini lanjutan dari artikel Kek Yang Popular Seharusnya Mesti Dibuat Sendiri. Dalam artikel tersebut, saya memaparkan gambar Kek Swiss Roll menyebabkan ramai yang bertanyakan mengenai Swiss Roll. Ada juga yang mengatakan kek swiss roll mereka mudah tertanggal kulitnya dan macam-macam lagi. Dalam artikel ini pula, saya akan memaparkan asas kek span dimana apabila anda mengetahui asas ini, anda mampu menghasilkan berbagai jenis kek popular yang lain seperti kek keju, kek lapis pandan dan macam-ma...

Continue reading ...
 

Resepi Kek Mentega Lemon

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 6, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Saya mengaku, kek tradisional seperti kek mentega ini memang terasa sukar bagi saya. Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, kek inilah yang selalu saya jumpa. Masa itu, tiada lagi bahan-bahan kek yang membantu menjadikan kek gebu dan lembut. Kek segera pun tiada. Yang ada hanya bahan-bahan asas yang biasa. Faktor utama yang menyebabkan kek mentega saya rasa sukar adalah fungsi oven zaman sekarang yang semakin canggih. Saya berpendapat, resepi kek zaman dahulu amat sesuai dengan oven zaman dahulu j...

Continue reading ...
 

Twister dan Tortilla atau Classic Wrap

Posted by Norasikin Basri on Monday, April 8, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Memang lama tak bersiaran. Macam-macam dah berlaku pada saya tapi biarlah perkara ini diketepikan dahulu. Ada masa boleh cerita. Tak de masa, lupakan saja. Lebih baik belajar sesuatu hari ini mengenai resepi dan masakan. Apa tu twister? Sebenarnya saya maksudkan hanyalah ketulan-ketulan ayam kecil yang rangup yang digulung dalam tortilla bersama salad dan tomato dan dimakan bersama sos. Pendek kata, semua bahan boleh dibuat dan diperolehi dengan mudah. Tortilla tu memang namanya gempak. Seb...


Continue reading ...
 

Persoalan Donut Gebu Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 27, 2013,


Kali ini saya menerima soalan berkenaan Donut Gebu Tradisional yang sangat panjang. Kalau soalan pun dah panjang, jawapannya pun tentu panjang. Jadi saya rasa, kalau dah penat menaip panjang-panjang, lebih baik saya kongsikan dengan pembaca yang lain supaya semua dapat manfaatnya. Apa guna taip panjang-panjang kalau cuma seorang sahaja yang membacanya. Saya terima soalan dari sahabat melalui Laman Facebook Resepi Masakan Komersial. Saya mohon untuk kongsikan disini bersama-sama gambar yang ...


Continue reading ...
 

Resepi Kuih Ketayap / Dadar Manis | Resepi Kuih Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Thursday, February 21, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kuih tradisional Melayu ini bukan sahaja menjadi kegemaran warga emas malah warga muda juga sangat menggemarinya. Sebab itulah kuih ketayap atau dadar manis ni tetap bertahan sehingga ke hari ini. Kuih ini juga banyak dijual di gerai-gerai kerana cara kaedah penyediaannya yang mudah, kos yang kecil dan menguntungkan. Bahannya pula tidak banyak dan mudah didapati. Yang penting, kuih ketayap boleh menambahkan varasi produk jualan terutama apabila seseorang usahawan itu juga membuat kuih pau, ko...


Continue reading ...
 

Resepi Cupcake Bluberi | Blueberry Cupcake

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, November 28, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau dibandingkan antara cupcake dengan muffin, sudah tentulah muffin lebih mudah disediakan. Bagaimanapun cupcake lebih lembut dan gebu. Pernahkah anda cuba menyediakan muffin dengan kaedah penyediaan cupcake? Inilah yang telah saya lakukan. Hasilnya adalah seperti gambar-gambar dibawah. Daripada muffin bertukar kepada cupcake yang lembut dan gebu. Boleh cuba melalui resepi dibawah. Pastikan kaedah penyediaan diikuti dengan betul atau cupcake akan menjadi muffin semula.


Continue reading ...
 

Resepi Bahulu Gulung

Posted by Norasikin Basri on Friday, September 28, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dalam banyak-banyak kek, bahulu adalah antara kek yang paling saya tak pandai. Mungkin dahulu saya hanya  menggunakan hand mixer sahaja. Kini saya dah ada Heavy Duty Stand Mixer tetapi hasilnya masih belum memuaskan hati saya. Saya pun tak berapa faham dimana kekurangannya lagi. Walaupun bahulu gulung ini lembut seperti swiss roll tetapi masih belum seperti yang saya harapkan. Sesiapa yang mempunyai resepi bahulu tak kira sama ada bahulu gulung atau bahulu tradisional, harap dapat kongsikan d...


Continue reading ...
 

Ada Apa Dengan Donut Gebu Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 13, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Baru-baru ni, saya terserempak dengan seorang pembaca blog Resepi Masakan Barat Komersial. Entah macam mana, dia boleh kenal lak muka saya. Tiba-tiba je dia tanya saya,” ada blog ye?” Terasa sekejap macam artis popular sekejap. Kemuadian dia beritahu saya, dia cuba Resepi Donut Gebu Tradisional dan tak menjadi pulak. Terus hilang perasaan artis popular tadi. Memang kebanyakkan pembaca yang mencuba Resepi Donut Gebu Tradisional tu mendapat hasil yang terbaik dengan sekali percubaan. Bagaim...


Continue reading ...
 

Resepi Taufu Fa

Posted by Norasikin Basri on Monday, May 14, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dulu pernah saya bercerita mengenai kenapa kek yang dibuat sendiri tak seperti kek yang dijual di kedai. Ramai juga yang mengakui untuk membuat sesuatu masakan perlu resepi dan panduan yang lengkap supaya kita tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Contohnya seperti taufu fa yang saya buat ini. Saya memang tiada pengalaman membuat taufu fa. Hanya melihat sahaja pengusaha taufu fa cina membuatnya di premis mereka. Macam senang je, jadi saya pun cuba la juga tanpa panduan yang leng...


Continue reading ...
 

Resepi Chapati Komersial

Posted by Norasikin Basri on Thursday, April 12, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan.  Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad...


Continue reading ...
 

Sosej Roll dan Pau Sambal Goreng

Posted by Norasikin Basri on Thursday, May 5, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Ada pulak yang bertanya "gambar apabende yang kuning-kuning dalam polisterin kat entri Aktiviti Bulan April Yang Menyesakkan?" Maaflah kalau gambar dalam blog ni semuanya kecik-kecik. Kabur pulak tu. Kuih dalam polisterin tu adalah sosej roll iaitu sejenis roti yang dimasak dengan kaedah menggoreng. Sebelum digoreng, roti itu dililit pada sosej. Yang menyebabkan warna kuning tu sebenarnya hanya serbuk roti (breadcrumb). Saja je pilih yang berwarna kuning terang macam tu. Baru menarik dan lebi...


Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Tradisional

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 28, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH LUMAYAN

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola