Assalamualaikum sahabat,

Showing Tag: " belajar" (Show all posts)

Resepi Kuih Tradisional Onde-onde Buah Melaka

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 22, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 



Masa kecil-kecil dahulu memang saya kurang gemar kuih-kuih lembut dan manis seperti onde-onde ni. Maklumlah, gigi masih kuat. Badan masih muda. Tentulah suka yang pedas dan rangup. Kini bila rambut dah mula putih, badan dah sakit-sakit, barulah terasa nikmatnya kuih tradisional yang manis dan lembut ni.

Seiring dengan peredaran zaman, kita tak perlu lagi mengisar beras pulut untuk membuat onde-onde. Walaupun guna pengisar modern, teta...


Continue reading ...
 

Video Masakan : Sandwich Double Decker

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Video demo masakan kedua yang juga dipersembahkan oleh anak kesayangan saya iaitu Resepi Sandwich Double Decker. Dia ni memang suka masak tapi cuma makanan yang dia suka je. Katanya, kalau ayah atau ibu sakit, dia boleh masak untuk keluarga. Jadi bersungguh-sungguh la dia belajar memasak. Tak susah nak ajar di memasak tapi memang rimas juga la tengok di buat kerja. Terkial-kial. Terkemut-kemut. Rasa macam nak tolong je dia kupas telur. Tapi kalau tak biarkan dia mencuba, selama-lamanya la dia...

Continue reading ...
 

Video Masakan : Resepi Mi Telur

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 11, 2017, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Artikel pertama tahun 2017 ni saya ingin berkongsi resepi yang pernah saya paparkan dulu iaitu Resepi Mi Telur. Bezanya kali ini resepi ini diterangkan dalam bentuk video demo masakan. Lebih menarik lagi, demonstrasi membuat mi telur ini di sampaikan oleh anak saya sendiri. Saksikanlah keletah budak ni yang cuba mencabar kewibawaan saya dalam dunia masakan.


Continue reading ...
 

Ada Apa Dengan Bisnes Makanan

Posted by Norasikin Basri on Sunday, September 18, 2016, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Jika kita perhatikan, dimana-mana sahaja pasti terdapat usahawan disekitar kita. Dan dalam banyak-banyak usahawan tersebut kita akan dapati usahawan makanan boleh wujud dimana-mana sahaja. Di tepi jalan, bawah jambatan, celah bangunan, rumah kongsi, dan banyak lagi tempat yang saya rasa sangat unik dan tak disangka-sangka boleh dijalankan perniagaan. Klinik kerajaan pun ada nurse yang menjual kuih-muih di kaunter pendaftaran. Kaunter imigresen pun ada jual roti. Usahawan ini saya anggap tegar...

Continue reading ...
 

Resepi Inti Kacang Merah | Red Bean Paste

Posted by Norasikin Basri on Monday, January 12, 2015, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apabila seruis untuk mengejar kejayaan dalam perniagaan makanan, kita sepatutnya berusaha untuk menghasilkan sendiri setiap produk dari asasnya. Walaupun ini bermakna kerja akan bertambah namun ia adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan kos sekaligus memaksimumkan keuntungan yang diperolehi. Usahawan kuih kecil-kecilan biasanya gemar menggunakan produk siap seperti inti kacang merah ni. Namun, usahawan pau kebanyakkannya membuat sendiri inti kacang merah mereka terutama usahawan yang ...

Continue reading ...
 

Bereksperimen Dengan Makanan

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, May 28, 2014, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Salah satu hobi saya apabila berjalan-jalan tanpa tujuan, adalah memerhati makanan yang dijual oleh usahawan-usahawan kecil. Ingin juga melihat produk makanan yang dijual di restoran besar tetapi cuma nampak dari jauh je la. Kalau gerai, kita boleh belek dari dekat. Siap boleh interview tukang masaknya sekali. Apa yang saya cari adalah produk makanan yang kreatif, unik dan lain dari yang lain. Dah jemu tengok produk makanan yang sama je dijual merata tempat. Jalan sampai beratus-ratus kilomet...

Continue reading ...
 

Resepi Begedil Ayam

Posted by Norasikin Basri on Friday, January 11, 2013, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya rasa, begedil memang tak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja. Terlalu senang membuatnya. Pada asasnya, begedil hanya kentang rebus yang dilecek, dibentuk kemudian digoreng. Kemudian, untuk rasa yang lebih sedap, baru ditambah berbagai bahan terdiri dari protin dan sayur-sayuran. Begedil juga disalut dengan telur supaya bentuknya kekal dan tidak pecah sewaktu digoreng. Resepi dibawah adalah asas untuk begedil yang mudah dan sedap manakala di ruangan tip masakan, saya kana menerangk...


Continue reading ...
 

Resepi Donut Gebu Modern

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 9, 2013, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep  Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.


Continue reading ...
 

Resepi Peria Goreng Telur Hancur

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, December 25, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau tak pahit, bukan peria namanya. Kalau tak suka pahit, masaklah petola, labu air atau labu siam. Sekarang ni pun, peria dah tak sepahit dulu. Suatu ketika dulu, jika terlalu pahit, selalunya saya rendamkan dalam air kapur atau air garam. Selalunya saya terus masak je kerana pahit adalah ciri-ciri unik peria. Anak saya pun tak ada masalah nak makan peria. Untuk mendapatkan seluruh khasiat peria, lebih baik kekalkan peria dalam keadaan asalnya.

Bahan-bahan untuk Peria Goreng Telur Hancur
300...


Continue reading ...
 

Resepi Talam Gula Melaka

Posted by Norasikin Basri on Friday, November 30, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Membuat talam memerlukan kita betul-betul mengenalpasti sifat bahan yang digunakan terutama tepung beras atau tepung gandum. Gabungan bahan ini dengan santan atau air apabila dimasak akan menghasilkan talam mengikut kelembutan dan kekenyalan yang kita kehendaki. Setelah anda mengetahui nisbah tepung dan cecair yang paling sesuai, lebih mudah dipelbagaikan perasanya. Seterusnya simpan resepi nisbahnya. Bila diperlukan, cakap sahaja nak talam apa. Semua boleh dilakukan dengan mudah. Kemanisan t...


Continue reading ...
 

Cara Membuat Pasta Bayam | Spinach Pasta

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 22, 2012, In : Resepi Masakan Barat Komersial 


Pasta juga merupakan salah satu sumber karbohidrat yang utama dalam hidangan masakan barat. Sejak diperkenalkan oleh kaum cina, masyarakat barat terus menggemari pasta dan kemudiannya mengubahsuai bahan-bahan dan bentuk pasta mengukit citarasa mereka. Kalau nak cerita mengenai jenis-jenis pasta, memang panjang. Lain rupa, lain namanya. Nak sebut pun susah. Bagi orang Malaysia, semuanya dipanggil mi. Spinach pasta seperti ini boleh dibeli dengan mudah di Malaysia. Ada yang dijual dalam bentuk ...


Continue reading ...
 

Semoga Berjaya dalam SPM

Posted by Norasikin Basri on Thursday, November 1, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Sedihnya tengok blog saya berdebu. Tak de mood nak menulis. Tapi bila dah menulis, saya rasa macam tak nak berhenti. Rasanya semua dah tahu, peperiksaan SPM akan bermula beberapa hari lagi. Tu yang buat saya tak de mood nak menulis. Pertama, kerana sibuk dengan urusan berkaitan SPM. Kedua, apa khabar la pelajar-pelajar saya yang nak SPM tahun ni. Lama dah tak jumpa. Dah sedia ke?

Saya mendoakan semoga maju jaya kepada semua calon SPM tahun ini khasnya pelajar-pelajar saya serta pengunjung-peng...


Continue reading ...
 

Memahami Buah-buahan Sesuai Dijadikan Jus

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 10, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Apa kata hari ni kita tak payah masak. Kita minum je. Melalui minuman juga kita boleh mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan badan. Minuman seperti jus buah-buahan kaya dengan khasiat. Saya rasa tak perlulah resipi tertentu. Lebih baik saya bercerita mengenai jus dan buah-buahan agar kita lebih memahami mengenainya seterusnya boleh menghasilkan jus mengikut citarasa kita sendiri. Kalau nak tahu tubuh badan anda mendapat khasiat yang cukup atau tidak, boleh cuba aplikasi ini. (Klik)

Buah-...


Continue reading ...
 

Resepi Bahulu Gulung

Posted by Norasikin Basri on Friday, September 28, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Dalam banyak-banyak kek, bahulu adalah antara kek yang paling saya tak pandai. Mungkin dahulu saya hanya  menggunakan hand mixer sahaja. Kini saya dah ada Heavy Duty Stand Mixer tetapi hasilnya masih belum memuaskan hati saya. Saya pun tak berapa faham dimana kekurangannya lagi. Walaupun bahulu gulung ini lembut seperti swiss roll tetapi masih belum seperti yang saya harapkan. Sesiapa yang mempunyai resepi bahulu tak kira sama ada bahulu gulung atau bahulu tradisional, harap dapat kongsikan d...


Continue reading ...
 

Resepi Mi Rebus Gerai

Posted by Norasikin Basri on Monday, September 24, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak...


Continue reading ...
 

Resepi Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel

Posted by Norasikin Basri on Saturday, September 22, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir  tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...


Continue reading ...
 

Belajar Menganyam Ketupat Melalui Video

Posted by Norasikin Basri on Monday, August 13, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 
Tak sangka. Dah sampai ke penghujung Ramadhan. Sekarang masanya untuk menganyam ketupat sebagai juadah Aidilfitri. Saya pun hampir lupa nak keluarkan semula video cara menganyam ketupat. Masih belum terlambat untuk belajar. Kalau malu, boleh belajar senyap-senyap dalam bilik. Tak ada siapa yang tahu. Video cara menganyam ketupat bawang, jantung dan pasar yang saya sediakan ini boleh membantu. Kalau bukan kita yang mempertahankan budaya dan trasisi kita, siapa lagi...


Kepada pelajar saya yang...
Continue reading ...
 

Kek Coklat Moist Angry Bird Freehand

Posted by Norasikin Basri on Thursday, July 19, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya masih lagi di KL. Mungkin hari ini atau esok akan balik JB semula. Jadi, tak de la resepi lagi hari ini. Cukup sekadar entri yang ringan-ringan je. Gambar kek coklat moist angry bird ini pula adalah kek yang baru siap dan baru sebentar tadi dihantar kepada pelanggan. Eh! Tadi kata masih di KL. Bila pula buat kek. Tu la. Dulu saya dah bagitau, saya ada Admin yang menguruskan blog saya, menguruskan penjualan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, menyelesaikan masalah berkaitan ...


Continue reading ...
 

Menghias Kek Dengan Coklat

Posted by Norasikin Basri on Monday, July 9, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya buat kek coklat ini sebab saya rasa ada sesuatu yang saya kurang faham dengan coklat.  Apabila mencairkan coklat, saya dapati coklatnya tidak betul-betul cair. Maksudnya, kalau saya tarik macam mebuat teh tarik, coklatnya tidak mengalir laju sebaliknya jatuh seketul-seketul. Saya menggunakan coklat biasa sahaja untuk hiasan ini, jadi setakat untuk hiasan, saya rasa tak perlulah nak susah payah tempering. Rupanya saya silap.


Akhirnya jadilah hiasan coklat yang tak tentu arah macam ni. Ki...


Continue reading ...
 

Resepi Ayam Masak Kuzi

Posted by Norasikin Basri on Thursday, June 14, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Masak kuzi satu lagi hidangan berempah yang kurang popular berbanding kari, kurma, beriani dan sebagainya. Sama seperti resepi opor, kuzi kurang dikenali bahkan ramai yang tak dapat membezakan rasa hidangan-hidangan ini kerana bahannya lebih kurang sama. Saya harap anda dapat membandingkan resepi ayam masak kuzi ini dengan resepi opor ayam yang pernah saya paparkan ini. Dari sezi rasa, sebenarnya banyak bezanya cuma ia kurang dikenali menyebabkan ramai yang tak mempedulikan rasanya.

Bahan-b...


Continue reading ...
 

Hiasan Kek Coklat Moist Ringkas

Posted by Norasikin Basri on Thursday, March 8, 2012, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan  kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang ber...


Continue reading ...
 

Apa anda rasa bila melihat orang lain dapat hidup senang?

Posted by Norasikin Basri on Monday, November 14, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.


Baru-baru ini saya bercerita kepada seseor...


Continue reading ...
 

Nak duit, kaya dan berjaya secara bijak?

Posted by Norasikin Basri on Sunday, October 30, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.

Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih...


Continue reading ...
 

Chocolate Cupcake dengan Hiasan Fondant 3d

Posted by Norasikin Basri on Thursday, October 6, 2011, In : Ciri-ciri Masakan Barat 


Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ...


Continue reading ...
 

Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, October 4, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 


Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu...


Continue reading ...
 

Panduan Menganyam Ketupat Bawang, Pasar, Sate, Jantung

Posted by Norasikin Basri on Friday, June 24, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini.

Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan wa...


Continue reading ...
 

Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin

Posted by Norasikin Basri on Wednesday, June 22, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu....


Continue reading ...
 

Muffin Asas Yang Sempurna

Posted by Norasikin Basri on Tuesday, June 14, 2011, In : Resepi Masakan Barat Komersial 

Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju...


Continue reading ...
 

Beranikah Anda Menjadi Perempuan Yang Tak Pandai Memasak

Posted by Norasikin Basri on Sunday, February 20, 2011, In : Tips dan Resepi Malaysia 

Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.

"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.

Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m...


Continue reading ...
 
 

RESEPI PERCUMA SETIAP HARI 

Masukkan email anda:

 

PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT

MENANGI HADIAH DI BOOTH E-GAMES

VIDEO MASAKAN TERBARU

 

CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI 

 

RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL


IKUTI SAYA DI SINI 

 

PERBINCANGAN RESEPI TERKINI 

 

RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA 

 

PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK 

Ilmu untuk dikongsi


Norasikin Basri Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat. Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap. Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
Related Posts with Thumbnails
 

Make a free website with Yola