Anak saya mengikuti Pertandingan Mewarna Karnival Halal Johor


Seperti yang diberitakan, masih banyak pengusaha makanan belum memohon sijil halal Malaysia walaupun sebelum ini ada yang memaparkan sijil halal swasta dan ada juga yang menggunakan sijil halal palsu. Saya dapati prosedur pemohonan tak de la sukar sangat. Bayarannya pun bukan mahal sangat. Jadi pada pendapat saya, pengusaha itu sendiri memang menyedari produk mereka memang tak layak dikategorikan sebagai produk halal. Sikap pengguna Islam di Malaysia pula menyebabkan pengusaha ini masih mampu tersenyum walaupun tanpa sijil halal Malaysia. Kepada pengeluar dan pengilang makanan, termasuk pengeluar sub-kontrak, pengusaha pembungkusan semula, pengusaha premis makanan dan pengusaha rumah sembelihan, tolong ambil berat isu sensitiviti umat Islam. Anda akan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dengan adanya sijil halal Malaysia yang sah kerana sijil ini diiktiraf antara yang terbaik di seluruh dunia. Tiada masalah untuk mengimport produk anda dan produk dengan sijil halal Malaysia memang mendapat permintaan yang tinggi.

Syarat-syarat Syarikat Pengeluar dalam Permohonan Sijil Halal Malaysia
  1. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Mempunyai premis khas yang berasingan dengan tempat tinggal / rumah dan tidak boleh berhampiran dengan pengusaha produk atau makanan yang tidak halal.
  3. Mempunyai lesen perniagaan / operasi yang masih sah daripada Majlis Bandaraya atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  4. Syarikat hendaklah mempunyai pekerja Islam dibahagian pengeluaran / pemprosesan
  5. Industri kecil sekurang-kurangnya 2 orang atau IKS/MNI 30% pekerja Islam warganegara Malaysia
  6. Pengeluar / Pengilang / Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
  7. Pengusaha rumah sembelihan perlu mempunyai Sijil Tauliah Penyembelihan yang masih sah bagi penyembelih dan pemeriksa haiwan.
  8. Pengusaha premis makanan / restoran tidak boleh menjual minuman keras atau benda-benda yang diharamkan mengikut syarak.
  9. Tidak memelihara anjing atau babi dalam kawasan kilang / premis


Syarat-syarat Produk dalam Permohonan Sijil Halal Malaysia
  1. Produk yang dikilangkan di Negeri Johor sahaja. (Bagi pemohonan di Johor)
  2. Produk yang bukan diharamkan oleh Islam atau bukan produk yang menggunakan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh, dan sebagainya.
  3. Semua bahan ramuan utama dan tambahan dari sumber yang halal.
  4. Produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pemprosesan, bukannya bahan semulajadi atau bahan yang tidak memerlukan sebarang pemprosesan (contoh : Sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya)
  5. Bukan produk pewarna rambut (hair colour / hair dye)
  6. Produk tambahan khasiat makanan perlu mendapat surat kelulusan / Sijil pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
  7. Produk yang bukan dikategorikan sebagai ubat-ubatan / produk yang dikategorikan sebagai keluaran Farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.