Kalau anda masih ingat lagi, beberapa tahun dahulu, saya pernah pergi ke Karnival Halal 1Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru. Waktu melawat booth Jabatan Agama Islam Johor, saya dapati sos worchertershire keluaran Lea and Perrins diletakkan bersama produk-produk tidak halal termasuk kasut dan beg yang dibuat dari kulit babi dan banyak lagi. Waktu tu, label sos worchestershire tu hanya tertera logo halal dari luar negara. Kemudian, label baru sos worchertershire tidak pernah memaparkan apa-apa logo halal lagi. Itu cerita dulu….. Sebelum kerajaan Malaysia memutuskan semua produk halal perlu menggunakan satu logo halal yang sama iaitu Logo Halal Malaysia.


Semalam, seperti biasa, saya merayau-rayau dibahagian sos dan herba masakan barat dan kali ini, sos worchertershire Lea & Perrins telahpun bertukar wajah lagi. Bahagian belakangnya muncul logo halal tetapi tidak sama dengan logo halal pada label yang lama. Logo halal itu juga tak sama dengan logo halal Malaysia. Kemudian tertera tulisan “Diiktiraf oleh JAKIM”. Tak pastilah apa yang syarikat itu lakukan selepas Jabatan Agama Islam mengisytiharkan penemuan DNA babi dalam produknya. Mungkin  seluruh kilang perlu disamak dahulu.


Agak sukar memantau produk dari luar negara sedangkan JAKIM perlu meneliti dari setiap sudut. Perlu premis berasingan. Premis berhampiran kedai yang menjual produk tidak halal pun tak boleh boleh dapat sijil halal juga. Jadi kena la ke luar negara untuk melawat kilang. Rujuk Artikel Syarat-syarat Sebelum Momohon Sijil Halal Malaysia dan Kaedah dan Prosedur Permohonan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Malaysia. Andalah yang menentukan apa yang anda makan. Ada yang jenis tak kisah. Ada yang sangat kisah hinggakan sedikit was-was pun tak boleh.
p/s Saya tempat saya, premis makanan segera popular terletak dekat kedai daging salai. Logo halal Malaysia ni perlu dimiliki oleh semua cawangan atau cuma syarikat induk je yang perlu mohon?