Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pertengahan Syawal. Mungkin ada yang terlepas salam saya dipenghujung Ramadhan. Kalau follower di facebook Resepi Komersial, mungkin tak miss dengan aktiviti seharian saya. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Juga saya memohon ampun dan maaf atas segala salah silap, dan kekurangan yang terdapat pada saya serta Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Mood raya masih menebal sekarang ni. Apa kata kita senyum-senyum sikit dibulan Syawal yang indah ini.



Kisah bermula apabila sekumpulan bekas pelajar mengunjungi saya untuk berhari raya. Setiap tahun mereka kata nak raya ke rumah saya tapi pada cuti hari raya, tentulah saya di kampong. Tapi pada tahun ni, cuti saya lebih panjang dari cuti sekolah. Jadi saya perlu balik awal kerana anak saya perlu sekolah. Dapatlah mereka beraya ke rumah saya akhirnya. Masa yang terhad, setelah menanti beberapa tahun, mereka gunakan sebaik-baiknya untuk bermain telefon dirumah saya. Apa yang mereka bualkan? Jom kita hack telefon mereka.



Gambar di atas  ni pula adalah pelajar saya sekarang ni yang datang berhari raya. Pada masa ini, gambar yang pertama, dah jauh tersebar di facebook. Jadi semua dah tau la apa kes yang berlaku di rumah saya. 


Gambar yang ni pulak adalah gambar saya sewaktu berkunjung ke rumah salah seorang pelajar saya. Tak ramai yang berani jemput saya datang beraya agaknya. Anda pun tahu sebabnya kan kan kan?



Jumpa lagi pelajar yang pernah ke rumah saya beberapa hari lepas dirumah orang lain pula. Ini agaknya yang mereka fikirkan dalam hari. Namun tak usah percaya. Semuanya hanya hiburan semata-mata. Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan sudi menjemput saya berhari raya. Maaf zahir batin semuanya termasuk pengunjung Blog Resepi Masakan Barat Komersial.