Dalam masakan barat, seni lipatan napkin adalah sesuatu yang penting. Memang leceh omputeh ni. Seni lipatan ini bertujuan untuk menambahkan hiasan pada meja hidangan. Kini seni lipatan napkin digunakan secara meluas diseluruh dunia dalam berbagai acara jamuan.

Terdapat juga napkin pakai buang yang dibuat dari kertas. Melipat menggunakan kertas lebih mudah kerana struktur lipatan yang keras akan mengekalkan bentuknya.

Menggunakan kain napkin lebih cantik dan lipatannya boleh berjuntaian mengikut tema yang dikehendaki. Lagipun ia lebih menjimatkan kerana boleh dicuci dandiguna semula.

Gambar-gambar diatas adalah lipatan-lipatan yang dihasilkan oleh beberapa anak murid saya. Macam-macam idea mereka. lain yang diajar, lain yang jadi.

Untuk anda yang meminati seni lipatan, atau yang bergiat cergas dalam perniagaan makanan, saya ada sertakan beberapa asas seni lipatan napkin langkah demi langkah dalam bentuk pdf. Harap dapat membantu anda yang baru berkecimpung dalam seni kulinari. Sila download disini.