Sedihnya tengok blog saya berdebu. Tak de mood nak menulis. Tapi bila dah menulis, saya rasa macam tak nak berhenti. Rasanya semua dah tahu, peperiksaan SPM akan bermula beberapa hari lagi. Tu yang buat saya tak de mood nak menulis. Pertama, kerana sibuk dengan urusan berkaitan SPM. Kedua, apa khabar la pelajar-pelajar saya yang nak SPM tahun ni. Lama dah tak jumpa. Dah sedia ke?

Saya mendoakan semoga maju jaya kepada semua calon SPM tahun ini khasnya pelajar-pelajar saya serta pengunjung-pengunjung blog saya terutamanya yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya harap anda dapat mengulangkaji selagi ada masa. Beberapa minit sebelum peperiksaan pun kalau boleh ulangkaji, buatlah. Mungkin ilmu disaat-saat akhir tu akan menjadi sangat berguna untuk peperiksaan ini.

Saya simpati dengan pelajar yang tertekan menjelang SPM. Ada yang mukanya ketat seketat ketatnya. Ada juga yang terlalu tenang berkeliaran dengan muka confident. Kalau tengok pelajar begini, saya pulak yang risau. Ingatlah, ilmu ini tak akan habis walau banyak manapun anda belajar. Tak perlu over confident. Masih ada masa untuk ulangkaji, gunakan sepenuhnya. Mesti ada lagi yang perlu anda ketahui sebelum memasuki bilik peperiksaan. Saya tak dapat bersama anda semua sepanjang peperiksaan ini. Saya ada tanggungjawab lain yang ditugaskan kepada saya. Saya merayu kepada anda semua. Tolonglah mengulangkaji. Tolonglah buat latihan sebanyak-banyaknya.Dan jangan lupa berdoa.

Gambar kat atas tu adalah surat layang atau lebih tepat lagi whiteboard layang yang saya terima. Baca benda tu je, dah dapat agak macam mana perangai mereka. Nak baca pun kena guna cermin. Moga cemerlang SPM nanti ye. Tahun depan saya dah mengajar di Kolej...